SANTIAGO Chile 27 Feb. - Sekurang-kurangnya 78 disahkan maut apabila satu gempa bumi sekuat 8.8 pada skala Richter menggegarkan bahagian tengah selatan Chile, hari ini.
Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS) melaporkan, gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 3.34 pagi waktu tempatan (2.43 petang ini waktu Malaysia), 90 kilometer dari timur laut bandar Conception pada kedalaman 35 kilometer.
Santiago, ibu negara Chile turut terjejas dan berada dalam kegelapan berikutan bekalan elektrik dan komunikasi terputus.
Gempa bumi yang diikuti gegaran susulan sekuat 6.9 pada skala Richter itu dilapor turut mencetuskan tsunami setinggi 2.7 meter.
Pusat amaran tsunami AS Pasifik turut mengeluarkan amaran tsunami untuk Chile dan Peru, selain meminta penduduk di Ecuador, Colombia, Antartika, Panama, Costa Rica, seluruh Amerika Tengah dan Polynesia di Perancis supaya berjaga-jaga.
Sementara itu, Presiden Chile, Michelle Bachelet mengisytiharkan 'bencana negara' ekoran gempa bumi itu dengan berkata, angka korban mungkin meningkat.
Gempa bumi kuat itu dilapor meranapkan bangunan-bangunan, memutuskan bekalan elektrik serta mengakibatkan semua penerbangan di lapangan terbang antarabangsa dekat Santiago dibatalkan. - Agensi











Menurut informasi yang diterima dari jalur Gaza, sayap militer gerakan Jihad Islam - Brigade Al-Quds menyatakan bahawa salah seorang anggota mereka syahid (insyaAllah) dan beberapa anggota lain cedera dalam sebuah serangan udara Israel di dekat penyeberangan Karni di sebelah timur Gaza.
Ketua Persatuan Pemandu Pelancong Mesir Muhammad Gharib menyatakan bahawa beberapa pemandu pelancong Israel yang bekerja di Mesir mengkhabarkan kepada pelancong bahawa yang membangun Piramid adalah orang Yahudi. Para pemandu Israel itu juga mengatakan sejarah Mesir banyak yang diselewengkan.
Pejuang Taliban telah berhasil membunuh enam personil tentera NATO, sewaktu aliansi pasukan pendudukan bersama dengan pasukan pemerintahan Afghanistan melakukan serangan di wilayah selatan Afghanistan.





















