Monday, October 18, 2010

Beza Sunni Syiah Hanya dlm Soal Furuk - Syeikhul Azhar

Grand Syeikh Azhar Dr. Muhammad Ahmad El-Thayeb mengkritik beberapa saluran televisyen Arab terkait tayangan yang dinilainya berpotensi memecah belah Sunni dan Syiah dan dunia Islam.

Kebelakangan ini, hubungan Sunni-Syiah kembali menegang pasca beredarnya video dan pernyataan seorang ulama Syiah konservatif asal Kuwait yang bermukim di London, Yasir al-Habib, yang mengatakan beberapa sahabat pilihan dan isteri Nabi berada di neraka.

El-Thayeb juga menegaskan penolakannya atas sikap mengkafirkan Syiah oleh beberapa ulama seperti yang ditayangkan di siaran-siaran televisyen tersebut. Ditegaskan oleh Al-Thayeb, bahawa sikap tersebut "ditolak dalam Islam dan tidak dapat diterima".

Ditambahkan oleh El-Thayeb, sikap mengkafirkan antara sesama Muslim sama sekali tidak dibenarkan oleh Alqur'an dan hadis Nabi, oleh Islam sendiri.

Mantan mufti Mesir dan rektor Universiti Al-Azhar itu juga membantah dan menolak rumor yang mengatakan bahawa Syiah memiliki Alqur'an versi lain. "Kalau Syiah memang memiliki Alqur'an versi lain, tentu ini sudah menjadi tema kajian ulama Islam sejak masa klasik, bahkan telah menjadi tema empuk bagi kalangan Orientalis untuk mengkajinya," katanya.

Dijelaskan oleh El-Thayeb, perbedaan antara Sunni dan Syiah sebenarnya hanya pada level ikhtilaf far'iyyah (perbezaan cabangan), bukan ikhtilaf ushuliyyah (perbezaan pokok), suatu hal yang lumrah dalam Islam, seperti perbedaan madzhab fikih. Bahkan, dalam masalah fikih, antara madzhab Sunni dan Syiah tidak banyak terdapat perbezaan.

"Bahkan kami pun bermakmum solat di bekalang Syiah," kata El-Thayeb.

Perbezaan tersebut, jelas El-Thayeb, menjadi besar dan runcing karena pengaruh masalah politik.

Pernyataan Syaikhul Azhar ini cukup membingungkan, kerana dari cacian Syiah terhadap para sahabat dan ummul mukminin Aisyah sendiri sudah bukan masalah furu' lagi , belum lagi Syiah tidak mahu menggunakan hadits-hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang banyak haditsnya di rawi oleh Bukhari dan Muslim dan masih banyak lagi perbezaan Sunni-Syiah yang sama sekali tidak boleh dianggap masalah furu'.(AGS/aby)

2 comments:

shauzihussein said...

Pernyataan Syaikhul Azhar ini cukup membingungkan, kerana dari cacian Syiah terhadap para sahabat dan ummul mukminin Aisyah sendiri sudah bukan masalah furu' lagi , belum lagi Syiah tidak mahu menggunakan hadits-hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang banyak haditsnya di rawi oleh Bukhari dan Muslim dan masih banyak lagi perbezaan Sunni-Syiah yang sama sekali tidak boleh dianggap masalah furu'.(AGS/aby).....Kenyataan seperti ini ,menampilkan kejahilan berfikir secara Islam..yang toleransi dan liberal seperti yan di bawa oleh Junjungan Besar Nabi SAW....ia hanya mempamerkan sifat atau sikap kepuakan yang menebal...jauh sekali mengabil pendekatan secara berhikmah dan sabar untuk penyatuan UMMAH....sekian..dari 'Abdullah'..md,shauzi md.hussein.

abu bakar said...

itu dulu sekarang dak lagi lihat kenyataan syiah indonesia
mereka mementingkan perpaduan tetapi kaum sunni masih mencari perbezaan, setelah 30 tahun revolusi iran ...negara arab terkial=kial mencari revolusi arab spring
Jakarta, 14-12-2013
KH. Hasan Alaydrus
Ketua Umum DPP ABI
http://indonesian.irib.ir/fokus/-/asset_publisher/v5Xe/content/sikap-resmi-ormas-islam-ahlul-bait-indonesia-atas-klasifikasi-syiah-indonesia-menurut-habib-rizieq-shihab