Friday, December 10, 2010

Abu Tir Tetap Akan Kembali ke Jerusalem

Anggota parlimen Hamas, Muhammed Abu Tir telah menegaskan bahawa dia akan kembali ke kampung halamannya di Jerusalem yang diduduki dengan cara apa pun.

Abu Tir mengatakan hal tersebut kepada jaringan TV Al-Jazeera pada hari Rabu kemarin (8/12) setelah tiba di Tebing Barat melalui persimpangan Qalandia dan menegaskan bahawa keputusan Israel untuk mengusir dia dari kota asalnya tertolak.

Menggambarkan keputusan itu sebagai tindakan "kriminal", ia mengatakan bahawa polis Israel mendakwa "Dirinya menyusup ke Jerusalem padahal dia sendiri tidak pernah keluar dari wilayah itu".

Tujuannya adalah untuk mengusir semua penduduk Jerusalem dan melakukan Yahudisasi di seluruh kota setelah penduduk tempatan menolak untuk diusir, katanya, menambahkan bahawa pendudukan Israel tidak ingin ada warga Arab di Jerusalem. (fq/pic)

0 comments: