Friday, July 2, 2010

Kapal Selam ke-2 MALAYSIA Selamat Tiba

TERKINI

Kapal selam kedua negara, KD Tun Razak selamat tiba

02/07/2010 5:32pm

LUMUT 2 Julai – Kapal selam kedua negara, KD Tun Razak selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada pukul 4.40 petang ini.

Sambutan rasmi ketibaan KD Tun Razak itu diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; dan Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa.

Turut menyambut ketibaan kapal itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

KD Tun Razak akan meneruskan pelayaran ke Pangkalan Kapal Selam di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah selepas seminggu di sini.

Ia memulakan pelayaran pulang dari Toulon, Peranchis sejak 30 April lepas dan dikendalikan sepenuhnya oleh 32 pegawai dan anggota TLDM.

KD Tun Razak bergerak dengan tenaga diesel dan boleh beroperasi sehingga kedalaman lebih 300 meter.

Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman tiba di Pelabuhan Klang pada 3 September, tahun lepas. – Bernama

sumber

0 comments: