Kempen Eropah untuk mengakhiri pengepungan di Gaza, pada hari Isnin lalu (19/7) mengumumkan bahawa Freedom Flotilla 2 (Armada Kebebasan) akan ditunda pelayarannya sampai akhir September atau awal Oktober kerana adanya pertambahan penyertaan dari negara-negara Eropah.
Kempen Eropah mencatat bahawa armada itu akan memiliki jangkauan luas media pada tingkat yang belum pernah terjadi sebelumnya, mengingat banyaknya jumlah kapal dan 9.000 aktivis internasional dari seluruh dunia yang telah mengajukan diri untuk menyertai misi tersebut.
Lebih dari 35 organisasi media telah meminta agar mereka bolehturut serta dalam Armada Kebebasan 2, kata kempen Eropah yang bermarkas di Brussels, mereka juga menyatakan bahwa hal itu akan menjadi rombongan media terbesar yang menyertai kapal, sehingga mereka dapat mengesan setiap kebodohan baru Israel yang akan melakukan tindakan 'brutal' terhadap aktivis perdamaian antarabangsa .
Dalam konteks yang sama, kempen Eropah berkata: "Pembicaraan yang memungkinkan bahan bangunan masuk ke Gaza hanya untuk digunakan oleh organisasi internasional saja, tanpa memenuhi kebutuhan sehari-hari rakyat Gaza dan ini memberikan indikasi yang jelas bahwa sekatan yang tidak adil masih diterapkan." Sembari menekankan bahawa keputusan untuk mencegah warga Gaza mendapatkan bahan konstruksi adalah alasan yang mendorong kempen Eropah dalam pembentukan armada Kebebasan,iaitu untuk membawa ribuan tan bahan bangunan untuk mengakhiri penderitaan ribuan keluarga yang rumahnya dihancurkan oleh pasukan Israel.
Kempen Eropah memuji seruan dari ketua Tindakan Luar Negeri Uni Eropah Catherine Ashton yang menekan Israel untuk membuka lorong-lorong Gaza dan memungkinkan ruang untuk semua orang di Gaza terpenuhi keperluannya.
"Seruan Ashton selama kunjungannya ke Jalur Gaza hari ini, menegaskan bahawa dakwaan Zionis tentang melonggarkan sekatan tidak memenuhi persyaratan, terutama dalam kaitannya dengan kebebasan bergerak dari orang-orang yang berada di bawah pengepungan yang telah mencapai tahun keempat pengepungan, baik melalui darat, laut, dan bahkan udara, "kata Rami Abdo, anggota kempen Eropah, dalam sebuah pernyataan pers, menggarisbawahi keperluan untuk akhir lengkap untuk sekatan agar dapat memberikan rakyat Jalur Gaza dengan kehidupan yang layak. (fq/pic)
0 comments:
Post a Comment