Tuesday, July 6, 2010

Sudah 9,000 Orang Daftar utk Freedom Flotilla 2

Kempen Eropah untuk mengakhiri Pengepungan terhadap Gaza yang berbasis di Brussel mengatakan bahawa telah banyak yang mendaftar untuk bergabung dan ikut dalam "Freedom Flotilla 2".

Kempen Eropah, yang merupakan salah satu pendiri dari koalisi armada Kebebasan, dalam sebuah sidang media pada hari Isnin lalu (5/7) menyatakan bahawa armada kebebasan baru ini memiliki beberapa kejutan untuk pemerintah Israel, salah satunya adalah tujuh kapal dijadualkan untuk mengambil bahagian dalam armada kebebasan 2 yang berasal dari negara Eropah.

Kempen Eropah menambahkan bahawa mereka menerima sekitar 9,000 permohonan dari para simpatisan dari seluruh dunia untuk ikut serta dalam Armada Kebebasan (Freedom Flotilla) 2 sejak pertama kali dibukanya pendaftaran, yang diharapkan akan berlayar ke Jalur Gaza dalam beberapa minggu akan datang, meskipun sebelumnya telah ada serangan brutal Israel pada tanggal 31 Mei lalu yang menyebabkan belasan aktivis kemanusiaan terbunuh dan puluhan lainnya mengalami luka-luka.

Pada "Armada kebebasan I", konvoi kapal membawa sekitar 750 aktivis dari 40 negara, termasuk 44 orang dari negara Arab dan Eropah, politisi serta pejabat, termasuk 10 anggota parlimen Algeria, dan lebih dari 10,000 tan ubat-ubatan, bahan bangunan, dan kayu, serta 100 rumah siap pakai dalam upaya untuk mendukung puluhan ribu orang yang kehilangan rumah mereka dalam perang Israel di Gaza pada akhir 2008 dan awal 2009.

Kapal-kapal itu juga membawa 500 kerusi roda elektrik untuk para penyandang cacat, terutama sejak perang Gaza berakhir yang menyebabkan ratusan warga Gaza menjadi cacat.(fq/pic)

sumber

No comments: