Friday, July 9, 2010

48 Kereta Berjaya Diseludup Masuk ke Gaza!

Para penyeludup Mesir berhasil menyeludupkan hampir 48 buah kereta baru ke Jalur Gaza melalui terowong khusus yang dibuat untuk menyeludupkan kenderaan.

Akhbar Timur Tengah Saudi mengatakan bahawa penyeludup berhasil meyakinkan pihak berkuasa Mesir bahawa mereka merupakan sebahagian dari upacara pernikahan dan kereta-kereta itu adalah sebagian dari acara pernikahan khusus. Insiden ini terjadi Selasa lalu.

Saksi mata melaporkan penyeludup menemukan sebuah helah yang menarik dalam penyeludupan kenderaan ke Gaza dengan mengadakan pernikahan palsu, belasan kereta baru dikenderai dengan berjejer di belakang satu sama lain.

Penyeludup, yang disertai oleh isteri dan anak-anak mereka, mengemudikan kereta yang dihiasi sementara iring-iringan pengantin dan kumpulan genderang mendorong petugas keamanan Mesir untuk percaya bahawa ini adalah upacara pernikahan di Rafah Mesir.

Kereta-kereta tidak diperiksa dan polis tidak meminta surat-suratnya, dan penyeludup berhasil mencapai terowong yang ada di sisi Mesir.

Tak lama setelah itu, Kepolisian dan Angkatan Keamanan Mesir mendapat pemberitahuan bahawa ada gerakan yang luar biasa dari kenderaan di daerah perbatasan Al Dahniyya.

Pasukan keamanan langsung menyerang wilayah itu dan berhasil menahan dua kenderaan yang berada di dalam terowong, sementara 48 kendaraan berhasil masuk ke Jalur Gaza.

Sebahagian besar kereta yang diseludupkan berjenama Hyundai, BMW, dan KIA. Mereka menggunakan plat nombor palsu dengan lesen Mesir.

Sebuah sumber keamanan Mesir mengatakan bahawa dua kenderaan yang dapat disita adalah BMW dan Hyundai, dan kononnya merupakan kereta yang dicuri beberapa waktu lalu di kota Al Arish Mesir.

Sumber itu menambahkan bahawa kemungkinan besar kenderaan yang berhasil masuk ke Gaza adalah keretal curian dari sejumlah wilayah di Mesir.

Sumber itu mengatakan bahawa kenderaan-kenderaan itu kemungkinan akan dibeli oleh beberapa orang kaya yang ada di Gaza, dan jumlah terowong yang diperuntukkan untuk menyelundupkan kenderaan sangat sedikit, sebelum akhirnya Mesir berhasil mengungkap tiga terowong awal tahun ini, di utara perbatasan terminal Rafah.

Ini adalah terowong pertama yang digunakan untuk menyeludupkan kenderaan yang terletak di sebelah selatan terminal perbatasan Rafah.(fq/imemc)

sumber

0 comments: