Friday, December 17, 2010

PBB tarik sekatan ke atas IRAQ


NEW YORK 16 Dis. - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam meluluskan resolusi bagi menamatkan beberapa sekatan penting yang dikenakan ke atas Iraq semasa era pemerintahan Saddam Hussein.

Majlis Keselamatan meluluskan tiga resolsui bagi menamatkan sekatan antarabangsa ke atas Iraq sebelum ini yang melarang pemerolehan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) serta menamatkan program minyak untuk makanan yang dikelolakan PBB di Iraq.

Langkah itu sekali gus, membolehkan Iraq memulakan aktiviti nuklear untuk tujuan keamanan, tetapi diplomat menyifatkan tujuan utama langkah itu ialah untuk mengukuhkan kerajaan demokratik Iraq yang diiktiraf antarabangsa.

Naib Presiden AS, Joe Biden dan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon memuji usaha Iraq ke arah demokrasi, sambil memberi amaran negara ini perlu berdamai dengan negara jiran, Kuwait di samping menangani ancaman keselamatan yang masih wujud.

Majlis Keselamatan yang dianggotai 15 negara itu meluluskan resolusi-resolusi tersebut yang menarik balik sekatan yang dikenakan pada 1991 untuk menghalang Iraq membangunkan senjata nuklear, kimia dan biologi. - afp

Dakwaan tentang kewujudan gudang WMD semasa pemerintahan Saddam, menjadi punca utama pencerobohan tentera AS di Iraq pada 2003, namun tiada satu pun senjata ditemui selepas Saddam disingkirkan.

Resolusi kedua pula secara rasmi menamatkan program minyak untuk makanan yang membenarkan bekas diktator Iraq itu menggunakan berbilion dolar untuk membeli makanan serta bekalan ubat-ubatan antara 1996 hingga 2003.

Resolusi ketiga menyaksikan perlindungan PBB selama enam bulan ke atas berjuta-juta dolar dalam Dana Pembangunan untuk Iraq yang ditubuhkan selepas perang 2003 untuk mengendalikan minyak serta hasil yang lain dilanjutkan.

Perancis berkecuali dalam undian berhubung resolsui menamatkan program minyak untuk makanan dengan alasan Iraq masih memerlukan jaminan kewangan, sementara negara-negara anggota lain sebulat suara meluluskan resolusi terbabit. - AFP

Sumber

1 comment:

Ichwana said...

nice post..
very interesting information....

please read : economic jurnal of andalas university