Wednesday, July 28, 2010

SERBIA Tak Mahu Iktiraf KOSOVO

BELGRADE 27 Julai - Parlimen Serbia menyokong langkah kerajaan untuk mengadakan rundingan baru di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung kedudukan Kosovo, wilayah yang mengisytiharkan kemerdekaan daripada Serbia dan kini diiktiraf oleh hampir 70 buah negara.

Selepas berbahas selama 12 jam bagi membincangkan keputusan Mahkamah Keadilan Antaraangsa (ICJ) mengesahkan deklarasi kemerdekaan Pristina - Parlimen Serbia semalam menerima 192 undi menyokong langkah kerajaan itu, manakala 26 yang lain menentang dan dua berkecuali.

Parlimen memanggil sidang luar biasa iu selepas ICJ pada minggu lepas memutuskan bahawa deklarasi kemerdekaan Kosovo pada 2008 dari Serbia tidak melanggar undang-undang antarabangsa.

"Parlimen memikirkan adalah perlu untuk melalui rundingan damai bagi mencapai penyelesaian, terus kekal dan saling menerima penyelesaian untuk Kosovo, sesuai dengan Perlembagaan Serbia.

"Menurut teks itu, Parlimen mengesahkan Serbia tidak akan secara jelas atau tersirat mengiktiraf tindakan satu pihak sahaja mengisytiharkan kemerdekaan Kosovo," kata teks pergerakan itu.

Menteri Luar Serbia, Vuk Jeremic meminta penggubal undang-undang menyokong posisi kerajaan yang memerlukan rundingan, untuk tiba pada satu penyelesaian yang dapat diterima oleh semua dan berdasarkan kepada Perlembagaan Serbia.

"Ia adalah satu proses yang panjang dan sukar di mana kita tidak boleh berputus asa dan sangat penting bagi kita untuk mencapai kesatuan," kata Jeramic.

Serbia menegaskan bahawa Kosovo masih lagi sebagai wilayahnya dan Presiden Boris Tadic yang hadir pada sesi Parlimen semalam berkata, negara ini tidak akan mengiktiraf kemerdekaan Kosovo.

Semasa perbahasan, parti pembangkang Serbia mengutuk kegagalan polisi terhadap Kosovo dan menggesa pemimpin-pemimpin kanan supaya meletakkan jawatan, termasuk Tadic dan Jeramic.

Ketika berucap kepada perwakilan sebelum pengundian, Tadic memberi amaran bahawa keputusan ICJ adalah pukulan serius terhadap Serbia. - AFP

sumber

0 comments: