Wednesday, September 29, 2010

PALESTIN: Kapal perang Zionis pintas bot aktivis Yahudi



KAPAL dan bot komando Israel mengiringi Irene (tengah) di Laut Mediterranean untuk dibawa ke pelabuhan Ashdod, selatan Israel, semalam. - AP


GAZA CITY 28 Sept. - Kapal-kapal perang Israel hari ini memintas sebuah bot aktivis keamanan Yahudi yang cuba melanggar sekatan rejim Zionis ke atas Genting Gaza selepas bot itu tidak mengendahkan arahan supaya menukar haluan.

Israel telah memberi amaran akan menyekat bot tersebut dan mengarahkannya belayar ke pelabuhan Ashdod yang berdekatan jika ia memasuki perairan Gaza.

"Sepuluh kapal perang Israel memaksa bot itu mengubah haluan ke Ashdod, tetapi tanpa menaiki bot.

"Mereka menyerah diri kerana mereka dikepung. Mereka tidak ada pilihan," kata seorang penganjur di Gaza, Amjad al-Shawa.

Shawa berkata, kapal-kapal perang Israel mengepung bot layar yang didaftar di Britain itu dan memberi amaran akan menyekatnya dengan kekerasan jika ia meneruskan pelayaran ke Gaza.

Sebelum itu seorang aktivis di dalam bot tersebut, Yonatan Shapira berkata, mereka telah dihubungi oleh tentera laut yang mengarahkan bot 'Irene' menukar haluan.

"Mereka berkata kami menghampiri kawasan yang dikenakan sekatan tentera laut dan mengarahkan kami mengubah haluan," kata Shapira ketika bot itu berada kira-kira 30 kilometer dari pantai Gaza.

Irene membawa tujuh aktivis Yahudi dari Israel, Britain, Jerman dan Amerika Syarikat (AS) dan dua wartawan, seorang daripadanya rakyat Israel.

Pelayaran Irene dianjurkan oleh pertubuhan Jews for Justice for Palestinians (Yahudi menuntut Keadilan bagi Rakyat Palestin) yang berpangkalan di London.

Tokoh Britain yang disenaraikan sebagai penyokong di laman webnya termasuk pelawak dan pelakon, Stephen Fry dan Marion Kozak iaitu ibu kepada pemimpin Parti Buruh yang baru dipilih, Ed Miliband dan bekas Menteri Luar, David Miliband. - AFP

Sumber

PALESTIN: Damai di ambang kehancuran

PARIS 28 Sept. - Utusan Amerika Syarikat (AS) ke Asia Barat, George Mitchell bergegas ke rantau itu hari ini dalam usaha menyelamatkan rundingan damai selepas Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menuntut agar pembekuan baru dikenakan ke atas penempatan haram Yahudi.

Rundingan yang dilancarkan 2 September lalu selepas berbulan-bulan usaha diplomasi dibuat, berada di ambang kehancuran selepas tempoh pembekuan pembinaan penempatan haram baru di Tebing Barat tamat pada Ahad lalu.

Abbas menyatakan beliau tidak akan memberi respons rasmi kepada tindakan tersebut sehinggalah bermesyuarat dengan kepimpinan Palestin minggu ini dan Menteri-menteri Luar Arab pada 4 Oktober ini, namun menegaskan pembinaan haram itu perlu ditangguhkan semasa rundingan damai dibuat.

Bercakap dalam satu wawancara dengan stesen radio Perancis, Europe 1 di Paris, Abbas berkata, keputusan rejim itu yang membiarkan tempoh pembekuan selama 10 bulan berakhir Ahad lalu, membahayakan proses damai Asia Barat.

"Kami menuntut satu tempoh pembekuan baru selama mana rundingan dijalankan, kerana ada harapan di sepanjang rundingan.

"Kami tidak mahu menghentikan rundingan ini, tetapi jika pembinaan rumah haram itu diteruskan, kami terpaksa menghentikannya," kata Abbas lagi.

Tambah beliau, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu perlu faham yang proses damai lebih penting berbanding pembinaan penempatan haram Yahudi.

Netanyahu dan Setiausaha Negara Hillary Clinton berbincang mengenai pembekuan itu melalui telefon lewat semalam yang disifatkan jurucakap Jabatan Negara, Philip Crowley sebagai 'sangat penting, sangat terperinci, sangat berterus-terang.'

Keengganan Netanyahu untuk melanjutkan tempoh pembekuan tersebut telah mengancam rundingan damai yang tidak menentu dan mendapat kutukan hebat dari Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU), Perancis dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - AFP

Sumber

Tuesday, September 28, 2010

PALESTIN: Netanyahu tidak lanjutkan pembekuan



Pendatang Yahudi menurunkan acuan simen pada batu asas bagi pembinaan bangunan di kawasan penempatan haram Kiryat Netafim di Tebing Barat, Palestin, kelmarin. – AP


BAITULMAQDIS 27 Sept. – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membiarkan pembekuan ke atas aktiviti pembinaan perumahan haram Yahudi di wilayah Palestin berakhir tengah malam tadi tanpa menghiraukan tekanan hebat masyarakat antarabangsa supaya beliau melanjutkan tempoh itu.

Netanyahu, bagaimanapun menggesa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tidak menarik diri daripada rundingan damai secara langsung dengan Israel sebagai protes.

“Saya menggesa Presiden Abbas meneruskan rundingan positif dan jujur yang baru kita lancarkan dalam usaha untuk mencapai perjanjian damai bersejarah antara kedua-dua rakyat kita,” kata Netanyahu dalam kenyataan, awal hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sejurus selepas beliau membiarkan pembekuan selama 10 bulan ke atas sebahagian pembinaan kawasan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin berakhir tanpa dilanjutkan.

Abbas sebelum ini menggesa Netanyahu melanjutkan pembekuan tersebut.

“Presiden Abbas mahu meneruskan rundingan tetapi Netanyahu mesti mengambil keputusan untuk membekukan aktiviti pembinaan bagi mewujudkan suasana yang sesuai untuk meneruskan rundingan damai,” kata jurucakap Abbas, Nabil Abu Rudeina kepada AFP di Paris.

Amerika Syarikat (AS) juga mengulangi desakannya supaya Israel terus membekukan pembinaan kawasan perumahan haram baru Yahudi, dan berkata, pendirian Washington berhubung isu tersebut masih tidak berubah.

“Kami terus berhubung rapat dengan kedua-dua pihak dan akan menemui mereka lagi pada hari-hari akan datang,” kata jurucakap Jabatan Negara, PJ Crowley.

Abbas telah berkali-kali memberi amaran beliau akan menarik diri daripada rundingan damai yang dilancarkan semula di White House pada awal bulan ini jika Israel menyambung semula aktiviti pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.

Namun, Abbas semalam berkata, beliau akan menemui menteri-menteri luar Arab pada 4 Oktober ini terlebih dahulu sebelum memutuskan langkah seterusnya.

Kawasan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin adalah antara isu paling hangat dalam konflik Israel-Palestin.

Buat masa ini kira-kira 500,000 rakyat Israel tinggal di lebih 120 kawasan penempatan haram Yahudi di serata tempat di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis, wilayah-wilayah yang dituntut oleh Palestin untuk dijadikan negara mereka kelak. – AFP

Sumber

Monday, September 27, 2010

Aktivis Yahudi Belayar ke Gaza utk Pecahkan Sekatan

Sebuah kapal yang membawa aktivis Yahudi dari Israel, EropaH dan Amerika SYArikat hari Ahad (26/9) berlayar dari Cyprus menuju Gaza, dalam usaha untuk mematahkan sekatan Israel di wilayah Palestin, lapor seorang wartawan AFP.

Kapal yang membawa para aktivis yang bernama "Irene" tersebut meninggalkan pelabuhan Famagusta di utara yang dikuasai Turki di pulau Mediteranian timur pada petang hari dan tercatat lapan aktivis, tiga di antaranya adalah anggota awak, dan dua wartawan yang menyertai kapal itu.

"Saya ingin meningkatkan suara saya melawan kejahatan agar menarik perhatian dunia bagi 1.5 juta orang penduduk Gaza yang dikepung. Ini tidak manusiawi," kata Rami Elhanan, seorang aktivis perdamaian Israel yang kehilangan anak perempuannya yang berusia 14 tahun pada tahun 1997.

Tindak balas Israel terhada Gaza tetap menolak misi kapal Irene dan menyebutnya sebagai "provokasi."

SUMBER

TURKI - Puluhan Ribu Berdemo Kecam Pembakaran Quran

Sekitar sepuluh ribu orang berdemonstrasi pada hari Ahad (26/9) di tenggara Turki untuk mengecam pembakaran Al-Quran yang sebelumnya diserukan oleh seorang pastor Amerika Terry Jones.

Para peserta membawa sepanduk bertuliskan "Tendang tangan orang-orang yang ingin membakar Al Qur'an", dan "kami akan menebus hidup kami," dan teriakan-teriakan mengecam AS selama demo yang berlangsung di kota Batman, yang majoriti dihuni suku Kurdish.

Sebelumnya demo serupa juga terjadi dengan melibatkan sekitar 30 ribu orang di kota tetangga Diyarbakir untuk memprotes rencana pembakaran Al-Quran.

sumber

Paderi Sarawak Hina Islam!

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Seorang penulis blog menggesa pihak berkuasa menyiasat kewujudan beberapa klip video dalam laman web YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam.

Zainol Abideen yang juga Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA) berkata, paderi yang didakwa bernama Benjamin Stephen itu dikatakan menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak.

"Apakah yang ditunggu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri sehingga paderi berkenaan masih lagi tidak dikenakan tindakan?

"Adakah pihak berkuasa perlu menunggu umat Islam hilang kesabaran dan bertindak sendiri sebelum mengambil tindakan?" katanya dalam blog http://mahaguru58.blogspot.com di sini.

Dalam pada itu, semakan Utusan Malaysia terhadap salah satu klip video selama 10 minit itu, mendapati Benjamin menyampaikan ceramah dalam bahasa Melayu mengenai apa yang didakwanya sebagai ajaran pelik dan bodoh oleh Nabi Muhammad.

Antaranya, dia mendakwa, Rasulullah sebagai orang tua yang bernafsu terhadap kanak-kanak apabila salah seorang daripada 23 isteri baginda berusia enam tahun.

Dia yang mendakwa dilahirkan sebagai orang Melayu berkata, kaum itu dilarang membela anjing kerana menurut Islam malaikat amat takut dan tidak akan melawat rumah yang penghuninya membela haiwan berkenaan.

Dakwaan lain, adalah dosa umat Islam akan diampunkan jika mereka dapat mengucup batu Hajarul Aswad yang berbentuk seperti alat kelamin wanita.

sumber

Bercakap dgnn Makhluk Asing - PBB Amanahkan Dr Mazlan

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman dicadang sebagai individu pertama berkomunikasi dengan makhluk asing jika kehadiran entiti berkenaan berjaya disahkan secara saintifik.

Langkah memberi tanggungjawab itu kepada Mazlan, 58, adalah selaras dengan kedudukannya sebagai Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOOSA) yang beribu pejabat di Vienna, Austria.

Menurut laman web berita Australia www.news.com.au, Mazlan akan menjelaskan peranan terbarunya ketika menyampaikan ceramah pada persidangan berprestij anjuran St. Andrews University di Pusat Antarabangsa Kavli Royal Society, London, minggu depan.

Ketika persidangan itu, beliau yang berkepakaran dalam bidang astrofizik akan mendedahkan mengenai penemuan beratus-ratus planet di dalam sistem bintang lain, sekali gus meningkatkan peluang untuk mengesan kewujudan makhluk asing.

Menurut laman web berkenaan, kemungkinan yang wujud itu menyebabkan Mazlan merasakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu membuat penyelarasan termasuk menentukan individu yang akan mengetuai 'komunikasi pertama' bagi pihak manusia.

Sebelum ini, terdapat pelbagai cadangan mengenai individu yang sepatutnya dipilih termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama; pemimpin Rusia dan Kesatuan Eropah serta ketua gereja Roman Katolik, Pope Benedict.

Langkah untuk memilih UNOOSA sebagai agensi penyelaras dan Mazlan sebagai individu yang akan mengetuai komunikasi dengan makhluk asing dijangka dibahaskan ketika mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Saintifik PBB akan datang sebelum diluluskan Perhimpunan Agung PBB (UNGA).

Laporan itu juga menyebut, UNOOSA di bawah kepimpinan Mazlan mengambil pendekatan lebih terbuka berhubung komunikasi dengan makhluk asing berbanding ketika awal penubuhannya pada 1960-an.

Ketika awal penubuhannya, UNOOSA hanya mengikut garis panduan Perjanjian Luar Angkasa PBB 1967 yang mahukan semua komunikasi dengan makhluk asing dihadkan bagi mengelak berlakunya jangkitan penyakit.

Sebelum ini, Mazlan yang berkhidmat sebagai Pengarah UNOOSA sejak 2007 terbabit menggubal dasar dan tindakan yang perlu dilakukan PBB jika tahi bintang dikesan akan berlanggar dengan bumi.

Anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu mendirikan rumah tangga dengan Prof. Dr. Ibrahim Kommo dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adi Johan Salehuddin dan Elida Izani.

Pendidikan awal beliau bermula di Kolej Tunku Kurshiah sebelum melanjutkan pelajaran ke University of Otago, New Zealand dalam bidang astrofizik.

Beliau mula berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai tutor pada 1975 dan dinaikkan pangkat sebagai pensyarah selepas menerima Ijazah Kedoktoran dalam bidang astrofizik dari University of Otago, New Zealand pada 1981.

Mazlan merupakan wanita Malaysia pertama yang membuat pengkhususan dalam bidang astrofizik dan pernah ditugaskan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi mengetuai Bahagian Planetarium pada 1990 yang bertanggungjawab mengembangkan isu strategi angkasa negara.

Seterusnya, beliau bertugas sebagai Ketua Pengarah di Bahagian Kajian Sains Angkasa, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dari 1992 hingga 1999 yang kemudiannya dinaik taraf kepada Angkasa.

Semasa berkhidmat di situ, Mazlan dipertanggungjawab menerajui program mikrosatelit iaitu Tiung-SAT 1 dan RazakSAT serta program angkasawan pertama negara.

sumber

Pendatang Yahudi Keras Kepala


KAWASAN penempatan haram Yahudi di Revava berdekatan kampung Salfit di Tebing Barat, Palestin. – AP


BAITULMAQDIS 26 Sept. – Pendatang haram Yahudi mengangkut peralatan pembinaan ke sebuah kawasan penempatan yang terletak jauh di tengah Tebing Barat, sebagai persiapan untuk memecah tanah di sebuah projek perumahan baru.

Perkembangan itu berlaku ketika Amerika Syarikat (AS) bertungkus lumus berusaha untuk mencegah rundingan damai terbaru daripada menemui kegagalan dengan berakhirnya tempoh pembekuan yang dikenakan oleh kerajaan Israel ke atas pembinaan kawasan penempatan Yahudi di wilayah Palestin.

Berakhirnya pembekuan aktiviti pembinaan itu lewat hari ini menimbulkan krisis besar pertama dalam pusingan terbaru rundingan damai Asia Barat yang dilancarkan di White House oleh Presiden Barack Obama awal bulan ini.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menguatkuasakan pembekuan itu 10 bulan lalu sebagai langkah perdamaian berkata, beliau tidak akan melanjutkannya sekalipun digesa berbuat demikian oleh Obama.

Bagaimanapun pihak Palestin yang menentang segala aktiviti pembinaan Israel di wilayah yang mereka tuntut untuk sebuah negara merdeka pada masa depan, memberi kata dua akan membatalkan rundingan jika pembinaan diteruskan.

“Israel mesti membuat pilihan antara perdamaian dengan penerusan aktiviti pembinaan kawasan penempatan,” kata Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam ucapan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) semalam.

Katanya, Palestin dan seluruh Asia Barat terus-menerus dihimpit sehingga terjerumus ke dalam kancah keganasan dan konflik disebabkan ‘mentaliti Israel yang suka menceroboh dan mendominasi’.

Abbas meninggalkan AS lewat semalam untuk rundingan di Perancis.

“Amerika terus berusaha untuk menyelamatkan rundingan damai. Usaha penting itu dijalankan dengan sungguh-sungguh tetapi belum berjaya mendapatkan komitmen Israel untuk menghentikan aktiviti pembinaan kawasan penempatan,” kata jurucakap Palestin, Nabil Abu Rdeneh.

Abbas meminta menteri-menteri luar Arab mengadakan mesyuarat di Mesir pada beberapa hari akan datang bagi membincangkan perkembangan terbaru, katanya.

Ketika masa semakin suntuk, Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton cuba merundingkan kompromi saat-saat akhir sebelum tempoh pembekuan tamat tengah malam ini, dengan harapan untuk mengelakkan kegagalan rundingan. – AP

sumber

Saturday, September 25, 2010

Israel Sedia Berlembut?

BAITULMAQDIS 24 Sept. - Israel hari ini menunjukkan peningkatan kemungkinan untuk bertolak-ansur menjelang tamatnya tempoh pembekuan pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin, yang mengancam rundingan damai Asia Barat yang baru berusia tiga minggu.

Dua hari sebelum mengumumkan keputusan berhubung penangguhan pembinaan penempatan haram selama 10 bulan di Tebing Barat yang dijajah rejim Zionis Israel, kerajaan Zionis itu memberi pembayang yang ia sanggup menyetujui satu perjanjian yang dapat diterima penduduk Palestin dan Amerika Syarikat (AS).

"Israel bersedia untuk mencapai perjanjian yang dapat diterima oleh semua pihak," kata seorang pegawai kanan kerajaan semasa ditanya mengenai penangguhan pembinaan itu pada Ahad ini.

Beliau bagaimanapun berkata, itu tidak bermaksud sebarang pembinaan tidak akan dijalankan di Tebing Barat,

Jelasnya, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sedang 'melakukan usaha intensif untuk mencapai perjanjian sebelum tamatnya moratorium pada 26 September ini'.

Ia menandakan perubahan Israel yang sebelum ini berdegil untuk tidak memperbaharui penangguhan pembinaan penempatan haram walaupun Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengugut untuk menarik diri dari rundingan damai jika pembinaan penempatan haram Yahudi diteruskan.

Presiden AS, Barack Obama semalam menegaskan bahawa moratorium itu perlu dilanjutkan.

Abbas mengalu-alukan ucapan Obama, terutama berkaitan penangguhan aktiviti pembinaan penempatan haram serta pewujudan sebuah negara Palestin. - AFP

sumber

KANADA - Masjid Bergerak Sejauh 4000 Km


Gambar daripada dokumentari Arctic Mosque merakamkan sebuah masjid bergerak dipunggah ke atas sebuah tongkang dari Jambatan Deh Cho di Sungai Mackenzie, Nortwest Territories, Kanada pada 13 September, 2010. - AFP


OTTAWA 24 Sept. - Sebuah masjid kecil bergerak tiba di kawasan Artik untuk memenuhi keperluan penduduk Islam yang semakin ramai di bahagian paling utara Kanada selepas diangkut sejauh 4,000 kilometer mengikut jalan darat dan sungai.

Ketua projek masjid pasang siap itu, Hussain Guisti berkata, masyarakat Islam di Inuvik berada di limbungan untuk menyambut ketibaan masjid itu petang semalam.

Bilangan penduduk Islam di Inuvik, sebuah pekan 4,000 penduduk di Northwest Territories, Kanada bertambah sejak beberapa tahun lalu kepada kira-kira 80 orang dan sebuah rumah bergerak seluas 21 meter persegi yang digunakan untuk solat tidak lagi dapat menampung keperluan mereka.

Jemaah tidak mampu membina sebuah masjid baru kerana kos bahan binaan dan upah kerja jauh lebih tinggi berbanding di selatan Kanada, kata penyeleras projek, Ahmad Alkhalaf pada bulan lepas.

Sebuah badan kebajikan Islam, Yayasan Zubaidah Tallah di Thompson, Manitoba membiayai kos pembelian bangunan baru seluas 140 meter persegi itu, kata Alkhalaf.

Pada akhir bulan lepas, masjid berwarna kuning itu mula dibawa dengan trak merentasi kawasan prairie dan hutan di Barat Kanada menuju ke Sungai Hay di tebing Tasik Great Slave, Northwest Territories.

Bangunan itu kemudian dipindahkan ke atas sebuah tongkang yang dihanyutkan mengikut Sungai McKenzie ke Inuvik, kira-kira 200 kilometer ke utara Lingkaran Artik.

Ia dijadual dibawa ke atas sebidang tanah yang dibeli oleh penduduk Islam tempatan di sebuah kawasan kediaman di pekan tersebut. Masjid itu dijangka dibuka kepada jemaah yang terdiri daripada pendatang Islam bermazhab Sunah dari Sudan, Lebanon dan Mesir yang berhijrah ke utara Kanada untuk mencari peluang pekerjaan pada 5 November ini. - AFP

sumber

Kontroversi - Ahmedinejad Hentam AS


Delegasi Sweden berjalan meninggalkan perhimpunan semasa Ahmadinejad menyampaikan ucapan menuduh kerajaan Amerika mendalangi serangan 11 September pada Perhimpunan Agung PBB ke-65 di New York, kelmarin. – AFP


NEW YORK 24 Sept. – Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad mencetuskan kontroversi baru, semalam apabila beliau mendakwa majoriti penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan serata dunia percaya kerajaan AS mendalangi serangan 11 September, 2001 dalam usaha untuk memastikan Israel terus wujud.

Kenyataan provokasi Ahmadinejad semasa berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) di sini semalam mendorong delegasi AS bertindak meninggalkan dewan.

Ahmadinejad turut menyalahkan Washington sebagai kuasa besar yang mendalangi sekatan Majlis Keselamatan PBB ke atas Iran kerana keengganannya menghentikan kegiatan pengayaan uranium yang didakwa boleh digunakan untuk membina senjata nuklear.

Delegasi daripada semua 27 negara Kesatuan Eropah (EU) menyusuli langkah perwakilan AS itu meninggalkan dewan diikuti delegasi dari Australia, New Zealand, Kanada dan Costa Rica, kata seorang diplomat EU.

Presiden Iran itu berkata, Washington yang telah memperuntukkan sebanyak AS$80 bilion (RM256 bilion) untuk menaikkan taraf senjata nuklear AS bukanlah hakim yang adil untuk menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan bagi menghukum Iran berhubung aktiviti nuklearnya.

Ahmadinejad yang pernah melahirkan keraguan mengenai dakwaan AS berhubung serangan pada 11 September turut menggesa ditubuhkan sebuah badan siasatan bebas PBB bagi menyiasat serangan itu.

Siasatan sedemikian akan memastikan serangan pengganas tersebut tidak bertukar menjadi satu isu yang tidak boleh disentuh langsung seperti Holocaust dan ‘menyuarakan pandangan mengenainya tidak akan diharamkan’.

Ahmadinejad tidak menjelaskan lojik di sebalik tuduhan beliau bahawa AS mendalangi serangan 11 September tetapi berkata, terdapat tiga teori:

* Bahawa ‘sekumpulan pengganas yang canggih dan sangat kuat’ menembusi sistem perisikan dan pertahanan AS, dengan sokongan ‘negarawan Amerika’.

* ‘Bahawa beberapa kelompok dalam kerajaan AS mendalangi serangan itu untuk menyekat kemerosotan ekonomi Amerika dan menguatkan kembali cengkaman AS ke atas Asia Barat dengan tujuan untuk menyelamatkan rejim Zionis. Majoriti rakyat Amerika serta negara dan ahli politik lain bersetuju dengan pandangan ini’.

Selepas Ahmadinejad menyuarakan dakwaan-dakwaan itu, dua diplomat AS bangun dan berjalan keluar meninggal dewan tanpa mendengar teori ketiga:

* Bahawa serangan 11 September adalah angkara ‘sekumpulan pengganas tetapi kerajaan Amerika menyokong perbuatan mereka dan mengambil kesempatan daripada situasi yang berlaku’.

Sebelum itu, Presiden AS, Barack Obama dalam ucapannya pada UNGA mencabar dunia yang pesimis supaya membantu Israel dan Palestin memeteraikan perjanjian damai bersejarah dalam tempoh setahun, setelah usaha sejak berpuluh-puluh tahun lalu untuk mencapai perdamaian menemui kegagalan.

“Kali ini usaha damai akan membawa kesudahan yang berbeza,” kata Obama yang memberi pilihan antara kestabilan di Asia Barat dengan pertumpahan darah berterusan.

Obama menjadikan perdamaian di Asia Barat sebagai tema utama ucapan tahunan beliau pada UNGA, menandakan beliau amat mengharapkan kejayaan daripada rundingan damai terbaru yang kini berada dalam keadaan goyah.

Hampir setiap topik lain dalam agenda antarabangsa beliau diketepikan dalam ucapannya itu. – AP

sumber

Friday, September 24, 2010

Syiah Hina Aisyah - Muslimah Morocco Bertindak

Para ibu di Morocco aknn memberikan nama anak perempuan mereka yang baru lahir dengan nama 'Aisyah, sebagai jawaban atas pernyataan penghinaan dari seorang pendakwah Syi'ah Yassir Habib yang telah dicabut hak kewarganegaraan Kuwaitnya kerana memiliki kewarganegaraan berganda, Britain dan Kuwait serta akibat penghinaannya terhadap Ummul Mukminin Istri Rasulullah SAW, 'Aisyah Ra.

Situs Alarabiya melaporkan bahawa para ibu Morocco tersebut, menganggap inisiatif sederhana mereka dengan akan memberi nama anak perempuan mereka yang baru lahir dengan nama 'Aisyah sebagai sebahagian dari usaha yang mereka lakukan untuk membela salah satu simbol umat Islam yang merupakan isteri Rasulullah.

Pendakwah Syi'ah Yassir Habib (semoga Allah melaknatinya), dalam beberapa ceramahnya dengan tegas menghina dan melecehkan ummul Mukminin 'Aisyah, Ra dengan kalimat-kalimat yang tidak layak disematkan kepada isteri Rasulullah tersebut.

Beberapa warga Morocco yang mendengar tokoh Syi'ah Britain ini menghina 'Aisyah. ra, langsung bereaksi dengan memberikan nama anak perempuan mereka dengan nama 'Aisyah, sementara warga Morocco lainnya mengatakan mereka merencanakan untuk memberikan nama ini ('Aisyah) jika anak pertama mereka lahir perempuan di masa mendatang.

Seorang ibu Morocco(30 tahun) bernama Maryam, mengatakan bahawa dia telah memberi nama anak perempuannya yang baru lahir dengan nama 'Aisyah. Dirinya menyatakan sangat sedih isteri Rasulullah dihina dan dilecehkan. Maryam menjelaskan bagaimana peranan 'Aisyah dalam rumah tangga Rasulullah dan bagaimana dia meriwayatkan banyak hadits dan perannya dalam membina umat.

Maryam juga mengatakan bahawa suaminya tidak keberatan ia memberikan nama anak perempuan mereka yang baru lahir dengan nama 'Aisyah, meskipun sebelumnya mereka telah memiliki nama untuk bayi mereka tersebut. Ia dan suaminya memutuskan untuk memberikan nama bayi perempuan mereka 'Aisyah sebagai respon sederhana atas pelecehan dan penghinaan terhadap ibunda kaum mukminin 'Aisyah, Ra.

Fenomena pemberian nama seperti ini bukan sekali terjadi, beberapa waktu lalu setelah heboh kartun yang menghina nabi Muhammad beredar, banyak kaum muslimin memberikan nama anak laki-laki mereka yang baru lahir dengan nama Muhammad.

Sudah rahsia umum di kalangan pengikut Syi'ah, ummul mukminin 'Aisyah, Ra menjadi sosok yang selalu dihina dan dilecehkan. Bahkan sebagian kalangan Syi'ah menyebut 'Aisyah sebagai pelacur. Naudzubillah min dzalik.(fq/aby)

sumber

Saya Hanya Akan Merayu kepada Tuhan

NEW YORK 24 Sept. - Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 86 tahun terhadap seorang saintis warga Pakistan, Aafia Siddiqui atas dakwaan merancang pembunuhan tentera AS di Afghanistan.

“Saya menjatuhkan hukuman penjara selama 86 tahun terhadap Dr. Siddiqui di atas kesalahan yang dilakukannya itu,” kata hakim mahkamah itu, Richard Berman.

Siddiqui berusia 36 tahun mengecam hukuman yang dikenakan ke atasnya itu tetapi enggan membuat rayuan.

“Saya tidak akan membuang masa untuk membuat rayuan. Saya hanya akan merayu dan memohon pengampunan kepada Tuhan,” katanya. - AFP

sumber

Thursday, September 23, 2010

Rejim Zionis Diminta Tangguh Petempatan Yahudi

NEW YORK 22 Sept. - Perunding damai Kuartet Asia Barat semalam menggesa Israel melanjutkan tarikh akhir penangguhan pembinaan penempatan dan meminta pegawai Palestin serta rejim tersebut memastikan rundingan damai Israel-Palestin diteruskan.

Kenyataan itu dikeluarkan Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah, Rusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) pada satu majlis sampingan sempena Perhimpunan Agung PBB, beberapa hari sebelum tempoh penangguhan pembinaan penempatan Israel berakhir 30 September ini, satu tarikh akhir yang banyak pihak percaya boleh merencatkan rundingan damai.

"Kuartet Asia Barat maklum bahawa penangguhan sementara pembinaan penempatan Israel yang diperkenalkan November tahun lalu, membawa kesan positif dan menggesa ia dilanjutkan," menurut kenyataan tersebut yang diperoleh Reuters kelmarin.

Palestin mengancam untuk meninggalkan rundingan sekiranya pembinaan penempatan Yahudi diteruskan apabila sebahagian tempoh penangguhan berakhir, sementara Israel menyatakan pihaknya tidak akan melanjutkan tarikh tersebut walaupun dalam tempoh terhad.

AS kini berusaha mengekalkan momentum rundingan damai, yang disambung semula 2 September lalu di Washington dengan satu tekanan diplomatik dari Presiden Barack Obama dan menetapkan sasaran untuk menyelesaikan isu yang telah berpanjangan selama berdekad-dekad itu dalam masa setahun.

Jurucakap Jabatan Negara, P.J. Crowley berkata, utusan damai Asia Barat, George Mitchell telah mengadakan beberapa pertemuan dengan Israel dan Palestin semalam, termasuk sekurang-kurangnya satu pertemuan bersama yang dihadiri tiga pihak AS, Israel dan Palestin.

Crowley berkata, pertemuan tersebut dihadiri ketua perunding Israel, Yitzhak Molcho serta ketua perunding Palestin, Saeb Erekat.

"Kami berusaha sekuat mungkin supaya kami boleh menunjukkan komitmen kami kepada proses ini dan menggalakkan pihak-pihak terbabit berbuat apa sahaja agar rundingan boleh terus dijalankan," katanya pada satu sidang akhbar.

Katanya, ketiga-tiga perunding itu membincangkan tentang pertemuan akan datang yang mungkin antara Obama, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, namun menambah beliau tidak 'pasti tentang sebarang pertemuan yang dijadualkan buat masa ini'. - Reuters

sumber

MESIR - Rakyat Bantah Anak Mubarak Ganti Bapanya


PENUNJUK-penunjuk perasaan bergelut dengan polis Mesir yang mahu menyuraikan mereka semasa mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan bekas istana diraja di pusat bandar Kaherah, semalam. Gambar kanan dua anggota polis berpakaian biasa memukul seorang aktivis di tempat yang sama. - AP/ AFP


KAHERAH 22 Sept. - Polis Mesir semalam memukul dan menahan aktivis antikerajaan yang melancarkan bantahan berikutan khabar angin mengatakan anak lelaki kepada Presiden Hosni Mubarak mungkin menggantikan bapanya sebagai pemimpin negara ini.

Kira-kira 300 penunjuk perasaan melaungkan slogan antikerajaan, mengibarkan bendera dan membakar gambar Gamal, 46, ketika beratus-ratus anggota polis rusuhan berpakaian seragam hitam mengepung ketat pembantah, di depan bangunan bekas istana diraja di pusat bandar Kaherah.

Kebanyakan penunjuk perasaan turut disekat polis daripada menghampiri kawasan tersebut, malah tolak-menolak turut berlaku antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan dan sebahagian aktivis ditahan sebelum dibawa ke van-van polis berhampiran.

Sekurang-kurangnya seorang wanita diheret dan dipukul pegawai polis wanita.

Polis turut merampas pita video dari jurukamera BBC dan al-Jazeera, kata wartawan dua agensi berita itu.

Seorang pegawai keselamatan yang enggan dikenali berkata, seramai 60 aktivis ditahan di dalam van polis semasa tunjuk perasaan tersebut.

Wakil dari sebuah pergerakan remaja mengesahkan, sekurang-kurangnya 30 ahlinya ditahan ketika cuba menghampiri kawasan tunjuk perasaan.

Seorang lagi pegawai keselamatan berkata, demonstrasi sama turut berlaku di bandar kedua Mesir, Iskandariah di Laut Mediterranean, mengakibatkan 25 cedera.

Perhimpunan itu membantah khabar angin tentang rancangan Mubarak, 82, digantikan oleh Gamal, yang kini merupakan anggota berpangkat tinggi parti pemerintah.

Bantahan berlaku dua bulan sebelum pilihan raya Parlimen dan setahun sebelum pilihan raya Presiden.

Mubarak buat masa ini masih belum mengumumkan sama ada beliau akan bertanding untuk satu lagi penggal dan meneruskan pemerintahan hampir 30 tahun. - AP

sumber

Wednesday, September 22, 2010

Kubur Besar BOSNIA Ditemui Lagi

Ahli forensik telah menemukan kembali kuburan besar yang diyakini berisi sekitar 20 tulang belulang umat Muslim yang dipercayai dibantai oleh Serbia selama Perang Bosnia 1992-1995.

Kuburan itu ditemukan di wilayah Donja Tramosnja-Jankov, sekitar 150 kilometer barat laut ibukota, Sarajevo, kantor berita FENA melaporkan.

Bangsa para korban belum diungkapkan oleh para ahli forensik.

Tulang belulang yang diduga kuat korban pembantaian itu segera dipindahkan ke kota Sanski Most, di mana pemeriksaan forensik lebih lanjut diharapkan akan segera dimulai.

Perang Bosnia adalah konflik bersenjata internasional yang berlangsung antara bulan Mac 1992 hingga Nopember 1995. Perang ini melibatkan beberapa pihak termasuk Serbia, Croatia dan Bosnia.

Perang berakhir dengan ditandatanganinya Perjanjian Dayton pada tanggal 14 Disember 1995, yang mengakibatkan pembentukan Republika Srpska sebagai entiti di dalam Bosnia dan Herzegovina.

Konflik yang berlangsung selama empat-tahun tersebut didakwa telah menelan jiwa sebesar 100.000 jiwa lebih - sebahagian besar adalah umat Muslim - dan menyebabkan pengungsian sebesar 2.2 juta orang. (fq/prtv)

sumber

Pemberontak Kurdish Sokong Israel

Murat Karayilan, pimpinan aksi PKKMurat Karayilan, pimpinan aksi PKK

Di tengah adanya laporan bahawa Israel telah mendukung kelompok pemisah Kurdish, Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dalam kempen bersenjata melawan Turki, pimpinan kelompok tersebut secara terbuka menyatakan kesetiaannya kepada Tel Aviv.

Murat Karayilan, pimpinan aksi dari PKK, mendesak Israel pada hari Selasa lalu (21/9) untuk memutuskan hubungan militer dengan Turki, yang ia gambarkan sebagai musuh bersama.

"Musuh-musuh kami, juga musuh-musuh Israel," kata Karayilan kepada televisyen Israel Channel 2, berbicara dari markas kelompok di pegunungan di Iraq utara, menurut laporan Reuters.

"Masalah kami terletak pada hubungan militer antara Israel dan Turki. Hubungan militer keduanya sangat merugikan kami," katanya.

PKK, terdaftar sebagai kelompok teroris oleh Turki dan banyak masyarakat internasional, mengangkat senjata pada tahun 1984, mencetuskan konflik yang telah merenggut 45.000 nyawa.

sumber

Pemilih Baru Tak Layak Mengundi

PETALING JAYA, 22 Sept: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menganggap kenyataan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang, Morat Pora, semalam tidak masuk akal.

Anggapan itu berhubung ketetapan terbaru SPR, iaitu pengundi yang baru mendaftar tahun ini tidak layak mengundi sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) diadakan pada tahun depan.

"Kenyataan itu adalah tidak masuk akal memandangkan proses pendaftaran pemilih baru oleh SPR itu memerlukan empat fasa dalam setahun," ujarnya pagi tadi ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurut bekas Ketua Strategik PKR itu; suku pertama adalah dari bulan Januari hingga Mac; suku kedua (April hingga Jun); suku ketiga (Julai hingga September); dan suku tahun keempat (Oktober hingga Disember).

"Ertinya, yang mendaftar pada bulan Januari hingga Mac tahun ini, nama mereka itu telah dipamerkan pada suku kedua tahun ini.

"Apabila dipamerkan, diteliti serta melalui proses bantahan dan sebagainya, maka sepatutnya pada suku ketiga patut nama mereka sudah ada dalam daftar pemilih induk, maknanya mereka boleh ambil bahagian sebagai pengundi baru," ujarnya.

Disebabkan itu, beliau menyuarakan rasa curiga dengan ketetapan terbaru yang dibuat Morat itu kononnya proses pengesahan satu-satu daftar pemilih memakan masa lebih empat hingga lima bulan.

Katanya lagi, masalah mengemaskini daftar pemilih adalah masalah pengurusan SPR disebabkan tidak mengikut jadual memproses daftar pemilih baru seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Maka, masalah SPR itu, menurut beliau tidak wajar sehingga menghalang hak pengundi baru, khususnya di kalangan pengundi muda untuk menentukan kepemimpinan negara terbaik pada tahun depan.

"Kenyataan terbaru ini sudah tentu tidak mampu memadam persepsi rakyat, pertama SPR dilihat sebagai sebuah badan yang berpihak pada Umno BN.

"Kedua, SPR nampaknya mengukuhkan apa yang kita percaya selama ini bahawa pengundi baru, khususnya pengundi muda nampak seakan tidak berpihak kepada parti-parti pemerintah pada pilihan raya nanti."

Lanjutan itu, beliau menggesa SPR supaya tidak mengulangi kesilapan sebagaimana yang pernah berlaku pada PRU10.

"Pada pilihan raya Umum (tahun) 1999 dulu, perkara ini pernah berlaku di mana lebih 700 ribu pengundi baru tidak dapat mengambil bahagian pada zaman reformasi ketika itu akibat kelembaban pengurusan SPR dalam menguruskan pendaftaran pemilih baru," beliau menambah.

Tegasnya lagi, jangan disebabkan mahu memuaskan kepentingan politik parti-parti pemerintah, SPR sanggup bersikap tidak adil dan demokratik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang mencadangkan kepada ahli parlimen pembangkang dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat supaya segera mengatur pertemuan dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk mendapatkan maklum balas lanjut berhubung ketetapan terbaru itu.

sumber

Tuesday, September 21, 2010

MESIR Tangkap Pemimpin Hamas Pulang Umarh

Seorang pemimpin keamanan umum Hamas di Gaza, Muhammad Khamis Dababisy saat ini masih di interogasi di Kaherah setelah dia ditangkap beberapa hari lalu setelah dirinya dituduh terlibat dalam beberapa operasi yang mempengaruhi keamanan Mesir, kata seorang pegawai keamanan di Mesir.

Akhbar Al Ahram di Mesir yang hari Isnin (20/9) mengutip pernyataan pegawait keamanan mengatakan: "Dababisy ditangkap akhir minggu lalu setelah kedatangannya dari ibukota Syria Damaskus untuk diinterogasi setelah adanya laporan keterlibatannya dalam usaha yang gagal menyeludupkan peralatan radio ke Gaza dan menutupi pembunuhan tentara Mesir Ahmad Sya'ban Januari lalu. "

sumber

Muslim MACEDONIA Bimbang Fahaman Wahhabi Menular

Muslim Macedonia telah meminta pemerintah dan masyarakat antarabangsa untuk memerangi kelompok-kelompok Wahhabi radikal yang semakin meningkat di negara itu.

Pimpinan rasmi masyarakat muslim Macedonia, Siileyman Rexhepi, telah mendesak pemerintah Skopje, Amerika Syarikat dan Uni Eropah untuk mengadopsi langkah-langkah radikal terhadap perkembangan Wahhabi, AP melaporkan pada hari Isnin lalu (20/9).

Rexhepi memperingatkan bahawa ajaran Wahhabi akan merosak citra Macedonia.

Masyarakat muslim Macedonoa, pimpinan Rexhepi terlibat dalam perjuangan merebut kekuasaan Wahhabi yang dipercaya menguasai lima masjid di ibukota Skopje.

Minoriti Albania yang merupakan seperempat dari penduduk Macedonia yang kebanyakan adalah orang Islam.

(fq/prtv)

sumber

10,000 Ulama INDIA Dijangka Berkumpul - Isu KASHMIR

Dalam inisiatif pertama yang dilakukan oleh lembaga muslim terbesar India, Jamiat-Ulama-i-Hind telah mengatur rancangan untuk mengumpulkan sekitar 10.000 cendikiawan Islam dan ulama di Darul-Ulum Deoband pada minggu pertama bulan depan, dalam rangka untuk menyerukan perdamaian di Kashmir, dan dalam rangka untuk mencari perlindungan HAM dan demokratisasi di Kashmir.

Para cendekiawan Islam dan ulama dari berbagai pemahaman dan sekolah akan diundang dalam sebuah konferensi yang akan diselenggarakan pada tanggal 4 Oktober mendatang, yang sebelumnya dua tahun lalu juga pernah diselenggarakan acara seumpama itu yang berhasil mengumpulkan sekitar 6.000 ulama dan telah mengeluarkan fatwa bersama melawan terorisme.

Rencana pertemuan 10.000 cendekiawan muslim dan Ulama Islam ini telah diputuskan pada pertemuan komite kerja Jamiat-Ulama-i-Hindi pada hari Ahad lalu.

Sebagai salah satu organisasi Islam terkemuka di negara India dan memiliki suara ulama Deobandi yang berpengaruh, Jamiat berharap adanya dukungan bagi rakyat Kashmir melalui konferensi.(fq/indianexpres)

SUMBER

9 Askar NATO Maut di AFGHANISTAN

Setidaknya sembilan tentera bersekutu yang dipimpin oleh AS kehilangan nyawa mereka dalam kecelakaan helikopter di Afghanistan selatan, kata NATO Pasukan Bantuan Keamanan Internasional.

"Penyebab kecelakaan itu sedang diselidiki," kata pernyataan NATO pada hari Selasa (21/9).

"Tidak ada laporan tentang tembakan musuh di daerah tempat kecelakaan helikopter tersebut," tambah pernyataan itu.

Empat orang lainnya, termasuk dua tentara pimpinan Amerika, seorang polis Afghanistan dan seorang warga sipil AS, juga cedera dalam insiden itu, AFP melaporkan.

Menurut pernyataan NATO, korban yang terluka telah dipindahkan ke klinik militer untuk menjalani perawatan medik.

sumber

Boikot Produk Israel dari California

Anggota Sacramento Natural Foods Co-op di California menyerukan untuk memboikot produk-produk yang berasal dari Israel, begitu Sacramento News & Review melaporkan. Di antara produk-produk ini adalah Matzo.

The Sacramento Boycott, Divestments, Sanctions Working Group-lah yang menyerukan pemboikotan. Menurut Sacramento News & Review, kelompok itu mengatakan boikot akan berakhir ketika sekatan Israel di Gaza berhenti, Israel keluar Tebing Barat, dan memungkinkan pelarian Palestin kembali memiliki tanahnya.

sumber

Saturday, September 18, 2010

MP MIC Masuk Masjid. Boleh Pula?

Artikel KUALA LUMPUR, 18 Sept — Selepas akhir Ramadan baru lalu “disajikan” dengan serangan Umno dan Perkasa terhadap kehadiran Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching di sebuah surau, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa Umno berpura-pura dalam isu yang hampir sama yang melibatkan wakil rakyat Hulu Selangor dan juga ADUN BN.

“Sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan masjid dan surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.


Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan, yang menurut Khalid Samad timbul persoalan pendirian Umno-BN dalam isu bukan Islam masuk kawasan masjid. — Gambar ihsan blog Khalid Samad

“Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap ‘tunduk kepada DAP’ khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya,” kata Khalid dalam blognya.

Tulisan bertajuk “Umno, Kura-Kura dan Perahu”, Khalid menambah, menurut Umno dan BN lagi, ia dilakukan demi memperoleh undi, khususnya oleh pemimpin-pemimpin PAS dan parti PAS itu sendiri.

“... iaitu demi kuasa, kata mereka lagi, kesucian Islam sanggup digadai sehingga orang bukan Islam dibenarkan masuk kerana surau dan masjid. Kehormatan ummat Islam tercemar kerana terpaksa menerima sumbangan wang dari orang bukan Islam dan sebagainya.

“Saya tidak berhajat untuk mengulas berkenaan isu bukan Islam memasuki ruang solat di masjid atau surau, bagaimanapun kepada yang berminat bolehlah mengikuti keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid,” kata beliau.

Sehubungan itu, kata Khalid, bagi yang mengenali Umno segala bentuk dakwaan sedemikian rupa tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat.

Gambar disiar blog Khalid Samad menyebut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa bersama Ahli Parlimen P. Kamalanathan menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta majlis gotong royong di pekarangan Masjid Felda Soeharto. — Gambar ihsan blog Khalid Samad
“Bagi yang mengenali peranan Pengarah JAIS dan MAIS sebagai kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara, ia turut tidak memberikan sebarang kesan.

“Tetapi bagi yang masih ‘kabur’, saya sajikan beberapa keping gambar yang menjelaskan sifat Umno yang berkura-kura berpura-pura, pembohong dan memutar-belit fakta tanpa syak lagi,” katanya.

Kamalanathan memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Antara gambar yang dipaparkan di blognya menunjulkkan wakil rakyat Umno memberikan tazkirah di Masjid Lama Hulu Bernam dan Masjid Felda Gedangsa.

Khalid menimbulkan persoalan sama ada wakil rakyat berkenaan mempunyai tauliah.

Selain itu beliau turut menyiarkan gambar Ahi Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan.

Ekoran insiden di Surah Al-Huda di Kajang, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkata larangan ke atas bukan Islam memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tidak terhad kepada Teo sahaja.

MAIS menegaskan larangan dikenakan ke atas Teo menerusi surat amaran, yang diterima wakil rakyat itu semalam, merangkumi semua orang bukan Islam di Selangor termasuk wakil rakyat dan ahli-ahli politik.

Setiausaha MAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata larangan itu perlu dipatuhi demi menjaga kesucian dan kehormatan masjid dan surau.

“Dalam surat amaran yang diberikan Teo, kita melarang beliau daripada memasuki ruang solat masjid dan surau di negeri ini.

“Kalau beliau mahu buat program boleh buat di kawasan luar ruang solat... keputusan kita tegas,” kata beliau.

Dalam surat amaran itu, MAIS meminta supaya beliau tidak lagi memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor.

MAIS juga menekankan arahan tersebut dikeluarkan atas titah perintah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Namun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Selain itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid atau surau bertentangan dengan semangat keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dicapai awal tahun ini.

Perkasa meminta kerajaan mengadakan undang-undang baru menghalang bukan Islam memasuki masjid dan surau - MI

sumber

Mengenang Shabra & Shatilla

Haluan Palestin

Peristiwa pembunuhan dan penyembelihan beramai-ramai
rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila dari 16
hingga 18 September 1982 tidak mungkin terpadam daripada
sejarah kemanusiaan, walaupun media arus perdana
seakan-akan tidak pernah tahu tentang hakikat peristiwa tragis itu.









Serangan dan pembunuhan di Sabra dan Shatila itu merupakan

salah satu daripada rentetan sikap keji yang dilakukan oleh rejim

pengganas Zionis Israel atas arahan secara langsung oleh Menteri

Pertahanan ketika itu, Ariel Sharon. Sharon menggunakan taktik

jahat dan hina dengan mengambil kesempatan daripada krisis militia

Palangist Kristian di Lubnan bagi menghancurkan rakyat Palestin

yang terpaksa menumpang hidup di kem-kem pelarian berkenaan.

Batalion Palangist ini menyerang, menyiksa dan membunuh secara

kejam wanita, anak-anak dan warga tua sementara tentera Zionis

yang mengawal perimiter kem-kem tersebut membiarkan sahaja

keganasan itu berlaku dan menghalang pihak luar daripada memasuki kawasan.


Serangan brutal dan tragis selama 3 hari itu telah mengorbankan

seramai 3,500 pelarian Palestin. Ramai lagi dilaporkan hilang dan

terkubur di bawah runtuhan bangunan. Ratusan mangsa serangan

yang masih hidup telah dibawa menaiki trak menuju ke tempat misteri,

yang sehingga ke hari ini tidak diketahui nasib mereka.

Bukan sahaja tentera Zionis tidak mengambil sebarang tindakan

untuk menghalang serangan dan pembunuhan, malahan mereka

membantu puak militia Palangist dengan tembakan-tembakan

cahaya ke udara supaya pembunuhan dapat diteruskan pada waktu malam.

Siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Kahan di bawah

arahan pemerintah rejim Zionis pada bulan Februari 1983

memutuskan bahawa Sharon telah bersalah secara langsung

kerana membenarkan puak Palangist masuk ke kem-kem tersebut

dan seterusnya gagal menghalang pembunuhan ribuan orang awam.

Tentera Sharon juga membekalkan senjata dan peralatan

kepada Palangist dan menyediakan pengangkutan untuk

membawa masuk militia.








Walaupun sikap keji Zionis ini mendapat kutukan dunia,

termasuk negara-negara Barat sendiri, Pertubuhan Bangsa-

bangsa Bersatu (PBB) dan juga Majlis Keselamatan PBB

terus menunjukkan sikap dingin terhadap desakan supaya

menghukum mereka yang ternyata bersalah.

PBB mengutuk tindakan zalim Zionis ini melalui Resolusi 521

(19 September 1982,) namun tidak pernah ada sebarang

hukuman dikenakan terhadap Sharon, pemerintah mahupun

tentera Zionis. Malahan ramai daripada keluarga

mangsa-mangsa pembunuhan itu terpaksa membuat

dakwaan secara sendirian ke atas Sharon.

Pada bulan Februari 2003, Mahkamah Tinggi Belgium

memutuskan untuk membicara kes jenayah perang

ke atas Sharon, tetapi Israel menuduh tindakan tersebut

sebagai berbau politik. Pada bulan September 2003,

memandangkan tidak seorangpun daripada mereka

yang membuat dakwaan ke atas Sharon berbangsa Belgium,

Mahkamah Tinggi Belgium terpaksa menggugurkan kes ini.

Mereka yang bersalah terus bebas dan merencana kezaliman

demi kezaliman ke atas kemanusiaan, khususnya ke atas rakyat Palestin. (mn/Maan)


SUMBER

Polis INDIA Bunuh 2 Penunjuk Perasaan KASHMIR


Remaja Kashmir membaling batu ke arah anggota separa tentera India semasa mengadakan tunjuk perasaan di Srinagar, kashmir India, kelmarin. - AP


SRINAGAR, India 17 Sept. - Polis menembak mati dua penunjuk perasaan di Kashmir hari ini ketika orang ramai melanggar perintah berkurung dan melontar batu ke arah pasukan keselamatan dalam ketegangan terbaru di wilayah banjaran Himalaya ini.

Pakistan menuduh India melakukan 'kekejaman' dan bertindak keras ke atas penunjuk perasaan dalam protes yang masuk bulan ketiga menentang pemerintahan India di Kashmir, wilayah yang dituntut kedua-dua kuasa nuklear ini.

Seramai 96 orang terkorban sejak protes tercetus pada Jun lalu mengikut kiraan AFP, dengan 17 maut pada Isnin lalu dalam keganasan terburuk di kawasan yang didiami majoriti penduduk Islam ini sejak lebih enam dekad.

Polis berkata, sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 16 yang lain cedera hari ini selepas anggota keselamatan India melepaskan tembakan di empat tempat.

Seramai tujuh lagi cedera lewat semalam di bandar Sopore, 50 kilometer di utara Srinagar.

Menteri Luar Pakistan, Shah Mehmood Qureshi yang pada Julai lalu mengadakan rundingan dengan rakan sejawat dari India, S.M. Krishna bagi memulihkan hubungan antara kedua-dua negara, hari ini mengutuk tindakan India itu.

"Pencabulan hak asasi manusia besar-besaran dan sistematik oleh India di Kashmir mesti dihentikan. Pakistan menyeru kerajaan India agar menahan diri," tegas beliau yang menyifatkan pembunuhan, penahanan dan tangkapan yang dibuat sebagai 'tidak boleh diterima'. - AFP

sumber

MESIR Sudah Tutup 550 Terowong Gaza

EL ARISH (Arrahmah.com) - Pemerintah Mesir mengatakan pihaknya telah menemukan tiga terowong di perbatasan Gaza-Mesir pada Khamis pagi (16/9/2010), dan menemukan bertan-tan gula yang akan siap dipindahkan ke Gaza, Ma'an News menyiarkan.

Salah satu dari tiga terowong yang ditemukan di area As Sarsourya itu telah dibom sehari sebelumnya oleh serangan udara Israel. Dua terowongan lain ditemukan di area Salah ad Din. Tidak ada korban jiwa dilaporkan akibat peledakan itu.

Pihak keamanan Mesir menyatakan bahawa sudah ada sekitar 550 terowongan yang telah ditutup oleh Mesir dan 15 di antaranya dimanfaatkan untuk mentransfer kenderaan ke Jalur Gaza. (althaf/arrahmah.com)



Source: http://arrahmah.com/index.php/news/read/9170/polisi-mesir-bombardir-terowongan-gula#When:07:35:01Z#ixzz0zoD7uJ2U

Friday, September 17, 2010

Israel Akan teruskan Penggalian di bawah Al-Aqsa

Sebuah pemandangan Gunung Bait Suci dan Tembok Ratapan di Kota Lama, al-Quds TimurSebuah pemandangan Gunung Bait Suci dan Tembok Ratapan di Kota Lama, al-Quds Timur

Warga Palestin memberi peringatan terhadap skema baru Israel untuk aksi yahudisasi al-Quds (Jerusalem) bersamaan dengan rencana Tel Aviv mempersiapkan diri untuk melakukan penggalian di dekat Masjid Al-Aqsha yang sangat dihormati umat Islam.

Pemerintah Israel telah merencanakan penggalian besar di dekat Tembok Ratapan dan halaman di sebelah barat Masjid Al-Aqsha, lembaga Palestin untuk Warisan Budaya memperingatkan pada hari Rabu lalu.

sumber

Konvoi Viva PALESTINE Sabtu Ini

Organisasi Viva Palestin mengatakan akan melancarkan sebuah konvoi baru ke Gaza Sabtu ini, sementara itu delegasi Eropah mulai berduyun-duyun ke London untuk menyatakan sokongan dalam perjalanan yang akan berangkat dari luar parlimen Britain.

Jurucakap Viva Palestin Zaher Berawi mengatakan delegasi Ireland yang berjumlah enam orang telah tiba di London dengan tiga kenderaan yang mereka bawa yang penuh dengan bahan bantuan kemanusiaan dalam rangka ikut ambil bahagian dalam kempen ini.

Delegasi dari negara-negara persemakmuran seperti Australia dan Malaysia juga diharapkan tiba Khamis pagi depan menggunakan bas dan minibus yang membawa bantuan.

Jurucakap Viva Palestin mencatat bahwa sekitar 80 aktivis dengan 40 bas akan bergerak dari London menuju Turki dan Syria dan para aktivis lain dengan kenderaan mereka akan ikut bergabung sebelum akhirnya berlayar di atas kapal laut besar menuju pelabuhan Mesir Al-Arish.

Dalam insiden terpisah, sebuah organisasi anti-Israel Yahudi Eropah berniat untuk belayar dengan sebuah kapal bantuan untuk mematahkan sekatan Israel di Gaza.

Kate Katzenstein-Leiterer, ketua organisasi suara Jerman Yahudi, mengatakan pada hari Rabu lalu bahwa perjalanan itu dikelola oleh orang-orang Yahudi untuk keadilan bagi Palestin, sembari menambahkan bahwa para aktivis Yahudi sudah di kapal, tapi pelabuhan keberangkatan mereka tidak akan diungkap.

Dia mengatakan sidang media akan diadakan pada hari kapal akan berangkat, namun tidak mengungkapkan tarikh tepatnya.(fq/pic)

sumber

Thursday, September 16, 2010

Masjid Hujung Dunia di KANADA

Seorang wartawan Saudi memutuskan untuk membangun sebuah masjid di ujung utara Kanada bagi umat Islam di sana yang sebelumnya telah lama memiliki sebuah pondok kayu kecil yang dijadikan tempat ibadah solat. Masjid yang akan dibangun tersebut diberi nama "Masjid di Hjung Dunia".

Dalam waktu 10 hari akan datang, sebuah masjid akan didirikan di salah satu kota Kanada Inuvik, 200 kilometer dari Kutub Utara. Kota yang terletak di barat laut Kanada, dengan populasi 3.700, adalah rumah bagi 75-80 Muslim, sebahagian besar orang Arab, yang tidak memiliki tempat untuk oalat, kecuali sebuah pondok mobile yang hanya dapat menampung setengah dari mereka.

Kota Inuvik, yang namanya bererti 'tempat manusia' dalam bahasa Eskimo, dikenal kerana semua harga barang sangat melambung tinggi kerana lokasinya yang terpencil dan diperlukan waktu yang lama untuk barang-barang mencapai wilayah itu terutama selama musim dingin yang membeku dimana suhu mencapai 40 darjah di bawah nol.

sumber

Pesawat Israel Menyerang Gaza

Pesawat tempur Israel melancarkan kembali sejumlah serangan udara terhadap Jalur Gaza, menggempur kota Khan Younis di selatan, wilayah Gaza yang terkepung.

Pesawat jet tempur Israel melakukan lima serangan berturut-turut pada beberapa sasaran dalam kota Khan Younis pada Rabu (15/9), seorang koresponden Press TV melaporkan.

Tidak ada laporan kecederaan dalam serangan udara yang didakwa Israel sebagai tindak balas terhadap sebuah roket yang ditembakkan oleh pejuang Palestin di Jalur Gaza.

Sebelumnya pada hari sebelumnya, satu warga Palestin syahid dan dua lainnya cedera setelah pesawat-pesawat Israel menyerang sebuah terowongan di kota Rafah selatan.

sumber

18 Terbunuh dalam Serangan di IRAQ

FALLUJAH Iraq 16 Sept. - 7 orang awam antara 18 yang mati ditembak ketika tentera Amerika Syarikat dan Iraq cuba menangkap seorang pemimpin tertinggi Al-Qaeda di sini, semalam.

Kejadian tersebut telah mencetuskan kemarahan awam di kawasan yang pernah menjadi pangkalan pemberontak itu.

Dua anggota tentera Iraq juga terbunuh dalam pertempuran di barat Baghdad, sementara satu serangan pengeboman jalanan di utara negara ini meragut sembilan nyawa askar lain yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah ketika bercuti.

Keganasan terbaru itu tercetus dua minggu selepas Washington secara rasmi mengisytiharkan penamatan operasi tentera di sini dan dengan ketiadaan kerajaan baru yang dibentuk sejak pilihan raya Mac lalu. - AFP

sumber

Wednesday, September 15, 2010

Yahudi Ortodhoks Serbu Al-Aqsa

130 orang ekstrimis Yahudi menyerbu masuk ke dalam Masjid al-Aqsha Isnin pagi (13/9) dari Gerbang Maghariba, dikawal dengan ketat oleh polis Israel, sumber-sumber lokal mengatakan.

Lima kelompok Yahudi masuk melalui pintu gerbang, masing-masing kelompok dipimpin oleh seorang rabbi kepala, salah satu petugas keamanan melaporkan.

Penjaga Masjid memantau aksi orang-orang Yahudi tersebut dari jauh kerana takut ditangkap saat mereka melakukan 'tur' di halaman Masjid.

Sebelumnya polis penjaga perbatasan Israel menyerbu Masjid al-Aqsha Sabtu malam dan menangkap sekelompok warga Palestina yang ada di dalam Masjid.

Pasukan polisi Israel kemudian mengambil sebuah bendera Palestin dan spanduk ucapan selamat hari raya Idul Fitri warga Palestin.(fq/pic)

sumber

Kereta Kebal Israel Bunuh 1 Warga PALESTIN

Sekurang-kurangnya satu warga Palestin dilaporkan syahid dan empat lainnya cedera akibat serangan Israel di Jalur Gaza.

Pasukan Israel mensasarkan mangsa dengan tembakan kereta kebal dan senjata api di bahagian utara Gaza pada Selasa lalu (14/9), mendakwa mereka melakukan penyerangan kerana telah lebih dulu diserang, akhbar Israel The Jerusalem Post melaporkan.

sumber

Quran & Bible Dijadikan Pembalut Rokok!

Seorang pengacara Australia merobek halaman dari Al-Qur'an dan Alkitab dan melinting potongan kedua kitab suci dan menghisapnya bak sebatang rokok di laman YouTube, hanya selang beberapa hari setelah ancaman pendeta AS untuk membakar kitab suci Al-Quran yang mencetuskan protes dan kecaman.

Dalam klip video sepanjang 12 minit berjudul "Alkitab atau Al-Quran - yang mana lebih baik dibakar?" Alex Stewart, yang merupakan anggota kelompok ateis, mengangkat kitab suci umat Kristian dan Al-Quran sebelum merobek dan membakarnya seperti rokok.

Video, yang telah dihapus, diposting di YouTube selama hujung minggu, bertepatan dengan ulang tahun kesembilan dari serangan 11 September dan datang setelah pendeta sinting AS Terry Jones mengancam untuk membakar 200 salinan dari Al-Quran.

Stewart juga merupakan pekerja pada Universiti Teknologi Queensland, kata pengacaranya.

sumber

AS - Quran yg Dibakar Ditemui

Meskipun banyak kecaman menentang aksi pembakaran Al-Quran yang awalnya dicetuskan oleh rancangan dari pendeta sinting Terry Jones yang akan membakar Al-Quran pada peringatan kesembilan peristiwa 9/11 (walau akhirnya dibatalkan), namun aksi pembakaran Al-Quran oleh orang-orang yang anti Islam tetap berlaku.

Situs Chichago Sun Times melaporkan pada hari Isnin (14/9) bahwa Al-Quran yang telah dibakar ditemukan di trotoar di luar pusat komuniti Muslim di sekitar Irving Park.

Menurut laporan polis, pada pukul 17:00 Isnin, dua anak muda menghadiri kegiatan di pusat komuniti umat Islam dan mereka menemukan sisa-sisa Al-Quran yang telah dibakar di trotoar di blok 4300 Elston Utara Avenue, kata jurucakap polis Veejay Zala. Sebuah pencarian online menunjukkan Muslim Community Center tersebut terletak di Elston N. 4380.

Pihak polis saat ini sedang menyelidiki insiden ditemukannya Al-Quran yang terbakar tersebut.(fq/cst)

sumber

840 Orang Masuk Islam di KUWAIT pada Ramadhan

Menurut laporan dari Komite Pengenalan Islam di Kuwait menyatakan bahawa jumlah orang yang masuk Islam di negara itu sepanjang bulan Ramadhan mencapai 840 orang baik lelaki mahupun wanita yang berasal dari berbagai negara, mereka terdorong untuk masuk Islam setelah komite melakukan berbagai kempen mengenalkan Islam.

Jamal Syati, Asisten Direktur Jenderal Komisi pengenalan Islam Kuwait mengatakan: "Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran akan pentingnya umat Islam mendakwahkan Islam dan mendesak mereka untuk mendidik orang lain tentang Islam dengan kebijaksanaan dan keadilan, serta menjelaskan prinsip-prinsip toleransi agama yang benar melalui media apa saja yang boleh digunakan."

sumber

Sunday, September 12, 2010

Aidil Fitri di NEW ZEALAND - Gembira Bercampur Sedih

WELLINGTON 10 Sept — Hari Raya Aidilfitri di kalangan masyarakat Malaysia di New Zealand disambut dengan perasaan gembira bercampur sedih berikutan dikejutkan dengan gempa bumi berukuran 7.1 pada skala richter Sabtu lepas.

Kira-kira 350 orang rakyat Malaysia yang beragama Islam berkumpul di Dewan Bunga Raya Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri yang dianjurkan pihak suruhanjaya pada pukul 9 pagi.

Kesemua mereka yang terdiri dari pelajar siswazah, pasca siswazah dan keluarga turut dijamu dengan beraneka makanan tradisi seperti lemang, nasi impit, rendang, pulut kuning, nasi minyak dan biskut raya.

Namun suasana itu tidak dapat dikongsi bersama pelajar Malaysia yang berada di Christchurch, South Island yang masih berasa sedih, muram dan trauma akibat dari gempa bumi terbesar di negara ini sejak 80 tahun itu.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand Datuk Hasnudin Hamzah berkata keadaan semua 403 orang pelajar itu selamat, namun masih ada yang trauma akibat gempa berkenaan.

"Kita menasihatkan mereka supaya terus mengikut arahan dari pihak berkuasa tempatan yang terdiri dari polis, pertahanan awam dan juga majlis bandaran.

"Namun jika ada di antara mereka yang mahu keluar dari Christchurch, mereka dinasihatkan supaya memaklumkan suruhanjaya terlebih dahulu,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata makluman itu akan memudahkan urusan penempatan mereka di Wellington.

Katanya, setakat ini terdapat dua keluarga yang diberi penempatan sementara di kuarters suruhanjaya dan satu lagi keluarga akan tiba esok menjadikan jumlah keseluruhannya 11 orang.

— BERNAMA

sumber

Kempen Anti-Islam Dibiayai Penderma Pro-Israel

Menurut laporan investigasi yang muncul di laman Politico.com, dana sebesar 920 ribu dollar yang disalurkan melalui Pusat Kebebasan untuk laman Jihad Watch selama tiga tahun terakhir berasal dari Joyce Chernick, seorang tokoh yang sangat pro-Israel.

Laporan berdasarkan sebuah artikel yang diposting di laman Jerusalem Post, yang menyatakan bahawa "Aubrey dan Joyce Chernick, selama bertahun-tahun telah memberikan kontribusi dana untuk berbagai kelompok anti Islam diantaranya adalah Federasi Dewan agung Yahudi Los Angeles, Liga Anti-Fitnah (ADL), Organisasi Zionis Amerika, MEMRI, sebuah kelompok yang mendistribusikan terjemahan inflamasi materi berbahasa Arab. "

sumber

Aidil Fitri di Gaza, PALESTIN


Jumaat lalu, warga Gaza-Palestin memilih untuk merayakan hari pertama Idul Fitri, dengan mengunjungi pemakaman untuk mengingat mereka yang telah meninggal. Selain pemakaman, yang banyak dikunjungi oleh warga Gaza adalah penjara-penjara Israel. Tak ada perayaan tradisional seperti kebiasaan yang lalu seperti memberi hadiah dan mengunjungi sanak saudara.

Empat tahun embargo terhadap Jalur Gaza telah menyebabkan pengangguran dan kemiskinan yang tinggi, dan keduanya mencetuskan kenaikan harga barang pula.

Warga Gaza yang berpenghasilan rendah terpaksa tinggal di rumah untuk menghindari rasa malu kerana mereka tidak mampu memberi hadiah kepada kerabat wanita dan anak-anak.

sumber

30,000 Bunuh Diri di JEPUN dalam 12 Tahun

Kes bunuh diri dan tekanan di Jepun dalam satu tahun terakhir ternyata telah menelan biaya negara sekitar 2.7 trillionn yen (atau lebih dari $ 321 juta).

Saat ini, Jepun memiliki kadar bunuh diri tertinggi di negara maju.

"Mengingat bahwa jumlah bunuh diri di Jepun lebih dari 30,000 orang selama 12 tahun berturut-turut, ini adalah masalah yang perlu diatasi oleh seluruh bangsa," ujar seorang pegawai Kementerian Kesihatan, Perburuhan dan Kesejahteraan Jepun.

Kebanyakan bunuh diri baru-baru ini berhubungan dengan hutang, masalah keluarga, tekanan dan masalah kesihatan lainnya.

Penelitian menunjukkan bahawa orang-orang yang mengakhiri hidup mereka tahun lalu ketika mereka berusia antara 15-69.

Di Jepun, sama sekali tidak ada aturan agama menyikapi bunuh diri ini. Sampai abad ke-19, bunuh diri hanya sebagai itu adalah bentuk hukuman atau penebusan kesalahan. (sa/reuters/wb)


sumber


SATU UMAT - Islam agama yang menstabilkan akal manusia. Penganut agama Islam sangat sukar untuk melakukan aksi bunuh diri walau seberat mana pun masalah yang dihadapi.

SELAMAT HARI LEBARAN 1431

Assalamualaikum w.b.t.

Saya mewakili semua warga kerja laman Satu Umat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua. Kami memohon ribuan kemaafaan sekiranya ada tersalah silap sepanjang usaha kami menghidangkan laman ini kepada anda semua. Semoga baja tarbiyyah Ramadhan yang lalu, disirami pula oleh semangat ceria Syawal menambah kekuatan seluruh umat Islam untuk berjuang lebih gigih daripada sebelumnya.

Salam Satu Umat.



Abu Zulfiqar "Alexanderwathern" Amsyari

Wednesday, September 8, 2010

Pihak Berkuasa PALESTIN Zalimi Sebuah Keluarga

Jika memang memperjuangkan Palestin, mengapa pula pasukan keamanan Pihak BerkuasaPalestin melakukan penganiayaan terhadap sebuah keluarga di Desa Dura? Al Jazeera melaporkan bahawa sebuah keluarga Palestin dipukul dan diserang oleh askar keamanan Pihak Berkuasa Palestin yang datang ke rumah mereka untuk menangkap ayah mereka atas tuduhan menyampaikan khutbah Jumzat di Desa Dura dekat kota Al-Khalil.

Serangan terhadap keluarga ini terjadi Jumaat lalu setelah militer Pihak Berkuasa Palestina mendatangi rumah Ahmed Amr, 68 untuk menculiknya.

Anaknya Ayman menegaskan bahawa orang-orang bersenjata itu dipersilakan untuk menunggu sebentar sampai ayahnya memberesi dan menyiapkan beberapa helai pakaian, tapi begitu ayahnya muncul untuk menyerahkan diri, mereka segera memulai pemukulan pada dirinya, dan anggota keluarga lain, tanpa alasan, dengan menggunakan kayu dan pentungan plastik.

Dia menambahkan bahawa orang-orang itu juga menghina secara lisan keluarga dan menghina Allah selama serangan mereka itu.

Ayman menyebutkan bahwa 12 orang anggota keluarga termasuk ibu, saudara, salah satunya adalah seorang anak berusia dua tahun, mengalami kecedaraan di berbagai bahagian tubuh mereka terutama punggung dan kepala. Mereka segera dibawa ke hospital kota di Al-Khalil.

Komisi Independen Palestin sangat mengutuk kekerasan terhadap keluarga Amr ini dan menekankan tidak akan diam pada apa yang telah terjadi.

Padahal saat yang bersamaan, Mahmoud Abbas—yang secara gegabah telah menyebut dirinya sendiri sebagai Presiden Palestin—tengah berunding dengan Benjamin Netanyahu dari Israel di Washington untuk memperjuankan Palestin, katanya. (sa/pic)

SUMBER

US$50 Juta untuk PALESTIN?

Menteri Luar Negeri Mesir, Ahmed Aboul Gheit, memperkiraan masa depan kesepakatan damai antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin akan menelan biaya puluhan juta dollar. Tepatnya antara $40 sampai $50 juta. Menurutnya, uang itu akan digunakan untuk memastikan berdirinya negara Palestin baru yang berkelanjutan.

Berbicara melalui pejabat berita rasmi Kaherah, Aboul Gheit mengatakan, jumlah tersebut akan memungkinkan negara Palestin untuk menopang dirinya sendiri, dan menawarkan kepada rakyat Palestin kompensasi atas tanah yang hilang.

sumber

Bekas Askar AS Mahu Bunuh Obama dan Clinton

Seorang mantan tentera Amerika didakwa atas tuduhan merancang membunuh Presiden AS Barack Obama dan mantan presiden Bill Clinton, kata pegawai AS.

Dakwaan itu diumumkan pada hari Selasa (7/9) setelah polis menangkap Robert Anthony Quinones dalam sebuah drama tebusan di sebuah pangkalan militer di negara bahagian Georgia.

Insiden itu dimulai di sekitar pukul 4 pagi Isnin lalu ketika mantan tentera di Angkatan Darat AS memasuki Winn Community Hospital di Fort Stewart, sekitar 45 mil dari Savannah, dan menuntut perawatan kesihatan mental.

Menurut Biro Investigasi Federal (FBI), lelaki ebrusia 29 tahun itu kemudian mengambil satu orang tebusan dan menahan dua orang lainnya di bawah todongan senjata selama dua jam.

Quinones akhirnya menyerah dan ditahan untuk ditanyai. Tidak ada yang cedera dalam insiden kejadian tersebut.

sumber

Terry Jones Tetap Mahu Bakar Quran pada 11 September

Terry Jones Sang pendeta gilaTerry Jones Sang pendeta gila

Meskipun adanya kecaman dan kemarahan yang mengglobal, seorang pendeta AS yang merancang membakar kitab suci Al-Quran untuk menandai peringatan serangan 9/11 mengatakan dirinya tidak akan undur kebelakang untuk membatalkan idea gilanya tersebut.

Terry Jones, yang memimpin gereja Dove World Outreach Center di Gainesville Florida, mengatakan pada hari Selasa (7/9) bahwa meskipun banyak yang mengutuk dirinya dan gerejanya namun ia bertekad untuk tetap membakar Al-Quran pada peringatan kesembilan dari serangan 11 September.

Dia merujuk sebagian pernyataan oleh komandan tertinggi militer Amerika di Afghanistan David Petraeus yang mengecam keputusan gereja Florida untuk membakar Quran, memperingatkan bahwa tindakan itu boleh menempatkan risiko tinggi atas kehidupan tentara Amerika yang terlibat dalam perang di luar negeri.

sumber

AFGHANISTAN: Askar AS dalam bahaya


KABUL 7 Sept. – Komander tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan, Jeneral David Petraeus memberi amaran nyawa askar AS di negara ini akan terancam jika sebuah gereja kecil di Florida meneruskan rancangan untuk membakar al-Quran pada 11 September ini.

Petraeus berkata, rancangan untuk membakar kitab suci itu akan menjadi kejayaan propaganda bagi pejuang Taliban di Afghanistan dan memarakkan sentimen anti-AS di seluruh dunia Islam.

Gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida mengumumkan akan membakar naskhah-naskhah al-Quran pada hari ulang tahun kesembilan serangan 11 September 2001 pada Sabtu ini, bagi memprotes apa yang didakwanya sebagai ‘kejahatan Islam’.

“Tindakan itu boleh membahayakan askar dan mengancam seluruh usaha kita.

“Tindakan seperti itulah yang digunakan sebagai propaganda oleh Taliban dan yang boleh mencetuskan banyak masalah besar. Bukan sahaja di sini tetapi di mana sahaja kita menjalinkan hubungan dengan umat Islam di seluruh dunia,” kata Petraeus dalam wawancara dengan akhbar Wall Street Journal semalam.

Protes yang dirancang oleh gereja Florida yang mempunyai 50 anggota itu sudah pun mencetuskan kemarahan di Indonesia, negara majoriti Islam terbesar di dunia.

Pada akhir bulan lepas, kira-kira 100 anggota pertubuhan Islam di Indonesia memprotes di luar Kedutaan AS di Jakarta dan mengancam untuk melancarkan jihad jika gereja AS itu meneruskan rancangannya.

Ketua paderi Dove World, Terry Jones mengakui kebimbangan Petraeus adalah ‘berasas’.

Namun dalam kenyataannya kepada Wall Street Journal, Jones berkata, penganut Kristian perlu menghantar mesej yang jelas kepada elemen radikal dalam Islam.

“Kita tidak mahu lagi dikawal dan dikuasai oleh ugutan dan ancaman mereka,” katanya. – AFP

Sumber

Tuesday, September 7, 2010

PAKISTAN: Protes bakar al-Quran oleh gereja AS


-KABUL 6 Sept. - Beratus-ratus penduduk Afghanistan mengadakan protes anti-Amerika Syarikat (AS) dan menuntut pembunuhan Presiden Barack Obama pada perhimpunan di ibu negara ini hari ini bagi mengutuk rancangan sebuah gereja AS untuk membakar al-Quran pada 11 September.

Penunjuk perasaan seramai 500 orang itu melaungkan 'hidup Islam' dan 'jahanam Amerika' ketika mendengar ucapan berapi-api daripada anggota Parlimen, ahli majlis wilayah dan ulama yang membidas AS dan menuntut pengunduran tentera asing dari negara ini.

Gereja Dove World Outreach Center yang berpangkalan di Gainesville, Florida mengumumkan rancangan untuk membakar naskhah-naskhah al-Quran di pekarangan gereja bagi memperingati hari ulang tahun kesembilan serangan 11 September, tetapi tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa untuk menyalakan unggun api.

Gereja tersebut yang mencetuskan kontroversi tahun lepas dengan mengedarkan kemeja T yang memaparkan tulisan 'Islam daripada Iblis' bertekad untuk meneruskan rancangannya.

"Kami tahu keputusan itu bukan diambil oleh sebuah gereja semata-mata tetapi keputusan Presiden AS dan seluruh AS," kata seorang pelajar, Abdul Shakoor yang menyertai protes selepas mendengar berita mengenai rancangan untuk membakar al-Quran itu.

Kedutaan AS di Kabul mengeluarkan kenyataan yang mengutuk rancangan Dove World Outreach Center itu, dengan berkata Washington 'amat bimbang mengenai percubaan untuk menyinggung perasaan mana-mana anggota kumpulan agama atau etnik'.

Penunjuk perasaan yang berhimpun di hadapan masjid Milad ul-Nabi di sini membawa sepanduk dan bendera dengan slogan yang menuntut Obama dibunuh.

Mereka juga membawa patung ketua paderi Dove World, Terry Jones.

Pada 2005, 15 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam rusuhan di Afghanistan selepas majalah Newsweek melaporkan penyiasat di kem tahanan tentera AS di Teluk Guantanamo, Cuba meletakkan naskhah-naskhah al-Quran di dalam bilik air dan membuang senaskhah kitab suci itu ke dalam tandas sebagai usaha untuk mencungkil maklumat daripada tahanan.

Newsweek kemudian menarik balik laporan tersebut. - AP

Sumber

Monday, September 6, 2010

Bukan Hamas yang Bunuh 4 Warga Israel

Hamas langsung mengeluarkan bantahan terkait insiden yang terjadi di Tebing Barat, iaitu penembakan terhadap empat orang Israel yang menyebabkan kematian.

Insiden ini terjadi hanya beberapa jam sebelum terjadi pertemuan antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan Mahomoud Abbas, pemimpin Autoriti Palestin di Washington.

Banyak pihak yang sudah "curiga" dan terang-terangan menyebut Hamas yang melakukan hal itu sebagai aksi protes terhadap perundingan Netanyahu-Abbas.

sumber

Pesawat Israel Gempur Gaza

Pesawat tempur Israel mengebom kota Jalur Gaza selatan Khan Yunis dan terowongan di kota Rafah, meninggalkan sejumlah orang tercedera.

Setidak-tidaknya empat orang luka-luka dalam serangan udara di Rafah dan tiga orang lainnya hilang, lapor seorang koresponden Press TV mengutip para saksi yang mengatakan pada Sabtu malam (4/9).

Jet Israel terbang rendah di atas Jalur Gaza, dan warga Gaza berusaha mencari perlindungan mengantisipasi serangan yang lebih banyak lagi.

Pasukan Israel juga menembakkan roket ke ladang pertanian di Khan Yunis.

Tidak ada laporan tentang korban dari serangan roket.

sumber

3 Juta Jemaah Penuhi Masjidil Haram

Lebih dari tiga juta Muslim memadati Masjid Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah pada malam Isnin (5/11) bertepatan dengan malam ke-27 bulan Ramadan, malam-malam terakhir di bulan Ramadan di mana akan turun malam mulia Lailatul Qadr.

Di masjid Haram, Makkah, ratusan ribu jamaah mengikuti solat tarawih dan solat Qiyamullail serta memanjaatkan doa khusus agar mendapatkan keberkahan Lailatul Qadr, malam yang lebih baik dari 1.000 bulan. Rasulullah Saw tentang keutamaan Lailatul Qadr bersabda, "Siapa saja yang menegakkan salat pada Lailatul Qadr dengan keimanan dan berharap pahala dari Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya di masa lalu."

sumber

MALAYSIA - Iklan Raya TV3 Ditaruk Balik

Stesen televisyen TV3 menarik balik penyiaran iklan hari raya yang dikatakan mempunyai unsur-unsur yang boleh memesong akidah umat Islam.

Penarikan balik beserta permohonan maaf itu dilaporkan diumumkan dalam rancangan berita Buletin Utama televisyen itu malam tadi.

Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan.

Iklan tersebut juga dilapor menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.

Sejak disiarkan, iklan yang dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI) itu mendapat kritikan banyak pihak termasuk NGO dan badan pelajar.

Dalam satu kenyataan semalam, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) membantah iklan itu kerana menurutnya ia jelas mempromosikan konsep pluralism iaitu kesamarataan antara agama kepada masyarakat negara ini.

"PMIUTM merasakan iklan seumpama ini tidak harus dipaparkan dan merasa hairan bagaimana ia diluluskan oleh pihak-pihak berwajib," kata presidennya Mohd Khairul Abdullah Halim.

PMIUTM juga mempertikaikan adakah pihak TV3 merujuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terlebih dahulu sebelum menyiarkan iklan terbabit.

"Di dalam laman web rasmi Kementerian Dalam Negeri (KDN), terdapat garis panduan penerbitan. Pada perkara 4.3 iaitu penerbitan iklan di bahagian 4.3.9 ada menyatakan bahawa larangan untuk menerbitkan iklan yang menyentuh sensitiviti keagamaan, mempersendakan kebudayaan atau pegangan hidup pelbagai kaum dan mengancam nilai-nilai murni serta norma kehidupan masyarakat Malaysia.

"Merujuk kepada garispanduan penerbitan dari KDN, iklan hari raya Aidilfitri terbabit jelas telah menyentuh sensitiviti umat Islam.

"PMIUTM mengharapkan sesetengah pihak tidak terlalu taksub dengan konsep 1 Malaysia sehingga sanggup mengadaikan maruah agama demi memenuhi tuntutan 1 Malaysia," tegas Mohd Khairul, sambil menasihatkan supaya "berpada-padalah dalam menyatakan sokongan sekalipun".

PMIUTM juga, tegasnya lagi, berpendapat bahawa semua pihak tidak hanya perlu serius memainkan isu bukan Islam yang memasuki masjid sahaja, tetapi juga memberi fokus kepada isu sebenar penghinaan terhadap Islam.

Mohd Khairul berkata sekiranya ahli keluarga dibenarkan menontonnya, ia dibimbangi disalah tafsirkan dan merosakkan akidah mereka sendiri.

sumber

PAKISTAN kukuhkan benteng banjir



Beberapa penduduk Pakistan membantu seorang lelaki dan seorang wanita setelah motosikal yang dinaiki mereka terperosok ke dalam banjir di Basira, wilayah Punjab, kelmarin. - AFP


KARACHI 5 Sept. - Pihak berkuasa Pakistan mengambil langkah mengukuhkan lagi benteng penghalang banjir di selatan wilayah Sindh bagi melindungi bandar-bandar lain di selatan wilayah itu daripada ditenggelami banjir.

Banjir terus mengancam bandar-bandar di selatan Sindh, di mana 19 daripada 23 daerahnya telah ditenggelami air dan menyebabkan lebih sejuta penduduknya hilang tempat tinggal.

Pakistan dilanda banjir buruk sejak bulan lalu dengan kawasan terjejas teruk meliputi kawasan hampir sama besar dengan England dan lapan juta penduduknya kini bergantung kepada bantuan yang agak perlahan untuk meneruskan hidup.

"Kami sedang mencuba yang terbaik untuk melindungi bandar Johi, yang diancam banjir," kata ketua pentadbiran daerah, Iqbal Memon kepada AFP.

Bandar berkenaan, yang terletak 315 kilometer di utara Karachi mempunyai penduduk seramai 60,000 orang dan pihak berkuasa khuatir benteng penghalang banjir itu pecah dan memusnahkan kawasan sekitar melainkan mereka mengukuhkannya dengan cepat.

"Banjir pantas menuju ke arah bandar Johi, selepas sebahagian besar bandar Khairpur Nathan Shah dan bandar Mehar tenggelam serta beberapa perkampungan di sekitar daerah Dadu turut dinaiki air.

"Kami mengambil pekerja dan menggunakan semua cara untuk memperkuatkan benteng banjir di sekitar Johi, namun masih terdapat ancaman," katanya, sambil menambah kata, 70 peratus penduduk bandar itu telah berpindah ke tempah yang lebih selamat.

Menon berkata, 90 peratus penduduk Khairpur Nathan Shah, bandar Mehar dan kampung-kampung sekitar, yang dianggar berjumlah 300,000 orang telah berpindah ke bandar berhampiran.

"Bagaimanapun beribu-ribu penduduk lagi, yang masih terkandas di Khairpur Nathan Shah, bandar Mehar dan kampung sekitar telah dipindahkan ke tempat lebih selamat menggunakan bot tentera laut dan helikopter. - AFP

Sumber

Ulama Pilihan SAUDI Sahaja yg Dibenarkan Berfatwa

Arab Saudi telah menyekat laman internet dari seorang ulama Muslim, yang terkenal kerana mendedikasikan diri mengeluarkan fatwa kepada para pengunjung yang sedang mencari konsultasi agama, lapor laman Al-Arabiya.

Kementerian Komunikasi dan Teknologi Informasi Komisi Saudi (CITC) menyekat akses ke situs Islam-qa.com (Islam: Pertanyaan dan Jawaban) yang berpusat di Syria milik dari Syeikh Muhammad al-Munajid kerana dianggap melanggar perintah kerajaan yang mengatakan hanya ulama yang ditunjuk kerajaan saja yang dapat menerbitkan fatwa, lapor Alarabiya Jumaat lalu (3/9) di lamannya.

Awal bulan ini, Raja Saudi Abdullah bin Abdulaziz mengeluarkan keputusan, membatasi penerbitan fatwa hanya kepada ulama yang hanya disetujui oleh Dewan Ulama Senior atau ulama yang telah ditunjuk rasmi oleh kerajaan.

Langkah itu muncul setelah beberapa fatwa yang dikeluarkan oleh para ulama independen dianggap telah mencetuskan perdebatan panas di kerajaan Saudi.

Keputusan pembatasan fatwa ini muncul setelah sejumlah ulama popular mengeluarkan fatwa di media publik. Dewan penasihat kerajaan yang kontroversial Syaikh Abdul Muhsin al-Ubaikan telah dilaporkan berhenti dari memberikan pengajian pagi sehari-hari di acara radio setelah keluar keputusan kerajaan tersebut.

Program lain yang menampilkan live show setiap hari dari Syeih Abdullah al-Rukban, mantan anggota Dewan Ulama Senior, dihentikan dari udara untuk alasan yang sama.

Ulama terkenal lainnya, syeikh Yussuf Ahmad, diperintahkan minggu lalu untuk berhenti memberi fatwa yang dianggap ilegal setelah ia menyerukan memboikot jaringan supermarket yang mempekerjakan wanita sebagai pelayan kerana melanggar hukum Islam.

Menurut laporan Al Arabiya, banyak sarjana telah menghapus bahagian fatwa dari web Web mereka setelah adanya keputusan dari CITC.(fq/xinhua)

sumber

Siapa di Sebalik Iklan Raya Ini?

Ini

Tulisan ini diambil dari blog Akrine. Kita cuba merungkai dan memahami segala isyarat, petunjuk dan isi-isi tersiratnya. Komen-komen saya berada dalam kurungan dan bertanda *.

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible (*Yang dikenali sebagai The Book)
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis (*Pencerahan ialah 'petanda' kepada kongsi-kongsi gelap Yahudi khususnya Ilxxxxxxti dan Frxxxxxon)
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal).
5. Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene
4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)(*Juga menggambarkan keselesaan keduniaan yang akan diperolehi sekiranya 'masuk ke dalam beca' itu.)
5. Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 4 dan 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light) (*Francis Light yang kononnya 'membuka' Pulau Pinang ialah seorang Yahudi tulen. Hari ini di Pulau Pinang masih ada kuburan orang Yahudi. Komuniti ini dipercayai sudah berhijrah ke Sixxxxxra)
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya. (*Maksudnya dari kampung hingga ke bandar semuanya sudah 'dikuasaimereka'. Masyarakat di bandar yang memang sudah sedia dipengaruh menerima baik masyarakat kampung yang baru terpengaruh)

Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism
2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau - Singapore lah. (*Kongsi-kongsi gelap Yahudi punya markas besar di rantau Asia Tenggara)

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang. (*Masyarakat Islam sudah tidak mempedulikan agama. Agama bukan lagi ad-diin. Masjid-masjid hanya sebagai simbol kemegahan tetapi tidak dimanfaatkan umatnya lagi terasing jauh dari hati mereka)

1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin
2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah masjid yang terletak jauh di sebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke arah masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid) (*Maksud bangunan misteri ini masih kabur. Tentu ada sesuatu yang mahu disampaikan)
2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab (*Juga mungkin menunjukkan yang umat Islam sendiri sedang memperlekehkan dan mentertawakan agamanya sendiri)

Setakat itu sahaja yang ditulis oleh penulis asalnya. Kajian penulis itu sangat baik, tapi tidaklah bermaksud saya setuju 100% huraiannya. Terpulanglah kepada anda untuk membuat penilaian sendiri.

Selain itu, ada beberapa petunjuk lagi yang saya fikirkan memang ada kaitan.

1. 'Pope' yang tertawa berdekah-dekah melihat anak-anak orang Islam (generasi umat hari ini) yang sudah berjaya 'dibawanya'. 'Pope' memandang ke atas seolah-olah bersyukur kepada Tuhannya.

2. Bunga teratai berkembang dan keluar pelita daripadanya - Bunga teratai ialah simbol kepada agama Buddha dan Hindu-Buddha. Pelita ialah simbol kepada agama Hindu. Perhatikan bentuk pelita-pelita yang macam pelita Aladdin itu.

3. Diakhiri dengan cogankata "Inspirasi Hidupmu".


Apakah ini salah satu produk 1 Maxxxxia? Macam ada sikit persamaan dengan Ajaran Ayah Pin dan Sai Baba...

Kenalilah musuh-musuh kita yang sebenar, bukan yang terpapar : )

Saksikan video di bawah sebagai pengukuhan...





sumber