Setelah Israel menyerang kapal Turki Mavi Marmara - yang merupakan kapal yang cuba untuk mengirim bantuan kemanusiaan serta medis ke Gaza dan mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan aktivis Turki - kapal yang menjadi saksi pembantaian pasukan Israel tersebut telah di seret ke pelabuhan Haifa, dan datuk bandar Haifa Yona Yahav menyatakan bahawa mereka merancang akan mengubah kapal tersebut untuk menjadi sebuah hotel terapung
Israel menyerang dan merebut kapal Mavi Marmara hampir sebulan setengah yang lalu dan membawanya ke pelabuhan Haifa, di mana sampai saat ini kapal itu masih tertambat dan dijaga ketat oleh militer dan angkatan laut Israel.
Setelah menyerang kapal Mavi Marmara, Israel menyatakan mereka yang akan memindahkan bantuan kemanusiaan ke Gaza, tapi Israel tidak memutuskan apa yang boleh dilakukan dengan kapal Turki itu sendiri sementara Turki menuntut agar Israel melepaskan kapal tersebut dan mengirimnya kembali ke Ankara.
Akhbar Israel, Maariv, mengatakan bahawa datuk bandar Haifa memutuskan untuk tidak menunggu sampai Israel memutuskan nasib kapal Mavi Marmara, dan dia telah mengirim surat mendesak kepada Menteri Pertahanan Israel menuntut kepada Menteri Pertahanan, Ehud Barak, untuk menyita kapal itu dan meminta untuk mengubah kapal itu menjadi sebuah projek pelancongan .
Datuk Bandar Yona Yahav menuntut bahawa kepemilikan kapal harus berbalik menjadi milik bandaraya Haifa dan pihak Haifa akan mengubahnya menjadi hotel terapung.
Dia mengatakan bahawa dirinya yakin jika Haifa - kota yang menjadi model bagi koeksistensi Arab-Yahudi - sesuai untuk menjadi tuan rumah kapal ini, yang akan menjadi simbol antarabangsa untuk harapan dan toleransi.
Al Arabiyya TV mewawancarai seorang juru foto Arab dari wilayah pendudukan 1948 yang mengatakan bahawa beberapa pasangan pengantin baru datang ke kapal Mavi Marmara untuk mengambil foto di kapal itu kerana kapal tersebut dianggap oleh mereka telah menjadi simbol terkenal.
Sedangkan pasangan pengantin Arab yang mengambil foto di dekat kapal Mavi Marmara menganggap kapal itu sebagai simbol kebanggaan dan keberanian yang ditunjukkan oleh para aktivis kemanusiaan yang menuju ke Gaza dalam misi kemanusiaan, yang secara brutal diserang oleh tentara dan angkatan laut Israel.
Mereka mengatakan bahawa mereka datang ke sini untuk mengambil foto berhampiran kapal itu untuk menyimpan kenangan akan kapal tersebut dalam hati dan fikiran mereka. (fq/imemc)
0 comments:
Post a Comment