Friday, June 11, 2010

Hamas : 400 Juta dari Obama Hanya Publisiti Murahan!

Gerakan Pejuang Islam Palestin Hamas menjelaskan soal tawaran paket bantuan presiden AS Barrack Obama sebesar 400 juta dolar ke Gaza sebagai sebuah "publisiti murahan."

Juru cakap Hamas Sami Abu Zuhri mengatakan hari Khamis (10/6) bahawa pakej bantuan hanya berupa angka-angka.

Komentar itu muncul sehari setelah Obama menjanjikan pakej 400 juta dolar bantuan untuk Jalur Gaza selama pertemuannya dengan Keyua Autoriti Palestin Mahmoud Abbas di Washington.

Abu Zuhri mengatakan bahawa tawaran AS itu hanya dimaksudkan untuk "menghiasi" citra Zionis Israel dan memungkinkan untuk melanjutkan tindakan jenayah Israel, termasuk pengepungan Gaza.

Tawaran Obama adalah tawaran yang bermasalah dan kosong dari makna kerana itu semua adalah sebahagian dari tindakan AS untuk menghiasi pengepungan Gaza," katanya.

"Inilah hiasan atas citra pendudukan Israel dan memungkinkan mereka untuk melanjutkan tindakan pidananya," tambah Abu Zuhri.

Sekatan Israel telrhadap Gaza telah menyebabkan sekitar 1.5 juta orang di Gaza kehilangan makanan, bahan bakar dan keperluan lainnya sejak tahun 2007.

Pegawai Hamas juga mengkritik Pihak Berkuasa Palestin yang mahu menyetujui perundingan dengan Israel setelah serangan mematikan Tel Aviv terhadap armada kebebasan.

"Pernyataan Abbas bahawa dia akan melakukan negosiasi dengan pendudukan Israel adalah tusukan berbahaya dari belakang terhadap rakyat Palestin dalam terangnya pembantaian terhadap armada Kebebasan," dikutip AFP atas perkataan Abu Zuhri.

sumber

0 comments: