Mesir menolak permintaan Israel untuk tidak membantu Iran yang kapalnya akan berlayar ke Jalur Gaza dalam beberapa hari akan datang, kata akhbar Kuwait al-Dar pada hari Jumaat (18/6).
Fakta tentang armada kapal Iran yang akan menuju ke Gaza masih belum jelas dan terselubung misteri. Sampai sekarang tidak jelas apakah kapal Iran telah berlayar, dan berapa jumlah orang yang ada di dalam kapal tidak diketahui.
Pada awal minggu radio pemerintah Iran melaporkan bahawa kapal pertama telah berlayar dan kapal lain direncanakan untuk meninggalkan pelabuhan Iran akhir minggu ini.
Menurut Bulan Sabit Merah Iran, kapal-kapal Iran tersebut membawa bantuan kemanusiaan termasuk hadiah untuk anak-anak Gaza, baju bayi, mainan dan boneka.
0 comments:
Post a Comment