Sunday, July 18, 2010

Hacker TURKI Curi 32,000 Kad Kredit Israel

Para hacker Turki telah memperolehi password dan informasi kad kredit dari 32.561 pengguna Israel, lapor blog We-CMS Israel.

Menurut blog tersebut, message board dari laman web Turki dilaporkan telah meng-upload daftar yang berisi maklumat kad kredit, PayPal dan nama pengguna dan password bank warga Israel. Daftar ini juga membeberkan lebih dari 140 password ke laman web pemerintah Israel dan lebih dari 300 kata sandi untuk halaman web akademik Israel.

Erez Wolf, pemilik blog We-CMS, mengatakan sebahagian besar dari password itu diambil oleh hacker Turki di sebuah laman komersial Israel yang namanya tidak diungkapkan.

Pada halaman twitter-nya, Wolf mencatat bahawa sejumlah kecil dari password itu diduga diperoleh dari laman web Israel articles.co.il. Password dan nama pengguna yang diposting dalam format dokumen Excel diupload ke message board website Turki oleh seorang pengguna internet.

Wolf menambahkan bahawa terjadi perdebatan saat ini di message board Turki mengenai apa yang harus dilakukan dengan data yang telah dicuri tersebut. Beberapa pengguna internet menyatakan bahawa rekening tidak boleh digunakan atau dikompromikan, kerana sebagai tujuan akhirnya adalah untuk mensasarkankan Israel pada level politik.

Pengguna internet lain, berpendapat bahawa sebagai musuh Islam, setiap kerugian bagi pengguna Israel dihalalkan. Beberapa pengguna internet juga merujuk ke argumen sosial, kriminal dan agama dan beberapa pengguna internet bahkan mengutip ayat-ayat Al-Quran.

Wolf menulis dia masuk ke website/message board Turki untuk mendapatkan sebuah respon, yang belum dia diterima. File Excelberisi data-data 'rahasia' tersebut telah diserahkan kepadaPolis Israel. (fq/ynet)

sumber

0 comments: