Thursday, July 8, 2010

4 Pistol Pengawal Netanyahu Hilang

NEW YORK 8 Julai - Pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy sedang menyiasat bagaimana empat pucuk pistol hilang dari bagasi kepunyaan pasukan keselamatan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Pistol-pistol itu disimpan di dalam dua beg pakaian apabila ia dilaporkan hilang semasa pegawai-pegawai keselamatan tersebut berada dalam pesawat American Airlines dari New York ke Washington.

Bagasi terlibat ditemui di Los Angeles namun pistol-pistol berkenaan hilang.

Jurucakap Lembaga Lapangan Terbang, Jennifer Friedberg berkata, pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut.

Jurucakap American Airlines bagaimanapun tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat bagi mendapat ulasan lanjut.

Netanyahu bertemu Presiden Barack Obama di White House kelmarin. - AP

sumber

0 comments: