Ikhwanul Muslimin Jordan hari Selasa (8/6) menyampaikan bahawa mereka merancang untuk mengirim konvoi bantuan ke Gaza yang membawa bahan bangunan untuk membangun kembali 100 rumah yang hancur di Jalur Gaza selama pencerobohan biadab Israel pada tahun 2008 lalu.
Kelompok itu mengatakan dalam sebuah pernyataan bahawa mereka telah meminta kepada Duta Besar Mesir di Amman, agar memfasilitasi masuknya konvoi bantuan mereka ke Jalur Gaza melalui perbatasan Rafah.
Ikhwan Jordan dalam pernyataan mereka kepada duta besar Mesir di Amman, menyatakan tujuan mereka ke Gaza adalah untuk membangun kembali 100 rumah yang hancur oleh agresi brutal Yahudi beberapa waktu lalu di Gaza, sambil menjelaskan bahawa mereka akan menuju Gaza menyertai konvoi dari Jordan.(fq/alqudsalarabi)
0 comments:
Post a Comment