![]() |
| ANGGOTA polis dan penduduk memeriksa mayat mangsa-mangsa serangan pengebom berani mati di pekarangan hospital bandar Mahmudiya, 30 km ke selatan Baghdad, semalam. – REUTERS |
BAGHDAD 18 Julai – Seorang pengebom berani mati menyerang tentera awam militia Sunah yang menyokong kerajaan hari ini ketika mereka sedang berbaris untuk menerima gaji di pinggir barat daya Baghdad, mengorbankan sekurang-kurangnya 48 nyawa dan mencederakan 41 yang lain, lapor satu sumber di Kementerian Dalam Negeri Iraq.
Letupan di daerah Sunah, Radwaniya itu berlaku ketika kebuntuan politik berterusan di negara ini selepas pilihan raya Mac lalu gagal menentukan pemenang mutlak sekali gus kerajaan baru di Iraq belum dibentuk.
Dalam letupan hari ini, pengebom berani mati meletupkan dirinya di kalangan tentera awam militia ‘Sahwa’, yang pernah membentuk pakatan dengan al-Qaeda, namun membantu tentera AS dalam peperangan memerangi militan dengan menyerang kumpulan militan itu pada 2006-2007.
Sumber Kementerian Dalam Negeri melaporkan, semua mangsa yang maut ialah anggota Sahwa.
Beberapa siri serangan menyasarkan pemimpin Sahwa di kawasan Sunah dilapor berlaku di sekitar Baghdad sejak beberapa bulan lalu sebagai satu tindakan membalas dendam.
Perang saudara antara Sunah dan Syiah yang bermula sejak pencerobohan Amerika Syarikat (AS) di Iraq pada 2003, sudah semakin reda, namun pemberontak Sunah yang degil terus melancarkan serangan.
Pasukan tentera AS kurang memainkan peranan sejak berundur dari pusat bandar Iraq pada Jun tahun lalu dan akan menamatkan operasi tempur pada 31 Ogos menjelang pengunduran sepenuhnya tahun depan.
– REUTERS

0 comments:
Post a Comment