Monday, May 31, 2010

Kapten "Kapal 8000" Enggan Dirawat di Israel



Nicosia – Infopalestina: Kapten “kapal 8000”, salah satu kapal armada kebebasan yang melambangkan jumlah tahanan Palestin yang mendekam di dalam penjara Zionis Israel, mengalami kecederaan serius oleh serangan angkatan laut Israel yang menyerbu armada kebebasan yang melaut menuju Jalur Gaza, Isnin (31/5) pagi.

Europe Campaign untuk Pembebasan Sekatan Gaza, yang mendanai “kapal 8000”, menyatakan bahawa kapten kapalnya yang berkebangsaan Yunani, menolak untuk dirawat di Israel dan tetap bertekad untuk dirawat di Yunani, meskipun dia mengalami luka serius.

"Kapal 8000" membawa kru media besar, mereka dalah kru aljazeera, Radio Media Sky Yunani, Web TV Yunani, TV XS Yunani, koran Ethnos Yunani, televisi Ceko – Republik Ceko, Ceko Ets R – Republik Ceko, Info Pal Italia, dan TV Bulgaria – Bulgaria. Di samping media Turki, Rusia dan negara lain yang ada di atas kapal armada kebebasan.

sumber

Ahmedinejad : Serangan Itu Petanda Awal Kehancuran Israel



Teheran – Infopalestina: Presiden Iran Mahmud Ahmadinejad mengatakan bahawa serangan biadab Israel terhadap armada bantuan kemanusiaan untuk penduduk Jalur Gaza adalah indikator besar akhir kesudahan entiti Zionis.

Nejad mengatakan, Isnin (31/5), apa yang terjadi hari ini terhadap armada kebebasan adalah ujian sesungguhnya sejauh maja komitmen Negara-negara yang menyerukan HAM.

Nejad menegaskan akhir kesudahan Zionis Israel sudah dekat. Dia mengatakan, “Hari ini kita menyaksikan bagaimana entiti Zionis yang lalim membunuh para aktivis antarabangsa yang membawa bantuan internasional untuk penduduk Jalur Gaza dan menculik sejumlah dari mereka. Sebahagian pihak memandang ini adalah bukti kekuatan entiti Zionis, namun sesungguhnya itu adalah indikator besar bahawa lenyapnya Israel sudah dekat dan awal kesudahannya.”

Nejad menyerukan kepada Negara-negara yang mendukung entiti Zionis Israel dengan mengatakan, “Jika anda ingin memiliki kedudukan dan kredibiliti di dunia, maka hentikannya dukungan kalian kepada para penjahat Zionis yang mahir melakukan pembunuhan dan kehancuran.”


sumber

PAS Sahut Seruan HAMAS

KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS menyambut seruan Hamas supaya dunia Islam bangkit bagi menyatakan bantahan terhadap serangan ganas tentera rejim zionis Yahudi terhadap Konvoi Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa Gaza, pagi ini.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, parti itu akan sentiasa bersama dengan masyarakat antarabangsa yang inginkan keamanan supaya mengadakan tindakan susulan yang sesuai terhadap kekejaman yang dilakukan oleh tentera rejim tersebut.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri, hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya ‘berhimpun’ di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 aktivis dan mencederakan lebih 30 yang lain.

Sementara itu, Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh dalam satu kenyatan di Gaza mengecam seranga tersebut dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melindungi aktivis kemanusiaan mengikuti konvoi bantuan kemanusiaan itu.

“Kami menghubungi rakan-rakan di Timur Tengah untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung serangan ganas itu,” ujar Nasharudin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok turut menggesa PAS kawasan dan cawangan seluruh negara mengadakan solat hajat dan membaca qunut nazilah memohon kepada Allah agar situasi yang berlaku itu selesai secara aman dan melindungi anggota rombongan kemanusiaan ke Gaza itu.

Menurutnya, apa yang berlaku itu membuktikan bahawa keganasan zionis Yahudi tidak pernah padam terhadap umat Islam.

Beliau juga menyeru seluruh rakyat Malaysia agar melakukan sesuatu yang perlu bagi memastikan kekejaman dan kezaliman tentera rejim zionis Yahudi itu mendapat pembalasan yang setimpal.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengecam keras tindakan rejim haram Israel menyerang konvoi tersebut.

Menututnya, tindakan biadap dan kejam itu diharap membuka mata pemimpin dunia khususnya Amerika dan sekutunya di Barat.

PAS, tegasnya melihat tindakan tidak bermoral itu mencerminkan sikap angkuh rejim Yahudi kerana adanya Amerika dan negara Barat yang sentiasa melindunginya.

Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh negara Islam memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan rejim tersebut.

Katanya, tindakan kerajaan menggunakan APCO juga mesti ditentang dan PAS mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatalkan segera perjanjian itu.

“PAS memohon seluruh ahli mengadakan solat hajat seluruh negara dan membaca qunut nazilah agar Allah menghancurkan Yahudi laknatullah dan memelihara semua anggota konvoi.

“PAS juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kekejaman Yahudi, semoga gugurnya para pejuang ini menyemarakkan usaha membebaskan saudara kita di Gaza,” ujarnya.

sumber

Isu Flotilla - PAS Akan Hantar Memo dan Anjur Demo

KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS akan menghantar satu memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Ampang jam 12 tengah hari esok (Selasa) berhubung serangan tentera rejim Israel ke atas Konvoi Kapal Freedom Flotilla.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) memberitahu, penyerahan tersebut akan diketuai Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan akan turut disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Sehubungan itu, penyokong solidariti Palestin dan ahli PAS di sekitar Lembah Klang khasnya di Kuala Lumpur dan Selangor diminta hadir sebagai tanda sokongan.

Mereka diminta membawa bendera Palestin dan placarad sebagai tanda bantahan terhadap kezaliman zionis Israel.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 20 daripada aktivis di atas kapal tersebut meninggal dunia dan 30 cedera akibat serangan tersebut awal pagi tadi.

Konvoi Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa itu diketuai oleh sebuah NGO dari Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan maklumat terkini mendapati kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel.

Konvoi itu membawa kira-kira 15,000 tan barangan bantuan kemanusiaan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Pusat mewajibkan seluruh ahli dan pimpinan Pemuda kawasan dan negeri hadir ke himpunan sejuta umat di depan kedutaan Amerika selepas solat Jumaat, 4 Jun ini.

Pengerusi Dakwah dan Perkaderaan Pemuda PAS, Ustaz Ridwan Mohd Nor berharap semua peserta demo perlu membawa kain rentang, poster mempamerkan bantahan terhadap kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh rejim Israel.

Katanya, himpunan pada hari Jumaat itu akan menyatakan bantahan kepada pelindung Israel iaitu kerajaan Amerika Syarikat dan rejim Mesir.

Beliau menyelar tindakan serangan yang dilakukan oleh rejim Israel kerana kapal tersebut membawa bantuan kemanusiaan untuk membantu umat Islam Gaza.

Umat Islam Gaza kini sedang terkepung akibat pemencilan Israel dan sekutunya termasuk rejim Arab, katanya.

“Semua peserta demo akan berkumpul di Tabung Haji dan insya Allah demo akan dipimpin oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, pimpinan Pemuda dan juga wakil NGO,” ujarnya.

Beliau menyeru semua masjid dan markas PAS seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa qunut nazilah supaya Allah melindungi anggota misi kemanusiaan ke Gaza.

Sementara itu, Muslimat PAS Selangor turut membantah keras kekejaman tentera Israel yang menyerang misi sukarelawan membantu umat Islam yang terkepung di Gaza.

Naibnya, Ustazah Mariam Abd Rashid berkata, misi tersebut hanya untuk membantu mangsa perang yang sedang berhadapan dengan kesukaran dan keputusan makanan serta bekalan ubat-ubatan.

Sebenarnya kata beliau, Amerika Syarikat tidak serius melarang tentera Israel malah secara diam-diam rejim Obama menyokong tindakan tersebut.

"Kita minta umat Islam seluruh dunia berdoa dan munajat supaya konvoi sukarelawan itu terselamat dan Israel laknatullah segera dibalas Allah," katanya.

sumber

Jual Ayam Tak Halal, Tesco Disaman RM 1.6 Juta

Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.

Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.

Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.

Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

"Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.

Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam.

sumber

Hamas Isytihar Intifada!

Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa, memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindakan perkumpulan 22 negara Arab terhadap apa yang disifatkan "tindakan keganasan" Israel terhadap kapal misi bantuan antarabangsa ke Gaza.

"Setiausaha Agung Liga Arab sudah memanggil mesyuarat tergempar peringkat wakil bagi membincangkan jenayah kejam tentera Israel terhadap orang awam tidak bersenjata yang menyebabkan ramai terbunuh dan cedera.

"Liga Arab mengutuk tindakan keganasan itu," menurut kenyataan pertubuhan itu yang dipetik oleh Reuters.

Sementara itu, AFP pula melaporkan Hamas hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya 'berhimpun' di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza.

“Ka
mi menyeru semua rakyat Arab dan umat Islam supaya berkumpul di kedutaan-kedutaan rejim Zionis itu di seluruh dunia,” kata jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri sambil menggunakan perkataan Arab 'intifada'.

Perdana Menteri Hamas Ismail Haniya di Gaza mengecam 'serangan' berkenaan dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melindungi aktivis yang mengikuti misi penghantaran bekalan bantuan itu.

sumber

Penemuan Baru - Melaka Diasaskan Pada 1262

Sepasukan penyelidik yang dilantik kerajaan negeri Melaka menemui tarikh baru kerajaan Melayu Melaka diasaskan iaitu pada tahun 1262, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, penemuan tarikh baru itu sekaligus menolak tarikh yang diumumkan sebelum ini iaitu 1278 oleh pasukan penyelidik itu pada bulan lalu.

"D
engan penemuan tarikh baru itu (1262) juga menolak pendapat penulis terdahulu yang menyatakan Melaka diasaskan pada tahun 1400,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka anjuran Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) di Melaka, hari ini.

Pasukan penyelidik dengan sembilan anggota termasuk pakar sejarah dari universiti tempatan, dipengerusikan Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka Prof Emeritus Datuk Wira Dr Mohd Yusoff Hashim manakala ketua penyelidik Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Mereka diberi tugas membuat kajian dan penyelidikan bagi mengenal pasti tahun penubuhan kerajaan Melayu Melaka sebagai satu entiti politik di alam Melayu dan memulakan penyelidikan pada Jun tahun lalu.

Mohd Ali berkata, pasukan penyelidik berkenaan memilih tahun 1262 itu berdasarkan kepada sumber daripada Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu, salah seorang Sultan Johor yang merupakan pemilik naskah tersebut.

- Bernama

Dr Rani selamat, Jamuliddin dan wartawan Awani tidak diketahui

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Semua rombongan rakyat Malaysia yang menyertai Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza selamat walaupun 16 dari anggota konvoi itu terbunuh dan lebih 30 cedera.

Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman dalam smsnya berkata beliau selamat dan kini kapal yang dinaikinya dipaksa berlabuh di Haifa.

Namun begitu, keadaan Timbalan Pengarah Yayasan Amal, Jamuliddin Elias belum diketahui lagi kerana tidak ada sebarang perhubungan dengan beliau. Setiausaha Politik MB Selangor, Nik Nazmi berkata, Jamuliddin berada di atas salah satu kapal dalam konvoi itu.

Lapan rakyat Malaysia disahkan berada dalam Mavi Marmara, kapal utama dalam flotila pro-Palesti yang diserang tentera Israel hari ini

Manakala itu, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan kini berada di Istandul dan sedang berusaha untuk menyertai penduduk tempatan Turki yang sedang berdemo menentang tindakan Israel terhadap konvoi damai itu.

Turut selamat adalah tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) iaitu Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu dan anggota parlimen kawasan Parit, Mohd Nizar Zakaria.

Mereka turut disertai wartawan TV3 Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.

Namun begitu nasib dua wartawan Astro Awani tidak diketahui.

Shamsul berkata mereka berada kira-kira 1,000 batu nautika dari Gaza.

"Kami telah mendengar mengenai IHH (kapal Turki). Rancangan sekarang adalah untuk terus maju dan berpatah balik sekiranya terdapat amaran daripada tentera Israel," katanya.

sumber

Bagaimana Nasib Syeikh Raid Shalah? Hidup atau syahid?

Syeikh Raid Shalah merupakan salah seorang sukarelawan yang cedera oleh serangan militer Israel. Dikhabarkan dirinya menderita luka parah akibat serangan militer Israel yang menyerang armada Kebebasan Isnin pagi ini (31/5), dan menerima perawatan di rumah sakit Tel Hashomer Israel atas luka tembakan di kepala yang dideritainya, kata beberapa sumber.

Namun informasi terakhir menyatakan Syeikh Shalah tidak ditemukan di rumah sakit Israel manapun.

sumber

Ribuan Rakyat TURKI Serbu Pejabat Duta Israel

Ribuan penujuk perasaan berkumpul di luar konsulat Israel di Turki menuntut pengusiran duta besar Israel. Demonstrasi ini sebagai reaksi balas ke atas aksi militer Israel yang menyerang armada kapal kemanusiaan Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang dan mencederakan lebih dari 50 orang lainnya. Banyak jatuh korban akibat serangan brutal Israel tersebut termasuk beberapa di antaranya ialah warga Turki.

Para penunjuk perasaan di Istanbul Turki saling bertolak-tolakan dengan polis yang menjaga di depan konsulat Israel, mereka meneriakkan kata-kata "Damn Israel!."

Demonstrasi besar ini selain dicetuskan oleh serangan militer Israel terhadap armada kebebasan juga kerana adanya seruan panggilan dari ponsel dan Twitter yang mengajak warga Turki menunjuk perasaan menyikapi peristiwa ini.

Demonstrasi dilaporkan juga terjadi di konsulat Israel lainnya di seluruh Eropah, namun sejauh ini demonstrasi di Istanbul adalah yang terbesar.

Para penunjuk perasaaan menyebut serangan Israel terhadap aktivis non-kekerasan sebagai suatu tindakan jenayah besar kerana serangan itu terjadi di perairan antarabangsa.(fq/imemc)

sumber

Mahmud Abas : PALESTIN Berkabung 3 Hari

Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyatakan hari berkabung selama tiga hari di seluruh wilayah Palestin sebagai penghormatan terhadap para korban serangan brutal Israel ke rombongan kapal internasional yang membawa bantuan kemanusiaan untuk Gaza.

Perdana Menteri Palestin dari Hamas Ismail Haniyah juga mendeklarasikan aksi mogok besar-besaranl sebagai ungkapan berkabung untuk para korban serangan Israel yang terjadi hari ini terhadap para aktivis kemanusiaan. Antaranya adalah Syeikh Raed Salah, ketua Gerakan Islam di Israel, yang mengalami luka serius akibat serangan tentera Zionis ke kapal "Freedom Flotilla"

Uni Eropah menyerukan penyelidikan atas serangan Israel tersebut.

Sementara, pihak Israel menutup semua akses ke Jalur Gaza dan mendakwa bahwa serangan ke kapal pembawa misi bantuan itu dilakukan kerana tentera Israel lebih dulu diserang. Menyusul aksi brutal Israel ke kapal rombongan "Freedom Flotilla", PM Israel Benjamin Netanyahu membatalkan rencana kunjungannya ke AS. (imemc)

sumber

Dunia Arab Kutuk Serangan Israel

Dunia Arab bersatu untuk mengutuk serangan pasukan Israel terhadap armada kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Jalur Gaza.

Sekretari Jenderal Liga Arab, Amr Moussa mengecam serangan Israel pada hari Isnin ini (31/5) terhadap misi kemanusiaan yang dia cap sebagai tindakan jenayah.

"Kami mengutuk kejahatan ini, menyerang misi kemanusiaan dan para aktivis yang berusaha untuk membantu masyarakat Gaza. Mereka tidak dalam menjalankan misi militer. Setiap orang mesti mengutuk tindakan Israel ini," kata Moussa kepada AFP. Ketua Liga Arab ini mengatakan bahawa 22-anggota liga Arab sekarang sedang 'memikirkan' langkah selanjutnya terhadap Israel.

Pimpinan Autoriti Palestina Mahmud Abbas juga mengecam serangan Israel itu dengan menyebutnya sebagai pembantaian, dan dia menyerukan aksi mogok tiga hari di Tebing Barat, lapor koresponden Press TV di Ramallah. Abbas juga memperingatkan bahawa serangan mematikan Israel akan membahayakan perundingan yang disponsori langsung oleh Israel.

Perdana Menteri Lebanon Saad Hariri juga mengutuk serangan mematikan Israel tersebut yang disebutnya sebagai tindakan yang berbahaya dan gila, dia menekankan bahawa tindakan Israel itu hanya akan meningkatkan ketegangan di kawasan itu.

"Lebanon dengan tegas mencela serangan ini dan meminta masyarakat internasional, terutama negara-negara besar ... untuk mengambil tindakan mengakhiri pelanggaran hak asasi manusia yang berkelanjutan yang dilakukan Israel dan ancaman Israel terhadap perdamaian internasional," dikutip AFP atas pernyataan Hariri.

Ibrahim Mousavi, juru bicara media untuk gerakan perlawanan Hizbullah Lebanon, mengutuk serangan itu dan menyampaikan simpati mereka kepada keluarga para aktivis pro-Palestin yang syahid dalam insiden tersebut.

Sementara itu di Mesir, kelompok oposisi Ikhwanul Muslimin mengecam kekerasan terbaru Israel dan mendesak Presiden Husni Mubarak untuk memotong semua hubungan antara Kairo-Tel Aviv. Gerakan ini juga meminta pemerintah Mesir untuk membuka Rafah.

Presiden Palestin Ismail Haniyah juga meminta semua aktivis pro Palestin melakukan demonstrasi besar-besaran melawan tindakan keji Israel dan mendesak dunia Arab untuk mengambil langkah-langkah praktis untuk secara kekal mengakhiri sekatan Israel terhadap Gaza.

Sekurang-kurangnya 20 orang terkorban dan 50 lainnya cedera ketika Angkatan Laut Israel menyerbu armada Kebebasan pada Isnin pagi ini (fq/prtv)

sumber

Israel Takut Pajuang PALESTIN Menyerang Balas!

Militer Israel mengumumkan keadaan siap sediatinggi di seluruh negara dan wilayah Palestin yang diduduki setelah serangan angkatan laut mereka pada Isnin pagi terhadap armada Kebebasan.

Pasukan pendudukan Israel memberikan instruksi langsung kepada penduduk Sderot dan Kibbutz di dkat jalur Gaza untuk segera membuka tempat penampungan para pelarian, untuk mengantisipasi respon yang mungkin datang dari faksi pejuang Palestin menembakkan roket ke wilayah Israel sebagai aksi balasan atas aksi militer Israel yang menyerang armada kebebasan.

Radio Angkatan Darat Israel mengatakan bahawa dikhuatirkan akan adanya reaksi balas dari faksi pejuang Palestin dan untuk mengantisipasi hal itu penduduk Israel di wilayah pendudukan maupun di Israel agar bersiaga penuh akan ancaman serangan roket pejuang Palestin.

Penyeberangan Gaza juga ditutup dan pos pemeriksaan diharapkan akan beroperasi pada kapasiti minimum kata sebuah laporan dan pegawai Israel sedang mempertimbangkan untuk menutup akses ke Masjid Al-Aqsa di Jerusalem untuk mengantisipasi kemarahan warga Palestin atas serangan terhadap kapal armada kebebasan.(fq/mna/imo)

sumber

Tragedi Freedom FlotillaNegara2 Eropah Panggil Dta Israel

Negara Yunani, Sepanyol, dan Sweden memanggil Duta Besar Israel dan meminta penjelasan atas serangan yang dilakukan oleh Pasukan Komando Angkatan Laut Israel terhadap misi kemanusiaan "Freedom Flotilla" yang membawa bantuan kemanusiaan untuk warga Gaza.

Kementerian luar negeri Yunani dalam pernyataan rasminya hari ini mengatakan, mereka sudah memanggil Duta Besar Israel dan menuntut laporan "segera" laporan ata nasib sekitar 30 warga Yunani yang ikut serta dalam rombongan kemanusiaan itu.

"Kami menuntut informasi segera mengenai keselamatan warga Yunani di kapal kemanusiaan itu dan menegaskan perlunya mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk menjamin keamanan mereka," demikian pernyataan Kementerian Luar Negeri Yunani.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Yunani memutuskan untuk menarik diri dari latihan militer bersama dengan Israel sebagai bentuk protes atas serangan Israel yang dilaporkan mengorbankan sekitar 20 orang dan lebih dari 50 orang cedera.

Di Sweden, Menteri Luar Negeri Carl Bildt menyatakan keprihatinannya atas jatuhnya korban dan mengatakan "perlu segera mencari tahu" apa yang terjadi dengan armada yang membawa misi kemanusiaan ke Gaza itu.

"Kami telah memanggil Duta Besar Israel untuk mendapatkan informasi," kata Bildt, di sela-sela kunjungannya ke Itali. Ia juga mengatakan sudah menghubungi Ketua Tindakan Luar Negeri Uni Eropah Catherine Ashton untuk memastikan bahwa Uni Eropah memberikan respon jelas atas serangan brutal yang dilakukan Israel.

Spanyol juga memanggil Duta Besar Israel untuk meminta penjelasan atas serangan mematikan di enam kapal pengangkut bantuan yang sedang berlayar ke Gaza. Di kapal itu ada tiga pekerja kemanusiaan asal Sepanyol.

Di Berlin, Menteri Luar Negeri Jerman Guido Westerwelle menyatakan "keprihatinan yang mendalam" atas jatuhnya korban akibat serangan Israel ke konvoi kapal " Freedom Flotilla " Ia mengatakan, pegawai Jerman sedang mencari rincian lebih lanjut atas insiden itu. (ln/prtv)

sumber

Konvoi ke Gaza - Puluhan Maut dan Cedera!

BAITULMAQDIS 31 Mei – Stesen televisyen Channel 10 TV dalam laporan terbarunya hari ini meletakkan angka korban serangan komando Israel ke atas Flotila Pembebasan meningkat kepada 19 orang dengan 26 lagi cedera. – AFP

sumber

Israel - Kami serang kerana Freedom Flotilla Bawa Senjata.

Alasan bohong dan klasik kembali diutarakan Israel untuk membenarkan tindakan brutalnya menembak sukarelawan.

Hidayatullah.com-- Jurubicara militer Israel Avital Leibovich dalam keterangan persnya beberapa waktu lalu mengatakan bahwa para penumpang kapal dalam rombongan Freedom Flotilla membawa senjata.

Seperti biasanya, setelah melakukan tindak kekerasan yang tidak berperikemanusiaan Israel akan mencari-cari alasan guna membenarkan tindakan brutal mereka. Kali ini Isral menuding para aktivis kemanusiaan yang berada dalam rombongan kapal Mavi Marmara telah merencakan aksi untuk melawan Israel.

Lewat jurubicara militernya, Avital Leibovich, Israel menyatakan bahwa pasukan mereka yang naik ke atas kapal Mavi Marmara mendapatkan senjata-senjata tajam di antara para penumpang, seperti pisau dan lainnya. Dikatakan juga para aktivis telah mempersiapkan diri untuk melakukan serangan terhadap tentara Israel.

Leibovich tidak menyebutkan secara langsung bahwa para aktivis membawa senjata api. Namun dengan retorikanya, ia mengisyaratkan bahwa para aktivis di atas Mavi Marmara, selain menyiapkan senjata tajam juga menyerang mereka dengan "api".

Dengan retorikanya itu Israel ingin mengiring opini bahwa para aktivis memang menyelipkan senjata api di antara bawaan bantuan kemanusiaan mereka, sehingga wajar jika Israel menyerang kapal kemanusiaan itu.
Wanita jurubicara militer Israel itu juga beralasan bahwa Israel akan menyerang siapa saja yang membahayakan keselamatan negara mereka.

Media Israel menyebutkan, seorang tentara Israel ditusuk oleh salah seorang penumpang Mavi Marmara..

sumber

ciksantun : Pisau potong epal pun senjata jugak, dasar mencari alasan..

Sunday, May 30, 2010

Terowong Meletup di PALESTIN, 6 Maut 17 Cedera

GAZA (Arrahmah.com) - Enam warga Palestin terkorban dalam sebuah ledakan yang didakwa diakibatkan oleh bocornya sebuah silinder gas di salah satu terowong yang digunakan untuk memasukkan barang-barang keperluan warga Jalur Gaza yang disekat Israel.

Insiden tersebut terjadi pada hari Sabtu (29/5) dan juga mencederakan 17 orang lainnya, koresponden Press TV Yousef al-Hellou melaporkan.

Hampir 1.5 juta penduduk Gaza terpaksa hidup menderita di dalam tempat tinggalnya sendiri sejak Israel diberi hak oleh organisasi internasional untuk mencaplok dan menjajah Palestin habis-habisan.

AFP mengutip laporan petugas medik mengatakan bahawa serangan yang berulang kali dilakukan oleh Angkatan Udara Israel terhadap terowongan-terowongan yang sengaja dibangun untuk menyalurkan kebutuhan warga Palestin ini telah mengakibatkan 130 korban sejauh ini. (althaf/ptv/arrahmah.com)

sumber

Kapal Perang Israel Bersedia Halang Konvoi ke Gaza

Israel menyatakan bahawa Angkatan Laut mereka akan dikerahkan untuk mencegah konvoi bantuan dari sembilan kapal dari armada kebebasan yang akan masuk ke lajur Gaza melalui laut.

Sejumlah kapal perang Israel telah dikerahkan pada hari Sabtu lalu (29/5) untuk menghadapi armada Kebebasan, yang berangkat dari panti Cyprus menuju pantai Gaza, akhbar The Hindu melaporkan.

Koresponden Press TV Ashraf Shannon juga mengatakan bahawa ada kehadiran kapal tempur bersenjata lengkap Israel di kawasan pantai Gaza.

Penyelenggara aksi armada kebebasan, mengatakan pada hari Sabtu bahawa setidak-tidaknya dua dari kapal armada kebebasan sistem hidroliknya mogok "dalam situasi yang mencurigakan," lapor German Press Agency (DPA).

Di bawah tekanan dari Tel Aviv, pegawai Cyprus menolak untuk membolehkan kapal rosak itu ke dermaga untuk perbaikan. Dua puluh lima ahli politik internasional, aktivis dan seniman juga dilarang bergabung dengan kumpulan itu pada hari Jumaat lalu.

Penulis buku laris Swedia Hanning Mankell, dilarang bergabung dengan armada di Cyprus dan dia mengatakan: "Membatasi kebebasan kami bergerak hanya akan berkontribusi lebih menarik perhatian dunia terhadap gerakan kami dan jalur Gaza."

Menurut laporan DPA, armada akan memutuskan apakah akan berlayar pada hari Sabtu atau hari Minggu ini.

Israel telah mengancam menangkap atau mendeportasi para aktivis danahli politik yang ada di dalam kapal yang akan menuju ke Gaza.(fq/prtv)

sumber

Ribuan Wanita Muda BRITAIN Peluk Islam!

Menurut laporan media Inggeris ribuan wanita muda yang tinggal di United Kingdom telah memutuskan untuk masuk Islam, di tengah adanya perdebatan saat ini di Eropah tentang larangan mengenakan purdah.

AkhbarThe Times melaporkan bahawa adanya peningkatan yang signifikan terhadap para wanita muda Britain yang masuk Islam, pada saat jumlah penduduk Britain yang melakukan doa setiap minggu di Gereja Inggeris hanya berkisar 2% dari populasi seluruh penduduk.

Sejumlah wanita muda yang melakukan solat dan hadir dalam kajian yang diselenggarakan di London Central Mosque, sekitar dua-pertiganya adalah merupakan mualaf baru dan sebahagian besar dari mereka berumur kurang dari tiga puluh tahun.

Statistik yang berhubungan dengan jumlah penduduk yang pindah agama, sebagaimana dinyatakan dalam sensus tahun 2001 di United Kingdom, menyatakan bahawa setidak-tidaknya tiga puluh ribu warga Britain telah masuk Islam.

Dalam pandangan Kevin Price, dari Pusat Kajian Tindakan Migrasi di Universiti Swansea, bahwa jumlah ini sekarang mungkin meningkat menjadi sekitar lima puluh ribu orang, dan sebahagian besar adalah wanita muda.

Dan ia menekankan berdasarkan data tersebut bahawa jumlah perempuan berpendidikan berasal dari perguruan tinggi dan perempuan antara usia dua puluhan dan tiga puluhan, lebih banyak yang pindah agama dengan memeluk Islam.(fq/imo)

sumber

Zionis sedia gempur flotila



BEBERAPA bot membawa anggota polis laut Hamas menjalankan rondaan dalam persediaan menyambut 'Flotila Kebebasan', semalam. - AP


HAIFA, Israel 29 Mei - Kapal perang Israel belayar menuju ke laut semalam bagi menghalang flotila aktivis pro-Palestin daripada memasuki perairan Genting Gaza, dalam tindakan yang meningkatkan kemungkinan berlakunya insiden dramatik di laut lepas.

Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menyatakan negara Yahudi itu bersiap sedia untuk menghalang flotila itu 'walau apa pun yang berlaku'.

"Kami benar-benar bertekad dan mempunyai kesungguhan politik untuk menghalang provokasi ini dan saya rasa kami bersedia menghadapi sebarang kemungkinan," kata Lieberman.

Pegawai tentera berkata, kumpulan kapal perang pertama belayar ke laut semalam namun rancangan untuk mengerahkan kapal perang tambahan ditangguhkan semalam ekoran laporan yang menyatakan flotila itu mengalami masalah mekanikal.

Sementara itu, maklumat terkini dari Pengerusi Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) Palestin, Noorazman Mohd. Samsuddin menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Mingguan Malaysia, flotila sudah memasuki perairan Gaza pada 4.30 petang tadi waktu Mesir (pukul 10.30 malam waktu Malaysia).

Beliau yang mengetuai konvoi Malaysia dalam Life Line for Gaza (LL4G) berkata, misi kemanusiaan itu akan berdepan dengan komando Israel yang dijangka turun ke kapal dengan menaiki helikopter untuk merampas kapal.

Katanya lagi, pasukan konvoi LL4G Malaysia dan Indonesia diamanahkan untuk menjaga keselamatan kapal konvoi tersebut.

Noorazman juga turut meminta agar rakyat Malaysia sama-sama berdoa dan menunaikan sembahyang hajat agar objektif misi kemanusiaan ini tercapai. - AP/Utusan

Sumber

PAKISTAN: Mangsa serangan masjid dikebumi



PENGIKUT Qadiani bersedia mengebumikan seorang mangsa yang terbunuh di kawasan perkuburan khas mereka di Rabwa, 150 kilometer dari barat laut Lahore, semalam . - AP


ISLAMABAD 29 Mei - Ahli keluarga hari ini mengebumikan mangsa-mangsa serangan di dua masjid pengikut minoriti Ahmadi atau Qadiani di timur bandar Lahore.

Angka kematian akibat serangan yang dilakukan semalam di masjid Model Town dan Garhi Shahu itu mencecah 93 orang hari ini dengan lebih 100 orang lagi yang cedera masih dirawat dihospital.

Beberapa ahli keluarga mangsa menyalahkan kerajaan kerana kurang kawalan keselamatan di tempat ibadat.

Polis kini menyoal siasat seorang daripada dua suspek remaja yang ditahan selepas serangan tersebut, sementara yang lainnya dirawat di hospital tempatan selepas ditahan dan dipukul oleh penganut mazhab tersebut.

Kumpulan militan yang mempunyai perkaitan dengan Taliban dan al-Qaeda mengaku bertanggungjawab atas pengeboman itu dan memberi amaran akan melancarkan lebih banyak serangan.

Pemimpin tempatan Qadiani, Khalid Raja berkata, komuniti ini akan tetap hidup aman dan tidak akan melancarkan bantahan jalanan atau membuat tuntutan kepada kerajaan.

Pengikut Ahmadi meliputi kira-kira 4 juta daripada 180 juta penduduk Pakistan dan diisytiharkan sebagai bukan Islam pada 1974 kerana menganggap pengasas, Mirza Ghulam Ahmad sebagai rasul, satu tindakan yang ditentang Islam kerana rasul terakhir ialah Nabi Muhammad.

Kumpulan ini sering menjadi sasaran, tetapi serangan semalam adalah yang pertama melibatkan Taliban dan al-Qaeda. - DPA

Sumber

Saturday, May 29, 2010

Pesawat Israel Serang Gaza 5 Kali



Gaza – Infopalestina: Pasukan Israel meningkatkan serangannya ke Jalur Gaza. Pagi ini Israel melakukan lima serangan ke sejumlah bengkel besi di timur Gaza dan Bandar udara internasional Gaza yang sudah tidak beroperasi.

Sumber tempatan menyebutkan kepada Infopalestina bahawa pesawat tempur Israel pagi ini Sabtu (29/5) menyerang sebuah bengkel yang terletak antara masjid Al-Faruq dan Abu Bakar Ash-Shiddiq di kampung Zaitun sebelah timur Gaza sehingga bengkel itu hancur secara utuh dan sejumlah di sebelahnya mengalami kerosakan.

Sumber menyebutkan bahawa pesawat tempur Israel menyerang dengan 9 roket dalam empat kali serangan ke bandar udara internasional Gaza wilayah selatan. Disamping itu Israel menyerang bangunan-bangunan yang sudah hancur akibat serangan Israel sejak tahun 2002. (bn-bsyr)


sumber

Kesatuan Eropah Gesa Israel Izinkan Konvoi Kemanusiaan ke Gaza

Kepala kebijakan luar negeri Uni Eropa Catherine AshtonKetua Tindakan Luar Negeri Kesatuan Eropa Catherine Ashton

Uni Eropa telah meminta Israel segera mengakhiri sekatan tiga tahun terhadap jalur Gaza agar memungkinkan armada Kebebasan masuk ke wilayah tersebut.

"Tindakan berlanjut dari penutupan jalur Gaza secara politik tidak dapat diterima dan kontraproduktif," kata Catherine Ashton dalam sebuah pernyataan hari Jumaat kemarin (28/5).

"Kami ingin menegaskan kembali seruan Uni Eropa untuk membuka segera jalur Gaza dan tanpa syarat apapun bagi aliran bantuan kemanusiaan, barang komersial dan orang ke dan dari Gaza," tambahnya.

Ashton membuat komentar tersebut setelah Israel mengancam akan mengalihkan armada kapal ke pelabuhan selatan dari Asdod dan menahan para aktivis yang ada di kapal, AFP melaporkan.

Armada Kebebasan, misi bantuan multinasional yang akan menuju Jalur Gaza, terdiri dari sembilan kapal dari Turki, Ireland, Britani, dan Yunani yang sedang berada di lepas pantai Cyprus.

Misi ini diselenggarakan oleh Free Gaza Movement.(fq/prtv)

sumber

Warga AS Rela Lepas Kerakyatan Demi Gaza, PALESTIN

Demi Gaza seorang warga Amerika yang ikut dalam konvoi kapal bantuan ke Jalur Gaza, ‎melepaskan kewarganegaraannya dalam rangka memprotes politik imperialisme ‎Amerika Serikat dan penjajahan Rejim Zionis Israel. ‎

Akhbar Turki Yeni Safak melaporkan, Ken O'keefe seorang warga Amerika yang ‎bergabung dalam konvoi kapal bantuan untuk Gaza yang bergerak dari Ireland, telah ‎menyatakan melepaskan kewarganegarannya sebagai protes terhadap Amerika dan ‎Israel. ‎

Dalam menjelaskan tindakannya ini, O'keefe berpendapat bahawa Amerika Syarikat ‎merupakan biang dari semua perang dan pendudukan di seluruh dunia. Oleh kerana ‎itu dia melakukan aksi protes menentang tindakan Amerika dengan melepaskan status kewarganegarannya. ‎

Pada bahagian lain, Matteus seorang warga Eropah dengan sukarela menyewa sebuah kapal dari Sweden ‎dan bergabung dengan konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Dia menyebut Eropah ‎munafik dan kerana itu dirinya merasa malu menyandang status sebagai warga ‎Eropah. (fq/irib)

sumber

Perang AFGHANISTAN - Sudah 1,000 Askar AS Maut

Jumlah askar Amerika yang terbunuh di Afghanistan telah mencapai suatu tonggak sejarah dengan 1,000 askar AS maut dalam melakukan operasi militer di wilayah konflik tersebut.

Korban terbaru dilaporkan oleh NATO pada hari Jumaat (28/5) setelah seorang tentera Angkatan Darat AS mampus akibat bom pinggir jalan di Afghanistan selatan, sehingga jumlah korban sejak perang dimulai pada tanggal 7 Oktober 2001 saat ini mencapai total 1,000 orang askar, Associated Press melaporkan.

Menurut laporan tersebut, sekurang-kurangnya 313 tentera AS terbbunuh dalam perang selama 10 bulan terakhir - lebih dari 295 yang terbunuh dalam lima tahun pertama konflik di Afghanistan.

Sekurang-kurangnya 675 tentera pasukan dari negara-negara sekutu juga telah terbunuh dalam perang Afghanistan, menurut penghitungan AP berdasarkan laporan pemerintah asing.

Jumlah korban terbunuh terjadi hanya beberapa hari sebelum Memorial Day, sebuah hari pelepasan memperingati di mana tentera AS terbunuh dalam aksi militer.

Selain itu, AS dan pasukan sekutu berencana untuk melakukan operasi militer di jantung Taliban di provinsi Kandahar di Afghanistan selatan.

Sementara itu, dukungan masyarakat untuk perang semakin menurun di AS.(fq/prtv)

sumber

Masjid Qadiani AFGHANISTAN Diserang, 80 Maut


Wartawan tempatan berlindung di luar bangunan sebuah daripada dua masjid yang diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Lahore, semalam. - AFP


LAHORE, Pakistan 28 Mei - Sekumpulan lelaki bersenjata menyerang dua buah masjid milik pengikut mazhab minoriti di Lahore ketika umat Islam mengerjakan solat Jumaat menyebabkan sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh.

Sumber rasmi berkata, serangan itu yang disifatkan paling berbahaya di bandar kedua terbesar Pakistan, yang sering menjadi sasaran serangan Taliban dan rangkaian al-Qaeda, skuad militan itu menggempur dewan sembahyang, melepaskan tembakan dengan senapang dan melempar bom tangan sebelum meculik beberapa orang jemaah.

Kedua-dua masjid terbabit adalah kepunyaan kumpulan Ahmadi yang juga dikenali sebagai Qadiani, yang mempunyai berpuluh ribu pengikut.

Kumpulan hak asasi utama di Pakistan berkata, komuniti itu sering menerima ancaman di Lahore sejak lebih setahun lalu.

"Pengganas-pengganas telah menyerang dua masjid. Mereka melepaskan tembahan dan melempar bom tangan. Mereka turut menahan jemaah yang berada di dalam masjid sebagai tebusan," kata pegawai pertahanan awam daerah itu, Muzhar Ahmed kepada AFP dari tempat kejadian di kawasan sibuk Garhi Shahu.

Serangan itu berlaku lebih dua jam apabila penyerang bertempur dengan anggota polis serta komando sehingga melarat ke kawasan penduduk berdekatan dan pasukan perkhidmatan penyelamat telah dipanggil ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa.

Sebanyak 16 jemaah terbunuh ddalam serangan di masjid kedua di kawasan penempatan di Bandar Model berdekatan. - AFP

sumber

Friday, May 28, 2010

Konvoi Bantuan ke Gaza Bertolak

Mavi Marmara kapal utama kafilah Freedom Flotilla to Gaza berpenumpang 750 aktivis kemanusiaan anggota parlimen dari 12 negara wartawan bersama 8 kapal lain akan menembus sekatan Israel menuju Gaza membawa bantuan kemanusiaan.

Dua belas orang anggota delegasi Indonesia dalam kafilah kapal kemanusiaan Freedom Flotilla (Armada Kebebasan) dijadualkan menaiki kapal Mavi Marmara sore ini jam 5 (jam 9 malam WIB) dari pelabuhan Antalya, di Laut Tengah, Turki. Keduabelas orang ini bergabung dengan sekitar 750 orang aktivis kemanusiaan, lebih 50 negara.

Tujuan perjalanan ini adalah menembus pengepungan angkatan laut Israel demi menghantarkan bantuan kemanusiaan ke Gaza, kawasan Palestin yang sudah hampir 4 tahun terakhir ini diembargo baik secara militer, politik, dan ekonomi oleh Israel, Amerika Syarikat, Mesir dan lain-lain. Embargo itu disebabkan rakyat Gaza memilih untuk tidak tunduk pada tindakan penjajah Israel dan menginginkan kemerdekaan sepenuhnya bagi seluruh rakyat dan tanah Palestin yang sejak 63 tahun lalu dijajah Israel.

Kafilah Freedom Flotilla yang terdiri dari 9 kapal yang digerakkan oleh 6 organisasi non-pemerintah dari Turki, Britain, Sweden, Italy, Algeria dan Malaysia.

Di bawah kordinasi IHH (Insani Yardim Fakvi, organisasi kemanusiaan terbesar di Turki), delegasi Indonesia yang sejak Khamis minggu lalu berdatangan ke Istanbul, kini sepenuhnya siap berangkat ke Gaza.

“Dengan membersihkan hati dan meluruskan niat, hanya untuk mencari redha Allah, BismillahirRahmaanirRahiim… kami berdua belas mewakili 220 juta rakyat Indonesia, ikut dalam kafilah ini membantu saudara-saudara kita di Gaza yang sedang dizalimi sekaligus menyatakan ‘tidak’ kepada kebiadaban penjajahan Israel selama 63 tahun terakhir ini,” demikian dikatakan Ferry Nur, ketua delegasi Indonesia yang juga Ketua Umum KISPA (Komite Indonesia untuk Solidariti Palestin).

Kafilah Freedom Flotilla memutuskan tetap berangkat sesudah 2 hari tertunda kerana menunggu kedatangan kapal dari Britain yang terlambat. Rencananya 4 kapal dari Britain, 1 kapal dari Italy, 1 kapal dari Sweden, dan 3 kapal dari Turki tengah malam ini akan bergabung di perairan Cyprus untuk selanjutnya masuk ke perairan Gaza.

Fahmi Bulent Yildirim, Presiden IHH, menyatakan bahawa kafilah Freedom Flotilla akan berlayar dari perairan internasional langsung ke perairan Gaza yang jauhnya lebih 80 mil dari perairan yang dikuasai Israel. “Jadi sebenarnya tidak ada alasan bagi Israel untuk menghalangi masuknya kapal-kapal ini ke Gaza,” tegas Bulent.

Namun begitu, baik pemerintah Israel maupun kelompok-kelompok masyarakatnya, telah berkali-kali menyatakan akan menghalangi kedatangan kapal-kapal ini dengan berbagai cara. Mulai dari ancaman serangan militer, demonstrasi dengan 16 kapal, mahupun dengan menyiapkan bangunan dengan kapasiti 1000 orang yang akan dipakai untuk memenjarakan seluruh anggota kafilah Freedom Flotilla.

Sejak akhir minggu lalu, 3 buah kamera sudah terus menerus menyiarkan secara langsung (live) segala hal yang terjadi di kapal Mavi Marmara, kapal utama kafilah ini, yang disiarkan lewat TURKSAT 3A dengan downlink frequency 11,154, symbol rate 2222, polarization: horizontal, FEC: 5/6. Gambar-gambar itu disiarkan 24 jam sehari secara streaming maupun live di laman www.ihh.org.tr

Delegasi Indonesia bersepakat untuk berjanji setia dengan kepemimpinan kafilah di bawah Fahmi Bulent Yildirim, pria Muslim keturunan Kurdi, negeri asal Panglima Shalahuddin Al-Ayyubi yang membebaskan kota Al-Quds dari penjajah.

Delegasi Indonesia terdiri dari tiga lembaga swadaya masyarakat KISPA, MER-C (Medical Emergency Rescue Committee), dan Sahabat Al-Aqsa, serta 5 orang wartawan dari Aljazeera Indonesia, TV-One, Hidayatullah.com, Majalah Alia, dan Sahabat Al-Aqsha.

Perkembangan perjalanan kafilah Freedom Flotilla dan delegasi Indonesia juga boleh dipantau melalui laman:

www.kispa.org

www.mer-c.org

www.hidayatullah.com

www.sahabatalaqsha.com

sumber

Hamas Akan Sambut Armada Bantuan

Perdana Menteri Hamas Ismail Haniyah mengatakan Jalur Gaza akan menyambut armada yang membawa bantuan untuk rakyat Palestin di wilayah yang disekat Israel.

Ratusan aktivis dari 50 negara yang naik sembilan kapal dalam perjalanan ke Gaza, sarat dengan bantuan sebanyak 10,000 ton bantuan kemanusiaan dan bahan bangunan untuk mematahkan sekatan yang dikenakan Israel terhadap Jalur Gaza.

"Langkah ini sangat dihargai oleh rakyat Palestin. Kami meminta masyarakat internasional untuk mendukung armada," kata Haniyah kepada Press TV pada hari Khamis (27/5).

"Kami ingin semua bangsa untuk membantu mengakhiri pengepungan Israel terhadap Gaza yang melanggar semua hukum dan konvensi internasional," tambahnya.

Israel telah menjelaskan langkah itu sebagai akrobat "politik murahan" dan mengancam akan mengalihkan kapal ke pelabuhan selatan Asdod dan menahan kapal-kapal tersebut.

Pegawai Palestin di Gaza mengatakan Israel tidak memiliki hak untuk bertindak melawan dan melarang para aktivis pro-Palestin dari memasuki wilayah Gaza.

Gerakan Hamas Palestia juga mengatakan bahawa ancaman Israel terhadap armada kapal kebebasan sebagai tindakan "pembajakan Zionis."

"Ancaman Pendudukan untuk mencegah armada Kebebasan tiba di Jalur Gaza yang terkepung adalah pembajakan Zionis dan pelanggaran undang-undang antarabangsa" kata pemimpin senior Hamas Ismail Radwan mengatakan dalam sebuah pernyataan pada hari Khamis, AFP melaporkan.

Israel memberlakukan blokade yang melumpuhkan di Jalur Gaza dengan bantuan Mesir pada bulan Juni 2007. Pengepungan bahkan mencegah masuknya barang ke dalam kantong pesisir Palestina melalui perbatasan Rafah - satu-satunya perbatasan Gaza persimpangan yang dekat dengan Israel.(fq/prtv)

PALESTIN: Israel halang konvoi bantuan


BAITULMAQDIS 27 Mei - Satu sumber tentera Israel semalam mendedahkan bahawa tentera laut Zionis bersedia untuk menghalang konvoi kapal-kapal diketuai Turki yang membawa bantuan kemanusiaan memasuki Genting Gaza.

"Selari dengan hala tuju kerajaan Israel, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dan Tentera Laut Israel bersedia menghalang flotila itu dari tiba di pantai Gaza," kata sumber itu.

Jelasnya, pasukan tentera laut telah melakukan beberapa latihan bagi mengadakan sekatan laut.

Israel dan Mesir menutup sempadan Gaza selepas pergerakan Hamas mengambil alih kawalan ke atas kawasan itu pada 2007 dan enggan menghentikan keganasan ke atas negara Yahudi ini.

Sejumlah 1.5 juta penduduk Gaza ketika ini berhadapan kekurangan bekalan air dan ubat-ubatan.

Sementara itu, rejim Zionis turut mendirikan tiga khemah besar di pelabuhan utamanya di bahagian selatan negara itu untuk menahan beribu-beribu aktivis pro-Palestin tersebut.

Menurut tentera, mereka akan mengubah haluan kapal-kapal aktivis itu ke pelabuhan mereka di Ashdod, di mana mereka akan dibawa ke khemah berkenaan untuk dikenalpasti.

Sebanyak 40 bas juga telah disediakan untuk membawa mereka ke lapangan terbang antarabangsa Israel untuk dihantar pulang ke negara asal atau dibawa ke pusat tahan jika mereka menolaknya.

Beberapa minggu kebelakangan ini, Israel telah membenarkan aliran beberapa barangan yang sebelum ini diharamkan seperti pakaian, kasut, kayu dan aluminium, memasuki kawasan itu menerusi sempadan darat. Aliran bantuan kemanusiaan berterusan juga terus dibenarkan masuk.

Sumber tentera berkata, sekiranya kapal-kapal itu tidak berpatah balik selepas amaran diberikan, ia akan ditawan dan dibawa ke pelabuhan Israel di mana penumpang dan krewnya akan dihantar pulang sementara barangannya disalurkan ke Gaza.

Sekiranya pasukan tentera laut menaiki kapal itu, mereka akan memastikan tiada 'pengganas atau bahan letupan' dibawa, tambah sumber.

Israel kini berada di bawah tekanan antarabangsa untuk meringankan sekatan ke atas Gaza, yang didakwa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menghukum penduduk di Gaza atau polisi Hamas yang menyeru ke arah kemusnahan Israel.

Flotila antarabangsa itu membawa kira-kira 10,000 tan peralatan perubatan, bahan binaan dan bekalan lain yang dijangka tiba di perairan Israel dalam masa beberapa hari lagi. - REUTERS

Sumber

Acheh edar skirt labuh untuk wanita Islam


MEULABOH Indonesia 27 Mei - Dalam usaha menguatkuasakan undang-undang Syariah, daerah Aceh Barat di Indonesia hari ini mula mengedarkan skirt labuh dan longgar kepada wanita-wanita yang ditahan kerana memakai seluar jean ketat.

Wilayah paling barat di Aceh itu merupakan satu-satunya daerah yang mengamalkan undang-undang Syariah di negara yang dihuni paling ramai penganut Islam di dunia.

Parlimen tempatan sebelum ini meluluskan undang-undang kontroversi September lalu yang membenarkan golongan dewasa yang didapati melanggar undang-undang Syariah yang berkaitan direjam dengan batu hingga mati.

Pasukan polis Syariah Aceh Wilayatul Hisbah yang mula melaksanakan serbuan ke atas pasangan yang belum berkahwin, individu yang berjudi dan mabuk, hari ini mengadakan satu sekatan jalan raya bagi memeriksa kereta-kereta dan bas-bas bagi menahan wanita yang memakai seluar ketat.

Pesalah akan dibawa ke sebuah pos keselamatan dan butiran peribadi mereka akan direkodkan.

Mereka juga akan diberi penerangan ringkas tentang undang-undang Syariah dan diarah memakai satu daripada 20,000 helai skirt labuh yang ditempah daripada tukang jahit di Jakarta.

Pesalah juga diminta menandatangani satu perjanjian agar tidak mengulangi kesalahan mereka.

Pemerintah Aceh Barat, Ramli Mansyur berkata, peraturan tersebut diperkenalkan kerana beliau 'malu dengan gaya pemakaian di Aceh yang terlalu terbuka'.

Polis Syariah akan mengambil masa beberapa bulan untuk mendidik rakyat tempatan tentang undang-undang baru tersebut.

Ramli berkata, selepas Ogos ini, pesalah terbabit boleh dikenakan hukuman penjara seminggu.

Walaupun kebanyakan wanita mematuhi arahan memakai skirt berkenaan, sebahagian daripada mereka tidak begitu gembira.

"Saya tahu saya memakai seluar jean, tetapi ia adalah seluar panjang dan longgar. Saya juga tidak kelihatan seperti lelaki," kata seorang suri rumah, Imah, 40, apabila ditahan dan diarah memakai skirt. - Reuters

Sumber

SEPANYOL pula mahu haram burqa



Sebahagian daripada wanita Islam menyertai kempen di tengah Sydney pada 17 Mei 2010 membantah tindakan beberapa negara Eropah mengharamkan pemakaian burqa. - AFP


MADRID 27 Mei - Sebuah bandar di timur laut Sepanyol, Lerida bakal mengundi esok bagi mengharamkan pemakaian burqa di bangunan perbandarannya.

Jurucakap pejabat Datuk Bandar semalam berkata, satu cadangan telah dibuat dan majoriti golongan sosialis mendesak pengharaman pemakaian burqa di bangunan-bangunan perbandaran.

Pegawai itu berkata, bandar tersebut juga telah meminta perkhidmatan guamannya supaya meneliti kemungkinan untuk mengharamkan pakaian berkenaan di semua kawasan awam dengan menyatakan ia dibuat atas alasan hak asasi wanita.

"Kami tidak boleh mengawal pemakaian burqa di jalan raya, tetapi kami boleh berbuat demikian di bangunan-bangunan perbandaran," jelasnya.

Hanya segelintir wanita memakai burqa di Lerida, sebuah bandar di wilayah Catalonia yang mempunyai 140,000 penduduk, di mana satu perlima daripadanya terdiri daripada pendatang asing termasuk dari Afrika Utara.

Pakaian berkenaan mencetuskan perdebatan hangat di kebanyakan negara Eropah, dengan Belgium bulan lalu menyokong satu draf undang-undang mengharamkan burqa di tempat-tempat awam termasuk di jalan-jalan raya, satu tindakan pertama di Eropah.

Teks undang-undang itu perlu diterima oleh Senat sebelum boleh dikuatkuasakan.

Kabinet Perancis juga telah meluluskan satu draf undang-undang untuk mengharamkan pemakaian purdah di tempat awam, sekali gus membuka jalan supaya teks berkenaan boleh dikemukakan ke Parlimen Julai ini. - AFP

Sumber

Iklan hina agama Islam di New York


NEW YORK 27 Mei - Iklan-iklan tertera soalan anti-Islam yang dipasang di lebih 30 buah bas di bandar raya ini menimbulkan kekecohan dan kritikan di kalangan penganut Islam yang menyifatkannya sebagai menghina agama tersebut.

Soalan yang dipaparkan pada iklan itu adalah, 'Mahu meninggalkan Islam?', 'Fatwa di atas kepala anda?', 'Adakah keluarga mengancam anda?'.

Iklan tersebut merujuk kepada sebuah laman web dipanggil RefugefromIslam.com, yang menawarkan maklumat kepada mana-mana penganut Islam yang mahu meninggalkan agama itu tetapi segelintir umat Islam menyifatkan iklan itu sebagai agenda anti-Islam.

Pamela Geller, yang mengetuai organisasi dikenali sebagai Stop Islamization of America berkata, iklan tersebut dibuat bertujuan menyediakan sumber kepada penganut Islam yang takut meninggalkan kepercayaan mereka.

"Ia bukan satu tindakan menyakiti penganut Islam, ia adalah kebebasan beragama.

"Ia juga tidak menyasarkan golongan yang mengamalkan Islam. Iklan itu tidak mengatakan 'tinggalkan' tetapi 'meninggalkan' disusuli tanda soal." katanya.

Geller berkata, iklan itu dibeli pada harga AS$8,000 (RM28,000), yang mendapat sumbangan daripada pembaca blognya, Atlas Shrugs dan laman-laman web lain.

Iklan yang sama turut dipasang di beberapa buah bas di Miami dan menurut Gellar, pembelian iklan sedang dirancang untuk bandar-bandar lain.

Jurucakap Lembaga Pengangkutan Metropolitan (MTA) Kevin Ortiz berkata, iklan Geller telah diteliti dan tidak mencabul garis panduan agensinya.

Katanya, semua iklan yang dipasang telah menjalani proses saringan. - AP

Sumber

Thursday, May 27, 2010

Serangan Udara ke Gaza, 15 Cedera

Pesawat tempur F-16 Israel dilaporkan menyerang Jalur Gaza utara, meninggalkan 15 orang, termasuk warga awam dan polis, tercedera.

Angkatan Udara Israel juga menyerang wilayah selatan Gaza, mensasarkan terowongan di dekat sebuah bekas lapangan terbang di selatan kota Rafah, seorang koresponden Press TV melaporkan.

Daerah dekat perbatasan Rafah - perbatasan yang sangat dekat dengan Israel - baru-baru ini menjadi sasaran belasan serangan udara pesawat tempur Israel.

Penduduk Gaza, yang telah mengalami kurang dari tiga tahun dari pengepungan Israel secara habis-habisan, menggunakan terowongan yang berjalan di bawah perbatasan Mesir untuk membawa makanan dan bahan bakar bagi keperluan mereka.(fq/prtv)

sumber

Mujahiddin AFGHANISTAN Bunuh 60 Tentera Musuh

GHAZNI (Arrahmah.com) - Insiden terjadi setelah perisik AS berhasil ditangkap oleh Mujahidin, dia diperintahkan mujahidin untuk memanggil tentera AS ke sebuah kem di mana sekitar 4,000 kg peledak telah dipersiapkan di sana pada Selasa (25/5) pagi.

Menurut laporan dari provinsi Ghazni, mata-mata yang telah diperintahkan mujahidin ini berbicara kepada tentera salibis AS bahawa pemimpin Mujahidin bersedia mengadakan pertemuan di kem yang telah dipersiapkan mujahidin.

Tentara salibis mengikuti keinginan mujahidin dan mengirimkan 12 helikopter militer ke wilayah tersebut, 6 helikopter kelihatan berlegar-legar di kawasan itu dan 6 lainnya mendarat dan menurunkan para tentera.

Laporan menambahkan ledakan terjadi sesaat setelah 6 helikopter mendarat membunuh dan melukai sekurang-kurangnya 60 tentera kafir AS termasuk beberapa penterjemah, agen mata-mata dan tentera boneka. Allahu Akbar! (haninmazaya/tum/arrahmah.com)

sumber

Wednesday, May 26, 2010

GMJ Seru Seluruh Rakyat Bantah Judi Bola

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Sekretariat Gerakan Membantah Judi (GMJ) mendesak Kerajaan Malaysia segera menarik balik pemberian lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan bermula Jun ini.

GMJ yang berpusat di Kedah disertai oleh sayap pemuda ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP), Pemuda Gerakan serta 20 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) lain.

Mereka membuat gesaan tersebut dalam satu kenyataan bersama selepas mesyuarat wakil mereka malam tadi.

GMJ menegaskan, mereka akan menggunakan apa sahaja cara dan ruang yang ada untuk membantah keputusan yang disifatkan sebagai 'tidak masuk akal' itu.

"Kami juga menyeru seluruh rakyat negeri Kedah, tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan parti politik untuk bangkit membantah keputusan ini," kata kenyataan itu.

GMJ kesal dan kecewa dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein bahawa lesen judi itu diluluskan bagi mengawal aktiviti perjudian haram dan dengan pengawalan kerajaan, aktiviti itu akan dapat dilakukan dengan lebih teratur.

Sebaliknya mereka menegaskan bahawa kewujudan judi sukan ini akan menambahkan lagi kemusnahan institusi keluarga dan masyarakat serta meruntuhkan tamadun manusia walaupun mendatangkan perolehan lumayan kepada negara dalam bentuk kewangan.

Dalam kenyataan itu GMJ juga memberitahu mereka bukan mahu menghalang kemajuan sukan negara bahkan akan terus menyokongnya namun industri sukan negara akan hancur apabila ia terlibat dengan pertaruhan.

Selain itu, mereka berpandangan kerajaan wajib mendapatkan pandangan awam yang menentang kelulusan lesen baru di samping kewujudan lesen-lesen yang ada yang sudah terlalu banyak serta mahu kerajaan bertindak untuk mendapatkan sumber yang baik untuk membangunkan negara ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Nasir Zakaria ketika dihubungi Harakahdaily hari ini mengulangi seruan kepada seluruh rakyat untuk menyertai Himpunan Membantah Judi yang akan diadakan di Dataran Zero, Sungai Petani, selepas solat Jumaat, 28 Mei ini.

Beliau juga memberitahu, Pemuda Gerakan yang menyokong penuh bantahan itu sedang menunggu kelulusan daripada Gerakan Pusat untuk sama-sama menyertai himpunan itu.

"Pemuda Gerakan memang menyatakan kenyataan bersama tapi untuk himpunan mereka tidak boleh sertai sehingga mendapat kelulusan daripada Gerakan Pusat.

"Mereka bersama membantah tapi polisi parti itu kalau dapat permit baru boleh turut serta," katanya yang juga ahli parlimen Padang Terap.

sumber

Mahmud Abbas di MALAYSIA 3 Hari

PUTRAJAYA 26 Mei – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja tiga hari yang dijangka bagi meningkatkan keakraban hubungan dua hala dan berbincang perkembangan terbaru negaranya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahmoud tiba dengan pesawat khas dari Vietnam yang mendarat di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira pukul 6.15 petang.

Ini merupakan lawatan rasminya yang kedua ke Malaysia selepas lawatan pertama pada 2007.

Dalam lawatannya, Mahmoud disertai beberapa menteri termasuk Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin, Mahmoud S.A. Alhabash dan pegawai kanan kerajaan. – Bernama

sumber

Di Sebalik Konvoi kapal ke Gaza!

Satu Umat dapat maklumat mengatakan Israel memang mahu tumpuan dunia sekarang kepada armada bantuan Turki ke Gaza kerana mereka ada 'kerja lain' yang perlu dibereskan. Awas!

Pelayaran ke Gaza Ditangguhkan!

Selasa (25/5): Misi Pelayaran “Flotilla to Gaza” yang direncanakan dimulai hari ini, Selasa (25/5), dari Pelabuhan Antalya, ditunda hingga hari Khamis mendatang. Penundaaan disebabkan menunggu kedatangan kapal-kapal dari Eropah termasuk kapal “Rachel Corrie” milik organisasi Free Gaza Movement terlambat dari jadual yang sudah diperkirakan. Panitia pelayaran memutuskan untuk menunda pelayaran hingga kapal-kapal dari Eropah tiba kerana pelayaran ke Gaza akan tetap dilakukan dengan formasi semua kapal beriringan.

Sementara itu, kapal-kapal IHH Turki sudah berada di Pelabuhan Antalya, sebuah kota pelabuhan tua di Turki yang sangat terkenal dengan keindahannya. Kapal-kapal ini termasuk kapal “Mavi Marmara” yang akan ditumpangi oleh Tim MER-C Indonesia sudah berlayar lebih dahulu ke Antaliya sejak Sabtu (22/5) usai acara Konferensi Pers “Flotilla to Gaza” yang diadakan IHH Turki di Pelabuhan Sarayburnu Istanbul, dengan disaksikan oleh ribuan orang.

Tim MER-C beserta peserta pelayaran lainnya menyusul menuju Antalya pada hari Ahad(23/5) dan tiba di Antalya pada hari Isnin (24/5) pukul 11 siang waktu setempat setelah menempuh sekitar 12 jam perjalanan melalui darat dari kota Istanbul.

Seiring semakin dekatnya waktu pelayaran, berita-berita adanya ancaman Israel untuk menghadang dan menggagalkan misi ini juga semakin gencar. Namun “Flotilla to Gaza” ini akan tetap berlayar sesuai rancangan dan tidak akan tunduk pada permintaan Israel.

Bahkan menurut informasi dari Tim MER-C di lapangan, sempat tersiar khabar bahawa Israel saat ini sedang menyiapkan kapal-kapal untuk menyekat bantuan ke Gaza. Israel juga dikhabarkan tengah menyiapkan sebuah wilayah di Israel bernama Sderot sebagai tempat untuk memenjarakan peserta pelayaran ini.

sumber

Erdogan : Israel Jgn Cuba2 Usik Kapal Bantuan ke Gaza!

Pemerintah di Ankara memperingatkan rejim Zionis Israel terkait kemungkinan adanya intervensi terhadap kapal pengangkut bantuan kemanusiaan dari Turki ke Gaza.

Akhbar Aksam, terbitan Turki mengutip laporan laman Debkafile menuliskan bahawa Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengancam akan mengerahkan helikopter untuk mengawal kapal pengangkut bantuan, bila Israel berani mencoba mengganggu kapal milik Turki tersebut.

Menyinggung kedekatan laman Debkafile dengan badan-badan intelijen Zionis Israel, akhbar Aksam menulis, Israel menganggap ancaman Turki itu sebagai sebuah ultimatum.

Kapal pengangkut bantuan Gaza yang bertolak dari Turki itu adalah konvoi bantuan kemanusiaan ketiga dari seluruh dunia untuk kepedulian terhadap Palestin. Konvoi ini juga berupaya menjebol aksi sekatan yang diterapkan Zionis Israel terhadap kawasan jalur Gaza.

Kapal Turki itu selain mengangkut bahan-bahan makanan dan ubat-ubatan, juga mengangkat alat-alat berat konstruksi dan generator. (fq/irib)

sumber

Tuesday, May 25, 2010

Menteri Dalam Negeri Israel Dilempari Batu oleh Yahudi

Radio Israel pada Isnin malam (24/5) melaporkan bahawa para pennunjuk perasaan warga yahudi ultra ortodoks melemparkan batu ke arah menteri kabinet Israel, Eli Yishai di wilayah Jerusalem.

Para penyerang, yang dikenal dengan istilah dalam agama yahudi sebagai Haredi, terus melempar batu ketika menteri itu bersembunyi dalam sebuah bangunan sebelum akhirnya diselamatkan oleh polis.

Eli Yishai merupakan menteri dalam negeri dan seorang penganut Yahudi yang fanatik, dia datang ke Jerusalem dalam kunjungannya ke salah satu rabbi di wilayah kota suci Jerusalem.

sumber

Hamas & Jihad Islam Boikot Pilihan Raya PALESTIN

Gerakan Hamas menegaskan bahAwa mereka secara rAsmi memboikot pemilihan kota di TeBING Barat yang dijadUalkan berlangsung pada tanggal 17 Julai akan datang dan mengatakan pemilihan ini akan memperdalam perpecahan antara rakyat Palestin dan lebih bersifat melayani pendudukan Israel.

Dalam sidang media pada hari Isnin (24/5), Hamas memastikan mereka tidak akan berpartisipasi dalam pemilihan ini, dan lebih sepakat pemilihan tersebut berlangsung setelah tercapainya rekonsiliasi nasional.

"Pemilihan ini dirancang khusus untuk faksi Fatah dan kelompok Oslo dan akan diselenggarakan di bawah pengawasan pemerintah yang tidak konstitusional yang membatalkan hasil pemilihan kota sebelumnya ketika beberapa dewan kota terpilih dan menggantinya dengan dewan yang diangkat yang kesemuanya berafiliasi dengan Fatah, "kata Hamas.

Dia menambahkan bahawa pemilihan ini juga akan diadakan di bawah pengawasan pasukan keamanan yang sampai saat ini masih gigih melakukan penangkapan bermotif politik yang berasal dari tindakan Fatah terhadap semua penentang mereka.

Pada bahagian lain, Gerakan Jihad Islam juga mengatakan tidak akan ambil bhagian dalam pemilihan kota dan menekankan penolakan mereka terhadap pemilihan ini tanpa adanya sebuah konsensus nasional.

Gerakan menambahkan bahawa keputusan untuk mengadakan pemilihan di Tebing Barat Jalur Gaza diambil secara sepihak dan jauh dari konsensus nasional.

Jihad Islam menyatakan bahawa keputusan untuk memboikot pilihan raya akan datang sebagai hasil dari kebijakan represif yang ditempuh oleh pihak berkuasa Palestin dan pasukant keamanan di Tebing Barat terhadap semua faksi perlawanan pada umumnya dan kader Jihad Islam khususnya serta setiap orang yang menentang tindakan pihak berkuasa Palestin.(fq/pic)

SUMBER

Masjid Kedua Besar di Berlin, JERMAN

Muslim Berlin memiliki memiliki masjid baru yang mampu menampung 1,000 jemaah. Masjid itu merupakan masjid kedua terbesar di Jerman, setelah masjid di kota Mannheim yang berkapasiti 2,500 jemaah.

Kompleks masjid di Berlin dibangun di lahan seluas 5.000 meter dengan biaya 12.5 juta dollar dan seluruhnya didanai oleh para penderma swasta dari Lebanon dan Palestin. Bangunan masjid dilengkapi dengan kubah yang terbuat dari kaca dan empat menara kecil. Selain bangunan masjid, di kompleks itu juga terdapat bangunan berlantai enam yang diperuntukan untuk tempat kegiatan sosial, perpustakaan dan komersil.

Jerman, adalah negara kedua yang paling banyak komuniti Muslimnya di Eropah, setelah Perancis. Di Jerman terdapat sekitar 4 juta Muslim yang mayoriti para imigran dari Turki. (ln/wb)

sumber

Tragedi 9/11 Sebabkan Banyak Janin Bayi Lelaki Keguguran?

Stress yang disebabkan oleh peristiwa serangan 9/11 di World Trade Center mungkin telah menjadi penyebab meningkatnya angka keguguran pada janin laki-laki, kata peneliti AS.

Sebuah kajian di BioMed Central Journal menemukan bayi 12% laki-laki keguguran pada bulan September 2001 setelah 20 minggu kehamilan "normal" pada bulan September.

Data mengatakan anak laki-laki lebih sedikit yang lahir di semua negara, tiga hingga empat bulan setelah peristiwa 9/11.

Peninjauan kembali oleh pakar dari University of California, Irvine, mengatakan bahawa mereka mendukung teori "kehilangan komunal".

Hal ini didefinisikan sebagai tekanan mental akut terkait dengan peristiwa nasional yang besar, seperti 9/11, bahkan meski tidak ada hubungan langsung kepada mereka yang meninggal atau terlibat dalam peristiwa ini.

Ibu hamil dianggap sangat rentan terhadap pengalaman seperti ini, seperti juga anak-anak bayi yang belum lahir.

Untuk menganalisis tingkat kematian janin laki-laki, para peneliti mengumpulkan data pada tahun 1996-2002.

Ketika mereka menganalisis data, mereka menemukan bahawa jumlah rata-rata kematian janin laki-laki per bulan di AS untuk tempoh tersebut adalah 995 kematian. Kematian janin perempuan berjumlah 871 rata-rata per bulan.

Pada bulan September 2001, penelitian mereka menunjukkan keguguran bertambah hingga 120 janin laki-laki, setara dengan kenaikan 12%.

Dr. Tim Bruckner, yang memimpin penelitian di Universiti of California, Irvine, mengatakan bahawa jumlah keguguran itu terlalu sedikit yang dilaporkan di AS dan sebenarnya keguguran janin laki-laki cenderung jauh lebih tinggi dari yang dilaporkan.

Menjelaskan temuan dia berkata: "Di banyak spesies, stres dilaporkan mengurangi tingkat kelahiran laki-laki.

"Hal ini umumnya dianggap mencerminkan beberapa mekanisme yang dilestarikan oleh seleksi alam untuk meningkatkan kesuksesan reproduksi ibu."

Namun, dengan mempelajari tingkat kelahiran sembilan bulan setelah serangan 11 September, para peneliti mengatakan tidak ada bukti bahawa konsepsi bayi laki-laki terpengaruh.

Hampir 3.000 orang kehilangan nyawa mereka setelah pesawat menabrak gedung World Trade Center di kota New York pada tanggal 11 September 2001 lalu.(fq/bbc)

sumber

Monday, May 24, 2010

PALESTIN Rugi USD 10 Billion Akibat Sekatan



Gaza – Infopalestina: Menteri Ekonomi Palestin Dr. Ziyad Dhadha menegaskan, penjajah Israel telah menimbulkan kerugian ekonomi Palestin selama empat tahun terakhir akibat sekatan dengan lebih dari 10 mibillion dollar. Disamping itu juga Jalur Gaza mengalami kerugian ekonomi sebesar lebih dari 1 billion dolar akibat agresi Israel terakhir ke Jalur Gaza.

Pernyataan itu disampaikan oleh Dhadha dalam pembukaan konferensi ilmiah ke III di fakulti bisnes di universitaiIslam Ahad (23/5) hingga hari ini. Konferensi itu diikuti oleh kepala dewan Amanah Universiti Jamal Hidlri dan rector universitas Kamalin Sya’tempat suci dan dekan fakulti bisnes Majid Al-Fara serta sejumlah tokoh ilmuwan penting dan peneliti.

sumber

Laptop terbakar, HP Tarik Ribuan Bateri Komputernya

JAKARTA (Arrahmah.com) - Pengeluar komputer Hewlett-Packard (HP) kembali menarik peredaran ribuan bateri di laptop HP dan Compaq miliknya setelah mendapat laporan bahawa belasan orang terlcedera akibat ledakan pada bateri laptop tersebut.

Kali ini, ada 54 ribu unit bateri lithium-ion yang ditarik dari peredaran. Sebelumnya, HP juga telah menarik 70 ribu bateri untuk seri yang sama. Demikian detikINET kutip dari AP, Minggu (23/5).

Seruan untuk menarik ribuan bateri laptop yang terbakar itu diperintahkan oleh Consumer Product Safety Commission (CPSC) di AS. Menurut jurucakap CPSC, Scott Wolfson, ada 38 laporan yang mengemukakan kes ini.

"Sekurang-kurangnya ada sebelas orang yang mendapat luka ringan akibat terbakarnya bateri tersebut," kata dia. Bateri laptop HP dilaporkan terbakar bila dicharge terlalu lama. Menurut Wolfson, industri mesti segera mengambil tindakan untuk memperbaiki masalah ini.

HP sendiri berkilah, permasalahan pada bateri hanya menimpa produk-produk HP yang dipasarkan selama rentang Ogos 2007 hingga Julai 2008. Baterai laptop bermasalah ini, dakwa HP, dijual terpisah dari laptop yang diproduksinya. (detikinet)

sumber

75 Peratus Keroskan dlm Perang Gaza Belum Diperbaiki

RAMALLAH 23 Mei - Sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan kira-kira 75 peratus daripada kerosakan atau kemusnahan rumah dan infrastruktur yang dilakukan oleh tentera Israel dalam perangnya ke atas Genting Gaza lebih setahun lalu belum dibaiki atau dibina semula.

Israel terus menyekat kemasukan bahan binaan ke Genting Gaza sebagai sebahagian sekatan menyeluruh ke atas wilayah Palestin yang diperintah oleh Hamas itu.

Program Pembangunan PBB (UNDP) dalam laporannya hari ini berkata, penduduk Gaza menjalankan kerja pembaikan kecil-kecilan yang dianggarkan bernilai AS$173 juta (RM554 juta) dengan menggunakan bahan runtuhan yang dikitar semula atau bahan yang diseludupkan menerusi terowong di sempadan dengan Mesir.

Masyarakat antarabangsa pada umumnya terpinggir dalam usaha pembangunan semula itu memandangkan PBB dan negara lain tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak mahu membeli barang seludup.

"Banyak anggota masyarakat antarabangsa termasuk PBB sehingga kini mengelak daripada menggunakan bahan yang dikenal pasti diseludupkan melalui terowong, dengan itu membataskan peranan mereka dalam program pembangunan semula," menurut UNDP.

UNDP bagaimanapun berkata, dengan memberi tumpuan kepada kerja pembaikan kecemasan dan pembinaan semula rumah dan infrastruktur pertanian, pertubuhan-pertubuhan Arab dan Islam didapati lebih berkesan dalam membantu penduduk Gaza berbanding agensi-agensi Barat.

Sebagai contoh, laporan itu menyebut pertubuhan seperti Mercy Malaysia, Islamic Relief, Qatar Red Crescent, Qatar Charity, Human Appeal International, Al-Rahma Charity Association dan Muslim Hands.

PBB menganggarkan sekurang-kurangnya 6,268 rumah di wilayah Palestin yang sesak dan miskin itu musnah atau rosak teruk dalam serangan Israel antara 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009.

Kira-kira 1,400 penduduk Palestin terkorban dalam konflik itu manakala 13 rakyat Israel terbunuh dalam pertempuran atau serangan roket pejuang Palestin.

Penduduk Gaza berjumlah 1.5 juta orang banyak bergantung kepada rangkaian terowong di bawah sempadan dengan Mesir sejak Israel dan Mesir mengetatkan kawalan sempadan selepas Hamas merampas kuasa di wilayah itu pada Jun 2007.

Bank Dunia menganggarkan 80 peratus daripada import Gaza diseludupkan mengikut terowong. - AP/AFP

sumber

Pendatang Yahudi Serang Petani PALESTIN

Sekelompok pemukim Yahudi Israel bersenjata menyerang petani Palestin di sebuah desa di Tebing Barat, memaksa mereka untuk meninggalkan tanah mereka, kata saksi mata di lokasi kejadian.

Pemukim Yahudi mengancam petani untuk segera meninggalkan ladang mereka di desa Qusra atau mereka akan menghadapi konsekuensi jika masih nekad tinggal, pejabat berita Maan melaporkan pada hari Jumaat (21/5).

Para petani Palestin diusir dari tanah mereka, kata Ghassan Doughlas, seorang pegawai yang bertanggung jawab atas penyelesaian kegiatan di Tebing Barat utara.

Pejabat rasmi Palestin telah meminta masyarakat internasional untuk memberikan perlindungan bagi warga Palestin dari kekerasan yang dilakukan oleh para pemukim Yahudi.

Doughlas mengatakan bahawa agresi berkelanjutan dari para pemukim dapat merosak harapan bagi terciptanya solusi perdamaian di Palestin.(fq/prtv)

Penduduk Israel Jalani Latihan Suasana Peperangan

Israel pada hari Ahad ini (23/5) melancarrkan latihan pertahanan nasional selama lima hari untuk mempersiapkan penduduk Israel menghadapi keadaan darurat, menurut laporan pihak militer, yang mengatakan hal itu tidak ada kaitannya dengan setiap ancaman yang spesifik.

Latihan persiapan perang tahunan keempat, dengan kode "Turning Point 4," akan mencakup serangkaian tanda sebagai sebahagian dari pelatihan lapangan di daerah yang berbeza dan membunyikan siren selama 90 saat di seluruh negeri pada hari Rabu akan datang.

Sekolah-sekolah akan ambil bahagian dalam latihan siren tersebut, dengan para guru membimbing pelajar mereka menuju ke wilayah yang aman yang telah ditetapkan di mana mereka akan menunggu selama 10 minit.

Latihan juga akan mengevaluasi sistem peringatan telefon selular, dan warga di daerah tertentu akan menerima pesan teks yang bertuliskan "Have a nice day" yang ditandatangani oleh Komando depan militer, kata pegawai militer Israel.

Pemerintah setempat juga akan berlatih mendistribusikan perlengkapan pelindung pada hari Rabu depan di beberapa pusat keramaian yang ada di Israel.

Latihan ini telah menimbulkan kecurigaan bahwa Israel sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi perang.

"Kami tidak punya niat memulai perang di utara," kata Ehud Barak kepada wartawan menjelang sidang kabinet mingguan, menegaskan bahawa latihan ini tidak terkait dengan ancaman tertentu.

Pernyataan ini muncul setelah Perdana Menteri Lebanon Saad Hariri mengatakan latihan militer Israel bertentangan dengan usaha perdamaian dan gerakan Hizbullah di Lebanon selatan telah memobilisasi ribuan pejuang mereka dalam menanggapi latihan perang Israel.

Deputi Menteri Pertahanan Israel Matan Vilnai menekankan bahawa Israel telah berkomunikasi dengan tetangganya, termasuk Syria, melalui perantara untuk meyakinkan mereka tentang latihan mereka bermaksud damai.

Perang 2006 yang menghancurkan, dicetuskan oleh serangan lintas-perbatasan pada patroli tentera Israel yang menghancurkan sebahagian besar Lebanon selatan, sebagian besar merupakan basis Hizbullah. Israel memperkirakan Hizbullah telah menyimpan lebih dari 40,000 roket.(fq/aby)

sumber

Sunday, May 23, 2010

Mahmud Abbas : Kita Tak Boikot Produk Israel

Presiden Palestin Mahmud Abbas hari Sabtu lalu (22/5) mendesak warga Palestin untuk memboikot produk-produk dari pemukiman Yahudi di Tebing Barat, namun seruan boikot ini tidak berlaku untuk item produk yang dibuat di tempat lain di Israel.

"Ini tidak perlu, dalam keadaant ini bagi kita untuk mengkonsumsi barang-barang yang berasal dari pemukiman yang didirikan di wilayah kita," katanya di Ramallah, di mana dia bertemu anggota gerakan yang terorganisir untuk memboikot.

"Kami sangat senang bahqwa anak-anak muda kita ... pergi secara sukarela untuk mengosongkan rumah-rumah Palestin dari produk yang dibuat di permukiman yahudi," tambah Abbas.

Ribuan anak muda Palestin mulai melakukan kempen dari pintu ke pintu pada hari Selasa lalu terhadap produk yang dibuat di permukiman Israel di Tebing Barat yang diduduki.

Inisiatif ini diluncurkan oleh Karameh Fund, yang didirikan untuk mempromosikan perekonomian warga Palestin dan membantu mereka yang dirugikan oleh pembatasan baru atas perdagangan dengan para pemukim Yahudi.

"Kami tidak memboikot Israel" itu sendiri, Abbas mengatakan, "kerana kita memiliki hubungan dagang dan kita mengimport produk dari negara Yahudi."

Bulan lalu Abbas menyetujui hukum melarang perdagangan barang yang diproduksi di pemukiman, setelah kempen panjang yang menampilkan pada masyarakat pembakaran produk pemukiman Yahudi.

Dewan Yesha - organisasi pemukim utama - mengecam kempen tersebut yang mereka sebut sebagai "tindakan terorisme dan akan sakit."(fq/aby)

sumber

Akhbar AFRIKA SELATAN Hina Nabi Muhammad

Sebuah akhbar Afrika Selatan pada Jumzat lalu menerbitkan kartun yang menggambarkan dan melecehkan Nabi Muhammad sehingga menimbulkan kemarahan dari masyarakat Muslim Afrika dan menimbulkan ketakutan akan serangan pembalasan menjelang kejohanan bolasepak Piala Dunia yang diharapkan dapat menarik ribuan warga dunia ke Afrika Selatan bulan depan.

Kartun ini di buat oleh seorang kartunis dari Cape Town Jonathan Shapiro, yang dikenal sebagai Zapiro. Dia menyebut kartun itu sebagai kartun yang "lembut".

Akhbar Mail & Guardian yang menyiarkan kartun itu pada hari Jumaat lalu (21/5) telah membangkitkan kemarahan dan kecamanan masyarakat muslim di Afrika selatan.

"Ini adalah kesekian kalinya musuh-musuh Islam dengan sengaja memprovokasi umat Islam dan mencetuskan reaksi dari umat Islam," kata pernyataan dari dewan muslim Afrika Selatan, yang mengadukan ke pengadilan untuk mencuba menghentikan akhbar tersebut dari pencetakan kartun, namun tetap gagal menghentikan penerbitan kartun itu.

Radio Islam Afrika selatan melaporkan bahawa gelombang kemarahan umat Islam terjadi pada hari Jumaat lalu.

"Umat Islam sangat tersinggung dengan penerbitan sebuah kartun penghujatan di akhbar Mail & Guardian yang dibuat oleh Zapiro," kata stesenn radio Islam.

Namun editor akhbar Mail & Guardian, Dawes Nick membela keputusannya untuk menerbitkan kartun yang melecehkan Nabi Muhammad SAW tersebut.(fq/iina)

sumber

Kumpulan Anti-Islam DENMARK Desak Tutup Masjid

AALBORG, Denmark 22 Mei - Sebuah kumpulan anti-Islam di negara ini, Stop Islamisation of Denmark (SIAD) yang menuntut agar semua masjid ditutup, memulakan siri demonstrasi pertama di sebuah masjid di bandar Aalborg, utara negara ini, semalam.

Demonstrasi diadakan setelah mereka mendakwa seorang lelaki yang pada awal tahun ini cuba membunuh kartunis, Kurt Westergaard yang melukis karikatur Nabi Muhammad, pernah menjadi ahli lembaga masjid berkenaan.

Selepas demonstrasi, polis mendapati jemaah di dalam masjid mengambil sikap pasif berikutan saranan imamnya yang menggalakkan mereka kekal di dalam premis itu dan mendiamkan diri, kata seorang pegawai polis, Bruno Bix.

Seramai 15 anggota SIAD dikejar orang ramai yang mungkin berfahaman radikal kiri. Polis juga terpaksa mencari cara baru untuk menangani mereka dan terpaksa menghentikan demonstrasi dengan menyuraikan mereka dari tengah bandar Aalborg.

Tidak lama selepas demonstrasi diadakan, pengerusi SIAD, Anders Gravers, diserang tiga lelaki tidak dikenali yang ditahan tidak lama selepas itu.

Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka 'Inisiatif Diversiti di Aalborg' mengadakan demonstrasi balas yang turut disertai Niels Grymer dan Daniel Nyboe Andersen daripada Parti Sosial-Liberal di bandar itu yang memberi ucapan menyokong kepelbagaian di Aalborg. - AGENSI

sumber

Saturday, May 22, 2010

Sukarelawan LL4Gaza Tiba di TURKI

ay 2010 Sukarelawan LL4G Malaysia Tiba di  Istanbul

ISTANBUL, 19 Mei 2010 — Alhamdulillah, syukur kerana kami telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kamal Atarturk, Istanbul pada jam 6:08 pagi waktu tempatan, iaitu bersamaan jam 11:08 pagi waktu Kuala Lumpur. Penerbangan terus dari KLIA ke Istanbul ini telah mengambil masa selama 10 jam 10 minit. Cuaca di Istanbul agak sejuk, 14 hingga 16 darjah Celcius. Mereka di sini sudah mula memasuki musim panas, jadi waktu siangnya agak panjang di mana waktu masuk solat Maghrib adalah jam 8:30 malam dan waktu masuk solat subuh adalah jam 4:40 pagi.

Bergambar di hadapan pejabat IHH

Bergambar di hadapan pejabat IHH

Setelah tiba, kami terus menyelesaikan urusan penginapan. Banyak hotel-hotel berdekatan dengan pejabat IHH, iaitu penganjur utama konvoi ke Gaza ini, sudah penuh. Alhamdulillah kami mendapat penginapan yang tidak jauh dari situ, dalam jarak kira-kira 1 km dari pejabat IHH. Selesai urusan di tempat penginapan, kami terus ke pejabat IHH untuk melengkapkan urusan pendaftaran bagi menyertai konvoi ini. Alhamdulillah kami disambut oleh Timbalan Presiden IHH, Huseyin Oruc, dan kemudiaanya sempat juga berjumpa dengan Presiden IHH sendiri, Bulent Yildirim. Ternyata mereka begitu sibuk dengan persiapan konvoi ini, lebih-lebih lagi semakin ramai sukarelawan dari negara-negara luar sudah mula tiba di Istanbul.

Satu berita yang baik dan menggembirakan mengiringi ketibaan kami di pejabat IHH. Pegawai IHH yang telah di tahan oleh Israel di Tebing Barat, Izzet Sahin’e telah dibebaskan. Beliau tiba di Istanbul Isnin lalu, setelah 21 hari berada dalam tahanan Israel. Hari ini adalah hari pertama beliau menyambung kerja di pejabat IHH. Ternyata rejim Zionis Israel tertekan dalam kes penahanan beliau, kerana tidak ada apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh Izzet Sahin’e. Apa yang jelas, Zionis Israel telah merasai bahang konvoi yang akan memasuki Gaza.

Selepas makan tengahari yang ringkas di dewan makan IHH, kami terus ke Pelabuhan Eminonu, Istanbul. Di situlah kapal penumpang utama yang bakal membawa kami ke Gaza, yang diberi nama “Mavi Marmara”, sedang berlabuh. Di dalam kapal tersebut, kapten kapal Mehmet Kara telah memberikan satu taklimat mendalam kepada kami dan juga sukarelawan-sukarelawan lain daripada Turki dan luar negara. Kapal Mavi Marmara boleh menampung seramai 1080 orang penumpang. Tetapi untuk misi ini, mereka akan benarkan tidak lebih 1000 orang untul menaiki kapal ini, termasuk anak-anak kapal.

Perbincangan di dalam kapal Mavi Marmara

Perbincangan di dalam kapal Mavi Marmara

Banyak perkara strategik yang dibincangkan di dalam taklimat tersebut. Antaranya, tidak ada siapa dibenarkan bertindak mengikut kekuatan diri sendiri, sebaliknya setiap tindakan mestilah mengikut arahan ketua misi. Ini adalah antara perkara yang paling mustahak dalam perjalanan konvoi nanti, kerana kami menjangkakan pihak Zionis akan melakukan pelbagai provokasi untuk menggagalkan usaha ini.

Setakat ini sebanyak 9 buah kapal bersedia untuk berlepas. 3 buah kapal daripada Turki, selebihnya dari negara luar termasuklah Ireland, Sweden, Greek dan England. Kapal-kapal daripada Turki akan bertolak dari Pelabuhan Eminonu ke Pelabuhan Antalya di selatan Turki. InsyaAllah kami dijangka akan sampai di Antalya sebelum jam 9 malam, 24hb Mei. Kami seterusnya dijadualkan bertolak ke Gaza pada jam 5:00 pagi 25hb Mei. Kapal-kapal dari negara lain akan menunggu kami di Cyprus.

Tidak ada perancangan jangkamasa masa yang spesifik untuk menjayakan konvoi ini, tetapi kami dijangkakan mengambil masa selama sekurang-kurangnya 15 hari untuk peri ke Gaza dan kembali ke Istanbul. Kapal Mavi Marmara membawa bekalan makanan dan minuman yang cukup untuk tempoh sehingga satu setengah bulan. 70 tan air minuman akan dibawa, di mana hanya 2.5 liter akan akan diberi kepada setiap penumpang untuk setiap hari. Sekiranya kami ditakdirkan berada di lautan lebih daripada satu setengah bulan, bekalan tambahan untuk kami akan dibawa menggunakan kapal-kapal lain yang akan sampai daripada Istanbul atau pelabuhan-pelabuhan lain yang lebih dekat.

Antara kelengkapan telekomunikasi di dalam kapal

Antara kelengkapan telekomunikasi di dalam kapal

Sebenarnya banyak perkara diperkatakan tentang cabaran dan halangan yang bakal kami hadapi. Pelbagai teknik dan taktik Zionis Israel digambarkan oleh media dan masyarakat. Namun setakat ini tidak ada langsung kenyataan rasmi Zionis Israel yang menyatakan mereka akan bertindak menyerang konvoi ini. Yang ada cumalah kenyataan-kenyataan media Israel yang cuba menakutkan perancangan konvoi dan peserta-pesertanya. Apa yang jelas, kami tetap dengan misi kami untuk menyampaikan setiap barangan bantuan kemanusiaan ini kepada mangsa-mangsa keganasan Israel yang sedang menderita di Gaza. Ketika ditanya apakah ada perancangan-perancangan lain sekiranya konvoi ini tidak berjaya memasuki Gaza, Presiden IHH Bulent Yildirim menjawab, “Plan A kita adalah kita akan memasuki Gaza. Plan B kita adalah kita akan memasuki Gaza. Dan Plan C kita adalah kita akan memasuki Gaza”.

Ingin kami memngambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang begitu prihatin terhadap permasalahan kemanusiaan di Gaza, yang telah sudi menghulurkan bantuan menjayakan misi ini. InsyaAllah, kami berjanji bahawa kami akan menjalankan amanah yang kami pikul dengan penuh ikhlas dan kesungguhan. Semua kami di sini begitu bersemangat tinggi, terutama sekali apabila sudah merasai suasana kehangatan konvoi dalam masyarakat kotaraya Istanbul.

Di hadapan Mavi Marmara

Di hadapan Mavi Marmara

Alhamdulillah, kami tidak lupa hakikat kekuatan Allah Yang Maha Esa. Kepada Allahlah kami bergantung, kepadaNya jua kami berharap. Semoga anda di tanahair dapat terus bermunajat kepada Allah agar kami diberi kekuatan roh dan fizikal, dicekalkan hati kami untuk tetap ikhlas dalam perjuangan ini dan dipermudahkan urusan kami di sini dan juga urusan keluarga kami yang ditinggalkan di tanahair.

Teruskanlah usaha memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan misi ini. Teruskanlah menghulurkan derma, kerana terlalu banyak dana yang diperlukan untuk meneruskan kejayaan misi ini. Kami tidak pasti berapa lama masa yang diperlukan untuk sampai ke Gaza. Semuanya memerlukan kepada dana yang cukup untuk, terutama sekali untuk menyelenggara kapal dan kemudahan-kemudahan lain.

Kami, termasuklah Hj Jamuliddin Elias daripada Yayasan Amal, Dr Selamat Aliman daripada Jamaah Islah Malaysia (JIM), Halim Mohamed Redzuan daripada Muslim Care, Hj Noorazman Mohd Samsuddin dan sukarelawan-sukarelawan lain daripada HALUAN, amat mengharapkan kepada doa anda semua dan juga usaha berterusan untuk mengumpul dana bagi menjayakan misi ini. Bantuan boleh disalurkan terus ke akaun khusus misi ini, iaitu Tabung Palestin HALUAN, di Maybank Berhad nombor akaun 5644-902-085-28.

sumber