MOGADISHU 18 Nov. - Sekurang-kurangnya 17 orang mati dan 45 lagi cedera dalam pertempuran antara pemberontak Islam dengan pasukan pengaman Kesatuan Afrika (AU) di ibu kota Mogadishu, Somalia semalam.
Para pegawai dan pemerhati berkata, puak pemberontak melakukan serangan pengeboman besar-besaran diikuti tembakan bertali arus ke atas kem pasukan pengaman AU dan membunuh orang-orang awam, “Kami telah mengangkat 17 mayat dan 45 orang awam yang cedera,” kata Ali Muse Sheikh, ketua perkhidmatan ambulans Mogadishu kepada agensi berita dpa Jerman.
Sebahagian besar serangan berlaku di dua buah pasar utama di Mogadishu. Lapan orang awam terbunuh bila serangan pasukan AU menghujani kawasan pasar Bakara yang sibuk, kata salah seorang saksi kepada dpa.
Kumpulan pemberontak Al-Shabaab sedang berjuang untuk menggulingkan pemerintahan kerajaan yang lemah dan dilindungi oleh AU. - Agensi
0 comments:
Post a Comment