Wednesday, June 30, 2010

Sukarelawan Berjaya Masuk ke Gaza!

Komite Umat (Komat) Palestin, yang merupakan organisasi kemanusian Peduli Palestin yang berpusat di Makassar ini, telah menghantar dua relawan ke Gaza Palestina, yakni Wakil Setiausaha Agung Komat Ustadz Ikhwan Abd.Jalil, Lc dan Dr.Paisal Abdillah, bertolak dari Jakarta ke Mesir Ahad 27 Juni 2010, dan sudah tiba di Gaza Palestin Selasa 29 Juni 2010 sekitar pukul 5 petang waktu Makassar/pukul 12 tengah hari waktu Palestina, setelah sebelumnya melewati kota Al Arish wilayah Sinai Utara.

Kedua-dua Relawan Komat ini tergabung dalam rombongan Komite Nasional untuk Rakyat Palestin KNRP dipimpin oleh DR. Muqoddam Khalil. Rombongan KNRP yang terdiri dari konsorsium beberapa LSM antara lain BSMI, PKPU, Wahdah Islamiyah, Komat Palestin, Rumah Zakat Indonesia. Total yang ikut dalam rombongan KNRP sebanyak lima orang, salah satunya adalah Mahasiswa Mesir.

Rombongan ini berangkat bersama 22 Anggota DPR RI Komisi I, dipimpin oleh Ketua DPR RI Marzuki Alie dan Ketua BKSAP (Badan Kerjasama Antar Parlemen DPR RI Hidayat Nurwahid)

Menurut Wasekjen Komat via SMS Rombongan dari Indonesia ini disambut langsung oleh Ketua Parlimen Palestin, dan selanjutnya didampingi berkeliling kota Gaza dan menuju Pejabat Parlimen Palestin. Tim dari KNRP dan Komat juga sempat bertemu dengan Walikota Baitlahiyah. Rombongan dijamu makan siang oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniya, serta acara peletakan batu pertama hospital indonesia di Gaza.

Menurut Ustadz Ikhwan, yang juga merupakan Ketua Wahdah Islamiyah yang membidangi Urusan Sosial ini, bahawa pemergian relawan ini, sebagai wujud Kepedulian Umat Islam Indonesia, Khususnya Makassar terhadap nasib saudara Muslim, berangkat dari firman Allah yang artinya: “Orang-orang beriman laki-laki dan perempuan sebahagian mereka adalah penolong bagi yang lainnya dan dalam hadis,”Perumpamaan orang-orang beriman dalam kecintaan, kelembutan dan kasih sayang di antara mereka ibarat satu tubuh, jika salah satu anggota sakit, maka seluruh anggota turut merasakannya..,”

Tim Kemanusian dari Komat ini akan membawa bantuan kemanusian Masyarakat Sulsel untuk meringankan penderitaan warga Gaza bersama Tim dari Jakarta. Setelah sebelumnya mengadakan Tabligh Akbar dan serangkaian Penggalangan Dana. Tablik Akbar terakhir mengangkat tema “Dari Makassar Untuk Gaza”.

Rombongan Anggota DPR ini, akan menyampaikan langsung bantuan dan dukungan Bangsa Indonesia kepada Rakyat Palestin menghadapi penjajahan dari Bangsa Zionis Israel, dan untuk meletakkan batu pertama pembangunan Rumah Sakit Bantuan Rakyat Indonesia Di Gaza.

Komat Palestin dideklarisasikan di Masjid Raya Makassar 11 Januari 2009 lalu oleh Beberapa Tokoh umat dari berbagai Ormas dan Lembaga Islam Sulsel yang tergabung dalam Forum Umat Islam (FUI) Sulsel. Pasca Penyerbuan Israel ke Gaza tahun lalu, Komat Palestin berhasil mengutus satu relawannya Dr.Faisal Fachsan membawa bantuan untuk Rakyat Gaza di Rafah bersama tim dari KNRP dan Bulan Sabit Merah Indonesia. (Muh.Asyraf/Humas Komat Palestina)

MESIR Enggan Benarkan Pekerja JORDAN ke Gaza

Pihak Berkuasa Mesir menolak anggota syarikat pekerja profesional dari Jordan menyeberangi perbatasan Gaza melalui Terminal Rafah. Anggota syarikat pekerja Jordan itu terpaksa tinggal empat hari di terminal namun akhirnya terpaksa kembali.

Anggota kemudian memutuskan untuk kembali ke Amman setelah semua upaya untuk meyakinkan pihak yang berkuasa Mesir untuk memungkinkan mereka melalui perbatasan gagal.

sumber

Abbas Temui Pelobi Yahudi

BAITULMAQDIS 29 Jun - Palestin sudah lama memusuhi pelobi Yahudi di Washington, tetapi kini mereka mengubah taktik cuba menjalin hubungan dengan kumpulan yang banyak mempengaruhi dasar Amerika Syarikat (AS) terhadap Israel itu.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semasa lawatan ke Washington baru-baru ini menjadi tetamu kehormat pada jamuan makan malam bersama lebih 30 pemimpin dan tokoh politik Yahudi Amerika yang berpengaruh.

Peserta daripada kedua-dua pihak menggambarkan pertemuan itu sebagai sangat berjaya.

Selama lebih 90 minit Abbas dengan sabar menjawab soalan dan membincangkan isu sensitif seperti rundingan damai Asia Barat, sentimen anti-Israel dalam media Palestin, keganasan dan holocaust.

Pertemuan itu menandakan penyimpangan luar biasa bagi Palestin yang selama ini melihat para pemimpin Yahudi Amerika dengan rasa kagum bercampur benci dan iri hati kerana kemahiran dan pengaruh politik mereka terhadap dasar AS yang pro-Israel.

Pegawai Palestin berkata, ia kali pertama Abbas menemui sebegitu ramai pemimpin Yahudi AS daripada pelbagai kumpulan, dan mencerminkan kesedaran bahawa menjalin hubungan dengan Yahudi Amerika boleh memberi manfaat kepada Palestin.

"Saya berpendapat adalah satu kesilapan untuk mengetepikan institusi dan komuniti (Yahudi) itu dengan mengatakan mereka memusuhi kami, dan kami tidak patut berhubung dengan mereka.

"Sebaliknya kami perlu duduk semeja dengan mereka dan kami perlu cuba meyakinkan mereka menerusi dialog dengan mereka," kata Abbas kepada Associated Press (AP).

Memandangkan rundingan damai tidak langsung anjuran AS baru hendak bermula, Abbas berkata, beliau juga merasakan penting untuk menjelaskan pendirian beliau.

Abbas mempertahankan pendiriannya untuk tidak mengadakan rundingan langsung dengan kerajaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Tegas Abbas, lebih banyak kemajuan perlu dicapai sebelum rundingan secara bersemuka boleh dilancarkan. - AP

sumber

Israel Bengang dengan Kartun Mesir

KAHERAH 29 Jun - Kedutaan Israel di sini mengemukakan aduan kepada akhbar parti pemerintah Mesir mengenai penyiaran sebuah kartun yang mengaitkan rejim Zionis itu dengan Nazi Jerman.

Aduan itu adalah langkah luar biasa kerana kedutaan tersebut lazimnya tidak mempedulikan kritikan daripada media Mesir.

Al-Watani al-Youm pada 15 Jun lalu menyiarkan kartun menunjukkan sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang menuju ke Genting Gaza ditangkap oleh seekor sotong kurita yang membawa bendera Israel, tetapi lambang swastika Nazi dan bukan simbol Star of David tertera pada bendera itu.

Akhbar minggu itu ialah lidah rasmi Parti Demokratik Kebangsaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak.

"Kedutaan Israel memilih untuk mengulas mengenai karikatur itu kerana Israel disamakan dengan fahaman Nazi.

"Banyak kenyataan dan karikatur anti-Yahudi disiarkan dalam media Mesir tetapi kami tidak mahu mengulas mengenainya. Namun, karikatur ini bukan lagi menggambarkan tentangan terhadap dasar Israel, tetapi merupakan fitnah," kata jurucakap kedutaan, Shani Cooper-Zubida.

Bagaimanapun kartunis berkenaan, Carlos Latuff yang berasal dari Brazil mempertahankan kartunnya dalam e-mel kepada Reuters.

"Duta Israel sepatutnya menunjukkan keprihatinan yang sama terhadap nyawa aktivis yang terkorban dalam Flotila Pembebasan, sebagaimana dia prihatin terhadap kartun saya," kata Latuff.

Menurut beliau, dakwaan anti-Yahudi sudah diketahui menjadi strategi kerajaan Israel dan para penyokongnya untuk menangkis sebarang kritikan terhadap dasar aparteid Israel.

"Tuduhan jahat itu tidak akan menghalang saya untuk terus melukis kartun bagi membela nasib rakyat Palestin yang gagah berani," tambah Latuff.

Pengarang Al-Watani al-Youm, Mohammed el-Alfy mempertahankan pendirian akhbar beliau dengan berkata, penyiaran kartun itu adalah soal kebebasan bersuara. - Reuters

sumber

Tuesday, June 29, 2010

HAMAS Berjaya Kesan Perisik Wanita Israel

Pegawai keamanan Palestin di Jalur Gaza berhasil mengesan keberadaan seorang wanita yang bekerja untuk intelijen Israel selama hampir lima tahun.

Penegsanan terhadap mata-mata wanita ini terjadi sebagai akibat dari kempen kontraspionase yang akhir-akhir ini giat dilakukan oleh pihak keamanan Palestin di Gaza yang menyebabkan terbongkarnya puluhan jaringan mata-mata Israel termasuk elemen agen Israel yang wanita.

Menurut laman Al-Majd yang peduli dengan urusan keamanan, suami wanita ini berada di belakang terdeteksi nya wanita mata-mata Israel, di mana isterinya secara tidak sengaja membuat kesalahan kecil yang akhirnya terungkap adanya hubungan dirinya dengan intelijen Israel.

Laman Al-Majd tidak menyebutkan rincian lebih lanjut tentang kejadian ini, apakah wanita ini telah ditangkap atau kesnya ini diselesaikan secara damai dengan pihak keluarganya.

Wakil dekan bidang akademik di fakulti ilmu keamanan Palestin Hisyam Al-Maghazi mengatakan kepada pusat informasi Palestin (PIC) bahawa ada banyak mata-mata wanita yang terdeteksi sebelum ini dan kebanyakan kasusnya diselesaikan secara rahsia demi reputasi keluarga mereka.(fq/pic)

sumber

Universiti JORDAN Seru Boikot Israel

Khalid Karaki, Presiden Universiti Jordan, yang merupakan institusi pendidikan tertua di Jordan, menyerukan ke semua anggota lembaga mahasiswa dan civitas akademis di seluruh fakulti yang ada di universiti untuk bergabung dengan kempen global untuk memboikot entiti Zionis.

"Saya mengundang anda untuk bergabung dengan kempen global untuk memboikot pendudukan Zionis, "katanya dengan tegas, "Kita semua merasa malu bahawa sejumlah besar akademik Barat di Britain dan Amerika, Kanada dan Australia (dan termasuk akademis Yahudi sendiri), telah mendahului kita dalam beberapa tahun dalam seruan untuk memboikot entiti Zionis, baik secara akademik maupun budaya."

Karaki dalam pidatonya hari Ahad lalu (27 / 6), menyatakan bahawa setiap bentuk hubungan normal dengan kekuatan pendudukan yang ada di bawah setiap kementerian universiti terlarang untuk dilakukan, dan mengatakan "Sudah menjadi kewajiban moral kita sebagai akademisi yang bertanggung jawab kepada hati nurani," katanya, dia menambahkan "Kita paling dekat dengan Palestin, maka kita mungkin terlambat dalam melakukan langkah ini, walaupun kita menyedarinya pada saat ini kita terlalu kurang dari apa yang mesti kita lakukan."(fq/pic)

sumber

Serangan Udara Israel Bunuh Rakyat PALESTIN

GAZA CITY 29 Jun - Sekurang-kurangnya seorang rakyat Palestin terbunuh manakala tiga lagi cedera apabila rejim Zionis Israel melancarkan serangan udara di Genting Gaza semalam, kata pekerja perubatan.

Tentera rejim meneruskan serangan udara ke atas Gaza yang diperintah oleh Hamas semalam dengan menyasarkan pejuang Palestin yang menentang keganasan mereka.

Menurut pasukan perubatan, kem pelarian Jebalya di selatan Gaza menjadi sasaran terbaru serangan rejim Zionis semalam dan mangsa yang terkorban adalah dari kumpulan pejuang sayap kanan Pembebasan Palestin.

Salah seorang mangsa yang cedera dalam keadaan serius. Dua hari lalu, dua pejuang Palestin terbunuh dalam serangan udara rejim ke atas terowong di sepanjang sempadan Mesir. - REUTERS

sumber

Kereta Api Tergelincir di INDONESIA, 6 Maut

JAKARTA 29 Jun - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh apabila sebuah kereta api yang sarat dengan penumpang tergelincir di Indonesia.

Kereta api itu dalam perjalanan dari Purwokerto ke Jember di Jawa Timur apabila ia tergelincir dari landasan, kata jurucakap kementerian pengangkutan, Bambang Ervan kepada AFP

"Enam orang telah terbunuh dalam kemalangan itu," katanya.

"Enam hingga lapan gerabak telah tergelincir manakala sembilan hingga 11 gerabak lagi terbalik."

Beliau berkata, terdapat penumpang yang cedera tetapi jumlahnya belum dapat dipastikan.

"Kami tidak boleh mengagak sama ada jumlah (kematian) akan bertambah tetapi kereta api itu cukup pada," katanya.

Kemalangan itu berlaku berhampiran Madiun, 180km dari Yogyakarta. - AFP

sumber

Sukarelawan Flotilla Diracun Arsenik

PUTRAJAYA 29 Jun – Sukarelawan Malaysia yang ditahan oleh tentera Zionis setelah flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza diserang 31 Mei lalu mendakwa sukarelawan misi itu diracun dengan arsenik, yang dimasukkan dalam makanan diberikan kepada mereka sepanjang penahanan itu.

Ketua Misi Lifeline for Gaza Malaysia, Noorazman Mohd. Samsuddin berkata dakwaan itu terbukti benar apabila tiga sukarelawan dari Indonesia disahkan mempunyai kandungan arsenik yang tinggi dalam badan, sekembalinya mereka dari misi itu.

"Bagi sukarelawan dari Malaysia, setakat ini lima hingga enam sukarelawan sudah buat pemeriksaan kesihatan termasuk termasuk petugas media dari Astro Awani dan keputusan mendapati ia negatif.

"Baki sukarelawan yang masih belum membuat pemeriksaan kesihatan akan berbuat demikian dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perkongsian Pengalaman Bersama Sukarelawan Malaysia ke Gaza, di sini hari ini.

Arsenik adalah unsur bukan logam berwarna kelabu dan sangat beracun yang antara kegunaannya untuk menghasilkan racun perosak, ubat sapu dan peranti elektronik.

Dalam perkembangan lain, Noorazman berkata, satu lagi konvoi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza akan dilaksanakan selepas Ramadan ini, dengan kira-kira 100 kapal bersedia untuk menyertainya.

Misi kali ini mungkin akan melibatkan penghantaran melalui darat, katanya. – Bernama

sumber

Dick Cheney Dalang 11 September?

Fakta-fakta baru kembali terungkap berkaitan peristiwa WTC 9/11. Komuniti pencari fakta kaes 11 September 2001 dalam sebuah pernyataan mereka yang diterbitkan di Madrid Sepanyol, mengungkapkan sejumlah fakta tentang pelaku dan aktor sebenarnya dari serangan spektakuler keganasan 9/11, sembari mengecam dan mengkritik kinerja komite pencari fakta yang terkait dalam kes ini.

Dalam pertanyaan mereka tersebut, dinyatakan bahawa Wakil Presiden AS pada saat itu, Dick Cheney adalah salah satu dalang dalam serangan tersebut. Komuniti ini dalam pernyataannya lebih lanjut mempersoalkan kinerja Komite Pencari Fakta Serangan 11 September seraya mendesak komite tersebut untuk menjawab serangkaian pertanyaan keluarga para korban yang sampai saat ini masih belum terjawab.

"Setelah bekerja selama 442 hari, Komite ini belum dapat memberikan jawaban yang memuaskan atas 70 peratus pertanyaan dari keluarga para korban serangan teror 11 September," ungkap pernyataan tersebut.

Teori yang dipaparkan oleh pemerintah AS terkait peristiwa serangan pengganas 11 September 2001 sampai saat ini telah ditolak oleh lebih dari 120 pegawai tinggi militer, intelijen, polis dan pegawai pemerintahan di AS sendiri, juga oleh lebih dari 500 arkitek, lebih dari 100 pilot dan pakar kedirgantaraan serta lebih dari 200 dosen di AS.

Peristiwa tragis penyerangan gedung WTC pada 11 September 2001 lalu telah menimbulkan pro-kontra dikalangan umat Islam sendiri, sebahagian besar mengecam dan menolak aksi tersebut dianggap sebagai sebhaagian dari Jihad dan menyatakan bahawa peristiwa itu merupakan "by design" Yahudi alias ada konspirasi yang menyelimutinya, namun tidak sedikit kalangan pro Jihad menganggap peristiwa itu sebagai keberhasilan para 'mujahidin' melaksanakan misi sucinya menyerang jantung Amerika dan simbol kesombongan Amerika.(fq/irib)

Lori Meletup di PAKISTAN, 18 Maut


PENDUDUK meninjau kawasan letupan lori minyak di terminal Hyderabad, Pakistan, semalam. Seramai 18 orang maut dalam kejadian itu. - AP


KARACHI 28 Jun - Sebuah lori minyak meletup di Hyderabad hari ini, membunuh sekurang-kurangnya 18 orang dan memusnahkan beberapa bangunan kedai yang berdekatan.

Pegawai kanan polis, Ali Mohammad Baluch berkata, kejadian itu adalah satu kemalangan dan bukan serangan pengganas.

''Setakat ini 18 orang disahkan terbunuh dan 40 orang lagi cedera,'' katanya.

Menurut ketua polis Hyderabad, Fayyaz Leghari, lori berkenaan meletup semasa diletakkan di terminalnya.

''Letupan kuat turut mengena kedai-kedai berhampiran. Beberapa bangunan kedai runtuh,'' katanya.

Pakistan mengalami masalah keamanan disebabkan tentangan pihak militan terhadap kerjasamanya dengan Amerika Syarikat yang giat 'memerangi keganasan' di sempadan negara itu dengan Afghanistan.

Satu siri serangan bom dan pengebom nekad yang dikaitkan dengan militan al-Qaeda, Taliban dan kumpulan-kumpulan pelampau lain telah membunuh hampir 3,300 orang dalam tempoh kurang tiga tahun di negara Islam berkuasa nuklear itu. - AFP

sumber

TURKI Tutup Ruang Udara kepada Israel

ANKARA 28 Jun - Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan hari ini dipetik sebagai berkata, negaranya menutup ruang angkasa kepada pesawat tertentu Israel berikutan serangan maut rejim itu terhadap flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Menurut agensi berita Anatolia, pemimpin itu memberitahu pemberita di Toronto bahawa Turki menguatkuasakan larangan tersebut selepas Israel menyerang sebuah daripada flotila yang mengikuti misi kemanusiaan antarabangsa pada 31 Mei lalu.

Perdana Menteri itu yang kini berada di Kanada bagi menghadiri sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20), bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.

Semalam, akhbar Israel Yediot Ahronot melaporkan, Turki tidak membenarkan sebuah pesawat bersama pegawai tentera rejim itu yang menuju tapak peringatan di Auschwitz, Poland daripada melalui ruang angkasanya.

Akhbar itu menyebut, pesawat berkenaan yang membawa lebih 100 pegawai bertugas bertauliah dan tidak bertauliah, terpaksa melencongkan penerbangan mereka.

Menurut akhbar itu, pihak tentera Israel tidak mengeluarkan sebarang reaksi berhubung kejadian tersebut kerana tidak mahu memburukkan lagi perselisihan yang berlaku.

Pegawai penerbangan Turki tidak dapat dihubungi bagi mendapat ulasan lanjut.

Sembilan rakyat Turki maut dalam serbuan berkenaan yang mencetuskan kemarahan Turki dan mendapat kutukan hebat antarabangsa.

Flotila bantuan tersebut belayar ke Gaza bagi mencabar sekatan Israel yang dikuatkuasakan bagi melarang kemasukan senjata dan kelengkapan tentera daripada sampai kepada kumpulan pejuang Palestin yang didakwa menyerang rejim Yahudi itu menggunakan roket, bom dan mortar selama bertahun-tahun. - AP

sumber

Monday, June 28, 2010

Himpunan Raksasa Bantah Judi 3 Julai Diteruskan

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan keputusan kerajaan membantah judi sebagai keputusan Jemaah Menteri, bukan keputusan melibatkan Majlis Tertinggi Umno semata-mata.

Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, GMJ bersyukur dan menyambut baik keputusan berkenaan namun ianya mesti diumumkan secara jelas kepada rakyat bahawa ianya merupakan keputusan kerajaan Barisan Nasional.

"Kita menerima keputusan ini dengan menyatakan bahawa ia tetap perlu dilontarkan atau diumumkan daripada keputusan jemaah menteri, bukan daripada keputusan satu parti politik (Barisan Nasional) sahaja" katanya pada sidang media di Rumah Pena, di ibu negara hari ini.

Azmi juga menegaskan, GMJ tidak akan dimansuhkan begitu sahaja walaupun kerajaan menarik balik pemberian lesen judi, sebaliknya akan meneruskan kempen membantah judi secara berpanjangan.

Ini kerana, ujarnya keputusan menarik balik lesen judi itu hanyalah keputusan kecil sahaja sedangkan industri membabitkan perjudian sedang berkembang pesat di negara ini.

"GMJ akan berterusan secara berpanjangan kerana keputusan yang diumumkan oleh Perdana Menteri hanya sebahagian daripada isu judi dan industri judi yang sangat besar dan ini tidak bermakna tamat GMJ ini.

“GMJ akan diperkukuhkan di peringkat kebangsaan dan di peringkat negeri dan kita akan lanjutkan kempen dengan lebih agresif supaya hasrat dan matlamat kita tercapai," katanya lagi.

Dalam pada itu, GMJ akan tidak akan membatalkan perhimpunan pada 3 Julai ini, cuma ianya tidak disertakan dengan perarakan bagi menyerahkan memorandum ke Istana Negara.

Azmi memberitahu, perhimpunan akan tetap diadakan di Masjid Negara dimulakan dengan solat Zuhur dan solat hajat dan disusuli dengan ucapan daripada wakil-wakil parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantah judi.

Perhimpunan itu dinamakan Himpunan Tak Nak Judi sebagai tanda bantahan rakyat pelbagai kaum terhadap segala jenis judi.

"Kita telah buat keputusan hari ini bahawa perhimpunan 3 Julai ini akan diteruskan kerana berpandangan negara harus diselamatkan daripada judi.

"Kita tidak akan berarak tapi akan berhimpun di pekarangan Masjid Negara selepas solat Zuhur dan solat hajat agar negara kita terselamat daripada musibah akibat judi. Pimpinan parti politik dan wakil NGO akan berucap dan kita sasarkan 10 ribu rakyat untuk hadir," katanya.

Menurutnya juga, semua parti politik termasuk Umno sendiri dialu-alukan untuk menyertai himpunan itu.

Sementara itu, jurucakap Sekretariat Wanita PR Membantah Judi (Sendi), Salbiah Abdul Wahab melahirkan rasa lega dengan keputusan itu kerana ianya sedikit sebanyak mengurangkan tekanan kepada wanita-wanita yang mempunyai suami kaki judi.

"Kami bagi pihak wanita sedikit lega dengan keputusan ini kerana bagi mereka yang mempunyai suami yang kuat berjudi, sekurang-kurangnya aktiviti perjudian dapat dikurangkan atau dihentikan apabila tiada lesen judi dikeluarkan. Jika tidak wanita dan anak-amak terpaksa menanggung kesan akibat suami dan ayah yang menghabiskan wang untuk berjudi," katanya yang juga Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat.

Turut bersama pada sidang media itu ialah Timbalan Pengerusi GMJ, Rahimi Abdul Rahim daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Setiausaha GMJ, Suhaizan Kaiat yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, bendahari, Nahar Md Nor daripada Jemaah Islam Malaysia (Jim) dan wakil-wakil NGO yang lain.

SUMBER

Jom Sertai Misi Ramadhan ke PALESTIN

SHAH ALAM, 27 Jun: Peluang untuk mana-mana rakyat Malaysia yang ingin menyertai Misi Konvoi Ramadhan ke Palestin masih terbuka sehingga 20 Julai ini yang merupakan tarikh bermula saringan memilih 60 peserta negara yang akan berada selama lima hari di negara itu.

Mereka akan bersama 300 hingga 500 pembawa bantuan dari seluruh dunia akan bersama rakyat Palestin merasai detik kehidupan dengan berpuasa, berbuka dan bersahur, demikian tegas Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah Air Mata Palestin di Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, dekat sini malam tadi bersama seorang aktivis masyarakat selaku jurnalis majalah Sabili dari Indonesia yang juga peneliti isu Palestin yang telah menulis empat buku mengenainya.

"Peserta yang akan ke sana adalah orang yang sanggup mati syahid, mereka yang tidak sampai ke tahap itu dan ingin pulang, awal-awal lagi akan digugurkan ketika pemilihan bermula 20 Julai ini.

"Tiada pihak membiayai mereka, pergi dengan wang sendiri," jelasnya yang berharap konvoi ini akan berjaya menyampaikan bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia seperti keperluan perumahan, perubatan melalui jalan darat menerusi Rafah, Mesir setelah gagal melalui jalan laut pada 31 Mei lalu.

Beliau berkata, tiada pihak yang lain termasuk kerajaan yang boleh diharapkan setelah beberapa kali mereka mengkhianati perjuangan rakyat Palestin di dalam menuntut pembebasan negara mereka dari cengkaman zionis Yahudi.

Kerajaan negara ini, jelasnya, telah melakukan khianat seperti membenarkan pemain kriket Israel datang bermain ke sini, memberi laluan kapal Israel untuk berlabuh di Pelabuhan Klang, membina pusat latihan memerangi keganasan di Sepang setelah diminta oleh Amerika dan memgambil penasihat membina imej, APCO yang jelas mempunyai hubungan dengan zionis.

Beliau yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berharap umat Islam di negara ini bangkit memberikan sumbangan RM1 juta yang diperlukan bagi menjayakan misi kali ini yang bagi Mapim, mempunyai keyakinan tinggi usaha membebaskan pembebasan Palestin boleh dicapai.

Menurutnya, orang ramai yang berhajat untuk kedua perkara di atas boleh menghubungi Mapim di 24-4-1, Diamond Square, Jalan Gombak, Kuala Lumpur di talian 017-5554828 dan akaun TABUNG GAZA – MAPIM pula di BIMB: 0801301007582.

sumber

Presiden VENEZUELA Terus Kecam Israel

CARACAS 27 Jun - Presiden Venezuela, Hugo Chavez sekali lagi mengecam Israel dengan menggambarkan rejim Zionis itu sebagai sebuah negara yang melakukan pembunuhan kaum dan bertindak sebagai pembunuh bagi Amerika Syarikat (AS).

Chavez yang menerima kunjungan Presiden Syria, Bashar al-Assad semalam meramalkan rejim zionis tersebut akan ditundukkan suatu hari nanti.

Presiden berhaluan sosialis itu kerap mengkritik Israel dan AS dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel selepas menuduh rejim Yahudi itu melakukan 'holocaust' dengan melancarkan kempen serangan ke atas Genting Gaza pada awal tahun lepas.

"Israel sudah menjadi cawangan pembunuhan bagi AS. Ia menjadi ancaman kepada kita semua," kata Chavez pada sidang media bersama Assad.

Chavez turut melahirkan sokongan terhadap perjuangan Syria untuk mendapatkan kembali Bukit Golan, yang ditawan oleh Israel pada 1967.

"Wilayah itu akan kembali ke tangan Syria suatu hari nanti. Sudah tentulah kita mahu usaha itu dilakukan secara aman kerana kita tidak mahu perang tercetus lagi," katanya.

Beliau menganggap usaha AS untuk memencilkan Syria dan mencorakkan semula Asia Barat sebagai gagal, dan Israel pula semakin kehilangan sekutu.

Chavez yang sangat popular di dunia Arab kerana pendirian antiimperialis beliau disambut sebagai wira semasa melawat Syria pada 2006.

Assad tiba di Venezuela kelmarin dalam rangka lawatan ke Amerika Latin dan beliau juga dijadual melawat Argentina, Brazil dan Cuba.

Syria sudah mula meningkatkan profilnya di pentas antarabangsa sejak beberapa tahun lalu, tanpa mempedulikan usaha Barat untuk melemahkannya dan menjalinkan hubungan dengan bekas musuh, Turki serta Rusia dan negara-negara Amerika Latin. - Reuters

SUMBER

LEBANON TAHAN PERISIK ISRAEL

BEIRUT 28 Jun - Pihak berkuasa Lebanon menahan seorang pekerja senior di salah satu daripada dua syarikat telefon selular utama negara itu kerana disyaki menyalurkan maklumat keselamatan kepada rejim zionis Israel, lapor akhbar negara itu semalam.

Akhbar harian Ad-Diyar berkata, lelaki yang telah menyalurkan maklumat sensitif negara itu kepada pihak rejim zionis Israel tersebut telah ditahan Khamis lepas.

Pegawai keselamatan Lebonan mengesahkan mengenai penahanan lelaki berkenaan tetapi enggan memberi maklumat lanjut mengenai syarikat telekomunikasi terbabit. Israel enggan memberi komen.

Kedua-dua negara berkenaan terlibat dalam perang dan pihak berkuasa Lebanon telah menahan lebih 50 orang yang disyaki menjadi tali barut Israel telah ditahan, kebanyakannya terlibat dalam membekalkan maklumat mengenai pejuang Hezbollah. - AP

sumber

Friday, June 25, 2010

Agama Buddha Pandang Judi Bawa Kecelakaan

PASIR PUTEH, 24 Jun: Sami yang juga selaku ketua agama Buddha Wat Phutaksin, Semerak, dekat sini yang dikenali dengan Thannun (gambar) mengakui amalan judi tidak dibolehkan di dalam ajaran agama berkenaan.

Thannun berkata, mengikut ajaran Buddha amalan judi boleh mendatangkan kecelakaan selain hukuman serta balasan tuhan akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat dengan amalan tersebut.

“Hukuman atau balasan sebab dan akibat judi, di dalam agama Buddha kita panggil hukum karma. Hukuman itu akan dikenakan sama ada ketika di atas dunia ini lagi mahupun di hari esok (selepas mati).

“Sebenarnya kita di dalam Buddhapun punyai kepercayaan tentang adanya syurga dan neraka. Sesiapa beramalan baik akan masuk syurga dan jahat akan masuk neraka.

“Di dalam satu kitab Buddha ada menyebut bahawa terdapat beberapa pintu kecelakaan bagi orang yang melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, salah satunya ialah judi,” katanya semasa ditemui di wat tersebut awal pagi ini.

Menurutnya lagi, di dalam kepercayaan Buddha juga judi boleh menyebabkan taraf kehidupan seseorang itu menjadi rendah dan hina malah tidak dihormati terutamanya di kalangan pemimpin.

“Macam raja, menteri apabila dikait dengan judi taraf mereka jatuh kerana dia akan dipandang rendah, rakyat tidak hormat, inilah maksud mendatangkan kecelakaan itu,” katanya.

sumber

Himpunan 100,000 Bantah Judi Kehendak Rakyat

KUALA LUMPUR, 24 Jun: "Perhimpunan ini kehendak semua rakyat,” kata Pengerusi Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), Mohd Azmi Abdul Hamid selepas memohon permit untuk himpunan 100 ribu rakyat bantah judi pada 3 Julai ini.

Beliau mengetuai GMJ ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi memohon permit itu. Hadir sama ialah Setiausaha GMJ, Suhaizan Kayat dan AJK GMJ, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Himpunan besar-besaran 3 Julai ini menghimpunkan semua bangsa dan agama membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan termasuk judi bola sempena Piala Dunia 2010.

Mereka dijangka berkumpul bermula jam 2 petang di beberapa tempat termasuk di Masjid Jamek, Masjid Negara dan pusat membeli belah Sogo sebelum bercantum dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut GMJ, peserta himpunan disaran memakai pakaian sukan atau jersi bolasepak piala dunia sebagai menyatakan bantahan terhadap kelulusan lesen judi tersebut.

Mereka juga dibawa oleh Ketua Cawangan Khas Dang Wangi, DSP Izan Bakri untuk diambil keterangan kira-kira 30 minit berhubung himpunan tersebut.

Pada sidang media selepas itu Cikgu Azmi berkata, GMJ mengharapkan respons positif pihak polis berhubung permohonan yang telah dibuat.

"Kami harap ada kerjasama positif membenarkan kita mengadakan himpunan aman menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Ditanya jika permohonan tersebut ditolak, beliau berkata wakil-wakil GMJ akan tetap berada di tempat-tempat yang ditetapkan pada hari tersebut.

"Perhimpunan ini kehendak semua rakyat. Wakil kami tetap akan berada di Masjid Negara, terpulang kepada orang ramai sama ada mahu menyertai atau tidak," katanya.

sumber

Thursday, June 24, 2010

Ejen2 Mossad Gagal Bunuh Erdogan

Badan intelijen Mossad Israel telah gagal dalam usaha mereka untuk membunuh Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, kata sebuah akhbar mingguan Jordan.

Informasi sumber-sumber di Turki mengatakan bahawa plot rencana pembunuhan Mossad telah digagalkan oleh pasukan kemanan negara itu, petik al-Manar dari sebuah laporan di edisi terbaru akhbar mingguan Al-Majd .

Ada juga laporan yang menyatakan bahawa Israel telah berusaha untuk menghasut kekerasan di Turki dengan 'meminjam' dukungan dari kelompok separatis Kurdi, Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Sebelumnya pada bulan Jun, Sedat Laciner, kepala Strategis Penelitian Organisasi Internasional - sebuah think tank Turki - mengatakan bahawa ejen Mossad dan pesara militer Israel telah terlihat memberikan pelatihan kepada militan Kurdistan PKK di Iraq.

Laciner mengatakan Tel Aviv tidak memiliki persepsi positif terhadap parti yang berkuasa di Turki Parti Keadilan dan Pembangunan, yang dipimpin oleh Erdogan.

Setelah serangan Israel terhadap armada kebebasan yang menyebabkan sembilan warga negara Turki wafat pada tanggal 31 Mei, Ankara menyusun peta jalan (roadmap) untuk "benar-benar" memutuskan hubungan dengan Israel.

Presiden Turki Abdullah Gul sebelumnya telah mengumumkan bahqwa peta jalan yang akan disusun berdasarkan masalah tindakan terhadap Israel.

"Rincian Roadmap ini diproses di mana Turki benar-benar akan memutuskan hubungan dengan Israel dalam beberapa tahap, harian Turki Today Zaman melaporkan pada tanggal 17 Jun lalu.

Menurut peta jalan, langkah pertama adalah duta besar Turki ditarik dari Tel Aviv,dan tidak akan dikirim kembali kecuali Israel mengirim anggota ke komisi PBB untuk penyelidikan yang bertujuan untuk melihat lebih dalam atas serangan Israel terhadap armada kebebasan.

Peta jalan ini juga menyebutkan bahwa semua pelatihan militer dan kerjasama dengan Israel harus dihentikan dan menyatakan bahwa penyelidikan internal ke dalam serangan Israel itu sama sekali tidak diakui oleh Turki. (fq/prtv)

sumber

Haram Merokok - Fatwa Dewan Islam Tertinggi FILIPINA

Satu keputusan agama atau fatwa telah dikeluarkan oleh Dewan Tertinggi Islam Darul Ifta Filipina yang menyatakan bahawa merokok adalah "haram" atau dilarang dalam agama Islam.

Dengan keluarnya fatwa haram ini, umat Islam Filipina tidak diizinkan untuk memproduksi, membeli, menjual, memperdagangkan atau mempromosikan rokok, kerana melakukan hal tersebut dapat dianggap membantu seseorang dalam melakukan dosa.

Dewan tertinggi Islam Filipina, yang dipimpin oleh Mufti besar Syeikh Umar Pasigan, dengan suara bulat mengeluarkan fatwa pelarangan dan pengharaman rokok tersebut.

Langkah ini telah dipuji oleh Kementerian Kesihatan dan para pendukung anti-rokok. Mereka percaya fatwa ini akan membujuk banyak perokok untuk segera berhenti dari kebiasaan buruk mereka dan menyampaikan pesan anti-rokok kepada komuniti mereka.

Berdasarkan fatwa tersebut, merokok dilarang dalam Syariah atau hukum Islam kerana dianggap sesuatu yang kotor, kerana didalam rokok terkandung banyak bahan kimia berbahaya.

Umat Islam meyakini bahawa Allah SWt telah dan hanya mengizinkan hanya hal-hal yang baik bagi hamba-Nya. Dan merokok tidak termasuk dari salah satu hal yang baik.

Apa saja yang menyebabkan kerosakan pada tubuh juga tidak diperbolehkan. Termasuk tidak membuang-buang wang hanya untuk membeli rokok.

Dua kota suci, Mekkah dan Madinah di Arab Saudi, telah dinyatakan bersih daripada rokok pada tahun 2002. Tidak ada kegiatan komersial yang melibatkan rokok yang diizinkan di 2 kota suci itu, walaupun hanya sekadar iklan rokok.

"Tidak ada satu pun yang dapat diperoleh manfaat dari merokok," kata Menteri Kesihatan Filipina Esperanza Cabral, sambil menunjukkan bahawa berhenti merokok sangat mengurangi risiko kesehatan dan bermanfaat untuk kesihatan dengan segera dan dalam waktu jangka panjang.

Cabral mengatakan produk rokok dapat merugikan semua orang terkena asapnya. Sepuluh warga Filipina meninggal setiap jam kerana penyakit yang terkait dengan rokok.

Kepulan asap rokok juga sangat beracun kerana mengandung sedikitnya 50 bahan kimia penyebab kanser yang dapat menyebabkan kerosakan jantung dan pernafasan.

Cabral meminta umat Islam Filipina untuk mendukung fatwa tersebut. "Mari kita semua bergandingan tangan dengan saudara-saudara kita Muslim menuju Filipina 100% bebas rokok. Mari kita berjuang untuk hak kita untuk udara bersih dan hidup sihat, "kata Cabral.(fq/iina)

sumber

Pejuang KASHMIR Berjaya Bunuh Kolonel INDIA

Seorang kolonel angkatan darat India terbuuh dalam satu kejadian tembak menembak dengan pejuang mujahidin di Kashmir di tengah kekerasan yang meningkat di wilayah lembah yang indah tersebut.

Menurut seorang jurucakap militer India, kolonel angkatan darat itu terbunuh ketika kekerasan meletus berhampiran perbatasan antara India dan Pakistan.

"Kami telah kehilangan seorang kolonel dalam pertempuran sengit bersenjata semalam dengan militan di (utara) wilayah Kupwara" AFP mengutip pernyataan jurucakap militer Letnan Kolonel Vineet Sood Vineet.

sumber

Helikopter2 Perang Israel Berpengkalan di SAUDI

Arab Saudi boleh menafikan telah memberi tempat bagi militer Israel untuk membangun pengkalan militernya di Saudi. Tapi pemberitaan sejumlah media massa antarabangsa ke belakangan ini, menunjukkan bahawa militer Israel bersama sekutunya AS sudah menempatkan sebahagian alat tempurnya di Saudi.

Mengutip pemberitaan FARS--salah satu pejabat berita di Iran--laman Israel Haaretz menyebutkan bahawa sejumlah helikopter Israel baru-baru ini terlihat mendarat di Lapangan Terbang Tabuk, Arab Saudi dan melakukan pemunggahan beberapa peralatan tempur yang dibawanya.

Untuk kepentingan pendaratan helikopter-helikopter itu, Bandara Tabuk membatalkan sejumlah penerbangan pada tanggal 18 dan 19 Jun lalu. Seorang calon penumpang, warga Saudi, yang dimintai komentar soal pembatalan penerbangan pada hari itu, pada FARS mengatakan pihak Lapangan Terbang Tabuk melakukan pembatalan tanpa memberikan alasan yang jelas.

Sebelumnya, akhbar berbahasa Arab Al-Quds Al-Arabi minggu lepas melaporkan tentang kapal-kapal perang milik AS yang melewati Terusan Suez, yang makin memperkuat spekulasi bahawa AS dan Israel dengan dukungan negara Mesir, sedang melakukan persiapan untuk menyerang Iran.

Akhbar Inggeris The Times sekitar dua minggu lalu juga menurunkan laporan bahawa Arab Saudi telah menyetujui untuk membuka wilayah udaranya bagi pesawat-pesawat tempur Israel, sebagai persiapan jika terjadi kemungkinan menyerang Iran. The Times juga menyebutkan bahawa pasukan Angkatan Udara Saudi sudah memulai latihan untuk memberikan pengawalan terhadap pesawat-pesawat Israel melewati jalur penerbangan yang lebih singkat untuk mencapai Teluk Parsi.

Sementara itu, sepanjang minggu ini sumber-sumber di negara Mesir membenarkan kedatangan konvoi kapal perang AS di Terusan Suez. Sumber-sumber itu mengatakan, konvoi itu terdiri dari 11 kapal frigat dan kapal induk USS Harry S Truman yang bertenaga nuklear, dengan membawa pesawat-pesawat tempur AS. Konvoi tersebut masuk ke Terusan Suez di kawasan Laut Merah dari Mediteranian.

Laporan Al-Quds Al-Arabi menyebutkan ketika konvoi kapal perang AS itu tiba, Terusan Suez ditutup selama beberapa jam dan kapal-kapal komersial dilarang masuk ke perairan itu. Beberapa saksi mata bahkan mengatakan bahawa kapal-kapal frigat Israel juga ikut serta dalam rombongan yang dikawal langsung oleh tentera-tentera Mesir.

Israel belum berkomentar atas pemberitaan tersebut, namun Arab Saudi dengan tegas membantah bahawa pihaknya "bekerja sama" dengan Israel meskipun laporan media massa mengindikasikan adanya "persekutuan" Arab Saudi, Mesir, AS dan Israel terkait masalah Iran. (ln/hrz)

sumber

Rambo AS Dipulangkan ke Negara Asal

Gary Faulkner, Sang "Rambo"Gary Faulkner, Sang "Rambo"

Seorang warga negara Amerika Syarikat bersenjata yang mengaku sedang memburu pemimpin al-Qaidah Usamah bin Ladin telah dibebaskan seminggu setelah penangkapannya di Pakistan tanpa dikenakan dakwaan.

Gary Faulkner asal California tiba kembali di Los Angeles pada petang Rabu (23/6), setelah ditangkap pada tanggal 13 Jun di sebuah hutan di provinsi Nuristan Pakistan timur, di seberang perbatasan Afghanistan.

Provinsi Nuristan adalah di antara beberapa tempat di mana Usamah bin Ladin dikhabarkan bersembunyi. Wilayah ini telah ditinggalkan oleh pasukan darat AS tahun lalu.

Faulkner (51 tahun) mempersenjatai diri dengan sebuah pedang sepanjang 40-inci, pistol, pisau dan kacamata yang dipakai untuk melihat di tengah malam - pada saat penangkapannya. Dia juga memiliki sejumlah kecil ganja di tangannya.

Beberapa jam setelah penahanannya, Faulkner dipindahkan ke ibukota Pakistan Islamabad untuk diinterogasi lebih lanjut. Di sana, dia mengatakan kepada pihak berwenang bahawa dia berada di provinsi Nuristan untuk membunuh Usamah bin Ladin dan memberikan dorongan kepada pasukan pimpinan NATO dalam perang melawan pejuang al-Qaidah.

sumber

Isu JI - Ustaz Zamihan Disabotaj

Sudah berkali-kali ana tegaskan dalam kuliah, isu fahaman wahabiyyah bukan isu yang boleh kita politikkkan secara kepartian.Isu ini adalah isu yang perlu dibahaskan secara ilmiah,berfakta dan penuh dengan kejujuran demi mencari cahaya kebenaran.Misalnya, adakah boleh kita berbicara selaku seorang pensyarah pada anak yang belum kenal alif ba ta.Hari ini tatkala sebahagian ahli jamaah yang belum matang melepasi proses tarbiyah,lalu bila pimpinan cepat melatah maka ini pasti memberi kekeruhan kepada jamaah.

Andai Tn Guru Hj Hadi itu laksana mentari yang bersinar dalam perjuangannya yang begitu ana kagumi keikhlasan dan kesabarannya dalam memimpin jamaah,maka Ust Zamihan itu menjadi bulan yang menerangi kegelapan umat buat memberikan sinaran yang mampu membela ahlu sunnah wal jamaah.Namun pada ana ada pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh yang mahu melihat perpaduan jamaah ini runtuh.

Pada ana tidak perlu kita melulu dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan biar diperiksa dulu kesahihan laporan.Alhamdulillah lebih kurang jam 1 pagi tadi ana berbual panjang dengan Pegawai JAKIM Ust Zamihan berkaitan dengan apa yang sebenarnya berlaku.Menurut beliau ceramah yang beliau sampaikan di Hotel Pan Pacific KLIA pada hari Isnin malam selasa yang lalu dihadiri lebih kurang 130 orang hadirin termasuk Menteri Pengajian Tinggi,Timbalannya,Timbalan Ketua Polis Negara dan hampIr kesemua Naib Canselor IPTA adalah menjelaskan tentang fahaman wahabiyyah dan beliau hanya menyentuh isu mantan mufti Perlis Dr Asri dan lansung tidak menyebut nama Tn Guru Presiden PAS atau nama bekas Menteri Besar Perlis.

Namun bagai ada yang tidak kena, kerana apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini seperti berikut:
"Malaysiakini difahamkan dalam mesyuarat anti-keganasan anjuran pihak polis Isnin lalu seorang pegawai daripada sebuah agensi agama memberikan penerangan tentang 'hubungan' beberapa tokoh agama dan politik dengan Wahabi dan Jemaah Islamiah (JI).Menurut sumber-sumber, selain Abdul Hadi, turut dikaitkan sama dengan 'lingkaran' itu, antaranya bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas mufti negeri Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan mufti sekarang Dr Juanda Jaya."

Menurut Ust Zamihan beliau telah menghubungi Malaysiakini dan meminta supaya mereka menarik balik laporan yang salah itu kerana beliau tidak pernah menyebut nama pemimpin berkenaan,atau Malaysiakini bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.Sebab itu katanya,sekiranya Presiden PAS atau bekas Menteri Besar Perlis ingin menyamannya beliau tidak kisah kerana beliau lansung tidak menyebut nama mereka.Sebab itulah juga katanya lagi kaedah fiqh perlu diambil kira:'al-bayyinah alal mudda'ie wal yaminu 'ala man ankara'.

Maafkan ana Tn Guru,sekadar teguran dengan penuh rendah diri, sepatutnya isu ini perlu diteliti dengan berhati-hati agar tidak ada pihak yang menyalah erti.Tindakan mengadakan kenyataan secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan keadaan yang tidak selesa buat ahli PAS di kalangan golongan biasa.

Pada hemat ana juga,point yang penting di sini ialah 'fahaman Asriisme' ini memilih jalan 'playsafe' demi memastikan ideology mereka sampai tidak kira zaman Pakatan Rakyat(PR) atau Barisan Nasional(BN).Mantan mufti Perlis itu boleh berkhidmat dengan Shahidan Kassim dan juga dalam masa yang sama boleh mencium tangan Tok Guru Menteri Besar Kelantan selepas tidak memegang jawatan mufti.Disini jelas menggambarkan ketidakjelasan pendirian mantan mufti ini.Rasanya adalah lebih baik pandangan Pesuruhjaya PAS Perlis perlu diambil kira ataupun pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS Dato Dr Haron Din.Ini kerana kedua-dua mereka pada ana lebih mengenali tindak tanduk bekas Mufti berkenaan.Bahkan barangkali Ust Yussainee Yahya juga punya pengalaman dengan bekas mufti itu.

Dalam kita ingin memerintah Malaysia pastinya rakyat menilai tahap professionalisme kerja buat kita.Apatah lagi yang hadir itu orang cerdik pandai yang tahu apa yang disebut oleh Pegawai JAKIM berkenaan.Selaku pimpinan pemuda PAS Wallahi,Wabillahi,Watallahi ana sanggup korbankan jiwa dan raga ana jika isu ini dimainkan untuk menangkap Presiden PAS yang ana kasihi.Membujur lalu,melintang patah,azam takkan layu,perjuangan takkan sudah…Allahu Akbar!!!

(Penjelasan yang lebih lengkap kepada aritikel ini,telah ana hantarkan kepada tranungkite,jika terdapat perbezaan isi dari versi asal, itu hanya sebagai maklumat tambahan).

sumber

Israel Lancar Satelit Pemantau ke-6

Israel meningkatkan kehadiran mereka di ruang angkasa dengan melakukan pembentukan pertahanan lain melalui pelancaran satelit pemantau ke ruang angkasa pada Selasa malam (22/6), sehingga diharapkan dengan pelancaran satelit ini Israel lebih dapat meningkatkan kemampuan perisikan mereka melalui angkasa.

Satelit terbaru, yang bernama Ofek 9, akan menjadi satelit keenam yang pernah dilancarkan untuk tujuan yang sama.

sumber

Israel Bantu Kurdish Perangi TURKI

Radio Israel mengungkapkan pada hari Selasa (22/6) bahAwa pemerintah Israel yang dipimpin oleh Benyamin Netanyahu sedang berusaha 'bersekutu' dengan kelompok pembangkang Turki yang berseberangan dengan pemerintah yang berkuasa saat ini.

Gerakan ini datang, menyusul adanya ketegangan antara pemerintahan di Ankara dan Tel Aviv yang dilatar belakangi oleh peristiwa pembantaian pasukan pendudukan Israel terhadap aktivis kemanusiaan yang ada di kapal Mavi Marmara. Aksi brutal pasukan ini mengorbankan 9 warga Turki.

Radio Israel mengatakan bahawa Ehud Kara, seorang wakil menteri dalam pemerintahan Israel untuk partai yang berkuasa Likud akan segera pergi ke Turki untuk mengadakan serangkaian pertemuan dengan kelompok pembangkang dari pemerintahan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.

Kara mengatakan bahawa dia telah menerima undangan untuk mengunjungi Turki dari seseorang bernama Adnan Oocta yang berasal dari pihak penentang Erdogan.

"Kelompok pembangkang Turki ingin memperbaiki hubungan dengan Israel," tegas Kara, "dan hal ini telah disetujui oleh para pemimpin politik atas pendekatan saya ke Ankara, dan saya menunggu petunjuk keamanan untuk itu."

Bukan kali ini Israel berusaha mengucar-kacirkan pemerintahan Erdogan, sebelumnya dilaporkan bahwa ditengarai kelompok separatis PKK Kurdi dilatih dan diberi senjata oleh pemerintah zionis Israel. (fq/imo)

sumber

Israel Ada Penjara Rahsia

Kecaman dunia antarabangsa atas serangan brutal Israel ke rombongan aktivis kemanusiaan "Armada Pembebasan" di kapal Mavi Marmara, belum reda. Rejim Zionis itu kini kembali menuai kontroversi apabila dikatakan membangun sel-sel penjara yang kedudukannya sangat dirahsiakan.

Penjara yang dirahsiakan itu pertama kali diungkap oleh laman berita Israel Ynet, yang menurunkan laporan tentang seorang lelaki yang dipercayai disumbat dalam penjara itu dan diisolasi total dari dunia luar. Ynet hanya menyebut nama lelaki itu sebagai "Mr.X" kerana menurut Ynet, identiti "Mr.X" sangat dirahsiakan bahkan pada para penjaga di dalam penjara tersebut.

sumber

Ceupacs Mahu Bonus 2 Bulan Gaji

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan akan menimbang pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam menerusi pengumuman Bajet 2011 pada Oktober depan.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata permohonan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam telah dibuat oleh Cuepacs kepada kerajaan pada tahun lalu bagaimanapun ditangguhkan kerana masalah kegawatan ekonomi.

"Kini keadaan ekonomi negara kembali pulih, jadi seluruh penjawat awam amat berharap kerajaan dapat memberi bonus dua bulan gaji," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada forum anjuran Persatuan Pegawai Akademik Universiti Teknikal Malaysia Melaka, hari ini.

Omar berkata pemberian bonus itu akan menjadi motivasi kepada penjawat awam dalam menghadapi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Beliau juga berkata pihaknya juga memohon kerajaan menaikkan bantuan kewangan menguruskan jenazah penjawat awam daripada RM1,000 kepada RM3,000 pada Bajet akan datang.

Sementara itu, beliau berkata Cuepacs akan mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sama ada Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) akan diteruskan atau digantikan dengan sistem lain dalam RMKe-10.

Beliau berkata satu kertas kerja mengenai PTK akan dibentangkan pada pra-konvensyen Cuepacs yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 17 dan 18 Julai ini.

"Ramai anggota Cuepacs bertanya adakah dalam Rancangan Malaysia Ke-10, PTK (yang diperkenalkan pada 2002) akan diteruskan atau perlu sistem baru yang lebih baik bagi menggantikannya," katanya.

Beliau berkata sasaran kerajaan dalam RMKe-10, penjawat awam antaranya mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif dan berintegriti tinggi.

- Bernama

sumber

10 Anggota JI Itu Cuba Letupkan Rumah Ibadah

KUALA LUMPUR 23 Jun – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata hari ini, penahanan 10 anggota Jemaah Islamiah (JI) awal tahun ini adalah bertindak atas maklumat bahawa kumpulan itu akan meletupkan tempat ibadat bukan Islam di Selangor dan Pulau Pinang.

Beliau berkata, kumpulan yang diketuai lelaki Syria bernama Ayman serta lapan lagi warga asing dan seorang rakyat tempatan itu ditahan di Sungai Cincin, Gombak pada 21 Januari tahun ini.

Katanya, daripada yang ditahan itu, didapati lima daripadanya adalah pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

"Kesemua mereka adalah pendakwah bebas dan penyokong kuat kepada Ayman iaitu ketua kepada kumpulan ini. Warga tempatan itu didapati telah berkenalan dengan Ayman semasa beliau belajar di Pakistan.

"Apa yang diketahui, peranan Ayman selain menjadi ketua kepada kumpulan tersebut, beliau juga merupakan tenaga pengajar bagi kumpulan Al-Qaeda di mana beliau berperanan untuk melatih (rekrut) pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen (MP) Pokok Sena daripada Pas, Datuk Mahfuz Omar yang mencelah ketika beliau menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Abu Seman berkata, Ayman berada di negara ini bertujuan untuk mendapatkan potensi di kalangan pelajar yang boleh dijadikan sebagai kumpulan militan.

"Mereka kemudiannya akan dihantar ke negara ketiga untuk dilatih bagi berjihad,” katanya.

Pada 14 Jun lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan seramai 10 individu warga asing ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan kumpulan ekstremis JI sejak awal tahun ini.

Dalam pendedahan itu, Musa berkata ke semua suspek berusia dalam lingkungan 30-an dihantar pulang ke negara asal mereka untuk tindakan undang-undang. – Bernama

sumber

Wednesday, June 23, 2010

FATAH Semakin Galak Tangkap Penyokong Hamas

Ramallah Gerakan Perlawanan Islam Hamas mengecam keras penangkapan sengit yang dilakukan militer Abbas terhadap para kader dan pendukung gerakan itu di Tebing Barat. Dalam semalam, kemarin, lebih dari 30 orang ditangkap. Hal ini dinilai akan berdampak besar dan bukti bahawa gerakan Fatah tidak serius dengan dakwaannya ingin mencapai rekonsiliasi.

Juru cakap Hamas Dr. Sami Abu Zuhri mengingatkan bahawa operasi penangkapan sengit yang dilakukan tentera Abbas di Tebing Barat akan memiliki dampak dan konsekuensi besar bila operasi ini tidak dihentikan dan semua mangsa dibebaskan.

Abu Zuhri mengatakan, Selasa (22/6), “Operasi penangkapan luas yang dilakukan dinas keamanan Fatah di Tebing Barat semalam, terjadi terhadap lebih dari 30 kader dan pendukung gerakan. Hal ini terjadi sebagai bentuk kerjasama keamanan langsung antara gerakan Fatah dan penjajah Zionis.”


sumber

Ahli Kitab Pun Tak Bersama Islam

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Tindakan 100 ulama berpendidikan tinggi termasuk mempunyai Phd yang didakwa akan menyertai Umno Jumaat ini bukan sesuatu yang pelik, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu, katannya, ahli kitab juga tidak bersama Islam.

"Tak pelik, zaman Nabi dulu ahli kitab, tak masuk Islam pun. Orientalis, buat pengajian agama Islam, tapi tidak masuk Islam pun," katanya ketika ditemui di parlimen hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, isu sebenar bukan tahap pendidikan, tetapi persoalan hidayah.

"Masalah ini masalah hidayah, orang buta huruf pun kalau dapat hidayah, akan bersama Islam," katanya lagi.

Jika benar dakwaan laman web Umno berhubung perkara itu, Tuan Guru berkata, ulama tersebut membuat sesuatu yang bercanggah dengan pengajian mereka.

Ulama, jelasnya mesti mempelajari tentang Islam dengan berpandukan al-Quran dan Hadis dan semestinya tahu membuat perbezaan baik buruk.

"Kalau dia mengaji matang, rujuk al-Quran dan Hadis, dia boleh menilai mana parti yang berjuang ikut al-Quran dan Hadis," jelasnya.

Yang lebih penting katanya, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah melabelkan ulama Umno sebagai penakut kerana menolak debat politik dengan PAS.

"Dr Mahatir dalam ucapannya tahun 1995 ketika himpunan bahagian-bahagian Umno, sebut ulama Umno penakut.

"Mereka tahu mana betul mana salah, tapi kerana mengejar kepentingan dunia," katanya.

Ulama Umno juga, jelas Tuan Guru, menyokong siapa sahaja pemerintah, bukan berdasarkan siapa benar, siapa salah.

sumber

KUALA LUMPUR, 23 Jun: Tindakan 100 ulama berpendidikan tinggi termasuk mempunyai Phd yang didakwa akan menyertai Umno Jumaat ini bukan sesuatu yang pelik, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu, katannya, ahli kitab juga tidak bersama Islam.

"Tak pelik, zaman Nabi dulu ahli kitab, tak masuk Islam pun. Orientalis, buat pengajian agama Islam, tapi tidak masuk Islam pun," katanya ketika ditemui di parlimen hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, isu sebenar bukan tahap pendidikan, tetapi persoalan hidayah.

"Masalah ini masalah hidayah, orang buta huruf pun kalau dapat hidayah, akan bersama Islam," katanya lagi.

Jika benar dakwaan laman web Umno berhubung perkara itu, Tuan Guru berkata, ulama tersebut membuat sesuatu yang bercanggah dengan pengajian mereka.

Ulama, jelasnya mesti mempelajari tentang Islam dengan berpandukan al-Quran dan Hadis dan semestinya tahu membuat perbezaan baik buruk.

"Kalau dia mengaji matang, rujuk al-Quran dan Hadis, dia boleh menilai mana parti yang berjuang ikut al-Quran dan Hadis," jelasnya.

Yang lebih penting katanya, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah melabelkan ulama Umno sebagai penakut kerana menolak debat politik dengan PAS.

"Dr Mahatir dalam ucapannya tahun 1995 ketika himpunan bahagian-bahagian Umno, sebut ulama Umno penakut.

"Mereka tahu mana betul mana salah, tapi kerana mengejar kepentingan dunia," katanya.

Ulama Umno juga, jelas Tuan Guru, menyokong siapa sahaja pemerintah, bukan berdasarkan siapa benar, siapa salah.

Panas Luar Biasa di SAUDI

RIYADH 22 Jun - Suhu tinggi luar biasa pada musim panas serta ribut pasir menyebabkan bekalan elektrik terputus di barat Arab Saudi semalam, sementara negara ini mengalami gelombang cuaca panas yang melemahkan.

Penggunaan tenaga elektrik yang melonjak bagi penggunaan alat penyaman hawa menyebabkan lapan turbin kuasa rosak, sekali gus mengakibatkan bekalan tenaga ke beberapa bandar raya di Saudi terputus, lapor Syarikat Elektrik Saudi.

"Gangguan bekalan pada musim panas ini disebabkan pertambahan dalam beban elektrik," kata pegawai syarikat, Ahmed al-Dubekhi dalam satu kenyataan.

Beliau yang mengeluarkan kenyataan itu sebelum berlaku kerosakan turbin itu berkata, syarikatnya sudah bersiap sedia untuk menghadapi lonjakan penggunaan elektrik.

Suhu di negara ini kini mencecah 50 darjah Celsius, beberapa darjah lebih tinggi daripada biasa.

Gangguan bekalan sering berlaku antara Mei hingga September semasa musim panas di rantau Teluk.

"Gangguan bekalan adalah perkara biasa bagi rantau ini yang akan terus mengalami masalah itu untuk tempoh beberapa tahun akan datang pada musim panas, disebabkan kegagalan mereka untuk memenuhi permintaan tenaga elektrik," kata penganalisis IHS Global Insight Middle East Energy, Samuel Ciszuk.

Meskipun Arab Saudi menghadapi kesulitan untuk meningkatkan kapasiti tenaga elektriknya, situasi di negara ini tidaklah seteruk di negara jiran, Iraq dan Kuwait.

Kuwait selalu mengalami gangguan bekalan setiap hari pada musim panas.

Minggu lepas, suhu di Kuwait mencecah 52 darjah Celsius menyebabkan stesen tenaga di negara itu meningkatkan pengeluaran kepada 99 peratus daripada kapasiti maksimum sekitar 11,000 megawatt. - AP

sumber

AS Biayai Pejuang AFGHANISTAN Termasuk Taliban

WASHINGTON 22 Jun - Amerika Syarikat (AS) secara tidak langsung telah menyumbang berjuta-juta dolar dalam bentuk wang perlindungan kepada ketua-ketua pejuang di Afghanistan malah mungkin juga Taliban, bagi memastikan keselamatan konvoi bekalan kepada anggota tenteranya.

Penggunaan syarikat luar untuk mengendalikan bekalan di Afghanistan dan memberi kebebasan kepada mereka untuk menjamin keselamatan sendiri, membolehkan tentera AS menumpukan perhatian kepada usaha menentang keganasan, namun memberi kesan buruk kepada Washington sendiri, demikian menurut laporan Kongres yang dibentangkan, hari ini.

"Pengendalian sebegini mewujudkan kegiatan haram perlindungan oleh rangkaian ketua-ketua pejuang, kumpulan bersenjata, komander, pegawai tempatan yang korup dan mungkin yang lain," kata pengerusi jawatankuasa kecil majlis keselamatan Dewan Perwakilan, John Tierney. - REUTERS

sumber

Kurdish Bom Bas di TURKI, 4 Maut 12 Cedera


ANGGOTA polis memeriksa bas tentera yang rosak teruk selepas terkena serangan bom dipercayai dilakukan oleh kumpulan pemberontah Kurdis di Istanbul, semalam. - AFP


ANKARA 22 Jun - Kumpulan pemberontak Kurdis di Turki mengaku meletupkan sebutir bom dengan alat kawalan jauh di dalam sebuah bas yang membawa anggota tentera dan keluarga mereka di Istanbul, menyebabkan empat orang terbunuh dan 12 lagi cedera.

Gabenor Istanbul, Huseyin Avni Mutlu berkata, dua mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal dalam serangan pada awal pagi itu.

Mereka yang terbunuh termasuk remaja perempuan berusia 17 tahun, anak seorang pegawai tentera.

Pemberontak Kurdis pernah melancarkan beberapa serangan bom di Istanbul dengan serangan besar terakhir di bandar raya itu berlaku pada 2007 mengakibatkan 17 orang maut.

Dalam kempen mereka untuk menuntut autonomi bagi wilayah majoriti Kurdis di Turki, pemberontak memperhebatkan serangan ke atas beberapa sasaran pada bulan ini dan mengancam untuk membawa perjuangan mereka ke bandar raya di barat negara ini.

Bom yang dipasang di tepi jalan itu meletup di sebatang jalan yang lengang ketika bas itu lalu tidak lama selepas meninggalkan sebuah kompleks perumahan tentera, lapor televisyen NTV.

Askar Turki membunuh tujuh pemberontak Kurdis di utara dan tenggara negara ini dalam pertempuran berasingan malam tadi, lapor agensi Anatolia.

Pemberontak pula membunuh sekurang-kurangnya 13 askar di kawasan itu sejak Jumaat lalu. -

sumber

Tuesday, June 22, 2010

Kelab Arsenal Pendukung Kuat Israel

Ada banyak cara yang boleh dilakukan dalam mengkempenkan boikot terhadap zionis Israel, salah satunya seperti yang dilakukan gadis cilik dari Palestin ini.

Fatima Zahrah, kanak-kanak perempuan Palestin yang baru berusia tujuh tahun menulis surat kepada para pejabat kelab bola sepak Inggeris Arsenal.

Dalam surat pendeknya tersebut, Fatimah Zahrah mengecam perilaku zionis Israel yang telah membunuh anak-anak Palestin.

"Israel telah membunuh anak-anak Palestin yang sedang bermain bola... mengapa anda mendukung Israel?" tanyanya dalam surat yang ditujukan kepada kelab bolasepak terkenal Arsenal.

Dalam surat yang dimuat oleh laman Boycott Israel (inminds.co.uk) itu, Fatima menyatakan bahawa dirinya adalah peminat Arsenal, namun memutuskan untuk tidak menyukai pasukan itu karena Arsenal mendukung Israel.

Di akhir suratnya, dia menulis "Arsenal is the best" namun dicoret. Dengan cara itu Fatima ingin menunjukkan kebenciannya terhadap seluruh lembaga pendukung rejim Zionis.

Kelab bola sepak Arsenal sendiri baru saja menandatangi kesepakatan (26 Februari) untuk mempromosikan Israel sebagai destinasi pelancongan.

Dengan nilai kontrak perjanjian sebesar 350,000 pound sterling Arsenal rasmi menjadi salah satu alat bagi Israel untuk mempromosikan tujuan pelancongan eksklusif ke wilayah Israel.

Israel akan ditampilkan pada papan perimeter digital dan LCD 450 dengan layar definisi tinggi di stadium Arsenal pada hari pertandingan bola sepak yang disertai Arsenal.

Kementerian paPelancongan Israel juga akan memiliki akses ke website rasmi Arsenal.com, database dan majalah untuk mempromosikan Israel sebagai tujuan pelancongan

Iklan televisyen akan menjangkau audiens hingga 700 juta orang dengan diperkirakan diputar di 198 negara, seperti dilaporkan laman Rohama.

Kementerian Pelancongan Zionis Israel juga akan menerima hak atas kekayaan intelektual, penggunaan logo tim dan hak untuk menggunakan foto-foto tim dan pemain di iklan mereka. Untuk biaya tambahan, pemain Arsenal juga akan muncul dalam iklanpelancongan Israel.(fq/rhm/inminds/irib)

Israel Semakin Gelabah dengan Kapal Bantuan IRAN

Negara rejim zionis makin pening kepala sejak kes bunuh 9 orang sukarelawan rakyat Turki atas kapal Mavi Marmara dilakukan tenteranya. Mereka jangka bila ada sukarelawan yang terbunuh. tiada siapa lagi yang berani ke Gaza. Kalau tidak, mereka juga akan terima nasib malang seperti sukarelawan ini.

Rupanya jangkaan rejim zionis ini melesat. Mereka makin naik darah dan tak lena tidur bila dapat tahu musuh no. 1, Iran berani menghantar sukarelawan ke Gaza pada 12Jun lalu dengan sebuah kapal dan masih dalam pelayaran ke Genting Gaza. Malah dalam masa terdekat, dua lagi kapal Iran dijadual berlepas menuju ke sana.

Namun, tak pasti sama ada kapal ini akan diiringi oleh tentera laut Iran. Kemungkinan besar Iran tidak akan menghantar tentera lautnya walaupun sekadar memastikan keselamatan sukarelawan rakyat mereka selamat tiba di Genting Gaza. Walaupun Iran berani berbuat demikian, namun sudah tentu mereka terpaksa memikirkan akibatnya jika sekiranya terjadinya pertempuran antara tentera lautnya dengan komando Israel.

Israel yang terkenal dengan kelicikan perang sarafnya pasti akan mewarwarkan kepada dunia tentera Iran datang dengan niat untuk memerangi tentera Israel. Lantas mereka terpaksa bertindak sehingga mungkin mengorbankan nyawa sukarelawan ini. Jika ada sukarelawan yang terbunuh, isu yang lebih besar ditimbulkan bukannya kezaliman komando Israel membunuh sukarelawan ini tapi agenda sulit kerajaan Iran menghancurkan negara Israel melalui misi serampang dua mata atas nama misi bantuan kemanusiaan.

Amerika, pak turut Israel sudah tentu akan termakan dengan tipu muslihat negara yahudi ini. Iran bukan saja bakal menerima hukuman lebih berat, atas alasan isu tenaga nuklear, yang digembar-gemburkan bakal digunakan untuk memusnahkan negara Yahudi ini, malah lagi dibimbangi isu ini akan digunakan Israel sebagai senjata untuk terus mengetatkan kepungan ke atas Genting Gaza.

Nampaknya keadaan sangat berisiko kalau Iran memutuskan menghantar tentera lautnya. Pertempuran boleh dijangka meletus jika komando Israel menggunakan taktik kejamnya semasa menembak sukarelawan rakyat Turki tempoh hari. Persoalannya, apakah tentera laut Iran akan berdiam diri bila melihat rakyatnya tumbang di muncung senjata tentera Zionis.

Dalam situasi Iran ditekan oleh kuasa besar dunia kerana isu nuklearnya, agak kurang sesuai kalau Iran tetap menghantar tentera lautnya dalam usaha menjayakan misi memecahkan sekatan Israel ke atas wilayah Palestin.

Lagipun kapal bantuan kemanusiaan Iran ini tidak keseorangan. Pertubuhan Wartawan Tanpa Sempadan dan Free Palestine dari Lebanon juga akan menghantar bantuan yang disertai sekurang-kurangnya 50 wartawan dan 25 sukarelawan Eropah ke Gaza.

Pertubuhan Yahudi Jerman juga merancang menghantar kapal dengan 14 aktivis, pertengahan bulan ini.

Begitu juga Pertubuhan Free Gaza dan NGO berpusat di Britain, Viva Palestina yang dijadual menghantar 10 hingga 15 kapal ke wilayah Palestin itu, Oktober depan.

Dengan berpuluh-puluh kapal dari pelbagai negara bersedia "menyerang" kepungan Israel ke atas Genting Gaza, apakah negara Israel dan komando mereka berani mengapa-apakan sukarelawan ini. Kalau komando Israel masih mencari pasal, tidak mustahil negara mereka juga bakal menghadapi tentangan keras dari negara-negara yang terlibat dalam konvoi ini.

sumber

Mengapa Isu Jemaah Islamiah Dibangkitkan?

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mensyaki isu Jemaah Islamiah (JI) yang dibangkitkan pada waktu ini adalah usaha kerajaan Umno Barisan Nasional untuk mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran perbahasan rang undang-undang pindaannya di parlimen pada Julai ini.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kekeliruan mula timbul apabila isu 10 yang ditahan di Sungai Cincin, Gombak pada 21 Januari lalu atas tuduhan pengganas antarabangsa dibangkitkan semula kini dengan tuduhan terlibat dengan JI.

Sembilan daripada yang ditahan enam bulan lalu itu, katanya telahpun dihantar pulang ke negara masing-masing tiga bulan lalu namun isu berkenaan kini dibangkitkan kembali.

"Banyak pihak termasuh GMI menimbulkan kecurigaan terhadap pendedahannya sekarang.

"Kita yakin ini adalah usaha pre-emptive kerajaan untuk menjustifikasi penggunaan dan pengekalan ISA," katanya pada sidang media GMI bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di parlimen hari ini.

Turut diserahkan kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakayat, memorandum tuntutan agar kerajaan memansuhkan ISA bukan melakukan pindaan kosmetik semata-mata.

ISA, kata Syed Ibrahim, sudah menjadi akta pilihan dan jalan mudah kerajaan menggantikan amalan profesionalisme polis seperti risikan dan penyiasatan.

Mangsanya kini, ujarnya semakin luas bukan sahaja kepada kumpulan-kumpulan yang didakwa pengganas, aktivis politik dan aktivis hak asasi, malah turut dikenakan kepada pemalsu kad pengenalan, pengklon telefon, pemalsu wang syiling dan pelindung pendatang tanpa izin.

Sedangkan, katanya undang-undang sedia ada, khusus untuk kesalahan-kesalahan tersebut diketepikan.

"Undang-undang dalam Kanun Keseksaan sudah cukup. Seksyen 489B Penal Code berkaitan pemalsuan duit, seksyen 56 Immigration Act berkaitan pemalsuan pasport, seksyen 298A Penal Code berkaitan menyebar isu atau khabar angin melibatkan agama, seksyen 499 Penal Code melibatkan isu perkauman dan Chapter VIA of Penal Code yang berkaitan isu pengganas," katanya lagi.

Selain ISA,ujarnya Emergency Ordinance (EO, Dangerous Drugs Act (DDA) dan Restricted Residence Act (RRA) juga perlu dimansuhkan.

Katanya, Working Group on Arbitrary Detention dari PBB, dalam lawatan ke Malaysia melahirkan rasa kebimbangan terhadap penggunaan akta-akta tersebut.

"Jawatan kuasa tersebut menjelaskan bahawa kesemua akta-akta ini adalah usang dan ianya harus dimansuhkan kerana melanggar undang-undang dan hak asasi antarabangsa," katanya.

sumber

KYRGYZSTAN Berdarah Lagi, 2 Maut 23 Cedera

Keganasan pecah lagi di Kirgistan hari Isnin (21/6) setelah polis menyerbu sebuah desa etnik Uzbek di Selatan, mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan melukai 23 lainnya.

Pegawai-pegawai Kirgistan mengatakan operasi hari Isnin itu di desa Nariman dilakukan untuk mencari mereka yang disyaki penjahat dan senjata. Tapi kelompok-kelompok HAM mengatakan penggerebekan dekat kota Osh itu dilakukan sebagai balas dendam kerana terbunuhnya seorang polis akhir minggu lalu.

Saksi-saksi mata mengatakan bentrokan senjata pecah setelah pasukan keamanan memasuki desa itu. Sedikitnya tujuh orang ditangkap dan kelompok-kelompok HAM mengatakan sejumlah orang dipukui.

Wilayah Selatan tetap tegang selepas perang antara etnis Kirgis dan Uzbek yang pecah 10 Jun lalu di kota Osh dan Jalalabad dan mengorbankan sekitar 2000 orang. Sekitar 400 ribu orang melarikan diri menjauhi kekerasan, dan sebahagian mereka melarikan dirii ke Uzbekistan; sebahagian lagi berjejal di perbatasan. Banyak pelarian Uzbek yang masih takut kembali ke rumah mereka.

Ketika mengunjungi wilayah Selatan hari Isnin, presiden sementara Kirgistan Roza Otunbayeva bertekad tetap mengadakan referendum tentang konstitusi baru pada 27 Jun meskipun keadaan darurat masih berlaku di wilayah tersebut. Otunbayeva mengatakan penundaan akan mengakibatkan ketidakstabilitan lebih lanjut.(fq/voa)

Kesatuan Eropah Sokong Sekat TV Hamas

Kesatuan Eropah mendukung keputusan dewan nasional informasi Peranchis yang menghentikan siaran televisyen milik Hamas, Al-Aqsha TV dengan alasan siaran televisyen tersebut menyebarkant kebencian terhadap pendudukan Zionis.

Kesatuan Eropah mengatakan pada Isnin (21/6): "Ini keputusan yang baik dan mesti dilaksanakan," seperti yang dijelaskan oleh Kesatuan Eropah.

Jonathan Todd jurucakap Kesatuan Eropah menyatakan bahawa pemerintah Perancis telah menerapkan undang-undang Eropah, termasuk aturan-aturan yang melarang hal-hal seperti menyebarkan kebencian atas dasar jenis kelamin, agama atau kewarganegaraan.

"Komisi menerima sejumlah keluhan tentang saluran televisyen Al-Aqsha TV, jumlah maksimum dalam bahan siaran, termasuk adanya hasutan kebencian terhadap zionis," seperti dilaporkan Reuters mengutip pernyataan jurucakapnya.

sumber

Bom di TURKI, 3 Maut

Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 6 luka-luka dalam serangan bom yang mensasarkan sebuah konvoi militer di kota Turki Istanbul bersamaan dengan tindakan keras Ankara terhadap militan Kurdi di negara itu.

Ledakan itu terjadi pagi hari Selasa (22/6) ketika sebuah bom menghancurkan sebuah bas yang membawa personil militer sewaktu kenderaan itu melalui daerah Halkali, lapor AFP memetik media Turki .

Belum ada yang mengaku bertanggung jawab atas pengeboman itu, tetapi serangan seperti itu biasanya dipersalahkan kepada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) sebuah kelompok pemisah.

Pada hari Isnin lalu (21/6), pasukan militer Turki mulai melakukan penyebaran pasukan utama dan pasukan elit mereka di sepanjang perbatasan dengan Iraq utara, dimana wilayah itu pegunungannya menjadi benteng tempat bersembunyinya militan Kurdish .

Di tengah bentrokan intensif antara pasukan Ankara dengan gerila PKK, para militan PKK mengancam pada akhir minggu ini untuk memulai serangan di semua kota Turki.(fq/prtv)

sumber

IRAN Halang Pemeriksaan Nuklear

TEHERAN 21 Jun - Iran akan menghalang dua pemeriksa nuklear Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memasuki negara ini selepas mereka mengemukakan laporan 'palsu' mengenai program nuklear Teheran.

Ketua program nuklear Iran, Ali Akbar Salehi hari ini berkata, dua pemeriksa itu juga telah membocorkan maklumat mengenai kegiatan nuklear republik Islam ini sebelum maklumat tersebut diumumkan secara rasmi.

Tindakan terhadap pemeriksa IAEA itu diambil tidak sampai dua minggu selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan kali keempat ke atas Iran, disusuli tidak lama kemudian dengan langkah-langkah sekatan unilateral oleh Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).

Ia juga diambil selepas IAEA dalam laporan terbarunya membangkitkan kesangsian mengenai matlamat sebenar program nuklear Iran.

"Dua pemeriksa berkenaan tidak berhak untuk datang ke Iran kerana mereka membocorkan maklumat yang belum diumumkan secara rasmi dan mereka juga memfailkan laporan palsu," kata Salehi yang dipetik oleh laporan agensi berita ISNA.

Katanya, Iran telah meminta IAEA menggantikan dua pemeriksa tersebut dengan pegawai baru yang akan dibenarkan melawat negara ini bagi memeriksa kemudahan nuklearnya.

"Dalam mesyuarat terakhir lembaga gabenor IAEA, kami memaklumkan kepada IAEA bahawa laporan yang difailkan oleh dua pemeriksanya tidak betul dan kami menyuarakan bantahan," kata Salehi yang tidak menyatakan identiti kedua-dua pemeriksa itu.

Menurut beliau, keputusan tersebut juga diambil sebagai usaha untuk meyakinkan ahli Parlimen Iran bahawa 'kerjasama Teheran dengan IAEA hanyalah dalam lingkungan kerangka perjanjian perlindungan' antara Iran dengan badan nuklear PBB itu.

IAEA dalam laporan terbarunya mengenai Iran berkata, Teheran meneruskan aktiviti pengayaan uranium tanpa mempedulikan sekatan PBB dan kini menjalankan pengayaan uranium ke tahap ketulenan lebih tinggi.

"Iran belum memberikan kerjasama yang sewajarnya bagi membolehkan agensi ini mengesahkan semua bahan nuklear di Iran adalah untuk menjalankan aktiviti bagi tujuan awam," kata Ketua Pengarah IAEA, Yukiya Amano pada mesyuarat agensi itu awal bulan ini. - AFP

sumber

Kapal Perang AS dan Israel Menuju Teluk Parsi! IRAN Akan Berperang?

Sebuah armada yang terdiri lebih dari dua belas kapal perang AS dan Israel telah melewati Terusan Suez menuju Laut Merah dan dilaporkan menuju ke Teluk Parsi.

Mesir mengizinkan kapal-kapal itu melewati Terusan Suez menuju Laut Merah Jumaat lalu, UPI melaporkan pada hari Sabtu.

Tujuan akhir dari armada, yang juga termasuk sebuah kapal induk, belum diketahui, tetapi beberapa orang berkata bahawa mungkin menuju Teluk Parsi.

Langkah-langkah keamanan khusus telah diterapkan oleh pemerintah Mesir untuk mengamankan perjalanan terhadap armada kapal AS untuk melalui terusan tersebut selama bertahun-tahun. Termasuk untuk armada kapal perang yang saat ini melintas di Terusan Suez.

Semua lalu lintas komersial dan awam melalui Terusan Suez dihentikan dan pasukan keamanan meningkatkan keamanan penuh di kedua sisi Selat.

Armada ini dipimpin oleh kapal induk, USS Harry Truman yang membawa sebanyak 60 pesawat pengebom tempur dan 6,000 pelaut serta marinir, DEBKAfile melaporkan dari sumber-sumber militer.

Sementara itu, Jeff Steinberg dari Executive Intelligence Review di Washington mengatakan kepada Press TV bahwa Departemen Pertahanan AS telah memastikan kebenaran laporan itu. Dia lebih lanjut menambahkan bahwa langkah mereka itu harus diawasi ketat.

Partai oposisi Mesir mengkritik sikap pemerintah Mesir kerana membiarkan kapal perang AS dan Israel melewati terusan Suez disaat meningkatnya ketegangan di Timur Tengah atas serangan Israel baru-baru ini terhadap armada kebebasan.(fq/prtv)

sumber

JERMAN Jadi Syurga Para Yahudi

Sebelum Adolf Hitler berkuasa di Jerman, kota Berlin memiliki populasi Yahudi yang cukup besar, sekitar 170,000 jiwa dan banyak dari Yahudi itu yang berprofesi sebagai pengacara, doktor, intelektual dan seniman. Komuniti Yahudi di Jerman mengalami kehancuran ketika Hitler dan Nazinya memegang tampuk kekuasaan di Jerman pada tahun 1933 dan mulai memburu serta membunuh kaum Yahudi.

Usai Perang Dunia II sampai berdirinya negara ilegal Israel tahun 1948, kaum Yahudi yang selamat dari kejaran Nazi masih trauma dengan tragedi yang mereka dakwa sebagai holocaust dan masih enggan untuk tinggal di Jerman. Tapi setelah berpuluh tahun kemudian, Jerman kembali menjadi salah satu tempat yang paling menarik bagi banyak kaum Yahudi Israel untuk menetap. Mereka memanfaatkan undang-undang yang diberlakukan pemerintah Jerman, yang memberikan kemudahan bagi para keturunan Yahudi untuk mendapatkan status kewarganegaraan Jerman.

"Sekarang, Jerman menjadi syurga yang damai bagi para keturunan dari mereka (Yahudi) yang dulu meninggalkan negara ini karena berada dalam bahaya. Fakta bahawa orang-orang Yahudi kembali lagi ke Jerman merupakan pernyataan bahawa mereka sudah diterima kembali," kata Ilan Weiss, Yahudi Jerman yang pindah ke Israel 20 tahun yang lalu.

Pada tahun 2008, Yahudi Israel yang mendapatkan status kewarganegaraan Jerman lewat proses naturalisasi berjumlah 2.000 orang. Menurut data kedutaan besar Israel di Jerman, di kota Berlin saja, saat ini terdapat 13.000 warga Israel. Kebanyakan dari mereka adalah Yahudi Jerman yang dicabut kewarganegaraannya pada masa Nazi Jerman.

sumber

Kapal Israel Gagal Berlabuh di AS kerana Demonstrasi

Ratusan peserta demonstrasi pro-Palestin berkumpul di Pelabuhan Oakland, di California, pada hari Ahad lepas (20/6) dengan tujuan berharap dapat menunda sebuah kapal kargo Israel merapat dan melakukan aktivit memunggah muatan di dermaga, surat kabar San Francisco Chronicle melaporkan.

Polisi memperkirakan lebih dari 500 orang berkumpul pada Ahad pagi di Berth 58, di mana sebuah kapal kargo yang dioperasikan oleh perusahaan pelayaran Israel Zim dijadualkan akan berlabuh di dermaga.

Kerumunan orang mulai berkurang pada pukul 10 pagi, namun sekitar 200 peserta kembali pada petang hari ketika kapal kedua dijadualkan akan kembali merapat.

Demonstrasi itu diadakan untuk memprotes sekatan Israel terhadap Jalur Gaza.

"Tujuan kami adalah untuk memboikot kapal ini selama 24 jam, dan kami berhasil melakukan itu," kata Richard Becker, dengan the ANSWERCoalition, salah satu kelompok yang mengorganisi demonstrasi.

sumber

Pelacur Remaja Meningkat di INDONESIA

JAKARTA 20 Jun - Pihak berkuasa Bandung tenggelam punca apabila menemui kes-kes pelacuran tersembunyi yang membabitkan pelajar sekolah menengah, yang mana bilangannya semakin meningkat di ibu negeri Jawa Barat ini.

Mentor program sokongan pekerja seks Rumah Kumpulan Cemara di Bandung, Eli berkata, ia adalah sesuatu yang sukar untuk memberi bimbingan kepada golongan remaja yang terlibat dalam kes pelacuran kerana kebanyakan mereka tidak menerimanya.

Jumlah mereka yang terlibat dengan pelacuran tersembunyi itu dipercayai lebih tinggi berbanding pelacuran komersial yang terbuka, katanya kepada The Jakarta Post.

Eli telah memberikan bimbingan kepada lebih 200 orang suri rumah dan pekerja seks kanak-kanak dalam tempoh dua tahun lepas. Kira-kira 20 orang daripadanya adalah pelajar sekolah menengah lingkungan umur di antara 15 dan 16 tahun.

"Keadaan psikologi mereka tidak stabil pada umur berkenaan. Sangat sukar bagi mereka untuk mengatasi keadaan tersebut disebabkan dorongan untuk mendapatkan wang misalnya bagi membeli telefon bimbit dan kasut," kata Eli selepas menghadiri program perbincangan Menyelamat dan Mencegah Eksploitasi Seks Kanak-Kanak (ESKA) di Bandung.

Dia khuatir penularan penyakit kelamin seperti HIV/AIDS sukar dibendung di kalangan belia kerana golongan sasaran sukar dikesan.

Program ESKA meletakkan sasaran untuk menyelamatkan 300 daripada 1,000 kanak-kanak yang dianggarkan oleh badan Selamatkan Kanak-Kanak daripada Pelacuran.

Satu kes pelacuran kanak-kanak kini sedang disiasat oleh pihak polis Jawa Barat dimana ia melibatkan gadis berumur 15 tahun yang menjual dirinya pada harga AS$555 (RM1,805) kerana mahu membeli telefon bimbit dan pendakap gigi.

Pegawai badan Selamatkan Kanak-Kanak di Jawa Barat, Eko Kriswanto berkata, sumbangan teknologi moden adalah satu punca yang menyukarkan pendedahan pelacuran tersembunyi di kalangan kanak-kanak.

Katanya, sejak program itu diperkenalkan di Bandung pada tahun 2002, ia mula menampakkan perubahan sikap terhadap pelacur kerja seks kanak-kanak.

"Sebelum ini, pelacuran dikatakan secara terbuka di daerah atau lorong-lorong pelacuran. Kini, mereka boleh melakukan urus niaga tanpa dikesan seperti menerusi laman sosial Facebook atau emel dan telefon bimbit," kata Eko.

Ketua Bahagian Perlindungan Hak Kanak-Kanak dan Wanita di Pejabat Memperkasakan Wanita dan Perancangan Keluarga, Neti Supriati berkata, kerajaan hanya mengenal pasti kes dan menyediakan kaunseling kepada mangsa kekejaman seks.

Namun tambahnya, kerajaan belum lagi membuat satu gerakan agar masalah pelacuran di kalangan kanak-kanak dapat dibendung. - AGENSI

sumber

Sunday, June 20, 2010

Demo di KOSOVO Bantah Larangan Tudung

Sekitar 5.000 orang melakukan demontrasi di Kosovo pada hari Jumaat lepas (18/6) mengecam keputusan pemerintah yang melarang siswi sekolah mengenakan jilbab di sekolah-sekolah umum.

Sekitar 90 peratus penduduk Kosovo adalah Muslim, tetapi bekas provinsi Serbia ini, yang menyatakan kemerdekaan pada tahun 2008, tetap menjadi negara sekular.

Pengunjuk rasa, yang datang ke ibu kota dari seluruh negeri, mendesak pemerintah untuk menarik keputusan mereka dan meminta untuk melakukan diskriminasi terhadap umat Muslim.

"Kami akan melanjutkan protes sampai mereka membiarkan anak-anak perempuan kami untuk pergi ke sekolah dengan penutup kepala mereka dengan jilbab," kata Halil Kastrati yang mengendalikan demo ini.

sumber

Pesta Makan Babi di PERANCHIS Tetap Diteruskan

Ratusan orang telah menghadiri pesta sosej daging babi dan Wine (anggur) di sebuah jalan di Paris setelah acara ini dilarang di lokasi yang berbeza.

Sebelumnya penyelenggara acara telah merencanakan menyelenggarakan acara ini di lingkungan yang penduduknya muslim di pusat kota Perancis.

Acara makan-makan dan minum barang haram ini, dianggap oleh pemerintah setempat dapat menyinggung umat Islam dan berpotensi menimbulkan konflik, dan polisi telah memutuskan untuk membatalkan dan melarang acara tersebut awal minggu ini.

Namun larangan itu tidak menghentikan sekitar 300-400 orang untuk keluar dan menerima seruan ajakan untuk menyelenggarakan makan babi dan wine tersebut pada hari Jumaat lalu. Dan beberapa peserta juga membawa bendera Peranchis.

Acara diselenggerakan tidak ditempat yang direncanakan semula, namun dilaksanakan di jalan Champs-Elysees dekta Arc de Triomphe.

Polis terlihat turut bersuka cita dalam acara pesta makan babi dan minum khamar yang diselenggarakan itu, dan acara ini berlangsung tanpa terjadi insiden yang tidak diharapkan. (fq/aby)

sumber

Duta Israel Beri Amaran kepada Konvoi Terbaru

NEW YORK 19 Jun - Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menggesa kerajaan Lebanon dan masyarakat antarabangsa supaya mencegah sekumpulan kapal kecil daripada cuba mencabar sekatan terhadap Gaza, dengan memberi amaran untuk menggunakan 'semua tindakan yang perlu' bagi menghentikan konvoi tersebut.

Gabriela Shalev melalui sepucuk surat kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, memberi amaran cubaan penganjur untuk belayar dari Lebanon bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, boleh meningkatkan ketegangan dan memberi kesan kepada keamanan serta keselamatan di rantau itu.

Surat Shalev diserahkan tidak lama selepas Ki-moon mendesak rejim Zionis bersetuju dengan satu siasatan antarabangsa berikutan serangan maut komando Israel ke atas kapal Turki yang membawa bantuan ke Gaza pada 31 Mei lalu dan berbuat 'lebih tindakan' bagi memenuhi keperluan rakyat Palestin yang hidup di bawah sekatan tiga tahun mereka.

"Situasi ini mengambil kira konflik berterusan Israel dengan Hamas yang mengawal Gaza, tujuan kapal-kapal itu untuk mencabar sekatan dan pelayaran mereka dari Lebanon, yang masih dianggap sebagai sebuah negara yang bermusuhan dengan Israel.

"Israel mempunyai hak di bawah undang-undang antarabangsa untuk melakukan apa sahaja tindakan bagi mencegah kapal-kapal itu daripada mencabul sekatan laut sedia ada yang dikenakan terhadap Genting Gaza," kata duta itu melalui suratnya.

Rejim Yahudi itu menguatkuasakan sekatan pada 2007 selepas Hamas memerintah Gaza.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menolak desakan menarik balik sekatan, dengan menegaskan ia boleh menghalang serangan peluru berpandu terhadap Israel.

Shalez berkata, niat sebenar penganjur flotila dari Lebanon 'mencurigakan', berdasarkan kenyataan sukarelawan dalam media yang mengatakan mereka berhasrat untuk 'mati syahid'.

Duta itu turut membangkitkan 'satu hubungan yang mungkin' antara penganjur dengan kumpulan Hizbullah Lebanon dan berkata Israel tidak boleh mengenepikan kemungkinan bahawa pengganas atau senjata mungkin diseludup dalam flotila berkenaan.

"Berdasarkan pandangan ini, Israel menggesa Lebanon mencegah kapal-kapal itu daripada belayar ke Genting Gaza. Israel juga menggesa masyarakat antarabangsa supaya menggunakan pengaruhnya dalam usaha menghalang konvoi flotila itu daripada belayar dan tidak menggalakkan negara luar daripada terlibat dengan misi sama," ujar Shalez. - AP

sumber

AS 50 juta, Kilang Proses Kumbahan di Tebing Barat

NABLUS, Tebing Barat 20 Jun - Perdana Menteri Palestin telah meletakkan batu asas bagi pembinaan kilang memproses air kumbahan yang bernilai AS$50 juta (RM160 juta).

Kilang kedua di Tebing Barat yang dibiayai oleh Yayasan Jerman itu akan merawat 3 juta meter padu air sisa setahun.

Sebahagian daripada air yang telah dirawat itu akan disalurkan untuk kegunaan para petani bagi mengatasi kekurangan air di Tebing Barat.

Hasil projek yang telah diluluskan pada tahun 2001 itu akan turut dinikmati oleh masyarakat rejim zionis Israel, tetapi tertangguh beberapa tahun lalu ekoran serangan Israel ke atas Palestin.

Majlis meletakkan batu asas projek itu diketuai oleh Salam Fayyad dan Menteri Pembangunan Jerman, Dirk Niebel dalam lawatannya semalam.

Ia dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun. - AP

sumber

Pejabat perisikan YAMAN Diserang, 11 Maut

SAN’A, Yemen 20 Jun - Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh apabila sekumpulan militan berpakaian seragam tentera lengkap bersenjata menyerang ibu pejabat pasukan perisikan Yemen selatan semalam, kata pegawai keselamatan.

Seorang saksi yang berada di luar kawasan kejadian di bandar pelabuhan selatan Aden, kira-kira 320 kilometer ke selatan ibu kota San’a berkata, suspek dipercayai Al-Qaida cawangan tempatan yang telah dibebaskan dari penjara.

Para pegawai bagaimanapun enggan mengulas sama ada terdapat mana-mana tahanan yang telah dibebaskan. - AP


sumber

BANGLADESH - Universiti Ditutup Akibat Keganasan Piala Dunia

DHAKA 20 Jun - Bangladesh menutup universiti kejuruteraan terkenalnya di ibu negara Dhaka untuk tempoh yang belum dipastikan semalam selepas para pelajarnya mahu bercuti untuk menonton Piala Dunia, mengamuk di kampus.

“Pelajar lelaki telah meninggalkan asrama mereka manakala pelajar wanita akan dipindahkan dari kediaman mereka pagi ini,” kata seorang pensyarah Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Bangladesh (BUET) kepada Reuters.

Sekurang-kurangnya empat pelajar tercedera terkena batu yang dilontarkan dan pecahan tingkap dari pejabat BUET dalam keganasan semalam.

Para pelajar menuntut agar cuti dilanjutkan dari tujuh hari ke minggu hadapan bagi membolehkan mereka menonton kejohanan bola sepak terbesar yang berlangsung di Afrika Selatan menerusi kaca TV. - Reuters

sumber