Sunday, June 6, 2010

Delegasi Parlimen Arab Kunjungi Gaza



Kairo – Infopalestina: Delegasi parlimen Arab hari ini, Ahad (6/6), dijadualkan memulai kunjungan ke Jalur Gaza untuk mengungkapkan sokonganmereka kepada rakyat Palestin yang disekat di sana, terutama setelah pembantaian yang dilakukan Zionis Israel terhadap para aktivis kemanusiaan antarabangsa di atas kapal armada kebebasan yang membawa bantuan menuju Jalur Gaza.

Parlimen Arab dalam pertemuan darurat di pejabat Liga Arab, Sabtu (5/6), telah memutuskan untuk mengirim delegasi ke Jalur Gaza hari ini, Ahad (6/6), untuk menyampaikan solidariti parlimen Arab kepada rakyat Palestin yang disekat di Jalur Gaza. Wakil Ketua Parlimen Arab Mustafa al Faqi dalam kenyataan media mengatakan bahawa pihak berkuasa Mesir telah menyetujui delegasi melintasi pelintasan ke Jalur Gaza melalui gerbang Rafah.


sumber

0 comments: