Tuesday, July 13, 2010

Kapal LIBYA dan Konvoi JORDAN Menuju Gaza

Anggota parlimen Palestin Jamal Al-Khudari dan anggota Arab Knesset Israel Ahmad Tibi mengatakan bahawa kapal bantuan kemanusiaan Libya kembali berlayar menuju Jalur Gaza setelah kedatangannya di pulau Crete Yunani di laut Mediteranian.

Para anggota parlemin, yang menindaklanjuti gerakan kapal ini, menambahkan dalam siaran media pada hari Ahad lalu bahawa kedatangan kapal di pulau itu berdasarkan suatu rencana yang ditetapkan oleh Gaddafi international charity and development Foundation.

Khudari mencatat bahawa kapal tersebut berisi bantuan dan ubat-ubatan yang didanai oleh Yayasan Gaddafi dalam koordinasi dengan kempen perlawanan terhadap pengepungan yang menyediakan daftar keperluan bagi rakyat Gaza.

Sebelumnya, juru cakap untuk yayasan Gaddafi, Mashallah Zwy mengatakan melalui perbualan telefon kepada pejabat berita Perancis bahawa anggota yayasan di kapal tidak mencari-cari untuk konfrontasi atau memprovokasi militer Israel dalam hal usaha mereka untuk mencegah tindakan keras militer Israel.

Pada bahagian lain, sekelompok anggota syarikat buruh Jordan mengatakan mereka akan meninggalkan Amman menuju ke Gaza pada hari Selasa ini (13/7) dan akan mencuba masuk melalui perbatasan Rafah untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza.

Ketua syarikat insinyur Jordan Wa'el Saqa menyatakan bahawa 150 relawan akan berpartisipasi dalam konvoi yang terdiri dari 30 trak yang membawa bantuan kemanusiaan.

"Kami akan berusaha untuk mematahkan pengepungan yang tidak adil ini dan kami akan menuju ke Al-Arish di Mesir, kami akan berkeras memasuki Gaza jika pihak berkuasa Mesir berusaha menghentikan kami," kata Saqa.

Sementara itu, ketua dewan sindikat Jordan Ahmad Al-Armouti mengatakan bahawa kedutaan besar Mesir di Amman mengabaikan permintaan mereka untuk bertemu dengan Duta Besar untuk berkoordinasi dengan dirinya terkait tentang konvoi kemanusiaan Jordan.

Pihak berkuasa Mesir bulan lalu telah mencegah sekelompok anggota syarikat buruh Jordan melalui persimpangan ke Gaza dengan dalih bahawa kelompok itu tiba tanpa pemberitahuan sebelumnya atau berkoordinasi dengan Mesir. (fq/pic)

0 comments: