Enam askar Amerika telah terbunuh dalam insiden terpisah di Afghanistan, bersamaan dengan meningkatnya serangan Taliban terhadap pasukan asing yang ditempatkan di negara itu.
NATO mengatakan dalam sebuah pernyataan bahawa tiga askar mampus di wilayah timur dan dua lagi maut di selatan Afghanistan.
Aliansi militer pimpinan Amerika mengatakan tentera telah bertempur dengan pejuang Taliban namun tidak ada rincian lebih lanjut terkait informasi yang tersedia.
Enam orang askar AS yang terbunuh itu akibat ledakan bom yang disengaja.
Lebih dari 350 tentera asing terbunuh di Afghanistan sepanjang tahun ini.
Saat ini ada lebih dari 140,000 tentera asing di Afghanistan, dan Amerika Syarikat serta sekutu NATO telah mengumumkan penundaan penyebaran ribuan pasukan tambahan.
Sepanjang tahun ini, pasukan pimpinan Amerika telah mengalami tingkat kematian tertinggi di Afghanistan sejak tahun 2001. (fq/prtv)
0 comments:
Post a Comment