Thursday, July 29, 2010

Banjir di PAKISTAN, 150 Maut

MINGORA 29 Julai – Seramai 150 orang maut dalam banjir kilat dan cuaca buruk yang melanda Pakistan sejak minggu lalu.

Di wilayah Khyber-Pakhtunkhwa yang terletak sebelah barat laut negara itu, ribut petir dan banjir kilat telah menyebabkan 80 maut dan beribu lagi hilang tempat tinggal.

Sementara itu, seramai 70 orang maut di wilayah Baluchistan, barat daya negara ini yang turut menyebabkan 100,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Menurut pegawai Jabatan Meteorologi Pakistan, Komisaris-Qamar Zaman, Khyber-Pakhtunkhwa menerima antara 250 milimeter dan 300 milimeter hujan dalam tempoh 36 jam terakhir, angka tertinggi yang dicatatkan dalam tempoh 35 tahun.

“Pihak kami menjangkakan hujan yang lebih lebat lagi akan terus melanda wilayah tersebut dalam tempoh 24 jam,” katanya lagi. – REUTERS

sumber

0 comments: