Dr. Ahmad AT-Tayyibb, Syeikhul Azhar menyatakan bahawa rakyat Palestin mesti menggunakan hak sah mereka untuk melakukan perlawanan terhadap zionis Israel mendapatkan hak-hak mereka kembali.
Syaikh At-Tayyib, dalam wawancara dengan akhbar Al Ahram mengatakan: "Apa yang mesti diketahui orang-orang Arab dan Palestin bahawa Israel tidak akan memulihkan hak-hak mereka pada sebuah piring perak atau tembaga, atau selembar kertas."
Ia melanjutkan: "Siapapun yang berharap Israel akan memulihkan hak rakyat Palestin, sebenarnya mereka sedang bermimpi, dan rakyat Palestin mesti bersatu dalam membela hak undang-undang serta menggunakan hak sah mereka untuk melawan para pemukin yahudi termasuk pemerintah zionis Israel."
0 comments:
Post a Comment