Thursday, June 10, 2010

Muktamar Parti Islam Dirasmikan

PENGKALAN CHEPA, 9 Jun: Majlis perasmian muktamar tahunan bagi Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat berlangsung serentak malam ini.

Perasmian akan disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

9:15 pm: Para perwakilan dan pemerhati sedang menunggu ketibaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah pun tiba jam 9 tadi. Perwakilan dan pemerhati penuh sesak di Dewan Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik). Di luar, kereta telah diletakkan di kiri dan kanan jalan sepanjang lebih 5 km sepanjang jalan menuju ke Putik.

9:45 pm: Tuan Guru Nik Aziz selesai memeriksa perbarisan unit amal dan majlis perasmian baru bermula.

Pimpinan utama berada di atas pentas.

10:00 pm: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sedang berucap.

Beliau dalam ucapannya sebentar tadi berkata muktamar kali ini mencipta sejarah apabila pertama kali merasmikan ketiga-tiga dewan secara serentak dan perwakilan bukan sahaja mewakili negeri tapi mewakili kawasan dan akan ada perwakilan dari dewan himpunan penyokong PAS. Ini bermakna jumlah perwakilan lebih ramai berbanding dengan sebelum ini.

10:15 pm: Mursyidul am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ucapan perasmian menyeru ketiga-tiga dewan agar menyediakan plan strategik dalam langkah menuju ke Putrajaya.

Beliau juga menyeru Dewan Ulama menyediakan pelapis muda sebagai persediaan memantapkan parti.ini kerana ujarnya PAS menjadikan golongan ulama sebagai rujukan,berbeza dengan Umno yang menggunakan golongan ulama untuk meraih sokongan.

Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Syukri menerima anugerah tokoh pemuda manakala Ustazah Jamilah Ibrahim, bekas Ketua Muslimat menerima anugerah tokoh muslimat manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz menerima anugerah emas.

10:50 pm: Majlis perasmian berakhir selepas acara penyampaian anugerah dan akan bersambung dengan muktamar ketiga-tiga dewan esok pagi. Dewan Ulama akan diadakan di Markas Dewan Ulama di Machang, Dewan Muslimat di Perdana Resort manakala Pemuda di Kelantan Trade Centre.

sumber

0 comments: