Friday, November 5, 2010

Masjid Dibakar di GREECE

Komuniti Arab dan masyarakat muslim di Greece marah, setelah beberapa orang dari kelompok ekstrim kanan Greece melakukan pembakaran terhadap sebauh masjid di komuniti Benggali pada saat solat Isya.

Koordinator Asosiasi Muslim Yunani, Mahmud Abu Hamid mengatakan bahawa para pengikut ekstrim sayap kanan Greece mencuba untuk membakar sebuah masjid di komuniti Benggali di ibukota, Athen tiga hari lalu, setelah mereka berhasil membakar pintu masjid pada saat jamaah sedang menjalankan solat Isya. Namun para pembakar melarikan diri dan jamaah berhasil memadamkan api.

Mahmud mengatakan dalam sebuah pernyataan kepada akhbar"Al-Mishri Al-yaum" bahawa setelah kejadian tersebut, terjadi perselisihan di antara komunitas Muslim di wilayah itu dengan para pengikut kelompok radikal di mana dalam insiden ini mengakibatkan dua orang cedera, salah satu yang terluka berkebangsaan Mesir.

0 comments: