Thursday, June 10, 2010

Pengalaman Warga SEPANYOL Sertai Konvoi Bantuan

Tiga warga negara Sepanyol, yang selamat dari operasi Israel pada armada kebebasan ke Gaza, mengucapkan terima kasih kepada pemerintah Turki untuk usaha-usaha yang telah dilakukannya.

Ketiganya, satu orang di antaranya adalah wartawan, tiba di Barcelona pada hari Jumaat, minggu lalu. Relawan Laura Arau mengatakan kepada wartawan bahawa mereka dapat meninggalkan Israel berkat inisiatif dari Turki. Pemerintah Turki bahkan membayar hotel di Istanbul dan membelikan tiket pesawat ke Sepanyol.

Relawan Tapial Manuel mengatakan bahawa sebelum mereka berangkat ke Gaza, mereka telah meminta PBB untuk memeriksa barang di kapal dan juga ingin politisi dan pemerintah mengambil langkah-langkah yang konkrit. Namun, tidak ada yang terlibat.

Memaparkan saat terburuk di kapal, Tapiel mengatakan bahawa tentera Israel menyerbu kapal dan mengumpulkan semua orang di dek dan memborgol mereka. Dia menambahkan bahawa semua orang Muslim di kapal itu diperintahkan untuk berlutut ke lantai, sementara tentera Israel menawarkan bangku untuk orang Eropah. (sa/kavkaz)

sumber

0 comments: