Tuesday, August 31, 2010

Polis MESIR Rampas 190 Roket Hamas

Polis Mesir di Semenanjung Sinai dilaporkan telah menyita 190 roket yang mungkin akan diseludupkan ke Jalur Gaza,begitu seorang pegawai keamanan mengatakan pada hari Sabtu (28/8) lalu.

Roket-roket, juga termasuk ranjau darat dan 1,500 butir peluru, ditemukan di beberapa titik.

Tidak ada laporan penangkapan terkait dengan temuan ini.

Menurut pejabat keamanan, penyeludup senjata ini bertujuan untuk menjualnya kepada Hamas di Jalur Gaza.

Kaherah sebenarnya telah berusaha terus untuk menutup terowongan, yang terutama digunakan untuk mengangkut makanan dan barang lainnya ke dalam Palestin.

Mesir membangun penghalang bawah tanah yang bertujuan mengakhiri perdagangan terowongan, mereka berulang kali menghancurkan jaringan pipa. Namun tak pernah berhasil. Selalu saja ditemukan terowongan yang baru ke Gaza.

Selain itu, serangan udara Israel juga selalu saja gagal mengakhiri bisnes bawah tanah itu.

Mesir, oh Mesir.... (sa/aby)

sumber

Muslim DENMARK Berpuasa 18 Jam Sehari

Meskipun tidak ada masjid rasmi di Denmark; kaum muslimin di sana berusaha untuk tetap menciptakan suasana Ramadhan, di mana beberapa pusat kebudayaan Islam tradisional dan kapel menyiapkan majlis berbuka puasa setiap hari Sabtu dalam suasana persaudaraan dan kemurahan hati.

Di Denmark, umat Muslim yang tinggal di sana tidak lebih dari 170 ribu orang, mereka terpaksa mengalami situasi dan keadaan yang berbeza di bandingkan negara-negara Muslim l pada bulan Ramadhan, selama bulan puasa, muslim Denmark terpkasa menahan lapar dan haus sampai lebih dari 18 jam sehari.

Menurut Mohammed Al-Alawi dari Pusat untuk Wakaf Islam di Kopenhagen: "Kami terpaksa melalui jam panjang puasa dalam berpuasa di bulan yang diberkati ini, tapi kami percaya dengan kesulitan ini insya Allah akan terbayar dengan janji Allah," menurut pejabat berita Jordan.

Ada perbezaan yang signifikan dalam jumlah jam puasa di Denmark antara musim dingin (berkisar hanya 7 jam) dan musim panas boleh mencapai periode puasa sampai 22 jam.

Meskipun tingginya jumlah jam puasa di musim panas, tetapi bulan suci Ramadhan bagi Muslim Denmark menjadi medan untuk meningkatkan keimanan dan menjadi sarana pendidikan bagi kekuatan iman dan seruan spiritual untuk mempertahankan identiti yang jelas tentang adanya ancaman Islam, yang keluarga Muslim Denmark harus dipertahankan, khususnya bagi generasi baru, yang lahir di Denmark.

Keluarga muslim di Denmark menjadikan bulan suci Ramadhan dengan memanfaatkan untuk membentuk suasana keimanan sebagai sarana mengimbangi beberapa kelemahan dan kekurangan yang mempengaruhi anggota keluarga, dari lingkungan sekitar mereka dan menjalin persatuan Islam dengan sesama muslim mereka di dunia.

Muslim di Denmark telah berhasil memberikan suasana lain di Ramadhan, meskipun mereka sendiri tinggal di negara non-muslim yang sekular.(fq/imo)

sumber

Warga AS Hina Islam di Lombok

MATARAM 30 Ogos - Pihak berkuasa Indonesia menangkap seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) atas dakwaan menghina agama selepas dia mencabut kabel pembesar suara di sebuah masjid kerana tidurnya terganggu.

Luke Gregory Lloyd, 64, ditahan selepas dia mengganggu jemaah yang bertadarus di sebuah masjid dekat rumahnya di Pulau Lombok kerana bacaan ayat suci diperdengarkan menerusi pembesar suara sepanjang bulan Ramadan.

Insiden itu berlaku pada 22 Ogos lalu dan Lloyd diletakkan dalam tahanan polis di sebuah hotel sementara menunggu hasil siasatan lanjut.

"Dia marah kerana bacaan al-Quran menyebabkan dia terjaga. Dia memarahi jemaah sebelum mencabut kabel pembesar suara," kata anggota polis, Lalu Mahsun.

Dia boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun mengikut undang-undang mencegah penghinaan agama di negara ini.

Polis juga berkata, visa Lloyd tamat tempoh pada 2006. - AFP

sumber

Gunung Berapi Sinabung Terus Menghambur Asap


GUNUNG Sinabung memuntahkan asap dan debu ke udara di Karo dekat Medan, Sumatera, Indonesia, semalam. - AP


KABANJAHE 30 Ogos - Gunung berapi Sinabung di Indonesia terus menghamburkan asap dan abu jauh ke udara hari ini, menyebabkan penerbangan tergendala dan beribu-ribu lagi penduduk melarikan diri ke pusat perlindungan sementara.

Syarikat penerbangan diberi amaran supaya mengelakkan Gunung Sinabung di Sumatera Utara apabila ia meletus pada hari kedua selepas kembali aktif buat kali pertama dalam tempoh empat abad, semalam.

"Ia meletus lagi pada 6.30 pagi ini (7.30 pagi waktu Malaysia) dan letusan berlaku selama kira-kira 15 minit.

"Asap dan abu menjulang sekurang-kurangnya 2,000 meter," kata pakar gunung berapi kerajaan, Agus Budianto.

Letusan itu lebih besar daripada letusan semalam apabila Sinabung kembali aktif buat kali pertama sejak 1600, menjadi gunung terbaru dalam senarai 69 gunung berapi aktif di Indonesia.

Pesawat diarah menjauhi kawasan gunung berapi dan pelawat ke Sumatera Utara diberi amaran mengenai kemungkinan penerbangan mereka tergendala, kata jurucakap Kementerian Pengangkutan, Bambang Ervan.

"Lalu lintas udara keluar masuk ke wilayah itu boleh terjejas, semuanya bergantung kepada arah angin," katanya.

Beberapa penerbangan domestik termasuk ke ibu kota wilayah, Medan terpaksa dibatalkan disebabkan asap tebal.

Jumlah penduduk yang ditempatkan di pusat perlindungan sementara meningkat kepada 21,000 orang, kata pegawai pengurusan bencana, Andes Mbaga.

Sebanyak 16 pusat perlindungan didirikan untuk menempatkan penduduk yang meninggalkan kampung mereka apabila abu dan batu mula dihamburkan ke kawasan sekitar awal semalam. - AFP

sumber

Banjir PAKISTAN - Dunia Islam Bantu AS1 Billion

ISLAMABAD 30 Ogos – Negara, pertubuhan dan individu Islam di seluruh dunia menjanjikan bantuan kewangan dan bekalan kemanusiaan berjumlah hampir AS$1 bilion (RM3.2 bilion) untuk membantu Pakistan menangani banjir terburuk dalam sejarah negara ini.

Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu semalam berkata, jaminan bantuan itu diterima daripada negara-negara Islam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, institusi OIC, dan teleton yang diadakan di Arab Saudi, Turki, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar.

“Mereka menunjukkan mereka adalah antara penyumbang terbesar bantuan sama ada dalam bentuk bekalan keperluan mahupun wang tunai,” kata Ihsanoglu mengenai pelbagai penderma itu.

Beliau berkata demikian semasa sidang media bersama dengan Menteri Luar Pakistan, Shah Mahmood Qureshi di sini.

Ihsanoglu tidak memberi pecahan bantuan yang dijanjikan atau menyatakan jumlah wang yang akan disalurkan menerusi kerajaan Pakistan berbanding menerusi pertubuhan bebas.

Perdana Menteri, Yousuf Raza Gilani mengkritik sumbangan yang disalurkan kepada NGO asing dan bukan kepada kerajaan Pakistan, dengan berkata, kebanyakan wang berkenaan akan dibazirkan.

“Sebanyak 80 peratus bantuan tidak akan disalurkan terus kepada rakyat Pakistan, sebaliknya ia akan disalurkan menerusi NGO dan mereka akan mengambil separuh daripadanya,” kata Gilani.

Pengumuman OIC mengenai bantuan itu dibuat ketika banjir menenggelamkan sebuah bandar besar di Pakistan dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk membina benteng baru dengan tanah liat dan batu untuk mencegah sebuah lagi bandar besar daripada mengalami nasib yang sama.

Negara-negara asing telah menjanjikan bantuan berjuta-juta dolar AS untuk membantu Pakistan menghadapi banjir tersebut yang bermula sebulan yang lalu berikutan hujan monsun yang sangat lebat.

Namun sesetengah pegawai mengkritik dunia Islam kerana memberi sumbangan yang disifatkan tidak memadai.

Pengumuman Ihsanoglu itu dipercayai bertujuan untuk menangkis kritikan tersebut. – AP

sumber

Sunday, August 29, 2010

Kembara ke Terusan Suez, MESIR


Waktu kecil-kecil dahulu saya tidak pernah menyangka bahawa Terusan Suez akan menjadi sebuah tempat yang sangat rapat dengan hidup saya. Kini Terusan Suez dikira sebagai kawasan tempat saya bermain pula. Sebuah terusan yang terpenting dalam dunia. Yang memisahkan antara dua benua. Afrika dan Asia, tempat asal saya.
“Kakak tinggal di sini ke?”
Saya bertanya kepada seorang wanita bermuka Asia tatkala beliau berhenti berbicara dengan tuan kedai yang menjual pakaian-pakaian sukan. Bahasa Arab Ammi wanita itu amat fasih. Hal yang sangat-sangat menarik minat saya kerana wajahnya yang sangat-sangat Melayu. Namun soalan saya itu dijawab dengan jawapan yang amat menghampakan.
“I don't understand.”
“So, where are you from?”
“I'm from Philippines. You are from Malaysia, right? Because I know that many Malaysians are studying here at Cairo and they are studying Al-Quran. Are you one of them?”
Saya menganggukkan kepala dan dalam masa yang sama mengatakan yang saya menetap di New Damietta City dan bukan di Cairo seperti yang disangkakan.

Wanita itu langsung menceritakan akan statusnya yang telah berumahtangga dengan seorang warganegara Mesir. Bersamanya ada dua orang anak. Salah seorangnya lelaki yang berusia dalam lingkungan lima belas tahun dan seorang lagi perempuan yang lebih muda sedikit. Walaupun berdarah kacukan, wajah kedua-dua anaknya tak ubah seperti orang Melayu yang tulen. Bahasa Arab anak lelakinya pula langsung tidak ada bau-bau pelat dan penuh keMesiran.

Sangkaan saya bahawa mereka adalah Melayu seperti saya meleset.

Mereka telah lama menetap di sini dan boleh jadi wanita itu telah mempunyai kerakyatan Mesir. Memilih untuk membeli-belah di bandar Terusan Suez yang dinamakan sebagai Port Said ini jelas menunjukkan yang beliau mengetahui selok-belok negara Mesir dengan baik sekali.

Ini kerana Terusan Suez menerima kemasukan kapal-kapal laut dari seluruh dunia. Dari benua Eropah hinggalah benua Amerika dan Australia. Walaupun Port Said bukanlah sebuah kawasan bebas cukai lagi, ia tetap menjadi kawasan beli-belah tumpuan rakyat tempatan kerana barang-barangan dari luar negara mudah untuk ditemukan di sini dengan harga yang sangat berpatutan.

Port Said. Gambar ihsan Chris&Steve.

Mujurlah Statue Of Liberty yang berdiri tegak di Amerika itu telah dibatalkan pembinaannya di Port Said ini, kalau tidak pastilah lain ceritanya suasana Terusan Suez dinihari.

Berulang-alik dengan feri dari Port Said dan Port Fuad seolah-olah telah menjadi suatu kemestian setiap kali saya berkunjung ke Terusan Suez. Menghirup udara segar sambil merentasi Terusan Suez dan memerhatikan kapal-kapal laut gergasi yang berlabuh membuatkan saya melupakan segala masalah-masalah yang memenuhi dada.

Jika di musim sejuk pula seringkali feri yang kami naiki itu diiringi oleh burung-burung laut yang terbang rendah di atas kepala. Indah sekali.
“Kenapa pakcik menggunakan tasbih?”
Saya sekadar memulakan bicara. Di atas feri itu, seorang warga Mesir yang berpangkat pakcik duduk di depan saya sambil mulutnya terkumat-kamit berzikir. Mungkin menghabiskan zikir selepas Asarnya. Wajahnya ceria dan amat berseri. Jambangnya sedikit tebal dan janggutnya pendek sekadar ukuran dua jari.
“Oh, pakcik bukan apa! Kalau pakcik tak pakai tasbih nanti pakcik lupa. Sebab zikir pakcik ada kiraan-kiraannya.”
Jawapannya amat menenangkan kalbu apatah lagi ia dilampiri dengan sebuah senyuman yang penuh kemanisan.“
Hmm, jadi pakcik adalah ikut mana-mana tarikat? Syazuli ke? Naqshahbandi ke?”
Saya terus menyoal.
“La'. La'. La'. Pakcik tak ikut mana-mana tarikat. Apa ni? Tarikat Muhammadiah? Ahmadiyyah? Kita semua Muslim kan? Itu yang terbaik. Tak ada perbezaan.”
Senyuman kembali terukir di bibirnya. Saya pula naik hairan kerana amatlah berkonfrontasi kefahamannya terhadap tarikat dengan butir-butir tasbih yang dipakainya. Feri yang kami naiki itu telah sampai ke destinasinya dan pakcik itu pun bersalaman meminta diri untuk beredar meneruskan perjalanannya dan meninggalkan saya terpinga-pinga.
“Eh, itu bendera Malaysia kan? Itu. Yang berkibar di atas kapal itu.”
Kata seorang kawan.

Saya melemparkan pandangan ke arah sebuah kapal yang mahu meninggalkan Terusan Suez menghala ke Eropah. Benar itu kapal dari Malaysia. Feri yang kami naiki itu tergendala beberapa minit perjalanannya demi memberi laluan kepada kapal laut dari Malaysia itu melintas. Dari situ, kami dapat melihat beberapa orang kelasi kapal yang memandang ke arah laut. Sah orang Malaysia. Terbit perasaan bangga di hati kami. Patutlah feri-feri yang mahu ke Port Fuad ini tidak bertolak sejak dari tadi lagi.

Walaupun bandar Port Fuad yang berada di belah lain Terusan Suez tidak seluas bandar Port Said, bandar ini seringkali jadi pengubat hati buat warga Malaysia. Ada yang gembira kerana kononnya telah pulang semula ke Asia, benua tempat tumpah darah.
“Kamu sekarang berada di Asia. Port Said itu di benua Afrika. Terusan Suez inilah yang memisahkan kedua-duanya.”
Seorang warga Mesir menerangkan kepada kawan saya ketika kami berhenti solat di masjid yang menjadi mercu tanda pelabuhan Port Fuad. Beberapa bangunan lama milik penjajah British dahulu masih lagi tersergam utuh dan indah di belakang masjid berkenaan. Kini ia hanya jadi bahan pameran dan tidak lagi didiami mereka.

Port Fuad. Gambar ihsan Chris&Steve.

Kadang-kadang saya terfikir bagaimanakah penatnya manusia-manusia yang bekerja untuk membina Terusan Suez ini. Pastilah amat meletihkan dan mestilah jangka masa yang panjang diperlukan untuk mengali laluan demikian. Namun kerana idea asalnya yang dicetuskan oleh penjajah maka tidak hairanlah ia dapat dilaksanakan dengan mudah kerana tenaga yang membinanya adalah tenaga yang dikerah.

Secara zahirnya, pembinaannya adalah idea yang bernas kerana ia mampu menyingkatkan perjalanan dari Eropah ke Asia. Tapi dek kerana singkatnya perjalanan, jalan jauh ke Asia melalui benua Afrika yang dahulunya digunakan terus diabaikan justeru mengakibatkan benua Afrika menjadi benua yang muflis dan diselubungi kemiskinan kerana tidak ada lagi kapal-kapal dagang yang singgah di pelabuhan-pelabuhan benua tersebut.

US Marine Di Terusan Suez. Gambar ihsan Offical US Navy Gallery.

Kalaulah saya sampai ke Mesir lebih awal yakni pada tahun 2003 pastilah saya akan berteriakan menyaksikan kapal-kapal laut tentera Amerika melalui terusan ini menuju ke Iraq untuk menjatuhkan kerajaan Saddam Hussein. Sayang sekali kerana negara tempat saya menumpang ini tidak mampu untuk menghalang hal ini kerana keterikatannya pada Perjanjian Konstatinopel yang mengisytiharkan bahawa Terusan Suez ini adalah laluan antarabangsa dan bisa dilalui sesiapa sahaja. Sekarang ia telah menjadi sejarah dan sejarah tak pernah mampu untuk diubah.

Sebuah Kapal Armada Melintasi Terusan Suez Di Jambatan Salam. Sebuah Lagi Mercu Tanda Terusan Suez, Gambar ihsan kirknharris.

Di Tarahul Bahr, sebuah kawasan pesisiran pantai Port Said yang menghala ke Laut Mediterranean, saya bertemu seorang lelaki Arab dari Emiriah Arab Bersatu yang menjadikan Port Said sebagai tempat percutiannya. Fasih sekali beliau berbahasa Melayu.
“Saya bekerja dalam Tentera Laut di Lumut, Perak. Saya sudah pergi ke Pahang, Kuching Sarawak, Sabah, semua saya sudah pergi,”
Beliau menggunakan bahasa ibunda kita.
“Adakah Tuan sukakan durian?”
Saya bertanya kepadanya.
“Bo-ya-hoooo. Suka. Sangat suka. Banyak sedap! Belacan pun saya makan. Saya sudah mix sama itu orang-orang Melayu selama lima tahun.”
Jawabnya sambil mendukung anak lelakinya yang masih kecil.

Di Port Said untuk bertemu dengan pelancong asing dari negara-negara lain bukanlah merupakan suatu perkara yang menghairankan. Ada yang datang ke sini untuk melihat kesan sejarah, bercuti membeli belah, dan berhenti transit seketika sebelum menyambung pelayaran mereka semula. Kebanyakan mereka bertumpu di Syari3 Goumhuria kerana ia merupakan uptown utama Port Said. Banyak butik pakaian berjenama tersusun di sepanjang jalan. Hotel Sonesta tersergam indah di sini di samping hotel-hotel bertaraf elit lainnya seperti Helnan dan Panorama.

Makanan laut juga amat mudah untuk didapati di sini dan sotong goreng cara orang Mesir adalah yang paling saya sukai. Rangup dengan adunan tepung rahsianya yang sering saya nikmati setiap kali berkunjung ke sini.
“Boleh saya tahu bacaan Al-Quran ini diperdengarkan oleh siapa?”
Rasa enkuiri yang meluap-luap membuatkan saya bertanya kepada tuan punya restoran itu.
“Ini bacaan Syeikh Abdul Mun3im. Imam Masjid Riyadhus Solihiin yang terletak di Kisra. Ini kaset bacaannya. Kalau kau mahukan yang penuh, kau boleh muatturun di web ini.”
Jawab tuan kedai buku yang bersebelahan restoran itu.

Sungguh tidak saya sangka bahawa bacaan itu adalah bacaan seorang Imam masjid yang terletak di Kisra, sebuah kawasan di pintu masuk barat Port Said, tempat saya bertolak ke New Damietta City kerana di situlah terletaknya mahattah Dumyat. Namun sayang sekali kerana saya masih belum sempat bertemu dengan qari ini kerana setiap kali saya ke masjid itu, beliau selalu saja outstation ke Cairo disebabkan oleh kesibukannya sebagai seorang imam.

Dan dari Kisra inilah saya akan menaiki tremco menuju ke NDC, meninggalkan Port Said dengan menyusuri lebuhraya pesisiran Laut Mediterranean yang dihiasi pemandangan kapal-kapal laut yang kelihatan semakin mengecil beratur menuju ke arah matahari yang sedang terbenam dengan warna merah jingga yang terbias ke laut. Cantik sekali.

Terusan Suez dan Port Said saya tinggalkan buat sementara dan saya akan kembali ke sini apabila terasa kekusutan kerana di sinilah saya jadi lupa segalanya setelah tenggelam dalam keindahannya.

sumber

Haniyah - Rakyat PALESTIN Tak Mahu Berunding



Gaza – Infopalestina: Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneya menegaskan, rakyat tidak akan pernah mengizinkan perundingan yang melepaskan hak-hak nasional mereka dan tidak akan memberikan dukungan kepada perundingan seperti itu, langsung ataupun tidak.

Pernyataan Haneya ini diungkapkanya saat acara berbuka puasa bersama dengan sejumlah lembaga sosial di Gaza, Jum’at (27/8) dan para keluarga syuhada, tawanan serta orang-orang korban perang di Khanyunis yang berjumlah lima ribu. Acara ini juga dihadiri sejumlah menteri dan anggota legislative serta parlimen Palestin. Tak ketinggalan para petinggi gerakan Hamas di Gaza.

Dalam kesempatan itu, Haneya mengecam sikap autoritis Ramallah yang menyetujui perundingan langsung dengan pihak Israel. Ia mengatakan, tidak ada pembicaraan dengan pihak yang ingin merebut hak-hak kita di Al-Quds serta menolak hak kembali warga ke tempat asalnya.


sumber

Saturday, August 28, 2010

FATAH Sindir HAMAS Melalui Siri Komedi

Salah satu adegan dalam serial komedi "Tanah air di atas sehelai tali"Salah satu adegan dalam siri komedi "Tanah air di atas sehelai tali"

Siri TV Palestin bertajuk "Tanah air di atas sehelai Tali " mencetuskan kemarahan di antara para pegawai Hamas kerana dianggap merosak dan merugikan dasar persatuan Palestin.

Kementerian Penerangan Hamas di Gaza mengeluarkan pernyataan mengutuk serial TV komedi itu, yang disiarkan siri televisyen Palestin, yang berafiliasi dengan Pihak Berkuasa Palestina (PA), dan menyerukan untuk melarang pemutaran siri komedi tersebut.

Menurut pernyataan Kementerian penerangan Hamas, serial ini mentertawakan beberapa pejuang Hamas termasuk Perdana Menteri Ismail Haniyah.

"Kami menyerukan untuk menghukum semua orang yang bertanggung jawab atas ditayangkan siri ini dan mereka yang ikut ambil bahagian di dalamnya kerana telah menghina pejuang kemerdekaan yang telah memberikan hidup mereka untuk membela negara terhadap pendudukan Israel," kata pernyataan itu.

sumber

IRAN Sebenarnya Musuh Arab, Bukan Musuh Israel

Seorang pegawai tinggi Mesir mengeluarkan pernyataan kontroversial tentang eksistensi Iran dengan mengisyaratkan bahawa Iran telah menjelma menjadi semacam "musuh dalam selimut" di kawasan Timur Tengah. Iran tidak menjadi ancaman bagi Israel, tetapi justru menjadi ancaman besar bagi negara-negara Arab.

Sayyid Mishal, Menteri Negara untuk Urusan Perang Mesir, mengemukakan hal tersebut dalam sebuah pertemuan yang diadakan di pejabat Sindikat Jurnalis Mesir (Niqabah as-Shahafiyyin al-Mishriyyin), Selasa (24/8) lalu.

"Iran belum pernah sekalipun menembakkan senjata dan berperang dengan Israel sejak tahun 1948 hingga sekarang," kata Mishal.

Mishal juga mengatakan, Gerakan Hizbollah Lebanon yang bermazhabkan Syiah dan memiliki hubungan dekat dengan Iran sekaligus mendapatkan dukungan penuh dari negeri para Mullah itu, telah mengaskan posisinya terkait perang Gaza. Hizbollah mengatakan, bahwa "kami bukan pihak manapun dalam perang tersebut".

"Tidak keluar satu roket pun dari Hizbollah saat penyerangan Israel ke Gaza," kata Mishal.

Justru, kekuatan militer Iran bukan menjadi ancaman bagi Israel, melainkan menjadi ancaman besar bagi negara-negara Arab. "Salah satu ancaman tersebut, adalah dengan aksi Iran yang kerap kali campur tangan dalam berbagai masalah yang terjadi di kalangan Arab," papar Mishal.

Mesir memang kerap mengeluarkan pernyataan negatif tentang Iran. Kedua negara tersebut telah "perang dingin" semenjak suksesnya Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 silam. Dalam revolusi itu, emperor Iran yang diktator, tiran, pro Amerika dan Israel, Shah Muhammad Reza Pahlevi, berhasil digulingkan oleh gerakan revolusi. Pahlevi lalu kabur dan mendapat perlindungan di Mesir, yang saat itu mulai "bermain mata" dengan Amerika dan Israel. Ketegangan itu masih berlangsung hingga sekarang.

Diakui atau tidak, Iran memang terhitung sebagai salah satu kekuatan militer terbesar dan terkuat di Timur Tengah, selain Israel dan Turki. Negara-negara Arab banyak yang merasa khuaatir dengan eksistensi teknologi militer Iran yang kian hari kian menanjak. Namun, ketika negara-negara Arab menunjukkan perasaan kurang positif akan perkembangan negara-bangsa Persia itu, Turki justru bersikap lain, dimana Turki lebih memandang Iran sebagai mitra strategis yang memungkinkan untuk saling meningkatkan kerjasama. (AGS/mi)

sumber

1000 Warga Gaza Laksanakan Umrah Ramadhan

Di tengah keterbatasan dan kesulitan hidup akibat sekatan Zionis Israel, warga Gaza tetap berupaya mewujudkan niat mereka untuk menghabiskan 10 malam terakhir Ramadan di tanah suci. Hari Jumaat (27/8), kira-kira 1,300 warga Gaza berangkat menuju Arab Saudi untuk umrah.

Menteri Urusan Agama Islam di Gaza, Taleb Abu Sha'ara mengatakan, jumlah total warga Gaza yang dijadualkan berangkat umrah tahun ini dan sudah 1.800 orang yang sudah meninggalkan ke Gaza menuju Makkah melalui perbatasan Gaza-Mesir. Ia berterima kasih pada pihak berkuasa Mesir yang sudah memberikan kelonggaran membuka perbatasan bagi warga Gaza yang akan umrah.

Perbatasan Gaza-Mesir menjadi satu-satunya perbatasan yang diandalkan warga Gaza untuk keluar masuk wilayah itu, kerana semua perbatasan Gaza yang dikuasai Israel dinyatakan tertutup bagi lalu lalang warga Gaza.

Pemerintah Mesir juga membatasi warga Gaza yang boleh melintasi perbatasan, iaitu hanya warga Gaza yang sakit keras dan memerlukan perawatan hospital dan warga Gaza yang sudah mendapatkan izin khusus. Selebihnya, Mesir lebih menuruti perintah sekutunya, Israel untuk menutup perbatasan bagi warga Gaza. (ln/wb)

sumber

Castro : Osama Laden Memang Ejen CIA

HAVANA 28 Ogos – Bekas pemimpin Cuba, Fidel Castro semalam memberitahu bahawa ketua al-Qaeda, Osama bin Laden adalah ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Menurut Castro, Osama kerap muncul ketika bekas Presiden George W. Bush mahu menakutkan dunia dan beliau menegaskan bahawa dokumen yang disiarkan di Internet baru-baru ini adalah buktinya.

“Setiap kali Bush mahu menimbulkan ketakutan dan membuat ucapan besar, Osama akan muncul untuk mengancam orang ramai dengan cerita tentang apa yang akan dilakukannya,” ujarnya kepada media.

Tambah beliau, dokumen yang disiarkan dalam WikiLeaks.org dengan jelas membuktikan bahawa Osama ialah ejan CIA. – AP

sumber

Friday, August 27, 2010

Taliban mahu serang operasi bantuan



WANITA Pakistan ini menjaga bayinya yang menderita sakit cirit-birit di wad pediatrik hospital di Sukkar, negeri Sindh di selatan Pakistan, kelmarin. Mereka adalah antara beribu-ribu mangsa banjir terburuk di negara itu – AP


WASHINGTON 26 Ogos – Anggota Taliban Pakistan dilapor sedang merancang serangan terhadap rakyat asing yang menyertai operasi bantuan banjir di negara itu, demikian satu amaran yang dinyatakan seorang pegawai Amerika Syarikat (AS).

“Menurut maklumat yang diterima kerajaan AS, kumpulan Tehrik-e Taliban merancang untuk menyerang rakyat asing yang terlibat dalam operasi bantuan banjir di Pakistan.

“Kumpulan itu juga mungkin membuat rancangan untuk menyerang menteri-menteri persekutuan dan wilayah di Islamabad,” kata beliau kepada AFP tanpa mendedahkan namanya.

Banjir buruk di Pakistan menjejaskan kira-kira 17.2 juta penduduk, dengan sekurang-kurangnya lapan juta dipercayai memerlukan bantuan kemanusiaan.

Sehingga kini, AS dan negara-negara lain telah menjamin bantuan kewangan lebih AS$700 juta (RM2.24 bilion) bagi usaha bantuan.

Pegawai AS berkata, pihaknya tidak berdepan situasi membahayakan semasa menerbangkan bantuan ke wilayah-wilayah bergolak di Pakistan.

Sementara itu, pegawai Pakistan menggesa mangsa yang berada di tiga bandar di selatan negara supaya berpindah segera setelah banjir melimpahi benteng, sekali gus membahayakan kawasan yang masih belum dilanda bencana berkenaan.

Pegawai tertinggi kerajaan di daerah Thatta, Mansoor Sheikh berkata, air Sungai Indus telah melimpahi benteng di selatan wilayah Sindh lewat malam tadi, mengancam bandar-bandar Sujawal, Daro dan Mir Pur Batoro.

Katanya, hampir semua daripada 400,000 penduduk di tiga bandar itu telah berpindah, namun penduduk yang masih berdegil diarah segera meninggalkan bandar-bandar tersebut.

Banjir buruk yang melanda Pakistan hampir sebulan lalu, telah memusnahkan sebahagian besar negara itu dari kawasan pergunungan di utara ke kawasan tengah yang terkenal dengan aktiviti pertanian. – AFP/AP

Sumber

Masjid WTC: Perikatan dibentuk

NEW YORK 26 Ogos – Pertubuhan- pertubuhan Islam, Yahudi, Kristian dan sivik membentuk sebuah perikatan semalam untuk menyokong rancangan bagi membina sebuah pusat kebudayaan Islam dan masjid dekat tapak runtuhan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di bandar raya ini.

Projek tersebut mendapat tentangan keras daripada ahli politik konservatif dan sebilangan penduduk yang menganggap lokasinya sebagai tidak sensitif terhadap perasaan ahli keluarga kepada hampir 3,000 orang yang terbunuh dalam serangan pada 11 September 2001 itu.

Bagaimanapun perikatan yang baru dibentuk itu terdiri daripada lebih 40 pertubuhan agama dan sivik, New York Neighbours for American Values berkata, perbahasan berhubung projek itu menimbulkan perasaan takut serta perpecahan dan mereka akan berjuang supaya kebebasan yang termaktub dalam perlembagaan Amerika dipertahankan.

“Kita bukan diserang oleh dunia Islam. Kami menyokong 100 peratus pembinaan pusat kebudayaan Islam di New York City,” kata Donna O’Connor, jurucakap untuk sebuah pertubuhan bagi ahli keluarga mangsa serangan 11 September. Anak perempuan O’Connor yang hamil terbunuh dalam serangan di WTC.

Perbahasan itu merebak ke peringkat kebangsaan menjelang pilihan raya separuh penggal pada November ini apabila Parti Republikan bertekad untuk merampas penguasaan ke atas Kongres daripada Parti Demokrat.

Di New York, pemandu teksi yang ramai antaranya beragama Islam mengaitkan kontroversi tersebut dengan serangan ke atas seorang rakan mereka.

Pemandu teksi berasal dari Bangladesh, Ahmed Sharif, 43 berkata, leher, muka dan bahunya dikelar semalam oleh seorang penumpang yang bertanya sama ada dia beragama Islam dan berpuasa pada bulan Ramadan.

Polis berkata, serangan itu sedang disiasat sebagai jenayah berunsur kebencian dan seorang lelaki kulit putih berusia 21 tahun ditangkap dan menghadapi beberapa tuduhan termasuk percubaan membunuh serta menyerang.

Akhbar New York Times melaporkan, suspek bekerja sebagai sukarelawan di Intersections International, sebuah pertubuhan yang berusaha untuk memupuk persefahaman antara budaya dan yang menyiarkan satu kenyataan pada bulan ini untuk menyokong projek pusat kebudayaan Islam itu.

Pengarah eksekutif Perikatan Pekerja Teksi New York, Bhairavi Desai berkata, kontroversi berhubung projek tersebut menyebabkan penduduk Islam di New York, termasuk para pemandu teksi, berada dalam keadaan terancam.

“Kami percaya keganasan seperti ini secara langsung berpunca daripada suasana yang dicetuskan oleh kejahilan dan perbuatan menakut-nakutkan orang,” kata Desai. – Reuters

Sumber

Penduduk Palestin berang Yahudi ceroboh kawasan masjid

BAITULMAQDIS: Penduduk Palestin membakar beberapa kenderaan di timur Baitulmaqdis dan membaling batu serta bom api kepada pasukan polis Israel selepas penduduk Yahudi menceroboh kawasan sebuah masjid, semalam.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku di kawasan kejiranan Silwan itu. Ketegangan tercetus di Silwan antara penduduk Palestin dan sekumpulan kecil masyarakat Yahudi yang berpindah ke situ sejak dua dekad lalu.


Penduduk tempatan berkata, penduduk Yahudi mencerobohi halaman masjid di Silwan ketika cuba ke kawasan mata air berhampiran yang dipercayai menjadi tempat suci mereka. Tindakan penduduk Yahudi itu menimbulkan kemarahan masyarakat Palestin dan meluahkan bantahan mereka dengan membaling batu serta bom api kepada polis Israel dan beberapa kenderaan. - Reuters

Sumber

Keganasan di IRAQ Melonjak Pantas

Tak lama setelah Amerika Syarikat menyelesaikan penarikan pasukan tempurnya dari Iraq, kaum militan Iraq melancarkan gelombang serangan pengeboman di seluruh Iraq, sebahagian besar menjadi sasaran serangan adalah pasukan keamanan Iraq.

Tidak kurang 48 orang terbunuh dan sedikitnya 286 lainnya cedera di 13 kota di seluruh Iraq. Seperti ibukota Baghdad, dan kota-kota besar di utara, barat, dan selatan. Satu-satunya wilayah yang tampaknya terhindar serangan itu adalah tiga wilayah provinsi autonomi Kurdish di utara.

sumber

Serangan Bersekutu di AFGHANISTAN, 6 Kanak2 Maut

Pasukan bersekutu melancarkan serangan udara ke provinsi Kunar di timur Afghanistan dan mengorbankan enam kanak-kanak dan melukai sejumlah lainnya, Khamis (26/8) .

Pasukan bersekutu melakukan serangan udara itu sebagai balasan atas serangan pasukan Taliban ke sebuah basis militer pasukan bersekutu beberapa hari yang lalu.

sumber

Dinar, Dirham Boleh Runtuhkan Ekonomi Yahudi

KOTA BHARU, 26 Ogos: Datuk Husam Musa berkata, penggunaan sistem dinar dan dirham secara tidak langsung akan memberi pulangan ekonomi yang lebih tinggi kepada umat Islam, sedangkan golongan Yahudi semakin runtuh.

“Kerana itu mereka sedaya mungkin akan menghalang serta mengkritik dengan pelbagai dakyah untuk menakutkan umat Islam sendiri yang ingin menggunakan sistem terbabit,” ujarnya.

Justeru itu, katanya golongan Yahudi serta penentang agama Islam yang lain sehabis mungkin akan menentang umat Islam menggunakan mata wang syariat dinar dan dirham, kerana sistem itu akan merugikan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat Kelantan itu berkata, sekiranya umat Islam akan bersatu menggunakan Dinar dan Dirham dalam urusan jual beli, golongan tersebut akan mengalami kerugian yang tenat.

Beliau berkata demikian ketika meraikan rombongan Persatuan Maahad Tahfiz al-Quran Malaysia (Permata), yang diketuai pengerusinya, Ustaz Nazaruddin Jalaludin.

Permata dalam rangka pertemuannya dengan Husam untuk menyatakan sokongan pihak berkenaan terhadap penggunaan Dinar dan Dirham.

Pada masa yang sama, Permata bercadang untuk membayar gaji menggunakan kaedah itu kepada kakitangannya di seluruh negara.

Beliau seterusnya memberitahu, Dinar dan Dirham bukan mata wang, sebaliknya seumpama penukaran barang belian seperti kupon dan cek sebagai alat kewangan.

“Kalau kita boleh membeli barangan di majlis-majlis tertentu menggunakan kupon, kenapa Dinar dan Dirham tidak boleh, sedangkan ianya disebut sendiri oleh Allah dalam al-Quran,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan negeri akan memberi penerangan secara hikmah kepada mereka yang tidak memahami perkara itu.

Nazaruddin ketika berucap pada pertemuan itu memberitahu pihaknya akan menggunakan Dinar dan Dirham sebagai bayaran gaji kepada kakitangannya.

Jelasnya, walaupun ianya tidak dibayar sebanyak seratus peratus menggunakan sistem tersebut, namun sekurang-kurang ia akan dilaksanakan sebagai menyatakan sokongan pihak mereka terhadap usaha kerajaan negeri.

Pada masa yang sama, pihaknya juga akan turun ke bawah untuk mengadakan ‘road show’ bagi memberi penerangan kepada rakyat berhubung perkara itu.

“Ramai yang masih kabur berhubung perkara ini,” ujarnya.

Sehingga kini, sebanyak 58 buah sekolah tahfiz di seluruh negara bergabung di bawah Permata.

Dianggarkan sebanyak RM30,000 hingga RM70,000 dibelanjakan setiap bulan untuk pengurusan dan pembayaran gaji kakitangan guru di bawah Permata.

sumber

Thursday, August 26, 2010

Saintis temui planet paling kecil


GENEVA 25 Ogos - Saintis mengenal pasti sebuah bintang mirip matahari yang mempunyai sebanyak tujuh planet termasuk satu yang dipercayai planet paling kecil pernah ditemui di luar sistem solar.

Jika disahkan, sistem planet di sekeliling bintang HD 10180 yang terletak lebih 100 tahun cahaya dari Bumi, adalah yang paling kaya pernah ditemui.

Seorang ahli astronomi berkata, penemuan itu menguatkan lagi bukti yang semakin banyak bahawa alam semesta dipenuhi planet dan sebilangannya mungkin seperti planet Bumi.

"Penemuan sistem planet seperti itu menunjukkan terdapat banyak lagi sistem seumpamanya di luar sana," kata Alan Boss daripada Carnegie Institution for Science di Washington, yang tidak terlibat dengan penemuan tersebut.

Kebanyakan planet yang dikenal pasti adalah besar iaitu kira-kira 13 hingga 25 kali lebih besar daripada planet kita.

Namun kumpulan saintis yang terlibat dengan penemuan yang diumumkan pada satu persidangan antarabangsa di Perancis semalam berkata, mereka hampir pasti telah mengenal pasti sebuah planet yang hanya 1.4 kali saiz Bumi.

Planet yang ditemui di luar sistem solar dikenali sebagai 'eksoplanet' dan planet yang hanya 1.4 kali saiz Bumi itu adalah eksoplanet paling kecil yang pernah dikesan.

Saintis berjaya menjejaki eksoplanet sejak 15 tahun lalu dan kini sudah merekodkan kira-kira 450 buah.

Bagaimanapun kebanyakan eksoplanet yang ditemui hanya terbatas kepada satu hingga tiga planet bagi setiap bintang, selalunya berupa bola gas raksasa seperti Musytari atau Zuhal.

Dengan sejumlah tujuh planet, penemuan terbaru itu hampir menyamai sistem solar kita sendiri yang mempunyai lapan planet. - AP

Sumber

PAKISTAN: 800,000 mangsa banjir terdesak



KANAK-KANAK ini menderita penyakit gatal kulit dengan badannya dihurung lalat di kem pemindahan mangsa banjir di Nowshera, Pakistan, semalam. - AFP


HYDERABAD 25 Ogos - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 800,000 penduduk kini berada dalam keadaan terdesak memerlukan bantuan segera, setelah mereka terperangkap akibat banjir dan penghantaran bantuan tidak dapat dilakukan akibat jalan raya terputus.

PBB melancarkan rayuan kecemasan semalam agar lebih banyak helikopter digunakan untuk menghantar bantuan kepada mangsa yang terperangkap di kawasan yang hanya dapat diakses melalui udara selepas banjir meruntuhkan jambatan dan menenggelami jalan raya utama.

"Banjir monsun terus menyebabkan berjuta-juta penduduk kehilangan tempat tinggal di selatan Pakistan dengan anggaran 800,000 orang memerlukan bantuan segera dan hanya dapat dilakukan melalui udara," kata kenyataan Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA).

Bencana itu telah menjejaskan lebih 17 juta penduduk dengan lima juta hilang tempat tinggal, sementara pegawai memberi amaran berjuta-juta yang lain berdepan risiko dijangkiti penyakit dan kekurangan makanan.

Kira-kira 1,500 orang disahkan terkorban setakat ini oleh pihak berkuasa Pakistan.

"Banjir yang tidak dijangka membawa cabaran logistik yang tidak diduga, dan ia memerlukan usaha luar biasa oleh masyarakat antarabangsa," kata Pembantu Setiausaha Agung Hal Ehwal Kemanusiaam dan Penyelaras Bantuan Kecemasan PBB, John Holmes.

Jumlah bantuan global kini mencecah AS$700 juta (RM2.2 bilion), namun pegawai bantuan Pakistan dan antarabangsa bimbang berhubung perlahannya penghantaran bantuan dan Islamabad menganggarkan kerugian kini mencecah AS$43 bilion (RM135 bilion).

Pegawai Pakistan memberi amaran bahawa kawasan subur di wilayah Sindh, di selatan negara ini berhadapan risiko banjir lebih teruk dalam masa beberapa hari berikutan air Sungai Indus dijangka melimpahi tebing.

"Hyderabad dan daerah-daerah di sekitarnya masih berhadapan dengan ancaman.

"Kita sedang bekerja di kawasan perang. Ini merupakan banjir luar biasa dan kami sedang berperang dengan banjir luar biasa," kata Menteri Pengairan Sindh, Jam Saifullah Dharejo. - AFP

Sumber

Hamas: Rundingan damai hanya bawa kehancuran


DAMSYIK 25 Ogos - Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal berkata, rundingan damai antara Palestin dengan Israel pada minggu depan hanya akan membawa kehancuran kepada perjuangan Palestin.

Meshaal dalam ucapan di sini semalam menyifatkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas sebagai terlalu lemah untuk berhadapan dengan Israel dan merundingkan perjanjian yang adil dalam rundingan di Washington pada 2 September ini.

Beliau yang mengetuai politburo Hamas berkata, 'tidak ada konsensus di kalangan puak Palestin untuk mengadakan rundingan' dan Abbas menyertai rundingan tersebut disebabkan tekanan daripada Washington.

"Jika rundingan itu berjaya, kejayaannya akan mengikut ukuran Israel dan menghancurkan perjuangan Palestin.

"Mereka akan menyerahkan balik beberapa bahagian tanah yang ditawan pada 1967, mereka akan menetapkan garis sempadan mengikut kehendak mereka dan mereka akan merampas kedaulatan kami," kata Meshaal yang hidup dalam buangan di Syria, bersama-sama beberapa pemimpin Palestin yang lain.

Strategi rundingan Abbas sudah lama dikutuk oleh Hamas, pergerakan Palestin yang menguasi Genting Gaza pada 2007. - Reuters

Sumber

Masjid WTC: Perpaduan terjejas



BANGUNAN yang dicadangkan untuk dijadikan Pusat Kebudayaan Islam (dalam bulatan) dirakam gambar dari tapak Ground Zero di Manhattan, New York, kelmarin. - AFP


NEW YORK 25 Ogos - Perdebatan hangat berhubung rancangan pembinaan sebuah pusat Islam dan masjid berhampiran Ground Zero, meletakkan sikap tolak-ansur dan perpaduan New York dalam bahaya, kata seorang ketua biskop Roman Katolik semalam.

"Kami agak bimbang, nilai-nilai murni tersebut mungkin akan tercemar ketika perdebatan tentang lokasi masjid terus dilakukan," kata ketua biskop Timothy Dolan selepas bertemu Gabenor David Paterson berhubung isu tersebut.

Satu tinjauan kebangsaan menyatakan pandangan rumit rakyat Amerika Syarikat (AS) terhadap projek pembinaan masjid berkenaan, dengan 51 peratus membantahnya, sementara hanya 34 peratus bersetuju dengan projek terbabit.

Tinjauan melibatkan 1,003 orang dewasa dipilih secara rawak yang dilaksanakan Pusat Penyelidikan Pew itu menunjukkan, 62 peratus responden menyatakan penganut Islam mempunyai hak yang sama untuk membina rumah ibadat.

Pengkritik berkata, pembinaan bangunan itu terlalu hampir dengan Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang runtuh pada 2001 selepas dirempuh dua pesawat yang dirampas militan dan mengorbankan hampir 2,800 mangsa.

Penyokong pula menyifatkan kebebasan beragama perlu dilindungi.

Dolan berkata, perdebatan kedua-dua pihak mempunyai pendirian yang munasabah di sisi undang-undang.

Dalam satu ucapan penuh perasaan pada satu majlis berbuka puasa semalam, Datuk Bandar Michael Bloomberg berkata, membenarkan pembinaan masjid dua blok dari lokasi Ground Zero 'akan menjejaskan komitmen AS untuk memerangi keganasan dengan kebebasan'. - AP

Sumber

PBB desak Israel benar tapak nuklear diperiksa


BAITULMAQDIS 25 Ogos - Ketua agensi nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kini berada di Israel untuk mengusahakan resolusi mendesak rejim Zionis itu membenarkan tapak nuklearnya diperiksa oleh badan dunia itu dan menyertai Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT), lapor stesen Israeli TV, semalam.

Pegawai kerajaan Israel mengesahkan kepada Channel 10 TV bahawa Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano akan membangkitkan kebimbangan beberapa negara anggota badan itu mengenai dakwaan kemampuan nuklear Israel.

Amano tiba di Israel dua hari lalu dalam lawatan berprofil rendah selama tiga hari merangkumi pertemuan dengan Presiden Shimon Peres hari ini dan Timbalan Perdana Menteri, Dan Meridor yang juga Menteri Tenaga Atom.

Israel adalah satu daripada tiga negara di dunia termasuk India dan Pakistan yang tidak menandatangani NPT dan secara meluas dianggap sebagai satu-satunya kuasa nuklear walaupun ia tidak pernah disahkan atau dinafikan secara rasmi.

IAEA meluluskan resolusi pada September lalu, menuntut Israel menangani isu tersebut. Resolusi yang disokong anggota Majlis Keselamatan PBB, Rusia dan China, diluluskan dengan margin 49-45 dengan 16 berkecuali.

Media Israel melaporkan adalah janggal apabila Amano tidak bertemu dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Ehud Barak. Channel 10 TV melaporkan rancangan pertemuan dibatalkan dan mereka hanya berbicara melalui panggilan telefon.

Amano turut melawat Pusat Penyelidikan Nuklear Soreq, institut penyelidikan di pinggir Laut Mediterranean yang mempunyai reaktor nuklear lima megawatt.

Ia dilihat sebagai kemenangan ke atas negara-negara Arab yang menaja gerakan itu.

Amano bagaimanapun tidak akan melawat sebuah lagi fasiliti nuklear dekat bandar Dimona di padang pasir Negev, yang menempatkan reaktor jenis IRR-2 penyejukan air berat dan sederhana yang menggunakan bahan api uranium semula jadi dengan kemampuan nominal 26 megawatt. - REUTERS

Sumber

IRAQ: 52 maut dalam serangan bom



ANGGOTA penyiasat mencari bahan bukti di satu daripada lokasi serangan bom di Basra, 420 kilometer dari Baghdad, semalam. - REUTERS


BAGHDAD 25 Ogos - Satu siri serangan bom terancang yang disasarkan terhadap polis di seluruh Iraq hari ini, meragut 52 nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak, sehari selepas tentera Amerika Syarikat (AS) mengesahkan jumlah pengurangan tentera secara besar-besaran.

Di Baghdad, seorang pengebom nekad meletupkan dirinya di sebuah balai polis di timur laut bandar kecil Qahira, mengorbankan 15 orang termasuk dua wanita, dua kanak-kanak dan dua polis, selain mencederakan berpuluh-puluh yang lain, lapor pegawai keselamatan dan perubatan.

Seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri yang mengeluarkan angka korban berkata, serangan di kawasan kejiranan Sunah dan Syiah itu berlaku kira-kira pukul 8 pagi ini waktu tempatan.

Seorang doktor di Hospital Medical City berkata, pihaknya menerima mayat dua wanita, dua kanak-kanak dan dua polis, sementara 44 yang lain sedang dirawat.

Dalam serangan berasingan, Leftenan Ali Hussein berkata, satu letupan kereta di pejabat pasport di Kut, 160 kilometer di tenggara Baghdad, membunuh 15 nyawa termasuk sekurang-kurangnya 10 polis, dan mencederakan 45 yang lain, kebanyakannya polis.

Satu siri serangan bom di lima pekan dan bandar lain di seluruh negara, meningkatkan jumlah kematian kepada 41, sementara hampir 200 yang lain cedera.

Pertambahan kekacauan sejak dua bulan lalu telah menimbulkan kebimbangan bahawa tentera Iraq masih belum bersedia mengendalikan keselamatan negara mereka sendiri, ditambah dengan kerajaan baru yang masih belum dibentuk di Baghdad sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Satu kenyataan tentera AS semalam menyatakan, jumlah tentera mereka yang berada di Iraq kini kurang 50,000 anggota, seiring dengan arahan Presiden Barack Obama sebagai sebahagian 'tanggungjawab mengurangkan tentera', tujuh tahun selepas pencerobohan yang menyingkirkan Saddam Hussien.

Pengurangan jumlah tentera itu menimbulkan kebimbangan bahawa al-Qaeda mungkin akan memperhebat lagi serangan mereka. - AFP

Sumber

Obama ialah Ciptaan CIA

Sebuah laporan yang baru dikeluarkan mendakwa bahawa Presiden AS Barack Obama adalah ciptaan dari CIA, kerana kehidupan masa lalunya yang gelap masih banyak menimbulkan pertanyaan.

Jurnalis investigasi Amerika dan mantan karyawan Badan Keamanan Nasional, Wayne Madsen mengatakan Obama serta keluarganya termasuk orang tuanya, ayah tirinya, dan neneknya punya hubungan dengan CIA dan para elit kaya lain seperti keluarga Rothschild dan Rockefeller.

Madsen telah mengumpulkan tiga ekstensif-bhaagian (dan terus bertambah) beberapa siri dengan bukti konklusif dan dokumentasi tentang Barack Obama senior, Stanley Ann Dunham (ibu Obama), Lolo Soetoro (ayah tiri Barack Obama asal Indonesia) dan Barack Obama sendiri dan kesemuanya setelah diselidik akan terus terhubung dan memiliki hubungan dengan CIA dan komuniti intelijen yang lebih besar. Madsen telah menggunakan basis data publik yang tersedia untuk penelitiannya pada Obama.

"Saya tidak melihat perubahan apapun dan dalam beberapa aspek saya fikir dia terburuk dari mantan Presiden Bush. Saya berharap informasi ini tersedia selama pemilihan presiden. Obama selalu sangat mendukung CIA dan bertepuk tangan kepada mereka dalam pidatonya daripada menyelidiki penyiksaan yang dilakukan CIA dalam operasi di Teluk Guantanamo dan luar negeri, " jelas Madsen.

Para pendukung Obama telah sangat berhati-hati agar sejarah masal lalu Obama tersembunyi oleh penjepitan catatan SMA-nya, catatan kuliah, paspor dan sijil kelahirannya. Barry Soetoro adalah nama alias untuk Barack Obama dan ini adalah nama yang terdaftar di sekolah Fransiskus Assisi di Jakarta, Indonesia.(fq/prtv)

sumber

Beri Peluang Wanita Kerja Separuh Masa


Najib Tun Razak melancarkan Hari Wanita Kebangsaan 2010 sambil diperhatikan oleh Rosmah Mansor dan Shahrizat Abdul Jalil di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, semalam. - utusan/MOHD. IZWAN ZAINAL


KUALA LUMPUR 25 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta majikan di negara ini memberi peluang lebih luas kepada wanita untuk bekerja separuh masa supaya mereka boleh mencari nafkah dan pada masa yang sama, menunaikan tanggungjawab sebagai ibu.

Perdana Menteri berkata, terdapat pelbagai pilihan bagi majikan untuk menggalakkan kaum wanita menyumbang pengetahuan dan kepakaran mereka dalam pelbagai bidang menerusi waktu bekerja yang longgar termasuk bekerja dari rumah atau pada waktu anjal.

"Contohnya seperti bekerja beberapa jam sehari. Pada waktu puncak iaitu masa makan tengah hari pekerja tetap boleh berehat dan tempat mereka diganti oleh pekerja wanita yang disebutkan tadi," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan sempena Hari Wanita Kebangsaan 2010 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dekat sini hari ini.

Turut hadir pada majlis yang bertemakan 1Azam - Wanita 1Malaysia itu ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tambah Najib, langkah menggalakkan waktu kerja longgar itu akan menggalakkan wanita mencari pekerjaan dan pada masa sama menunaikan tanggungjawab sebagai ibu.

Keadaan itu jelasnya, sama juga dengan penyediaan pusat asuhan kanak-kanak di tempat kerja bagi mendorong tenaga kerja mahir wanita untuk terus bekerja tanpa risau kebajikan anak kecil mereka.

"Kerajaan amat menggalakkan pihak swasta dan awam menubuhkan pusat-pusat asuhan di premis kerja masing-masing," katanya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 mulai 1 Oktober ini yang bakal memberi jaminan faedah kepada kumpulan yang terlibat.

Jelas beliau, peraturan itu bagi memastikan hak dan perlindungan pekerja separuh masa dari segi terma perburuhan lebih jelas dan menyeluruh.

Najib berkata, langkah memperkenalkan peraturan baru itu dijangka memberi manfaat kepada 6.5 juta orang yang terdiri daripada suri rumah, ibu tunggal, pesara, orang kurang upaya dan pelajar institusi pengajian tinggi yang ingin bekerja separuh masa.

"Saya yakin usaha memperkenalkan Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan wanita di negara ini lantas meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja negara," katanya.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut mengadakan sidang video mengenai perkembangan wanita di Sarawak, Johor dan Terengganu bersama ketua menteri dan menteri besar negeri-negeri berkenaan.

sumber

Serangan di Hotel SOMALIA, 33 Maut

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 26 Ogos - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon semalam mengecam serangan maut ke atas sebuah hotel di Mogadishu sebagai satu penghinaan kepada orang islam.

"Serangan pada bulan Ramadan ini, satu penghinaan kepada orang islam dan pencinta kedamaian di merata tempat.

"Ia menyedihkan namun mengingatkan tanggungjawab bersama kita untuk menyokong kerajaan Somalia bagi membawa kestabilan kepada negara yang musnah akibat perang," kata Ki-moon.

Dalam serangan kelmarin itu, dua penyerang kumpulan militan Shebab, melepaskan tembakan bertali arus ke dalam sebuah hotel di Mogadishu yang menyebabkan 33 terbunuh, sebelum bertindak meletupkan diri mereka. - AFP

sumber

Wednesday, August 25, 2010

Israel Mahu 2 Masjid Baru Dirobohkan

Israel kembali mengganas. Rejim Zionis itu memerintahkan perobohan dua masjid milik warga Palestin di Tebing Barat yang baru selesai dibangun. Satu masjid berlokasi di desa Burin dan masjid satunya lagi berlokasi di desa Jalazoun.

sumber

IRAN Filemkan Serangan Israel ke Gaza

Iran akan membuat filem pertama yang dibuat tentang nasib rakyat Palestin setelah serangan Israel pada Disember 2008 hingga Januari 2009 di Jalur Gaza.

Filem berjudul 'Philadelphi' di set di dalam sebuah terowongan di bawah perbatasan persimpangan Rafah, yang merupakan satu-satunya terminal perlintasan yang tidak dikuasai Israel.

Rakyat Palestin yang tinggal di Gaza menggunakan terowongan bawah tanah, yang menghubungkan wilayah selatan Gaza yang miskin ke Mesir, untuk membawa perlengkapan dasar seperti makanan, ubat-ubatan dan bahan bakar.

Berbicara kepada pejabat berita Fars pada hari Selasa semalam (24/8), Produser film Ezatollah Jamei-Nadoshen mengatakan shooting filem Philadelphi - yang merupakan proyek bersama oleh dua pembuat filem Iran Esmail Rahimzadeh dan Mojtaba Asadipour - akan mulai dengan akhir bulan Ogos.

Filem ini akan diputar pada festival filem tahunan Fajr International di Teheran pada bulan Februari 2011.

Jamei-Nadoshen menyatakan harapan bahawa produksi film ini akan berubah menjadi sebuah filem yang 'menarik perhatian', yang akan menarik bagi penonton dan kritikus.

"Ini akan menjadi film pertama yang pernah dibuat tentang pengepungan Gaza dan Perang di Gaza," katanya.

"Naskah ditulis berikut enam bulan penelitian terkait serangan Israel dan pengepungan terhadap Gaza," kata Rahimzadeh.

"Filem ini menggambarkan usaha sekelompok warga Palestin untuk membawa makanan ke Gaza dari Mesir melalui terowongan bawah tanah," tambah pembuat filem tersebut.

Israel melancarkan serangan total melalui laut, udara dan darat di Jalur Gaza pada 27 Disember 2008 dan terus menggempur wilayah itu sampai bulan18 Januari 2009.

Lebih dari 1.400 warga Palestin tewas dan ribuan lainnya mengalami luka-luka dalam serangan itu, yang juga menyebabkan kerosakan berat pada infrastruktur Gaza.(fq/prtv)

sumber

Kajian Buktikan Hitler Ada DNA Yahudi

Peneliti Belgium mengatakan mereka memiliki bukti bahawa pemimpin Nazi Adolf Hitler memiliki akar darah Yahudi dan Afrika, lapor akhbarInggeris Telegraph pada hari Selasa semalam (24/8).

Para peneliti ini mencapai kesimpulan setelah memeriksa sampel air liur dari 39 kerabat Hitler.

Wartawan Jean-Paul Mulders dan sejarawan Marc Vermeeren mempublikasikan temuan mereka dalam majalah ketangkasan Belgium

Akhbar The Sun melaporkan kedua orang itu tidak secara langsung menerima sampel air liur yang digunakan untuk tes DNA mereka dari semua keturunan Hitler.

Dalam satu kes, mereka mengambil serbet yang dijatuhkan oleh keluarga jauh Hitler yang saat ini tinggal di Amerika Syarikat. Kerabat Hitler lainnya yang berlokasi di Austria juga diminta untuk menyerahkan sampel DNA mereka.

Menurut penelitian ini, tes DNA menemukan kromosom yang disebut haplogroup E1b1b1, yang dianggap langka di Eropah Barat. Para peneliti mencatat bahawa kromosom ini sangat umum di Afrika Utara - sebagian besar di Manghribi, Tunisia, dan Algeria - serta antara Sephardic dan Yahudi Ashkenazi.

Menurut laporan itu, penelitian ini dilakukan dalam "kondisi penelitian laboratorium yang sangat ketat."

"Hasil penelitian ini boleh menjadi dalil bahwa Hitler terkait dengan orang-orang yang ia benci," kata peneliti Mulders.(fq/ynet)

sumber

PAKISTAN: Mangsa banjir akan marah



LELAKI Pakistan mengusung jenazah mangsa dalam air banjir di Taunsa, dekat Dera Ghazi Khan di Pakistan, kelmarin. - AP


SHADADKOT 24 Ogos - Presiden Pakistan mempertahankan respons kerajaan ke atas bencana banjir terburuk di negara ini yang banyak menerima kritikan ketika petugas bantuan dengan cemas melaksanakan sistem perlindungan di dua bandar di selatan Pakistan.

Banjir yang bermula sejak hampir sebulan lalu dan hujan lebat di barat laut negara ini telah menjejaskan lebih 17 juta orang, menurut pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sambil memberi amaran krisis menghalang usaha-usaha bantuan.

Kira-kira 1,500 orang terbunuh akibat bencana ini, kebanyakannya ketika hari-hari pertama banjir melanda, walaupun krisis terus memburuk.

Presiden Asif Ali Zardari berkata, kemarahan ke atas kerajaan dalam tempoh beberapa bulan akan datang tidak dapat dielakkan jika dinilai dari segi skala bencana, berbanding sentimen anti-kerajaan yang tercetus akibat Taufan Katrina di Amerika Syarikat (AS).

"Mereka mungkin tidak berpuas hati, tidak ada jalan lain untuk mana-mana negara sekali pun negara besar akan dapat memberi tahap kepuasan hampir sama dengan yang diharapkan oleh orang ramai.

"Sudah pasti kami akan cuba dan memenuhi keperluan mereka sedaya mungkin," kata Zardari dalam wawancara bersama wartawan asing di Islamabad, semalam.

Beliau turut mempertahankan pengurusan krisis yang diambil oleh kerajaan dan menyatakan kerajaan 'telah bertindak dengan sepenuh kemampuan mereka'.

Kesengsaraan akibat banjir mencetus spekulasi pergolakan sosial, rusuhan makanan atau pencabar kepada kerajaan pemerintah sebelum tempoh penggal pemerintahan tamat pada 2013. - AP

Sumber

Tuesday, August 24, 2010

Penduduk Yahudi Bakar 20 Kawasan Pertanian PALESTIN

Para pemukim Israel dilaporkan pada hari Ahad lalu mengamuk di desa Jalud, selatan Nablus, dan membakar lebih dari 20 kawasan tanaman pertanian.

Sumber-sumber setempat mengatakan para pemukim Israel itu datang dari pemukiman Ahya yang didirikan secara haram di tanah Palestin, dan melancarkan serangan di bawah perlindungan militer.

Itu bukan pertama kalinya pemukim Israel menyerang desa ini, di mana mereka menyerbu selama berbulan-bulan dan mensabotaj properti pertanian warga desa.

Sementara di Al-Khalil, pemukim Israel pada hari Minggu malam malam membanjiri rumah warga Palestin dengan air saat pemilik rumahnya tengah keluar.

Saksi mata mengatakan bahawa rumah Abdul Sidr, sengaja dibanjiri air oleh pemukim Israel yang tinggal di lingkungan Yahudi di Beit Hadassah, dan juga menghancurkan semua perabut di dalamnya. (sa/pic)

sumber

Ketua Tentera Israel yg Baru - Si Gila Darah

Yoav GalantYoav Galant Si Pengganas Gila

Banyak warga Arab mengecam dan menyatakan kekesalan atas terpilihnya pimpinan militer Israel yang baru, Yoav Galant, yang dikenal sebagai 'tukang jagal Gaza' kerana Galant telah memimpin perang maut di Jalur Gaza dalam operasi Castlead.

Menunggu persetujuan oleh Tel Aviv, Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak telah menunjuk Mejar Jenderal Yoav Galant untuk menduduki ketua staf umum militer Israel, yang posisinya saat ini diduduki oleh Gabi Ashkenazi. Langkah itu juga disambut baik oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Galant mengawasi serangan Israel di Jalur Gaza pada Januari 2008-Disember 2009, yang mengorbankan lebih dari 1.400 warga Palestin, menimbulkan kerosakan di atas 1.6 billion dolar terhadap perekonomian di daerah kantong miskin itu.

Pada hari Isnin (23/8), media-media di dunia Arab menyatakan penolakan mereka atas nominasi Yoav Galant sebagai pimpinan militer Israel, pejabat berita Ma'an Palestin melaporkan.

Pejabat berita Lebanon mengatakan bahawa penyiar TV al-Manar menyebut Galant sebagai "penjenayah perang."

Pendaftaran pemimpin militer dengan Angkatan Perang Pertahanan Israel di mulai pada tahun 1977, kata laman Israel Ynetnews.

Galant, pernah meninggalkan Israel untuk pergi ke Alaska untuk bekerja sebagai pemotong kayu, kata media. Beberapa website menyebut Galant sebagai seorang "penebang kayu." (fq/prtv)

sumber

INDONESIASambutan hangat laman web sosial khusus untuk umat Islam disambut hangat


PADANG 23 Ogos - Laman web sosial Indonesia yang dikhaskan untuk komuniti Islam, CMnet mendapat sambutan menggalakkan pengguna Internet sejak dilancarkan 6 Ogos lalu.

Agensi berita Antara melaporkan, CMnet yang diakses melalui www. cybermoslem.net adalah laman web sosial pertama bagi penganut Islam di Indonesia yang menggabungkan sistem facebook dan Twitter yang digabungkan dengan sistem edited- opensource.

"CMnet sekarang mempunyai 3,700 ahli bukan saja dari Indonesia malah daripada beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat, Malaysia, Hong Kong, Mesir, Kuwait dan beberapa negara Eropah yang lain," menurut pengasas CMnet, Dolla Indra, 25, di sini hari ini.

Tambahnya, laman web sosial tersebut telah dilawat sebanyak 5,894,954 kali.

Menurut Dolla, selain dari perkembangan positif tersebut, laman sosial ini turut menjadi sasaran 5,000 penggodam, malah pernah digodam sehingga tidak boleh diakses selama beberapa jam.

Dalam pada itu, Dolla berkata, pihaknya akan menambah baik sistem CMnet bagi memastikan laman itu lebih kuat dan stabil bagi mengelakkan ia diceroboh penggodam.

Dolla berharap agar pihak kerajaan akan menyokong dalam usahanya membangunkan CMnet sebagai aplikasi berasaskan laman web di Indonesia. - BERNAMA

Sumber

PAKISTAN terus dibelenggu banjir



satu keluarga meredah air banjir untuk kembali ke kampung mereka di Sultan Kot, kira-kira 51 kilometer dari Sukkur, wilayah Sindh di Pakistan, semalam. - REUTERS


KARACHI 23 Ogos - Pihak berkuasa Pakistan hari ini berusaha menyelamatkan Shahdadkot, sebuah bandar di wilayah selatan yang terjejas akibat banjir, selepas satu perpindahan besar dilakukan ketika banjir terus memburukkan lagi keadaan.

Banjir hampir sebulan telah mengorbankan 1,500 mangsa dan menjejaskan sehingga 20 juta penduduk di seluruh negara ini dalam bencana terburuk melanda Pakistan, dengan ancaman penyakit mula menular di kem-kem yang menempatkan mangsa banjir yang tinggal sehelai sepinggang.

Berpuluh-puluh ribu mangsa dipindahkan dari kawasan terjejas akibat banjir di selatan negara ini semalam termasuk bandar Shahdadkot, dengan kebanyakan daripada 100,000 penduduknya diiringi ke tempat selamat dengan apa juga cara.

"Buat masa ini kami cuba melindungi Shahdadkot, yang terancam oleh paras air yang semakin meningkat," kata Menteri Pengairan wilayah Sindh, Jam Saifullah Dharejo kepada AFP.

Menurut beliau, benteng yang dibina untuk melindungi bandar berkenaan dari banjir, berada di bawah tekanan dan pihaknya sedang cuba menyelamatkan bandar tersebut daripada banjir yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Bagaimanapun, masih ada mangsa yang terkandas di kampung-kampung ini (di sekitar Shahdadkot) dan kita sedang berusaha untuk menyelamatkan mereka," katanya.

Dharejo dalam pada itu menyatakan, setakat ini tiada ancaman banjir dilapor di Hyderabad, bandar kedua terbesar di Sindh dan keenam terbesar di Pakistan yang dihuni 2.5 juta penduduk.

Kerajaan Pakistan yang lemah berhadapan kemarahan ramai rakyat berikutan usaha bantuan yang lembap, ketika pegawai memberi amaran negara ini mengalami kerugian ekonomi sehingga AS$43 bilion (RM137.6 bilion).

Jutaan mangsa banjir yang terselamat terdesak mendapatkan makanan, tempat perlindungan, air bersih dan bantuan kemanusiaan untuk terus hidup, ketika kebimbangan semakin meningkat ekoran penularan penyakit taun, demam kepialu dan hepatitis.

Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dijangka memulakan perbincangan dengan pegawai-pegawai Pakistan hari ini bagi menyusun semula pinjaman bernilai AS$10 bilion (RM32 bilion). - AFP

Sumber

Masjid WTC: Suasana makin tegang



KUMPULAN penyokong pembinaan masjid berdekatan tapak bangunan World Trade Center di Manhattan, New York berdepan dengan penentang berhampiran lokasi bangunan yang dicadang untuk dibina Pusat Islam di New York, kelmarin. - AFP/ AP


NEW YORK 23 Ogos - Rancangan pembinaan masjid berhampiran Ground Zero menarik beratus-ratus penunjuk perasaan yang menyokong dan membantah projek tersebut semalam, di sekitar lokasi pembinaan di Manhattan.

Kumpulan yang membantah dilihat membawa sepanduk-sepanduk mengaitkan Islam dengan darah, manakala kumpulan penyokong melaungkan 'Katakan tidak kepada kebimbangan perkauman!' di samping bendera Amerika Syarikat (AS) yang dikibarkan kedua-dua kumpulan.

Pada masa sama, dua individu bertanggungjawab membina projek tersebut mempertahankan rancangan mereka tetapi seorang daripadanya berkata, pihak penganjur mungkin sedia berbincang tentang lokasi pembinaan alternatif.

Seorang lagi, Imam Feisal Abdul Rauf semasa satu kunjungan ke Asia Barat berkata, objektif yang dibawa projek tersebut bersifat positif dan beliau berharap ia boleh mendatangkan pemahaman ramai.

Di sekitar kawasan bangunan lama yang dikepung, lokasi yang bakal membangunkan masjid serta pusat masyarakat Islam setinggi 13 tingkat, polis mengasingkan dua kumpulan penunjuk perasaan.

Tiada laporan dibuat tentang pertempuran fizikal, tetapi perang mulut dilapor berlaku termasuk antara seorang lelaki dan wanita yang menjerit satu sama lain di sepanjang sekatan jalan ketika cuaca hujan.

Sepanduk-sepanduk yang diangkat penunjuk perasaan di belakang sekatan polis tertera perkataan 'SHARIA', menggunakan tulisan seakan darah bagi menggambarkan undang-undang syariah yang menjadi pegangan Islam.

Pada satu laluan pejalan kaki berhampiran, polis mengusir satu kumpulan yang mengibarkan sepanduk dengan gambar mangsa dipukul, direjam dan lain-lain penyeksaan yang dilaksanakan mengikut undang-undang syariah.

Perhimpunan kumpulan propembinaan masjid yang diadakan satu blok dari lokasi tunjuk perasaan yang membantah, menyaksikan beratus-ratus penyokong melaungkan 'Islam dialu-alukan di sini!' dan 'Kami katakan tidak kepada kebimbangan perkauman!'.

Sementara itu, Miss USA 2010, Rima Fakih, seorang gadis keturunan Arab, menyokong kenyataan Presiden Barack Obama tentang hak kebebasan beragama, namun mengatakan masjid perlu dibina di lokasi lebih jauh dengan mengambil kira kebimbangan tragedi berbanding agama. - AP

Sumber

Monday, August 23, 2010

Dunia Jadikan Gaza Tong Sampah

Bantuan kemanusiaan berupa ubat-ubatan yang dikirim negara-negara donor ke Gaza pasca agresi Israel ke wilayah itu pada Disember-Januari 2008, banyak yang tidak boleh digunakan dan terbuang sia-sia kerana kualiti barang bantuan yang buruk, jenis ubatnya bukan ubat yang diperlukan di Gaza, bahkan sudah hampir tamat temph.

Kementerian Kesehatan Hamas di Gaza dan Organisasi Kesehatan Dunia (WHO) mengungkapkan, bantuan kemanusiaan yang kualitasnya rendah dan sudah hampir tamat tempoh itu mesti berakhir di tempat pembuangan sampah akhir di Gaza kerana jika dipakai akan membahayakan kesihatan warga Gaza.

Selain itu, menurut sejumlah doktor di Gaza, peralatan medik yang dikirim sebagai bantuan ke Gaza juga sudah ketinggalan zaman, sudah usang--bahkan ada yang usianya lebih dari 10 tahun--, dalam keadaan rosak dan tidak sesuai dengan penggunaan elektrik di Gaza.

Kementerian Kesihatan di Gaza mengatakan, dari seluruh bantuan medik yang diterima selama 18 bulan terakhir, sekira 70 peratus bantuan medik bernilai jutaan dollar terpaksa dibuang ke tempat sampah. Seorang doktor di Gaza, mengomentari kondisi ini mengatakan, Gaza telah menjadi tempat pembuangan barang-barang bantuan kemanusiaan, saking banyaknya jenis barang bantuan yang terpaksa dibuang kerana tidak boleh digunakan.

Tapi ternyata ada yang lebih memprihatinkan. "Kadang ubat-ubatan itu dikirim ke perbatasan Al-Arish di Mesir sebelum masuk ke Gaza. Jika petugas di Gaza mengatakan bahawa bantuan ubat-ubatan itu tidak boleh masuk kerana sudah tamat tempoh, ubat-ubatan itu kemudian dikirim ke tempat lain, iaitu ke Darfur Sudan!" kata doktor yang tidak mahu disebut identitinya.

Kementerian Kesihatan Hamas mengungkapkan, dua bulan yang lalu mereka menerima bantuan Tamiflu--ubat untuk mereka yang terserang virus flu burung--senilai dua juta dollar. Tapi kerana ancaman virus flu burung sudah lewat, mereka menolak ubat tersebut dan dibuang ke tempat pembuangan sampah di Gaza.

sumber

Surau di Seremban Disiram Cat Merah

Sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban telah disimbah dengan cat merah awal pagi ini.

Cat merah itu disimbah pada bahagian belakang surau tersebut.

Kejadian itu disedari oleh jawatankuasa surau tersebut pagi ini dan kemudiannya membuat laporan polis.

Surau tersebut baru beberapa minggu digunakan dan belum berpagar.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang juga ADUN Lobak, Anthony Loke (kanan) pergi ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenainya.

Beliau ke situ bersama ADUN Temiang Ng Chin Tsai dan dan ADUN PKR Sikamat, Aminuddin Harun (kiri).

Mereka menemui satu botol arak yang mengandungi cat merah di situ.

Difahamkan, surau tersebut baru siap dibina kira-kira sebulan yang lalu.

Sementara itu, polis telah pergi ke tempat kejadian untuk menyiasat dan mengambil kenyataan daripada jawatankuasa surau berkenaan.

sumber

IRAN Lancar Pesawat Pengebom Jarak Jauh

TEHERAN 22 Ogos - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad melancarkan pesawat pengebom jarak jauh pertama tanpa juruterbang, buatan negara ini yang dilaporkan boleh mengenai sasaran pada kelajuan tinggi.

Pesawat bersaiz empat meter panjang dan digelar sebagai Karrar atau penyerang itu, dilancarkan Ahmadinejad sempena Hari Industri Pertahanan Kebangsaan, hari ini.

Karrar diambil sempena nama gelaran imam Syiah pertama iaitu Saidina Ali, dua hari selepas Iran melancarkan peluru berpandu darat ke darat, Qiam (Kebangkitan).

Rakaman stesen televisyen rasmi negara ini menunjukkan Presiden itu menepuk tangan ketika kain biru yang menutupi pesawat itu ditarik untuk memperlihatkan sebuah pesawat pendek yang dicat warna hijau tentera dan tertulis perkataan Jet Pengebom di bahagian sisinya.

Ia kemudiannya menyiarkan pesawat itu terbang dan ucapan Ahmadinejad pada upacara berkenaan yang berlangsung di dewan Universiti Malek Ashtar, di sini.

Sementara itu, laman web stesen televisyen itu melaporkan, pesawat itu mempunyai keupayaan berbeza, termasuk membawa bom untuk memusnahkan sasaran dan mampu untuk terbang dalam jarah jauh pada kelajuan tinggi.

Laman web itu yang juga memetik Menteri Pertahanan, Ahmad Vahidi sebagai berkata, Karrar merupakan simbol serba boleh dan kemajuan industri pertahanan Iran.

Iran telah menghasilkan pesawat pengintip ringan tanpa juruterbang sejak lewat 1980-an.

Sejak 1992, Iran juga telah menghasilkan sendiri kereta kebal, kenderaan berperisai pengangkut askar, peluru berpandu, torpedo dan sebuah jet tempur.

Iran melancarkan program pembangunan senjata semasa perang dengan Iraq pada 1980-88 bagi mengimbangi kesan daripada sekatan senjata oleh Amerika Syarikat. - AP/AFP

sumber

Saturday, August 21, 2010

Serbia Robohkan Masjid BOSNIA

Mufti besar Bosnia Syeikh Mustafa Tseric memprotes sikap pihak berkuasa Serbia yang telah menghancurkan sebuah masjid di bulan suci Ramadhan.

Protes Mufti Bosnia tersebut dilakukan setelah pemerintah kota Serbia melakukan penghancuran sebuah masjid di desa Sturba dekat Livno. Perwakilan dari masyarakat antarabangsa di Bosnia Valentin Anczyko akhirnya meminta mufti Bosnia untuk campur tangan atas penghancuran masjid itu.

Dalam pernyataannya, Mufti Bosnia mengatakan baahwa penduduk muslim di wilayah ini sangat menderita kerana mengalami diskriminasi etnik dan agama, dan dirinya menyatakan penyesalan serta kekecewaan yang mendalam atas keputusan pihak berkuasa pemerintah Serbia menghancurkan masjid di bulan suci Ramadhan.

Namun pihak berkuasa Serbia sendiri membela diri atas tindakan mereka menghancurkan sebuah masjid tersebut. Menurut mereka, masjid itu dihancurkan kerana dibangun secara haramdi wilayah sebelah selatan Bosnia.

Jumlah penduduk di wilayah Balkan adalah 3.8 juta etnik Bosnia, termasuk 40% di antaranya adalah Muslim dan 31% dari Serbia Ortodoks dan sekitar 10% dari Croatia Katolik.(fq/imo)

sumber

200 Orang Masuk Islam di KUWAIT Seminggu Ramadhan

Komite Pengenalan Islam di Kuwait dalam laporan terbarunya menyatakan bahawa selama minggu pertama Ramadhan tahun ini sudah 200 orang dari berbagai bangsa masuk Islam melalui mereka.

Pejabat berita Kuwait mengutip pernyataan Komite pengenalan Islam Kuwait yang menyatakan: "Jumlah orang yang telah menyatakan masuk Islam sejak pembentukan Komite, sejauh ini sebesar 50 ribu orang," tercatat bahawa Komite telah lebih dari lapan puluh berdakwah mengenalkan Islam dengan berbagai bahasa di dunia serta keberadaannya telah ada lebih dari 15 cabang dari berbagai bidang di Kuwait .

Komite mengatakan dalam sebuah pernyataan bahawa tujuan organisasi mereka adalah untuk mengundang dan mengajak berdialog non Islam untuk dikenalkan dan diajarkan tentang bahasa Arab dan Islam.

Komite juga menyatakan adanya kesedaran dan dukungan yang baik dari pemerintah dalam menghadapi meningkatnya permintaan orang yang ingin masuk Islam pada bulan suci Ramadhan kali ini.(fq/imo)

sumber

Rundingan PALESTIN-Israel 2 September

BAITULMAQDIS 20 Ogos - Kuasa-kuasa dunia yang menyertai kuartet damai Asia Barat akan menjemput Israel dan Palestin untuk memulakan rundingan damai secara langsung di Washington pada 2 September ini.

Duta-duta daripada Kuartet damai Asia Barat itu terdiri daripada Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU), Rusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kini membincangkan draf kenyataan untuk mempelawa kedua-dua pihak ke meja rundingan bagi memeterai perjanjian damai dalam masa setahun, menurut sumber diplomatik semalam.

Butir-butir kenyataan itu sudah dipersetujui oleh duta-duta kuartet dan satu kenyataan rasmi dijadual dikeluarkan, hari ini.

"Mereka mencapai persetujuan supaya rundingan bermula di Washington pada 2 September," katanya.

Israel dan Palestin dijangka bersetuju untuk hadir dan Presiden AS, Barack Obama akan menghadiri rundingan tersebut, menurut sumber itu.

Kuartet pada Jun lalu berkata, rundingan damai dijangka selesai dalam tempoh 24 bulan tetapi draf kenyataan itu menyebut tempoh 12 bulan.

Kerajaan Pihak Berkuasa Palestin (PA) merancang untuk menetapkan semua ciri negara Palestin menjelang pertengahan tahun depan.

Diplomat juga berkata, perkara yang semakin menerima perhatian ialah perisytiharan negara Palestin yang dibuat secara unilateral boleh mendapat sokongan jika rundingan tidak bermula atau menemui kegagalan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Proses damai tidak langsung menerusi perantaraan Duta AS, George Mitchell bermula pada Mei lalu selepas terhenti selama 19 bulan tetapi langkah untuk beralih kepada rundingan langsung terbantut disebabkan pertikaian mengenai syarat-syaratnya.

Israel berkata, ia bersedia untuk mengadakan rundingan langsung tanpa prasyarat.

Palestin juga bersedia asalkan terdapat agenda yang jelas, tetapi Israel menganggap agenda sebagai menandakan prasyarat.

Menyelesaikan pertikaian berhubung syarat-syarat itu adalah penting, kata diplomat. - Reuters

sumber

Reaktor Nuklear IRAN Mula Beroperasi

TEHERAN 21 Ogos - Reaktor tenaga nuklear pertama Iran di Bushehr akan mula beroperasi hari ini apabila bahan bakar mula dimasukkan ke loji tersebut.

Bagaimanapun, seorang pegawai di sini memberi jaminan bahawa loji itu adalah tujuan baik.

Beberapa penganalisis turut berpendapat tindakan Iran mengisi bahan api uranium yang dibekalkan Rusia itu tidak bermakna negara ini akan menghasilkan bom nuklear.

Pensyarah Institut Pengajian Strategik Antarabangsa London, Mark Fitzpatrick berkata,

tenaga nuklear dapat mengurangkan pengunaan minyak dan gas, sekali gus membolehkan Iran lebih bersedia menghadapi sebarang kekurangan sumber bahan api pada masa depan.

“Ia merupakan hari paling bermakna buat warga Iran yang menunggu saat ini sejak sekian lama setelah pembukaan projek stesen tenaga nuklear Bushehr ditangguhkan beberapa kali,” kata Fitzpatrick. - Reuters

SUMBER

Taliban Bunuh 30 Askar AFGHANISTAN

KANDAHAR 21 Ogos - Lebih 30 anggota keselamatan terbunuh, manakala 15 lagi cedera dalam pertempuran antara tentera dan kumpulan pemberontak Taliban semalam.

“Taliban melancarkan serangan hendap ke atas pasukan keselamatan di kawasan bergolak Sargin sepanjang hari, mengakibatkan 30 anggota keselamatan terbunuh manakala 15 lagi cedera.

Malah beberapa anggota tentera turut diculik oleh kumpulan pemberontak itu.

“Pertempuran itu berlaku di Sargin yang terletak di Hermand lewat malam tadi,” kata penolong ketua polis wilayah Hermand. - AFP

sumber

Friday, August 20, 2010

Membalas Tindakan Gereja Mahu Bakar Quran

Seorang muslim Kanada bekerjasama dengan Islamic Society of North America (ISNA) akan mengadakan bakti sosial membahagi-bahagikan Al-Quran secara percuma di Kanada dan AS. Aksi ini dilakukan setelah sebuah gereja di Gainesville, Florida mengumumkan akan menyelenggarakan "Hari Membakar Al-Quran Internasional" untuk memperingati 9 tahun serangan 11 September di AS.

Suhail Kapoor akan membagikan Al-Quran dengan terjemahan berbahasa Inggeris sebagai usaha untuk menyebarkan pesan-pesan dalam ajaran Islam di kalangan masyarakat Kanada dan AS. Ia mendapatkan dukungan dana dari para dermawan muslim untuk mencetak Al-Quran yang akan dibahagikan. "Kalau mencetaknya banyak, harganya cetaknya jadi lebih murah, hanya 1.25 dollar per Al-Quran," tuturnya.

Menurut Kapoor, banyak orang yang menentang Islam kerana mereka tidak tahu tentang ajaran Islam. "Kalau mereka punya kesempatan membaca Al-Quran, yang merupakan mukjizat dari Tuhan, kitab suci ini akan mengubah pandangan mereka," kata Kapoor optimis.

Kapoor giat berdakwah di Kanada setelah masuk Islam pada tahun 1990 saat bekerja di Arab Saudi. Ia sudah membahagikan ribuan Al-Quran selama 10 tahun terakhir. "Anda tahu, Al-Quranlah yang mengubah niat Umar bin Khattab yang sebelum masuk Islam ingin membunuh Rasulullah Saw. Saya tahu, ada ribuan orang yang akhirnya menerima Islam setelah membaca isi Al-Quran," ujar lelaki yang sebelumnya beragama Hindu itu.

Kapoor mengecam kempen yang dilakukan Gereja di Gainsville, tapi ia yakin kempen hitam terhadap Al-Quran akan mendorong lebih banyak orang untuk membaca Al-Quran. Ia menceritakan pengalamannya sendiri ketika mempelajari Al-Quran dari seorang sahabatnya saat masih bekerja di Arab Saudi, hingga ia memutuskan masuk Islam.

sumber

Ramadhan March for Freedom - Berjaya

SEPANG, 20 Ogos: Beberapa cadangan segera akan dikemukakan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mappim) kepada kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam usaha membantu Rakyat Palestin.

Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ianya antara lain bantuan dana dan kepakaran bagi pembinaan hospital, masjid dan jalan raya.

Ianya adalah hasil kajian Mappim sepanjang misi 'Ramadhan March for Freedom' ke Semenanjung Gaza mulai 6 Ogos lalu dan berakhir semalam.

"Antara disepakati dengan kerajaan Gaza adalah cadangan pembinaan Hospital Pediatrik di Gaza, cadangan bandar berkembar dengan kota Khan Younis, pembinaan masjid berkembar Al-Umri dan pembinaan jalan utama di kota Khan Younis sepanjang tujuh kilometer yang bakal dinamakan jalan persaudaraan Malaysia-Palestin.

"Selain itu kita akan membantu pembinaan Taman Rehabiitasi Kanak-Kanak atas nama Malaysia, cadangan pembinaan Kolej Perubatan Universiti Islam Gaza dan cadangan pembinaan pejabat Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura)," jelas Mohd Azmi.

Semalam seramai 44 orang sukarelawan misi tersebut selamat tiba di tanahair tepat jam 7.15 Rabu malam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan disambut oleh sanak saudara, kenalan dan pegawai kerajaan negeri Selangor.

Misi tersebut berjaya melepasi sempadan Rafah, hasil bantuan dan kerjasama oleh pihak Kedutaan Malaysia di Mesir.

Mereka membawa bantuan makanan, perubatan dan alat pendidikan daripada sumbangan rakyat Malaysia kepada kepada masyarakat di sana.

Malah menurut Azmi, kerajaan Gaza menjadikan delegasi ini sebagai tetamu rasmi kerajaan.

"Kita turut dapat menghimpunkan maklumat berkenaan pembangunan masjid, status wanita, kanak-kanak dan rekod hak asasi manusia. Seterusnya kita mendapatkan data berkenaan hubung kait antara pentadbiran di Gaza dengan Tebing Barat, persoalan ekonomi dan kita berjaya meneliti keperluan infrastuktur dan jaringan antara NGO di antara Malaysia dengan Palestin," katanya lagi.

Maklumat tersebut katanya kemudiannya dibengkelkan dalam 'Seminar Pasca Ramadhan For Freedom' yang diatur Mappim di sana.

Mereka juga diberi peluang bertemu Perdana Menteri Gaza, Dr Ismail Haniyeh.

Dalam pertemuan itu mereka dimaklumkan dua wira yang terselamat dalam konvoi kapal Mavi Marvara yang lalu, Mustapha Mansor, Ahli Jawatankuasa Mappim dan wartawan Astro Awani, Aswad Ismail telah dianugerahkan watikah penghargaan tertinggi oleh Perdana Menteri Gaza.

sumber

Muslimah Saman Disney


Imane Boudlal


LOS ANGELES 19 Ogos - Seorang wanita Islam memfailkan saman ke atas Disneyland yang didakwa melakukan diskriminasi kerana tidak membenarkannya melayan pelanggan kerana memakai tudung.

Jurucakap kesatuan sekerja UNITE HERE Local 11, Leigh Shelton berkata, Imane Boudlal, 26, beberapa bulan lalu meminta kebenaran majikan di Grand Californian Hotel milik Disneyland untuk memakai tudung semasa bertugas sebagai pelayan.

Jelasnya, disebabkan tiada jawapan diterima, Boudlal memutuskan untuk memakai saja pakaian menutup aurat itu sejak bermulanya Ramadan baru-baru ini.

"Disney memberitahu Boudlal sekiranya dia mahu bekerja sebagai pelayan, hijab tidak boleh dipakai kerana tidak mematuhi cara berpakaian 'Disney Look'.

"Syarikat kemudian menasihatkan Boudlal enggan membuka tudung, dia boleh bekerja di bahagian belakang yang tidak dilihat orang ataupun pulang saja ke rumah," kata Shelton dalam satu kenyataan.

Boudlal tidak mahu menuruti syarat tersebut dan membawa kes itu ke Suruhanjaya Kesamaan Peluang AS, agensi persekutuan yang mengendalikan dakwaan diskriminasi di tempat kerja.

"Tawaran mereka meletakkan saya di bahagian belakang adalah memalukan. Mereka seolah mengatakan oleh kerana saya Arab dari Maghribi dan beragama Islam, mereka tidak mahu melihat saya berada di depan," kata Boudlal dalam satu kenyataan.

Timbalan Pengarah Eksekutifnya, Ameena Mirza Qazi yang juga peguam kumpulan itu berkata, tiada alasan untuk Disney tidak membenarkan Boudlal memakai tudung di tempat kerja. - AFP

sumber

5 Polis Cedera di YAMAN

ADEN, Yemen 20 Ogos - Lima anggota polis cedera di selatan Yemen apabila seorang penyerang bermotosikal membaling sebutir bom tangan, sementara penyiasat kanan polis mengalami kecederaan akibat letupan bom kereta, kata pihak berkuasa.

Serangan lewat malam semalam ke atas balai polis di Jaar, sebuah bandar yang terletak di wilayah Abyan, merupakan siri serangan terbaru yang disasarkan kepada pihak berkuasa di selatan negara ini sejak Jun lalu.

Pihak berkuasa telah menjalankan operasi untuk mencari penyerang berkenaan, kata pegawai polis kepada AFP

Jelasnya, pengeboman berkenaan disusuli dengan pertempuran antara pihak berkuasa dan penjenayah bersenjata yang tidak dapat dikenal pasti di bandar tersebut. - REUTERS

sumber