Hamas mengecam keras keputusan regulator penyiaran Prancis yang menyekat penyiaran saluran satelit televisyen milik Hamas Al-Aqsha TV.
Kecaman keras ini dilaungkan dalam sebuah pernyataan hari Selasa lepas (15/6) dengan menyebut keputusan itu sebagai pelanggaran secara terang-terangan kebebasan media yang dijamin oleh semua undang-undang antarabangsa.
Menurut Hamas, keputusan itu sangat memalukan bagi institusi Peranchis yang mencuba membungkam peranan saluran televisyen Al-Aqsha dalam mengungkap kejahatan Israel terhadap rakyat Palestin dan tanah air mereka di bahawa persetujuan dan tekanan kelompok Zionis-Amerika.
Hamas meminta semua instansi terkait, saluran satelit, dan wartawan media bebas untuk menunjukkan solidariti mereka terhadap saluran televisyen satelit Al-Aqsha dan memberikan tekanan kepada CSA dan Eutelsat yang menyekat saluran TV Hamas tersebut untuk membatalkan keputusan mereka yang menindas tersebut.
Sementara itu, puluhan wartawan, ahli politik, mengadakan aksi duduk di depan pusat kebudayaan Peranchis di kota Gaza hari Selasa untuk memprotes sekatan transmisi Al-Aqsha yang didakwa oleh Peranchis saluran televisyen ini menghasut kebencian.
0 comments:
Post a Comment