Friday, September 3, 2010

35 maut dalam 3 serangan bom di PAKISTAN

LAHORE 2 Sept. - Sekurang-kurangnya 35 terbunuh dalam tiga serangan bom semasa perarakan Syiah di Pakistan malam tadi.

Kejadian itu pastinya menambahkan lagi beban kepada kerajaan yang sudah pun bergelut dengan banjir teruk yang memusnahkan Pakistan dan memperlihatkan kumpulan militan kembali beroperasi walaupun berlakunya bencana alam.

Menurut pegawai kerajaan, Sajjad Bhutta, angka kematian dalam letupan itu meningkat kepada 35 hari ini, dengan kira-kira 250 cedera.

Pengeboman lewat malam tadi memusnahkan perarakan jalanan Syiah di Lahore yang sesak dan sering menjadi sasaran pelampau Sunah sepanjang dua tahun lalu, di mana fahaman minoriti itu kerap kali diserang.

Kumpulan Sunah telah melancarkan berpuluh-puluh serangan bagi menentang puak Syiah dan mazhab serta agama lain di Pakistan dalam beberapa tahun ini.

Turut bersekutu dengan al-Qaeda dan Taliban, kumpulan itu juga berusaha untuk menyahstabilkan kerajaan Pakistan yang disokong Amerika Syarikat melalui serangan-serangan sedemikian.

Mereka telah membina tempat-tempat perlindungan di kawasan barat laut yang hampir dengan sempadan Afghanistan, di mana mereka menyediakan perancangan dan latihan.

Pengeboman itu merupakan serangan besar pertama di Pakistan sejak banjir buruk memusnahkan negara ini lebih sebulan lalu, menyebabkan lapan juta penduduk memerlukan bantuan kecemasan dan menggerakkan usaha bantuan besar antarabangsa yang masih berterusan.

"Ketika seluruh negara menderita dengan kesengsaraan terjejas akibat banjir, kumpulan pengganas ini terlibat dalam menggerakkan agenda tersendiri mereka," kata Perdana Menteri, Yousuf Raza Gilani dalam satu kenyataan yang mengutuk serangan itu.

Pengeboman itu menggegarkan tiga kawasan berasingan ketika 35,000 puak Syiah berarak melalui jalan-jalan raya Lahore dalam satu perarakan perkabungan tradisional untuk memperingati Sayidina Ali, imam yang paling dihormati Syiah. - AP

Sumber

0 comments: