![]() |
| PENDUDUK tempatan berkumpul di lokasi kejadian insiden kereta api bertembung di daerah Narsingdi, kira-kira 40 kilometer dari timur Dhaka, kelmarin. - AP |
DHAKA 9 Dis. - Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 60 lagi cedera apabila dua kereta api berlanggar di sebuah stesen di luar ibu negara Bangladesh ini semalam.
Sebuah kereta api yang berhenti di stesen itu dirempuh dari belakang oleh kereta api kedua, menyebabkan beberapa gerabak bertindihan.
Pasukan penyelamat dan penduduk tempatan mengeluarkan mangsa dari gerabak yang remuk itu.
"Kami masih cuba membersihkan landasan tetapi hujan lebat menggendalakan usaha kami," kata ketua polis daerah, Akkas Uddin Bhuiyan hari ini.
Beliau mengesahkan tiga mangsa meninggal dunia di hospital malam tadi, manakala lebih 40 orang masih dirawat di hospital, ramai antaranya cedera parah.
Kemalangan itu berlaku di Narshingdi, 30 kilometer ke timur laut Dhaka, petang semalam.
Siasatan mengenai punca kejadian sudah pun dilancarkan.
Ketua pentadbir Narshingdi, Amrito Baroi berkata, kereta api yang merempuh dari belakang itu dipercayai mengalami kerosakan brek. - AFP

0 comments:
Post a Comment