EL-ARISH, Mesir 10 Ogos - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) akan membentangkan pelan pembinaan hospital pediatrik bernilai US$34.6 juta kepada pihak berkuasa di Gaza apabila tiba di sana kelak.
Ketua misi bantuan kemanusiaan ‘Ramadan March For Freedom’ yang diterajui oleh Mapim, Azmi Abdul Hamid berkata, hospital setinggi sembilan tingkat itu akan memperuntukkan empat tingkat untuk wad pediatrik, dan juga kawasan bagi pusat rekreasi, taman permainan, pusat penjagaan kanak-kanak, perpustakaan, klinik serta farmasi.
Jika diluluskan, pembinaannya akan dimulakan hujung tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh satu hingga dua tahun, katanya pada sidang berita di sini semalam.
Beliau berkata, misi itu akan mula bergerak ke Gaza pada 10 pagi waktu tempatan hari ini dan anggota misi juga telah diberi latihan simulasi untuk membiasakan diri mereka dengan keadaan sebenar dalam perjalanan dari El-Arish, bandar pelancongan yang terletak kira-kira 345 km dari Kaherah ke Gaza. - Bernama
0 comments:
Post a Comment