SRINAGAR 14 Julai - Seorang anggota tentera India berpangkat mejar terbunuh dan enam askar lain termasuk seorang kolonel cedera dalam satu pertempuran bersenjata dengan kumpulan militan di Kashmir India, kata pihak tentera hari ini.
Keganasan meletus semula selepas keadaan agak tenang di kawasan banjaran Himalaya di mana kumpulan militan menentang New Delhi selama dua dekad dalam pemberontakan yang mengorbankan 10,000 nyawa.
"Pertempuran bersenjata itu meletus malam semalam ketika pihak tentera berpindah ke sebuah kawasan hutan dengan maklumat yang diperolehi bagi menahan atau menghapuskan kumpulan militan yang sekarang berada di sana," kata seorang jurucakap tentera.
Pertempuran itu berlaku di kawasan Mendhar yang terletak di wilayah Poonch, kira-kira 450 kilometer di utara Srinagar, ibu kota musim panas Kashmir India.
Pihak berkuasa berusaha keras untuk mengawal demonstrasi di Lembah Kashmir yang majoriti penduduknya beragama Islam selepas dituduh membunuh 15 orang awam kebanyakannya remaja, sejak kematian pertama remaja berusia 17 tahun pada 11 Jun lalu.
Pemberontakan itu telah mengorbankan 47,000 orang, menurut perkiraan pihak berkuasa. - AFP
0 comments:
Post a Comment