Tuesday, November 9, 2010

FILIPINA: Gunung berapi Bulusan pula mula keluar debu

MANILA 8 Nov. - Pegawai-pegawai Filipina hari ini mengagih- agihkan topeng muka kepada penduduk yang tinggal berhampiran gunung berapi Bulusan selepas ia terus mengeluarkan debu.

Menurut saintis, buat masa ini sebarang pemindahan di enam perkampungan di kawasan Bulusan tidak diperlukan.

Setakat ini, hanya kira-kira 200 penduduk kampung yang mendapatkan perlindungan di sebuah sekolah rendah.

Bulusan merupakan satu daripada 23 gunung berapi aktif di negara ini dan kali terakhir mengeluarkan debu dan gas panas adalah pada 2007, tetapi kemudian tidak mengalami letupan besar.

Dalam kejadian terbaru hari ini, gunung berapi setinggi 1,560 itu mengeluarkan debu berbentuk awan kelabu setinggi 700 meter ke udara.

Sementara itu. ketua pakar gunung berapi Filipina, Renato Solidum merayu kepada penduduk berdekatan supaya tidak mencuri peralatan pengawasan cerun gunug berapi.

Menurutnya, perbuatan mencuri peralatan itu tidak mendatangkan faedah kerana ia tidak boleh digunakan selain daripada dijadikan sebagai besi buruk. - AP

Sumber

0 comments: