NAIROBI, 30 Nov. AFP - Lanun Somalia merampas sebuah kapal Malaysia bersama-sama 23 anak kapalnya di barat perairan Maldives di Lautan Hindi, lapor pemerhati maritim rantau itu, hari ini.
Kapal MV Albedo yang membawa kontena sedang dalam perjalanan dari Emiriyah Arab Bersatu ke Kenya apabila ia dirampas Jumaat lalu.
"Kapal MV ALBEDO membawa 23 anak kapal terdiri daripada warga Pakistan, Iran, Sri Lanka dan Bangladesh" dan telah ditunda menuju tengah Somalia, kata Ecoterra International, sebuah kumpulan alam sekitar yang memantau aktiviti maritim di rantau itu.
Ketua Biro Maritim Antarabangsa (IMB), Noel Choong, pusat yang melapor kegiatan lanun di Kuala Lumpur memberitahu AFP bahawa kapal itu sedang berlayar menuju Somalia. - AFP
0 comments:
Post a Comment