Saturday, September 25, 2010

Israel Sedia Berlembut?

BAITULMAQDIS 24 Sept. - Israel hari ini menunjukkan peningkatan kemungkinan untuk bertolak-ansur menjelang tamatnya tempoh pembekuan pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin, yang mengancam rundingan damai Asia Barat yang baru berusia tiga minggu.

Dua hari sebelum mengumumkan keputusan berhubung penangguhan pembinaan penempatan haram selama 10 bulan di Tebing Barat yang dijajah rejim Zionis Israel, kerajaan Zionis itu memberi pembayang yang ia sanggup menyetujui satu perjanjian yang dapat diterima penduduk Palestin dan Amerika Syarikat (AS).

"Israel bersedia untuk mencapai perjanjian yang dapat diterima oleh semua pihak," kata seorang pegawai kanan kerajaan semasa ditanya mengenai penangguhan pembinaan itu pada Ahad ini.

Beliau bagaimanapun berkata, itu tidak bermaksud sebarang pembinaan tidak akan dijalankan di Tebing Barat,

Jelasnya, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sedang 'melakukan usaha intensif untuk mencapai perjanjian sebelum tamatnya moratorium pada 26 September ini'.

Ia menandakan perubahan Israel yang sebelum ini berdegil untuk tidak memperbaharui penangguhan pembinaan penempatan haram walaupun Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengugut untuk menarik diri dari rundingan damai jika pembinaan penempatan haram Yahudi diteruskan.

Presiden AS, Barack Obama semalam menegaskan bahawa moratorium itu perlu dilanjutkan.

Abbas mengalu-alukan ucapan Obama, terutama berkaitan penangguhan aktiviti pembinaan penempatan haram serta pewujudan sebuah negara Palestin. - AFP

sumber

1 comment:

biussaraf said...

berlembut ade makne...jahat!