![]() |
| PENDUDUK meninjau kawasan letupan lori minyak di terminal Hyderabad, Pakistan, semalam. Seramai 18 orang maut dalam kejadian itu. - AP |
KARACHI 28 Jun - Sebuah lori minyak meletup di Hyderabad hari ini, membunuh sekurang-kurangnya 18 orang dan memusnahkan beberapa bangunan kedai yang berdekatan.
Pegawai kanan polis, Ali Mohammad Baluch berkata, kejadian itu adalah satu kemalangan dan bukan serangan pengganas.
''Setakat ini 18 orang disahkan terbunuh dan 40 orang lagi cedera,'' katanya.
Menurut ketua polis Hyderabad, Fayyaz Leghari, lori berkenaan meletup semasa diletakkan di terminalnya.
''Letupan kuat turut mengena kedai-kedai berhampiran. Beberapa bangunan kedai runtuh,'' katanya.
Pakistan mengalami masalah keamanan disebabkan tentangan pihak militan terhadap kerjasamanya dengan Amerika Syarikat yang giat 'memerangi keganasan' di sempadan negara itu dengan Afghanistan.
Satu siri serangan bom dan pengebom nekad yang dikaitkan dengan militan al-Qaeda, Taliban dan kumpulan-kumpulan pelampau lain telah membunuh hampir 3,300 orang dalam tempoh kurang tiga tahun di negara Islam berkuasa nuklear itu. - AFP

0 comments:
Post a Comment