Monday, July 19, 2010

Perhatikan Jersi Bola Anda!

KOSMO! memuat laporan tentang Muslim yang dengan sedar atau tidak sedar memakai jersi sepak bola yang menampilkan gambar salib, minuman keras dan syaitan.

Dewan penasihat Agama Johor, Malaysia, Datuk Nooh Gadot berkata bahawa mengenakan baju seperti itu dilarang dalam Islam.

"Itu ertinya seolah-olah umat Islam menyembah dan mengagungkan simbol-simbol agama-agama lain. Islam tidak berkompromi mengenai hal ini, terlepas dari apakah itu dipakai untuk bersenang-senang, fesyen ataupun sukan ," katanya.

Mufti Perak, Sri Harussani setuju dengan Datuk Nooh dan berkata meskipun Islam tidak melarang pengikutnya untuk mengambil bahagiani dalam olahraga atau berpakaian, itu mesti dilakukan dalam batas-batas hukum Islam.

Di antarapasukan bola sepak yang membawa gambar lambang salib adalah Brazil, Portugal, Serbia, dan Norway dan kelab Barcelona . Sementara Manchester United menerakan slogan "Syaitan Merah" untuk menyebut mereka, dan menjadi logo di bajunya. Begitu juga dengan Chelsea.

Kelab-kelab Siri A Italia banyak memaparkan salib, seperti AC Milan, Parma, Genoa, Bologna, dan beberapa lainnya. Sementara Fiorentina, menerakan lambang Fleur De Lis, salah satu imej yang mencerminkan Yahudi dengan sangat kuat.

sumber

0 comments: