Friday, June 18, 2010

SYRIA : Tidak Ada Damai Lagi dengan Israel!

Serangan Israel terhadap konvoi armada kebebasan yang menyebabkan belasan orang terbunuh telah meningkatkan kemungkinan terjadinya perang di Timur Tengah, kata Presiden Syria Bashar Assad pada Rabu lalu (16/6) dalam wawancara dengan British Broadcasting Corporation (BBC).

Assad menjelaskan bahawa Syria sedang bekerja keras untuk mencegah terjadinya perang regional, tetapi menambahkan bahawa tidak ada kesempatan lagi untuk kesepakatan damai dengan pemerintah Israel saat ini.

Presiden Syria ini juga menolak dakwaan bahawa negaranya mempersenjatai pejuang Syi'ah Hizbullah di Lebanon dan mencatat bahawa Timur Tengah sedang mengalami masa perubahan penting yang akan mempengaruhi masa depan kawasan teluk.

sumber

0 comments: