Sunday, July 11, 2010

Isu Gas - LEBANON Bantah Israel

BEIRUT 10 Julai - Rancangan Israel untuk mencari gali gas di Laut Mediterranean mencemaskan Lebanon yang mendakwa turut memiliki rizab gas yang banyak di perairannya.

Menurut Beirut, Lebanon akan rugi kerana ia ketinggalan dalam kegiatan cari gali dan kedua-dua negara yang bermusuhan itu tidak mempunyai sempadan laut.

Lebanon berikrar akan mengambil 'segala bentuk tindakan' untuk mempertahankan haknya jika Israel didapati menjalankan cari gali di kawasan sempadannya.

Sebuah konsortium Amerika Syarikat (AS)-Israel pada bulan lepas mengumumkan prospek penemuan gas yang berpotensi menjadikan Israel sebuah negara pengeksport sumber asli itu.

Prospek telaga gas dikenali sebagai Leviathan itu dipercayai mengandungi 16 trilion kaki padu (tcf) gas, menyebabkan ahli politik Lebanon bertungkus-lumus berusaha untuk meluluskan rang undang-undang tenaga.

"Dalam apa jua keadaan, Lebanon tidak akan melepaskan hak-haknya, sama ada hak di darat, di udara atau di laut dan akan menggunakan segala cara untuk mempertahankan hak-hak itu," kata ahli Parlimen Lebanon, Ali Hassan Khalil yang juga pembantu kanan kepada Speaker Parlimen, Nabih Berri. - Reuters

SUMBER

0 comments: