Sunday, October 31, 2010

TURKI : Israel Punca Timur Tengah Tidak Stabil

Turki menyebut Israel sebagai sumber ketidakstabilan Timur Tengah sambil mengatakan bahawa ancaman yang dilakukan Tel Aviv ke Ankara telah mencapai tingkat tertinggi.

Mengubah dasar luar negeri negara vis-à-vis Tel Aviv, Dewan Keamanan Nasional (MGK) Turki menyatakan bahwa "ketidakstabilan wilayah berasal dari tindakan Israel dan tindakan mereka," surat kabar Israel Ha'aretz melaporkan pada hari Sabtu lalu (30/10).

Pernyataan ini datang di tengah penolakan Israel untuk menyetujui Non-Proliferasi Nuklear (NPT) dan tutup mulut ataskepemilikan nuklear secara luas yang dilaporkan memiliki ratusan peledak nuklear.

SUMBER

Puluhan Askar AS Maut di AFGHANISTAN

50 askar AS maut dan cedera dalam pertempuran sengit yang terjadi dengan pejuang Taliban di Afghanistan pada hari Sabtu kemarin (30/10), di pinggiran Direktorat Deshu di provinsi Helmand, yang juga mengakibatkan hancurnya 11 kenderaan militer milik pasukan pendudukan Amerika oleh periuk api yang ditanam di jalan.

Salah seorang jurucakap Taliban, Yusuf Ahmadi, pegawait Taliban rasmi di wilayah ini mengatakan: "Kekuatan besar kenderaan militer musuh AS dan pesawat tempur yang mendukung operasi udara melakukan serangan terhadap Mujahidin di wilayah tersebut, dan segera mendapat serangan balik oleh Mujahidin.

Pertempuran sengit antara para pihak musuh dan Taliban dalam medan itu telah menghancurkan 10 kenderaan militer akibat bom pinggir jalan dan Taliban juga menggunakan RGP untuk menyerang kereta kebal pasukan musuh dan puing-puing kehancuran tersebut masih berada di TKP."

sumber

Saturday, October 30, 2010

Kisah Mahmud Mabhuh Akan Difilemkan

uh akan Difilmkan

Jurucakap Hamas Mahmud al-Zahar saat ini sedang menulis naskah untuk siri TV tentang kehidupan dan kematian Mahmud al-Mabhuh, seorang pemimpin Hamas yang dibunuh oleh Mossad di Dubai.

Al-Zahar mengatakan dalam sebuah sidang Palestin di Gaza minggu ini bahwa dirinya sedang menulis skrip untuk siri TV tentang Mahmud Mabhuh.

Kehidupan Mabhuh tentu layak untuk dijadikan sebuah drama televisyen. Lahir dan dibesarkan di Gaza, ia terpaksa melarikan diri dari Jalur gaza pada tahun 1989 kerana adanya pemburuan IDF terhadap dirinya. Pada saat kematiannya, ia berusia 50 tahun dan berperanan di Hamas dalam urusan luar negeri.

130 Hilang dlm Tsunami Ditemui Hidup

JAKARTA 30 Okt. - Lebih 130 penduduk yang disenaraikan sebagai hilang, ditemui hidup di sebuah kawasan tanah tinggi di pulau terpencil yang musnah akibat ombak besar tsunami, lima hari lalu.

“Pekerja penyelamat menemui mereka di tanah tinggi di pulau Pagai Utara,” kata pegawai pengurusan bencana, Agus Prayitno.

Bilangan mangsa yang hilang kini diletakkan pada 163 berbanding 298 orang, pagi tadi. - AFP

sumber

Thursday, October 28, 2010

Polis Israel Serbu Masjid kerana Bunyi Azan

Polisi pendudukan Zionis menyerbu masjid di kota Jaffa, mendakwa bahawa suara azan yang berasal dari masjid tersebut telah menyebabkan gangguan terhadapa penduduk Yahudi di kota Arab itu.

Radio angkatan darat Israel pada hari Selasa lalu (26/10) melaporkan bahawa polis Israel dalam penyerbuannya ke masjid Jaffa, menangkap dan menginterogasi beberapa pengurus masjid Jabaliyah di Jaffah termasuk imam masjid Ahmad Abu Ajwa.

sumber

Wikileaks Dedah 400,000 Fail Rahsia Perang AS

Laman Wikileaks telah menerbitkan sekitar 400 ribu fail rahsia perang AS di Iraq pada Jumaat lalu, merupakan publikasi terbesar dari jenisnya dalam sejarah militer AS. Wikilekas juga mencatat bahawa mereka memiliki sekitar 15,000 dokumen dan klip video tentang perang di Afghanistan.

sumber

Bumbung Runtuh, 65 Maut di AFGHANISTAN

KABUL 28 Okt. - Sekurang-kurangnya 65 wanita dan kanak-kanak terbunuh malam semalam apabila bumbung sebuah rumah runtuh ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung di utara Afghanistan, kata Gabenor wilayah Bahlan, Munshi Abdul Majid.

“Sebuah bumbung tiba-tiba runtuh ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung di sebuah perkampungan di daerah Jalga yang terletak di wilayah Baghlan mengorbankan 65 tetamu wanita dan kanak-kanak,” kata Munshi. - AFP

sumber

Wednesday, October 27, 2010

Israel Musnahkan Dua Rumah Warga PALESTIN



Jaffa – Infopalestina: Pelanggaran Zionis Israel terhadap warga Palestin di wilayah terjajah 1948 terus meningkat. penjajah Zionis terus melancarkan rencananya menghancurkan rumah-rumah warga untuk mengusir mereka dari kampung halamannya. Sementara itu pemukim pendatang Zionis menulis slogan-slogan rasis di tembok rumah-rumah, lembaga-lembaga dan kedai milik warga Palestin.

Di kota Lad pasukan penjajah Zionis Israel dalam jumlah besar, Selasa (26/10) pagi, menghancurkan dua buah rumah milik warga Palestin Husain Abu Zayid dan Dhaba Abu Zayid di kota Lad di wilayah Palestin terjajah 1948.

Para saksi mata mengatakan polisi Israel menangkap dua pemuda dari keluarga tersebut yang mencuba menghalangi buldozer Zionis Israel maju menghancurkan kedua rumah tersebut. Kedua pemuda tersebut adalah Husain Salim Abu Zayid dan Mahmud Salim Abu Zayid.

sumber

25 Orang Awam Maut di AFGHANISTAN

HELMAND (Arrahmah.com) - Tentera salib pimpinan AS yang bercokol di Afghanistan kembali melancarkan serangan udara dengan mensasarkan sebuah masjid di provinsi selatan Afghanistan, Helmand, desa Maigan, distrik Baghran, mengorbankan sekurang-kurangnya 25 warga awam.

Pegawai tempatanmengatakan peristiwa terjadi pada Isnin (25/10/10) dan menambahkan kemungkinan jumlah korban akan meningkat.



Source: http://arrahmah.com/index.php/news/read/9668/25-sipil-afghan-gugur-dalam-sebuah-serangan-udara-yang-menargetkan-masjid#When:01:12:24Z#ixzz13WIf9SQN

Tareq Aziz (IRAQ) Dihukum Mati

BAGHDAD 26 Okt. – Mahkamah jenayah tertinggi Iraq hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri, Tareq Aziz kerana peranannya dalam menghapuskan parti-parti Syiah berhaluan agama semasa pemerintahan Saddam Hussein.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman mati ke atas dua lagi orang kanan Saddam iaitu bekas Menteri Dalam Negeri, Saadoun Shaker dan bekas setiausaha Saddam, Abid Hamoud.

Aziz merupakan jurucakap semasa rejim Saddam.

“Mahkamah jenayah tertinggi mengeluarkan perintah hukuman mati ke atas Tareq Aziz kerana peranannya dalam menghapuskan parti-parti Syiah berhaluan agama,” lapor televisyen kerajaan.

Mereka bertiga dijatuhi hukuman mati kerana peranan masing-masing dalam tindakan keras ke atas anggota masyarakat Syiah berikutan pemberontakan yang dilancarkan oleh komuniti itu terhadap Saddam pada 1991.

Pada 2009, Aziz dikenakan hukuman penjara 15 tahun kerana melaksanakan hukuman mati ke atas 42 pemborong di Baghdad dan dalam kes berasingan, hukuman penjara tujuh tahun kerana peranannya mengusir penduduk Kurdis dari utara Iraq. – AFP

sumber

Tsunami di INDONESIA - 113 Terkorban


Beberapa pulau kecil dalam kepulauan Mentawai dilanda tsunami setinggi 3 meter setelah berlaku gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter 20 kilometer di bawah dasar laut, 78 kilometer ke barat Pagai Selatan di kepulauan Mentawai, kelmarin. – Agensi


JAKARTA 26 Okt. – Sekurang-kurangnya 113 terbunuh, manakala kira-kira 500 lagi, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, masih hilang apabila tsunami melanda kampung-kampung tepi pantai berikutan gempa bumi kuat dekat Sumatera Barat, malam tadi.

Lebih 150 buah rumah rosak dan kira-kira 2,000 penduduk melarikan diri ke kawasan tinggi dalam kejadian itu.

Gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter itu berlaku 20 kilometer di bawah dasar laut, 78 kilometer ke barat Pagai Selatan di kepulauan Mentawai pada pukul 9.42 malam tadi (10.42 malam waktu Malaysia) dan mencetuskan ombak tsunami setinggi tiga meter yang melanda perkampungan di beberapa buah pulau.

Pegawai agensi pengurusan bencana, Ade Edward hari ini berkata, angka kematian baru mula diterima dan setakat ini, 113 mayat sudah ditemui dan kira-kira 500 orang masih hilang.

Kata pegawai Jabatan Perikanan peringkat wilayah, Hardimansyah, penduduk memberitahu pengawal di pos keselamatan tempatan bahawa mereka tidak dapat menyelamatkan anak-anak mereka yang dihanyut ombak.

Kata Hardimansyah, di kampung Malakopa yang berdekatan, sekurang-kurangnya seorang disahkan terkorban, manakala dua lagi masih hilang.

Kira-kira 80 peratus rumah di kawasan itu rosak dan bekalan makanan semakin merosot, katanya.

Polis tempatan mencari mangsa yang hilang dan mendirikan pos-pos kecemasan, kata pegawai di balai polis daerah Sikakap, Ronald.

Ketua unit gerakan bencana di Kementerian Kesihatan, Mudjiarto berkata, dua mayat telah ditemui dekat pulau Sipora, manakala tujuh orang lagi masih hilang.

Di pulau Pagai Selatan, ombak tsunami bergerak sejauh 600 meter ke dalam kampung tepi pantai, sementara di pulau Pagai Utara, ombak mencecah paras bumbung rumah, katanya.

Sebuah bot pelancong membawa antara lapan hingga 10 warga Australia terputus hubungan radio sejak gempa bumi itu berlaku, menurut kenyataan Jabatan Hal-Ehwal Luar dan Perdagangan Australia.

Situasi sebenar di Mentawai tidak diketahui selepas talian telefon dipercayai terputus.

Beratus-ratus pegawai bencana tidak dapat dihantar segera ke pulau-pulau terjejas di kepulauan Mentawai kerana ia mengambil masa selama 12 jam menggunakan bot untuk sampai ke kepulauan terbabit.

Media tempatan turut melaporkan dua buah perahu layar berlanggar di perairan tersebut menyebabkan dua orang tercampak ke dalam laut dan operasi mencari mangsa masih dijalankan.

Wilayah Acheh di Indonesia pernah dilanda gempa bumi kuat berukuran 9.1 pada skala Richter pada 26 Disember 2004 mencetus tsunami besar.

Tsunami itu yang turut melanda 12 negara lain di sekitar Lautan Hindi yang meragut 230,000 nyawa dengan kira-kira separuh daripadanya di Indonesia. – Reuters/AP

sumber

4 Polis Maut di AFGHANISTAN

KABUL 27 Okt. - Empat anggota polis Afghanistan termasuk seorang ketua polis tempatan terbunuh dalam satu serangan bom di wilayah Herat, di barat negara ini.

Jurucakap bagi gabenor wilayah Herat, Naqib Arwen berkata, serangan bom itu nampaknya disasarkan ke atas pegawai polis atasan di daerah Obe dan meletup ketika kenderaan yang dipandu melalui kawasan ini.

"Ia adalah letupan yang kuat. Kami masih menyiasat, namun laporan awal kami menunjukkan ia merupakan bom kawalan jauh," katanya. - AP

sumber

IRAN Tahan 3 Militan

TEHRAN 27 Okt. - Iran menahan tiga anggota kumpulan pemberontak Sunnah yang mendakwa memainkan 'peranan besar' dalam serangan letupan maut ke atas sebuah masjid Syiah di tenggara negara ini semalam.

Agensi berita rasmi, IRNA melaporkan, lebih 20 orang termasuk anggota pasukan elit Revolutionary Guards terbunuh manakala 100 yang lain cedera dalam dua serangan nekad di masjid itu di Zahedan Julai lalu.

"Tiga pengganas ini memasuki negara jiran secara haram sebelum mereka melancarkan serangan tersebut dan menerima latihan yang diperlukan untuk aktiviti anti-keselamatan mereka di sana," IRNA memetik seorang pegawai kanan tempatan sebagai berkata. - REUTERS

sumber

Monday, October 25, 2010

Viva PALESTIN 5 Mula Bekerja di Gaza

Konvoi Gaza kelima, yang diselenggarakan oleh lembaga amal yang bermarkas di Britain Viva Palestin, memulai misinya memberikan bantuan ke wilayah Gaza yang disekat Israel.

Mereka tiba di Hospital al-Syifa di utara Jalur Gaza, di mana para aktivis kemanusiaan menyerahkan bantuan medik kepada pegawai gerakan perlawanan Islam Palestin Hamas dari kementerian kesihatan, lapor koresponden Press TV dari Gaza.

sumber

Kelompok Islam MESIR Mahu Lancar Satelit Sendiri

Setelah pemerintah Mesir melakukan penutupan baru-baru ini terhadap beberapa saluran televisyen satelit bercorak keagamaan, kelompok-kelompok Islam Mesir mengumumkan rancangan mereka untuk melancarkan satelit Islam untuk menjamin kebebasan penyiaran dan menghindari penutupan serupa.

Keputusan NileSat operator utama satelit Mesir untuk menutup 12 saluran televisyen swasta, sebagian besar saluran keagamaan, atas dasar pelanggaran izin penyiaran telah mencetuskan protes luas di pihak kelompok-kelompok Islam dan menjelaskan akan adanya kemungkinan mereka untuk mengalokasikan satelit Islam sendiri, lapor akhbar Asharq Alawsat Sabtu lalu.

Pengacara kelompok Islam Mesir Montasser al-Zayat, yang dikenal kerana membela anggota kelompok-kelompok Islam, meluncurkan sebuah inisiatif untuk mengumpulkan dana bagi pembuatan sebuah satelit baru yang akan mengkhususkan diri dalam saluran penyiaran agama.

sumber

Ulama PAKISTAN Fatwa Mati Musharraf

Sebuah perkumpulan besar ulama Islam di Pakistan telah mengeluarkan fatwa mati terhadap bekas diktator militer Jenderal Pervez Musharraf, yang memutuskan Musharraf mesti dibunuh di bawah hukum Islam atas kejahatannya melawan kemanusiaan dan Islam.

Fatwa ini menyatakan Musharraf - yang saat ini tinggal di pengasingan di London - sebagai "jenayah terhadap Islam dan Pakistan" dan dirinya halal untuk dibunuh oleh setiap muslim yang menemukan dirinya.

Selain itu, wang hadiah sebesar 1.3 juta dolar juga diumumkan oleh Nawab Talal Akbar Bugti, kepala suku Bugti di provinsi timur Pakistan Balochistan, yang ayahnya Nawab Akbar Bugti terbunuh dalam operasi militer tahun 2006 yang diluncurkan oleh Jenderal Musharraf untuk menghancurkan lawan politiknya.

Fatwa agama ini dikeluarkan oleh sekitar 50 ulama dari semua sekolah keagamaan Pakistan yang berkumpul atas undangan Bugti di kampung halamannya di Balochistan.

Fatwa itu memutuskan Musharraf bersalah dari berbagai kejahatan seperti penodaan terhadap Al-Quran dan pembunuhan ratusan siswa perempuan sekolah undang-undang Islam di Jamia Hafsa di Islamabad dalam operasi militer.

sumber

Saturday, October 23, 2010

Ribuan Berhimpun Bantah Festival Busana Muslim

Sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS di adakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu.


Demontrasi itu berlangsung Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan di Pahang dan Masjid Pengadang Baru di Kuala Terangganu. Manakala dua lagi bantahan berlangsung di Pulau Pinang iaitu di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh dan Masjid Hashim Yahya.

Semua bantahan itu diadakan selepas solat Jumaat yang disertai oleh ahli jamaah yang selesai menunaikan solat berkenaan.

Umumnya, ucapan yang disampaikan oleh pemimpin Pemuda PAS menegaskan tindakan penganjuran festival yang memaparkan model yang memperagakan pakaian dengan tulisan "Muhammad" secara terbalik dalam tulisan Arab adalah satu penghinaan kepada Islam.

Tak sempat berucap

Di Masjid Sultan Ahmad Shah, bantahan berkenaan diketuai oleh ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan, yang turut disertai antaranya ketua Pemuda PAS negeri Suhaimi Said.

Perhimpunan yang berlangsung selama setengah jam bermula 1.50 petang disertai kira-kira 1,000 jemaah termasuk penyokong parti sebelum kira-kira 15 anggota polis mengarahkan perhimpunan itu dihentikan.

"Saya tidak sempat hendak berucap. Polis mengarahkan kira berhenti. Kita mematuhi arahan polis dan tiada tangkapan dibuat," kata Nasrudin kepada Malaysiakini petang ini.

Sementara itu, di Masjid Pengadang Baru, bantahan aman diketuai oleh ketua Pemuda PAS negeri Mohd Nor Hamzah. Beliau juga adalah ADUN Bukit Payung.

Ahli jawatankuasa PAS Terengganu Azman Shapawi Abd Rani turut menyampaikan ucapan berhubung isu tersebut sewaktu dalam perhimpunan itu diadakan.

"Tidak sepatutnya festival ini dianjurkan oleh orang Islam. Ia nampak seolah-olah penghinaan kepada Islam.

Kita kata festival fesyen Islam, tapi model berpakaian menjolok mata. Ia satu penghinaan dan tidak sepatutnya berlaku di dunia," katanya.

Perhimpunan selama 30 minit itu, itu dihadiri kira-kira 1,500 yang selesai menunaikan solat Jumaat, berlangsung dengan aman tanpa kehadiran anggota polis.

Sementara itu, ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah mengetuai kira-kira 200 ahli jamaah dan penyokong parti itu dalam perhimpunan aman di Masjid Permatang Janggus.

Mufti, ulama muda Umno dicabar

Dalam ucapannya antara lain mencabar semua mufti dan ulama muda Umno untuk menjelaskan isu berkenaan yang didakwanya menghina Islam dan Rasulullah SAW.

Bantahan itu berlangsung selama 30 minit tanpa sebarang perkara yang tidak diingini.

Sementara itu, beberapa buah negeri antaranya Perlis dan Kedah dikatakan masih merancang mengadakan demonstrasi kerana "rakyat perlu mengambil masa untuk memahami isu berkenaan".

Manakala Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini membatalkan hasrat mereka mengadakan bantahan. Mereka, sebaliknya mengambil pendekatan untuk berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan menghantar memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

SUMBER

Friday, October 22, 2010

Mufti SYRIA Membantah Nabi?

Pemimpin terkemuka Syria menyatakan pada hari Selasa lepas bahawa Islam memerintahkan pemeluknya untuk melindungi Judaisme, begitu menurut Army Radio.

"Jika Nabi Muhammad meminta saya menganggap Kristian atau Yahudi itu bid'ah, saya akan menganggap Muhammad itu sesat," demikian Syeikh Ahmed Hassoun, Mufti Syria, seperti dikutip delegasi akademisi Amerika yang berkunjung ke Damaskus.

Hassoun juga mengatakan bahawa Islam adalah agama yang damai. "Jika Muhammad memerintahkan kita untuk membunuh orang, saya akan mengatakan bahawa dia bukan seorang nabi."

"Apakah Musa itu keturunan Timur Tengah atau keturunan Eropah? Apak Protestan atau Katolik? Apakah Muhammad itu Syiah atau Sunni??"

Menurut sang Mufti, konflik antara Israel dan Arab yang tidak ada hubungannya dengan perang Islam terhadap Yudaisme.

"Sebelum Anda mendapatkan kewarganegaraan Amerika, dan saya kewarganegaraan Syria, kami semua bersaudara di bawah kubah Allah," katanya.

Menurutnya, Yahudi tinggal di Syria dengan damai dan mendapat perlakuan yang adil. Ia kemudian menjelaskan bahawa datuknya sendiri memiliki pasangan Yahudi.

"Orang-orang Yahudi tinggal di Syria selama bertahun-tahun dan mereka masih memiliki peranan dalam masyarakat Syria," katanya. (sa/haaretz)


sumber

Festival Busana - Mana Dia 'Ulama' Muda UMNO

PERMATANG PAUH, 22 Okt: "Di mana perginya 40 ulama muda Umno dan mana dia mufti yang selalu tangkas mengeluarkan kenyataan bila berlaku sesuatu peristiwa yang menyebelahi Umno," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam perhimpunan aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus selepas solat fardhu Jumaat tadi.

Seramai 200 orang jemaah mengadakan bantahan secara aman terhadap Festival Busana Muslim yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan bakal diadakan lagi pada bulan depan.

Tegasnya, Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengecam sekeras-kerasnya tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan penaung festival berkenaan kerana sanggup menggadai agama Islam semata-mata untuk mendapatkan publisiti.

“Kenapa ulama muda dalam Umno dan mufti di negeri-negeri membisu tanpa mengeluarkan sesuatu kenyataan yang membela Islam dan mendesak Rosmah Mansor memohon maaf pada umat Islam di dunia atau khasnya di Malaysia,” ujarnya.

Katanya, Rosmah yang juga mendapat gelaran baru 'First Lady' tidak wajar bertindak membelakangkan para agamawan disebabkan mahu namanya berada di kemuncak.

"Jelas isteri Datuk Seri Najib menghina Islam menerusi penganjuran festival yang berselindung di belakang nama Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak mengenakan pakaian yang sesuai dengan tema ketika merasmikan program tersebut,” katanya.

Di Pulau Pinang, dua masjid dijadikan lokasi bantahan berkenaan iaitu di Masjid Jamek Hashim Yahya, Jelutong dan Masjid Jamek Permatang Janggus bagi zon Seberang Perai.

sumber

31 Juta Rakyat INDONESIA Kebuluran

LOMBOK TENGAH 21 Okt. - Kira-kira 31 juta rakyat Indonesia masih lagi dihimpit kemiskinan dan kebuluran serta hidup di bawah garis kemiskinan, kata Ketua Menteri Agung Laksono yang dipetik agensi berita Antara.

"Masalah kemiskinan dan kelaparan adalah rumit dan sering menjadi cabaran politik. Tiada pendekatan mudah untuk menghadapi cabaran ini namun beberapa perkara boleh diatasi dengan mengenal pasti tindakan berkesan," kata beliau.

Agung berkata demikian semasa merasmikan upacara peringatan Hari Makanan Sedunia di Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat bersempena ulang tahun ke-30 sambutan tersebut.

Tambah beliau, tiada rakyat Indonesia yang mahu berada dalam keadaan kelaparan dan semua 236 juta rakyat negara ini perlu bersatu untuk membantu kerajaan mengatasi kelaparan.

Kata Agung, peranan lebih proaktif perlu dimainkan pihak berkuasa tempatan peringkat wilayah dan daerah bagi menggalakkan komuniti setempat membangunkan pertanian dan mengekalkan potensi makanan termasuk memelihara hutan.

"Makanan yang cukup adalah lebih penting daripada pemulihan makanan. Jadi kerajaan perlu mengutamakan sektor makanan domestik serta sumber tempatan.

"Jika kita mengabaikan makanan tempatan, sebenarnya kita mengurangkan bekalan makanan negara," jelas beliau.

Agung berkata, kerajaan sedang berusaha memperkenalkan program pergantungan sendiri yang dapat dikekalkan dengan meningkatkan hasil dan produktiviti peladang dan nelayan. - BERNAMA

sumber

SAUDI Beli US$60 Billion Senjata AS

WASHINGTON 21 Okt. - Amerika Syarikat (AS) mengumumkan perjanjian jualan senjata bernilai AS$60 bilion (RM186.9 bilion) dengan Arab Saudi, rekod penjualan terbesar sebagai sebahagian usaha untuk menyaingi Iran.

Pembantu Setiausaha untuk Hal Ehwal Politik-Tentera, Andrew Shapiro berkata, rancangan tersebut membabitkan penjualan 84 buah pesawat pejuang F-15, 70 helikopter tempur Apache, 72 helikopter taktikal Black Hawk dan 36 helikopter ringan.

Penjualan yang turut dilengkapi dengan naik taraf 70 buah pesawat F-15 terpakai, 'tidak akan melebihi jumlah AS$60 bilion', tambahnya ketika pentadbiran Presiden Barack Obama memaklumkan kepada Kongres berhubung rancangan tersebut.

Kongres mempunyai kuasa untuk melulus atau menangguh perjanjian itu dan menurut Saphiro, Israel dijangka tidak menentang penjualan senjata tersebut.

Penghantaran senjata ke Arab Saudi akan dibuat dalam tempoh antara 15 hingga 20 tahun.

"Ia akan memberi mesej tegas kepada negara-negara di rantau itu bahawa kami komited untuk membantu keselamatan rakan penting dan sekutu kami di Teluk Arab dan seluruh Asia Barat," ujar Saphiro.

Walaupun beliau menyatakan penjualan berkenaan 'tidak sepenuhnya berkaitan dengan Iran', Saphiro mengakui sebahagiannya adalah bertujuan membantu Arab Saudi mengatasi ancaman daripada republik Islam bukan Arab itu di Teluk.

Pegawai pertahanan AS berkata, perjanjian itu telah diusahakan sejak beberapa bulan lalu berikutan Arab Saudi, yang semakin bimbang dengan peluru-peluru berpandu milik Iran.

Seorang pegawai kanan pertahanan memberitahu pemberita bulan lalu, 'jika kamu melihat kepada kerajaan (Arab Saudi), ancaman besar yang dihadapi mereka di rantau itu datang dari Iran'.

Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, pakej persenjataan tersebut 'memberikan keupayaan pertahanan untuk mempertahankan negara serta kemampuan pencegahan'.

Pakej pertahanan itu turut menyenaraikan beribu-ribu bom pintar berpandukan laser termasuk peluru berpandu JDAMS, Hellfire dan Sidewinder. - AFP

sumber

550 Unit Petempatan Yahudi Siap

KARMEI TZUR, Tebing Barat 21 Okt. - Pendatang haram Yahudi mula menyambung semua pembinaan penempatan haram baru Yahudi di Tebing Barat dengan kira-kira 550 buah rumah sudah siap dibina dalam masa tiga minggu, lebih empat kali lebih pantas berbanding dua tahun lalu.

Ia merupakan satu langkah yang luar biasa sejak kerajaan rejim Zionis Israel menarik semula pembekuan pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.

Kebanyakan rumah tersebut didirikan di kawasan yang bakal menjadi sebahagian negara Palestin, satu trend yang boleh memusnahkan rundingan damai langsung Palestin-Israel tajaan Amerika Syarikat.

Menurut pengiraan Associated Press, sebanyak 600 hingga 700 rumah baru didirikan di tanah penduduk Palestin yang diceroboh di Tebing Barat sejak 26 September lalu, apabila Israel menarik balik tempoh pembekuan selama 10 bulan ke atas pembinaan penempatan haram baru.

"Ia merupakan satu amaran berbahaya dan merupakan petunjuk bahawa Israel tidak serius mengenai proses damai yang sepatutnya menamatkan pendudukan haram," kata jurucakap Presiden Palestin, Presiden Mahmoud Abbas di Tebing Barat.

Palestin mengugut untuk menarik diri jika pembekuan pembinaan itu tidak dilanjutkan. - AP

sumber

Wednesday, October 20, 2010

VIETNAM: 41 maut banjir

Kakitangan perubatan memindahkan seorang pesakit ke atas sebuah bot untuk dihantar ke hospital lain berikutan banjir di wilayah Nakhon Ratchasima, timur laut Bangkok, kelmarin. - REUTERS


HANOI 19 Okt. - Bahagian tengah Vietnam dilanda banjir teruk, mengakibatkan 41 orang terkorban dan ramai penduduk terjejas, ketika pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari 15 mangsa penumpang bas, yang hilang akibat dihanyut banjir.
Hujan lebat mula melanda tiga wilayah iaitu Nghe An, Quang Binh, dan Ha Tinh minggu lalu.
Polis Ha Tinh berkata, sebuah bas hilang di lebuh raya utara-selatan utama akibat banjir, semalam.
Menurut televisyen kerajaan, beratus-ratus tentera menggunakan bot dan pengesan logam bertungkus-lumus mencari penumpang-penumpang bas terbabit.
"Pagi ini kami menggunakan tentera dan bot khas mereka untuk mengesan bom dan periuk api dalam usaha mengesan lokasi bas itu. Namun, ia masih belum berhasil," kata Leftenan Jeneral Pham Quoc Cuong kepada televisyen milik negara.
Timbalan ketua polis daerah Nghi Xuan, Tran Van Long berkata, bas yang hanyut itu membawa antara 33 hingga 37 penumpang dan setakat ini lapan orang berjaya diselamatkan.
Sementara itu di Thailand, banjir kilat di wilayah Nakhon Ratchasima, timur laut negara itu, mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang sejak awal minggu lepas dan mengakibatkan sebahagian besar daerah itu ditenggelami air.
Pegawai di Jabatan Pencegahan dan Pengawalan Bencana berkata, banjir di wilayah itu merupakan yang terburuk dalam tempoh tiga dekad, apabila tiga orang dilaporkan maut, sementara seorang yang lain masih hilang.
Gabenor wilayah, Rapee Phongbupakit berkata, sebanyak 24 daripada 32 daerah di wilayah itu ditenggelami air, menyebabkan lebih 200,000 penduduk terjejas. - AFP
Sumber

Pencuri Barang Freedom Flotilla Dihukum

Seorang askar Israel yang mencuri barang-barang milik aktivis kemanusiaan "Fredom Flotilla" dihukum lima bulan penjara dan dikenakan denda 700 shekel atau sekitar 196 dollar.

Jerusalem Post menyebutkan, askar Israel itu dinyatakan bersalah oleh pengadilan Israel karena mencuri sejumlah laptop, kamera dan kompas dari kapal Mavi Marmara, setelah pasukan komando Israel menyerbu dan menyandera para aktivis internasional di kapal itu, saat sedang dalam pelayaran menuju Gaza

sumber

Bekas Presiden AS Iktiraf Peranan Hamas

Mantan Presiden AS, Jimmy Carter mengatakan Selasa (19/10), bahawa rakyat Palestin sekarang ini "tinggal di sebuah kandang" di Gaza dan bahwa Hamas harus disertakan dalam semua usaha besar untuk perdamaian.

Carter berada di Syria dengan kelompok veteran internasional yang dikenal sebagai Elders (Sesepuh), termasuk mantan Presiden Ireland, Mary Robinson.

"Kami percaya bahwa Hamas mesti disertakan dalam semua usaha besar untuk perdamaian ... Hamas adalah sebahagian dari rakyat Palestin," ujar Carter. Dia menambahkan bahwa "1.5 juta warga Palestin hidup dalam kandang atau penjara, sementara hak asasi manusia mereka dibawa pergi."

sumber

Tuesday, October 19, 2010

Abbas: PALESTIN sedia gugur tuntutan

RAMALLAH 18 Okt. - Pihak Palestin bersedia menggugurkan semua tuntutan ke atas Israel apabila mereka menubuhkan negara Palestin di wilayah yang diduduki oleh rejim Zionis itu semasa Perang Asia Barat 1967.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata demikian semalam sebagai mengulas satu tuntutan yang telah lama dibangkitkan oleh Israel.

Beliau tidak menyebut secara khusus tuntutan-tuntutan yang hendak digugurkan tetapi salah satu tuntutan utama pihak Palestin ialah hak pelarian Palestin untuk pulang ke kampung halaman mereka di wilayah Israel, selepas mereka diusir oleh Israel semasa perang tersebut.

Abbas dalam wawancara dengan televisyen Israel juga berkata, rundingan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu masih menjadi keutamaannya tetapi beliau akan menimbangkan pilihan lain jika rundingan gagal kerana Israel terus meluaskan kawasan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin.

Rundingan langsung dilancarkan semula oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama bulan lepas, tetapi terhenti tidak lama kemudian disebabkan keengganan Israel untuk melanjutkan tempoh pembekuan kegiatan pembinaan perumahan haram Yahudi di wilayah Palestin.

Abbas berkata, tidak ada gunanya berunding selagi pendatang haram Yahudi terus merampas semakin banyak tanah Palestin.

Penduduk Palestin mahu menubuhkan sebuah negara di Tebing Barat, Genting Gaza dan timur Baitulmaqdis, yang ditawan oleh Israel pada perang 1967.

Israel sudah berundur dari Genting Gaza tetapi kira-kira setengah juta rakyat Israel mendirikan penempatan haram di kawasan lain yang ditawan daripada Palestin semasa perang.

Netanyahu mahu Palestin mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Yahudi dan awal minggu ini berkata, beliau mungkin melanjutkan tempoh pembekuan kegiatan pembinaan penempatan Yahudi jika Israel mendapat pengiktirafan tersebut.

Kata Abbas, Israel dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mengiktiraf satu sama lain pada 1993 dan pengiktirafan sedemikian sudah memadai. - AP

Sumber

Monday, October 18, 2010

Hamas Tangkap Perisik Otai Israel

Menteri dalam negeri Hamas, Fathi Hamad, Ahad (17/10) mengumumkan bahawa organisasi-organisasi keamanan di Gaza telah menangkap seorang perisik Israel warga Palestin berusia 56 tahun yang dioperasikan oleh Israel sejak tahun 1972.

Namun menteri dalam negeri Hamas ini tidak memberikan rincian tambahan terkait identiti orang itu atau bagaimana dia boleh diketahui menjadi agen Israel, mendagri Hamas mencatat bahawa terungkapnya agen 'senior' Israel di Gaza oleh organisasi keamanan pemerintahan Hamas ini melengkapi kampanye paling komprehensif dan sukses melawan intelijen Israel dan kaki tangannya di Jalur Gaza.

"Kami telah menemukan cara-cara baru yang telah digunakan oleh pendudukan Zionis untuk menyusup ke pihak Palestin," tambah Hamad.

sumber

Beza Sunni Syiah Hanya dlm Soal Furuk - Syeikhul Azhar

Grand Syeikh Azhar Dr. Muhammad Ahmad El-Thayeb mengkritik beberapa saluran televisyen Arab terkait tayangan yang dinilainya berpotensi memecah belah Sunni dan Syiah dan dunia Islam.

Kebelakangan ini, hubungan Sunni-Syiah kembali menegang pasca beredarnya video dan pernyataan seorang ulama Syiah konservatif asal Kuwait yang bermukim di London, Yasir al-Habib, yang mengatakan beberapa sahabat pilihan dan isteri Nabi berada di neraka.

El-Thayeb juga menegaskan penolakannya atas sikap mengkafirkan Syiah oleh beberapa ulama seperti yang ditayangkan di siaran-siaran televisyen tersebut. Ditegaskan oleh Al-Thayeb, bahawa sikap tersebut "ditolak dalam Islam dan tidak dapat diterima".

Ditambahkan oleh El-Thayeb, sikap mengkafirkan antara sesama Muslim sama sekali tidak dibenarkan oleh Alqur'an dan hadis Nabi, oleh Islam sendiri.

Mantan mufti Mesir dan rektor Universiti Al-Azhar itu juga membantah dan menolak rumor yang mengatakan bahawa Syiah memiliki Alqur'an versi lain. "Kalau Syiah memang memiliki Alqur'an versi lain, tentu ini sudah menjadi tema kajian ulama Islam sejak masa klasik, bahkan telah menjadi tema empuk bagi kalangan Orientalis untuk mengkajinya," katanya.

Dijelaskan oleh El-Thayeb, perbedaan antara Sunni dan Syiah sebenarnya hanya pada level ikhtilaf far'iyyah (perbezaan cabangan), bukan ikhtilaf ushuliyyah (perbezaan pokok), suatu hal yang lumrah dalam Islam, seperti perbedaan madzhab fikih. Bahkan, dalam masalah fikih, antara madzhab Sunni dan Syiah tidak banyak terdapat perbezaan.

"Bahkan kami pun bermakmum solat di bekalang Syiah," kata El-Thayeb.

Perbezaan tersebut, jelas El-Thayeb, menjadi besar dan runcing karena pengaruh masalah politik.

Pernyataan Syaikhul Azhar ini cukup membingungkan, kerana dari cacian Syiah terhadap para sahabat dan ummul mukminin Aisyah sendiri sudah bukan masalah furu' lagi , belum lagi Syiah tidak mahu menggunakan hadits-hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang banyak haditsnya di rawi oleh Bukhari dan Muslim dan masih banyak lagi perbezaan Sunni-Syiah yang sama sekali tidak boleh dianggap masalah furu'.(AGS/aby)

Saturday, October 16, 2010

LEBANON: Ahmadinejad terima hadiah raifal



Hassan Nasrallah (kanan) menghadiahkan selaras raifal yang dirampas daripada seorang anggota tentera Israel kepada Ahmadinejad pada akhir lawatan Presiden Iran itu ke Lebanon di Kedutaan Iran di Beirut, kelmarin. - AFP


BEIRUT 15 Okt. - Pemimpin pergerakan Hizbullah, Hassan Nasrallah menghadiahkan selaras raifal yang dirampas daripada seorang askar Israel, kepada Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad pada akhir lawatan beliau ke Lebanon.

Kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan di Kedutaan Iran di Beirut lewat semalam pada akhir lawatan dua hari Ahmadinejad ke negara ini.

Semasa lawatan itu, Ahmadinejad mengunjungi kawasan selatan Lebanon yang bersempadan dengan Israel dalam langkah yang dilihat sebagai mencabar rejim Zionis itu.

Hizbullah dalam kenyataannya berkata, Ahmadinejad dan Nasrallah telah membincangkan lawatan 'bersejarah' pemimpin Iran itu.

Sebagai tanda penghargaan dan kesetiaan, Nasrallah menghadiahkan selaras raifal yang dirampas daripada seorang askar Israel semasa perang Hizbullah dengan tentera rejim Yahudi itu pada 2006.

Lawatan Ahmadinejad menunjukkan pengaruh luas yang dimainkan oleh Iran di Lebanon menerusi proksinya, Hizbullah, iaitu kuasa tentera dan politik terbesar di negara ini.

Namun, lawatan itu dikecam oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel serta blok pro-Barat di Parlimen Lebanon yang menyifatkannya sebagai satu provokasi dan percubaan untuk menggambarkan Lebanon sebagai 'pangkalan Iran di Mediterranean'. - AFP

Sumber

PALESTIN: Israel mahu bina 238 rumah



Polis sempadan Israel mengawal keselamatan Menteri Keselamatan Awam Israel, Yitzhak Aharonovitz (tengah) semasa beliau melawat kawasan perkampungan Silwan di Baitulmaqdis Timur pada 12 Oktober, 2010. – AP


BAITULMAQDIS 15 Okt. – Israel dilapor merancang untuk membina 238 unit rumah haram Yahudi di Baitulmaqdis Timur, satu langkah yang dilihat bakal menyukarkan lagi usaha Amerika Syarikat (AS) untuk memulihkan proses damai.

Menurut laman web berita Ynet, rancangan pembinaan perumahan haram Yahudi di kawasan Pisgat Zeev dan Ramot itu telah mendapat kelulusan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, lewat malam tadi.

Pemerhati penempatan, Peace Now berkata, pengumuman terbaru itu boleh menjejaskan usaha menyelamatkan rundingan damai Israel-Palestin yang kini goyah akibat tindakan Israel itu.

“Menteri Perumahan atau Perdana Menteri nampaknya menyukarkan lagi keadaan. Mereka menjadikan usaha damai semakin rumit.

“Keputusan seumpama ini akan menjadi penghalang kepada usaha rundingan damai dan inilah yang mereka mahukan,” kata Hagit Ofran dari Peace Now kepada AFP.

Jelas beliau, ini adalah kali pertama rancangan pembinaan penempatan haram Yahudi diluluskan sejak Mac lalu, apabila Israel memberikan lampu hijau kepada pembinaan 1,600 buah rumah peneroka haram rejim Zionis itu di Baitulmaqdis Timur.

Ia dibuat semasa satu kunjungan oleh Naib Presiden AS, Joe Biden, yang mencetuskan krisis besar dalam hubungan Tel Aviv-Washington.

Sementara itu, Palestin hari ini mengecam rancangan terbaru Israel dengan mengatakan rejim itu cuba memusnahkan ‘setiap peluang untuk memulihkan rundingan damai’.

“Kami sekeras-kerasnya mengutuk keputusan ini. Kami meminta pentadbiran AS meletakkan tanggungjawab kegagalan rundingan dan proses damai ini ke atas Israel ekoran keputusan rejim itu yang merosakkan semua peluang untuk menyambung rundingan damai,” kata perunding Palestin, Saeb Erakat.

Rundingan damai antara Israel dan Palestin berada di ambang kehancuran selepas aktiviti pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat disambung semula pada 26 September lalu, ekoran tempoh pembekuan pembinaan yang sudah berakhir.

Ynet melaporkan, walaupun tempoh pembekuan selama 10 bulan itu tidak meliputi kawasan Baitulmaqdis Timur, Netanyahu dilihat seolah-olah berdiam diri dan mengelak daripada menghentikan projek-projek pembinaan bagi menghindari sebarang kesan politik. – AFP

Sumber

Friday, October 15, 2010

Banjir: PAKISTAN rugi RM30.4b



SEORANG lelaki meredah air banjir yang masih bertakung di daerah Khairpur Nathan Shah, kira-kira 42 km dari Dadu di wilayah Sindh, Pakistan, kelmarin. - REUTERS


ISLAMABAD 14 Okt. - Banjir buruk baru-baru ini menyebabkan Pakistan mengalami kerugian ditaksirkan berjumlah AS$9.5 bilion (RM30.4 bilion) akibat kerosakan infrastruktur, sektor pertanian dan sektor lain di negara ini.

Anggaran tersebut dikemukakan oleh Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Dunia dengan kerjasama kerajaan Pakistan.

Kerugian sebesar itu memperlihatkan cabaran kewangan yang dihadapi oleh Pakistan, sekutu utama Amerika Syarikat (AS) dalam memerangi pemberontak Taliban dan sudah pun bergantung kepada pinjaman antarabangsa sebelum dilanda banjir.

Walaupun negara lain termasuk AS sudah menyumbangkan berjuta-juta dolar untuk operasi bantuan, mereka juga memberi amaran kepada Pakistan mereka tidak mungkin menanggung seluruh kos pemulihan dan pembangunan semula yang dianggarkan boleh mencapai lebih AS$40 bilion (RM128 bilion).

Pegawai AS khususnya menggesa Pakistan memperbaiki sistem pungutan cukainya yang lemah bagi membantu membiayai program pembangunan semula jangka panjang.

Angka AS$9.5 bilion itu hanya meliputi nilai semasa bagi jalan, bangunan, sistem saliran dan sektor lain yang ditaksirkan di seluruh negara, bukan kos untuk membinanya semula, kata seorang pegawai kerajaan semalam.

Kos pembinaan semula akan bergantung kepada projek-projek yang dipilih untuk dilaksanakan oleh kerajaan dan sama ada kerajaan mahu membinanya semula dengan cara yang sama atau dengan lebih baik, kata pegawai itu.

Banjir terburuk dalam sejarah Pakistan itu bermula pada akhir Julai lalu semasa hujan monsun yang sangat lebat, akhirnya melanda satu per lima kawasan negara ini dan menjejaskan kehidupan kira-kira 20 juta daripada 175 juta penduduknya.

Hampir 2,000 orang terbunuh manakala berjuta-juta lagi hilang tempat tinggal, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - AP

Sumber

Thursday, October 14, 2010

MALAYSIA - Pilihanraya Mengejut?

Tindakan terbaru kerajaan menunda pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah petanda “utama” bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ada kemungkinan kita akan saksikan pilihan raya umum yang mengejut dan saya jangkakan pembentangan bajet esok adalah bajet pilihan raya,” katanya pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Anwar, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan berkata, rang undang-undang GST itu dirangka dengan lemah dan ia bukan hanya akan membebankan rakyat tetapi juga tidak mampu membantu menjana pertumbuhan ekonomi Malaysia.

sumber

200 Sertai Demo Bantah KOnsert Adam 'Lembut"

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Lebih 200 anggota Pemuda PAS dan mahasiswa menyertai ekspedisi dakwah membantah konsert penyanyi homoseksual Amerika, Adam Lambert di Stadium Putra, Bukit Jalil malam ini.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan mengetuai solat hajat selepas solat Maghrib.

Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada para peserta yang menyertai ekspedisi tersebut sebelum bergerak ke stadium kira-kira jam 7.30 malam.

sumber

PALESTIN: Desak jelaskan sempadan Zionis



TEMBOK pemisah kontroversi yang dibina oleh rejim Zionis yang memisahkan kem pelarian Shuafat Palestini di timur Baitulmaqdis. - AFP


RAMALLAH 13 Okt. - Palestin hari ini mahu pentadbiran Amerika Syarikat (AS) dan Israel menjelaskan sempadan rejim Zionis itu selepas Washington mengalu-alukan cadangan supaya rundingan damai dapat diteruskan.

"Kami secara rasminya mendesak pentadbiran AS dan kerajaan Israel menyediakan peta sempadan negara Israel yang mereka mahu kami mengiktirafnya," kata pegawai kanan Palestin, Yasser Abed Rabbo.

Ulasannya dibuat selepas Jabatan Negara AS meminta Palestin mengutarakan cadangan balas kepada kemahuan Israel yang mahu diiktiraf sebagai negara Yahudi sebagai balasan untuk melanjutkan pembekuan pembinaan penempatan haram.

Tawaran itu ditolak mentah-mentah oleh Palestin yang menegaskan pengiktirafan Israel sebagai 'negara Yahudi' tidak mempunyai kaitan dengan proses damai.

Malah mereka menuntut pentadbiran AS menetapkan sempadan 1967 sebagai titik mula rundingan mengenai sempadan sebenar.

"Kami mahu tahu sama ada negara ini (Israel) memasukkan tanah dan rumah kami di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis.

"Jika peta dibuat berdasarkan sempadan 1967 dan membawa kepada tamatnya penjajahan Israel ke atas semua tanah Palestin... maka kami akan mengiktiraf Israel dengan apa jua nama yang akan dipakainya menurut undang-undang antarabangsa," kata Abed Rabbo lagi merujuk kepada tanah yang dijajah Zionis dalam Perang Enam Hari 1967.

Menurutnya, pihak Palestin masih menunggu maklum balas dari Tel Aviv dan Washington.

Palestin sebenarnya telah mengiktiraf Israel pada awal 1990-an namun enggan mengiktirafnya sebagai 'negara Yahudi' kerana bimbang ia akan menjejaskan nasib pelarian Palestin dari perang Arab-Israel 1948.

Mereka juga menekankan bahawa penduduk Arab merupakan 20 peratus daripada jumlah rakyat Israel. - AFP

Sumber

Wednesday, October 13, 2010

BAHRAIN - Syiah dan Komunis Bersepakat

Sumber-sumber di Bahrain melaporkan telah terjadi perjanjian rahsia antara majlis "Wa'id" yang berideologi komunis dengan asosiasi rekonsiliasi Islam yang merupakan arus utama Syi'ah politik di Bahrain.

Dalam perjanjian tersebut kedua kelompok sepakat untuk mendukung calon dari "Wa'id" dalam pemilihan umum akan datang dengan imbalan calon yang terpilih akan mendukung projek-projek kubu Syi'ah di parlimen.

Akhbar Bahrain Al-Watan mengatakan bahawa perjanjian ini berlangsung antara seketari jeneral maelis Wa'id dengan seketari jeneral dari asosiasi rekonsiliasi Islam Ali Salman, setelah mereka melakukan pertemuan rahsia.

sumber

Satu lagi flotila ke Gaza mahu dilancarkan

GENEVA 12 Okt. - Kumpulan aktivis pro-Palestin merancang untuk menghantar flotila kapal bagi mencabar sekatan tentera laut Israel ke atas Genting Gaza seawal Februari depan dalam percubaan kedua seumpamanya dalam tempoh kurang setahun.

Aktivis yang mewakili kumpulan dari lebih 12 negara termasuk Switzerland, Turki dan Amerika Syarikat (AS) itu berkata, flotila tersebut adalah lebih besar daripada flotila yang disekat oleh komando Israel awal tahun ini.

Sembilan aktivis terbunuh apabila komando Israel menggempur kapal Mavi Marmara pada 31 Mei lalu, mencetuskan kecaman keras masyarakat antarabangsa dan mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan dua siasatan mengenai serangan itu.

"Flotila itu nanti bukan untuk menghantar bantuan semata-mata," kata Huwaida Arraf daripada Perikatan Flotila Pembebasan kepada wartawan di ibu negara Switzerland ini, semalam.

Sebaliknya tujuan flotila itu adalah untuk menunjukkan sekatan Israel ke atas aliran bantuan ke Gaza boleh dilanggar.

Antara kumpulan yang merancang untuk menyertai flotila pada Februari depan ialah badan kebajikan Islam Turki, IHH yang menaja pelayaran Mavi Marmara pada Mei lalu.

Wakil IHH, Ahmet Faruk Unsal berkata, IHH bercadang untuk menghantar sebuah kapal sebesar Mavi Marmara, kapal terbesar dalam flotila pertama.

Sebuah pertubuhan AS, U.S. Boat to Gaza turut merancang untuk menghantar bot, kata aktivisnya, Jane Hirschmann.

Bot itu akan diberi nama The Audacity of Hope, iaitu judul buku karangan Presiden AS, Barack Obama. - AP

Sumber

Friday, October 8, 2010

PAKISTAN belum bersedia



Mahanuddin, seorang warga emas berusia 70 tahun yang kehilangan rumah akibat banjir di Pakistan seminggu yang lalu, tidak mengendahkan kejadian dua lori tangki minyak NATO terbakar di sebatang jalan di Nowshera, di wilayah Khyber-Pakhtunkhwa, semalam. – REUTERS


ISLAMABAD 7 Okt. – Pakistan belum bersedia untuk membuka semula pintu sempadan penting yang digunakan oleh tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bagi menghantar bekalan ke Afghanistan, walaupun Amerika Syarikat (AS) sudah memohon maaf kerana serangan helikopter tanpa juruterbang yang membunuh dua askar Pakistan.

AS dan NATO mengucapkan takziah semalam atas serangan pada 30 September lalu dan mendakwa helikopter Amerika itu menyangka askar Pakistan itu adalah pemberontak yang diburu cuba menyeberangi sempadan Afghanistan.

Berikutan permohonan maaf itu, pihak AS dan NATO menjangka pintu sempadan Torkham di Genting Khyber akan dibuka tidak lama lagi.

Namun, jurucakap Kementerian Luar Pakistan, Abdul Basit hari ini berkata, pihak berkuasa masih menilai situasi dan akan membuat keputusan ‘bila tiba masanya’.

Pakistan menutup Torkham kepada konvoi bekalan NATO pada hari serangan helikopter itu, menyebabkan beratus trak terkandas di lebuh raya negara ini atau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di satu-satunya laluan yang masih dibuka dari selatan Pakistan ke Afghanistan.

Puak militan mengambil kesempatan daripada kebuntuan itu untuk menyerang trak yang terkandas atau yang mengambil laluan dari selatan.

Penyerang bersenjata membakar 70 lori tangki minyak dan membunuh seorang pemandu dalam dua serangan semalam.

Duta AS ke Pakistan, Anne Patterson dalam kenyataannya semalam berkata, ‘kami memohon maaf kepada Pakistan dan keluarga kepada askar-askar sempadan yang terkorban dan cedera’.

Siasatan AS dan NATO mendapati askar-askar Pakistan melepaskan tembakan ke arah dua helikopter AS sebelum serangan itu, dipercayai untuk memberitahu tentang kehadiran mereka selepas helikopter tersebut memasuki ruang udara Pakistan beberapa kali. – AP

Sumber

Korban Askar Asing di IRAQ Melebihi Perang VIETNAM

Amerika tidak mungkin DAPAT melupakan jumlah korban tentera mereka yang maut dalam Perang Vietnam. Di Vietnam War Memorial, Washington DC saat ini tercatat ada 58,195 nama yang gugur di Vietnam.

Beberapa orang tentera mati di hutan Vietnam sementara yang lain maut dalam unit Medivac atau rumah sakit di Jepun dan Amerika. Dalam perang Vietnam, seorang tentera boleh dan bersedia mati di mana saja.

Tapi sesuatu yang aneh terjadi dalam Perang Iraq. Masalahnya pemerintah AS disiarkan hanya melaporkan kematian perang di Iraq hanya jika seorang perajurit mampus dalam situasi tempur.

Apa bezanya, Anda mungkin bertanya?

Pertempuran di Vietnam terjadi di wilayah pedalaman, jauh dari pusat pengubatan medis. Tentera yang terluka dirawat oleh juru medis. Kebanyakan meninggal di lokasi pertempuran sebelum mereka dapat dievakuasi. Banyak yang mati dalam sebuah rute atau dinyatakan meninggal di fasiliti perawatan medis. Situasi di Iraq sangat berbeda.

Pertempuran di Iraq terutama terjadi di wilayah bandar. Perajurit yang terluka dengan cepat dievakuasi dengan kenderaan berperisai atau helikopter. Ini adalah sistem yang jauh lebih efisien daripada apa yang mungkin terjadi di Vietnam, tetapi untuk mereka yang terluka parah berarti kematian terjadi dalam perjalanan atau di fasiliti perawatan.

Di bawah sistem pelaporan baru, kematian yang terjadi dalam perjalanan atau evakuasi tidak dihitung sebagai kematian dalam peperangan. Inilah sebabnya mengapa jumlah perang Iraq tampaknya sangat rendah.

The Department of Veterans Affairs, pada Mei 2007, melaporkan sesuatu yang mengejutkan dalam Gulf War Veterans Information System:

- Jumlah Kematian Militer AS dalam Perang Teluk: 73,846 orang

- Gugur dalam tugas: 17, 847 orang

- Gugur dalam non-tugas: 55,999 orang
-
Stastiks untuk kes cedera tidak -mematikan juga mengejutkan:

- Total "Penyakit Tidak Terdiagnosis " (UDX): 14, 874 orang
-
- Jumlah total klaim cacat: 1,620,906 orang

- Cacat dalam tugas: 40,7911 orang

- Cacat dalam non-tugas: 1,212,995 orang

(sa/viewzone)

sumber

Mari Bantah Konsert Adam Lambert

KUALA LUMPUR, 8 Okt: PAS yakin rakyat sedia membantah rancangan terbaru kerajaan mengizinkan Konsert Adam Lambert yang dijadualkan pada 14 Oktober depan.

Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata demikian kerana rakyat umumnya masih mempertahankan dunia hiburan yang baik, iaitu berpaksi pada adat ketimuran dan agama.

"Saya yakin rakyat sependapat dengan PAS iaitu hiburan adalah tuntutan naluri manusia dengan ada tatasusila ketimurannya dan tidak menyimpang dari norma-norma agama di Malaysia,” ujarnya.

Katanya, kalau budaya cium pemain keyboard lelaki, beraksi lucah antara penari lelaki yang lain yang digayakan oleh penyanyi gay itu yang mahu dibawa ke negara ini diyakini rakyat menolaknya.

Menurut beliau, sepatutnya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Artis Luar Negara (Puspal) tidak semberono bersetuju membawa artis gay tersebut ke tanah air.

Ini kerana, katanya artis tersebut sebenarnya dikecam hebat oleh dunia apabila melakukan beberapa adegan kontroversi di pentas Anugerah Award Amerika sebelum ini.

Ekoran itu, beliau berkata, rancangan televisyen Good Morning America terbitan ABC di Amerika Syarikat membatalkan penampilan Adam di udara kerana menolak budaya liar penyanyi gay itu.

"Gaya hidup Amerika yang selalu kita anggap bebas pun menolak semua ini, mengapa kita (kerajaan) yang selalu mengaku kitalah Islam tidak belajar semua ini," soalnya.

Baginya, kerajaan sepatutnya mengambil berat soal menjempu selebriti asing memandangkan KPKK serta Puspal Mei lalu telahpun ditegur apabila membenarkan penyanyi lucah Pitbull mengadakan persembahan di negara ini.

"Kerajaan seakan tidak kisah semua ini kerana selepas Konsert Pitbull dibantah 15 Mei lalu pun, kerajaan nampaknya masih memberi kelulusan pada syarikat yang sama untuk menjemput Adam Lambert," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor mengajak rakyat khususnya penggiat seni dan penghibur tanah air supaya membantu PAS untuk mempertahankan jati diri dunia hiburan tempatan daripada terus tercemar oleh anasir-anasir luar.

sumber

PAKISTAN - Bom di Makam Sufi, 7 Maut

KARACHI 8 Okt. - Sekurang-kurangnya tujuh maut apabila dua bom meletup di makam ahli sufi, Abdullah Shah Ghazi di sini lewat malam semalam.

"Tujuh maut termasuk seorang wanita," kata menteri wilayah tempatan, Zulfikar Mirza.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran terperinci dan berkata siasatan sedang dijalankan. - AFP

sumber

Thursday, October 7, 2010

NATO terus diserang



Api marak dengan asap tebal memenuhi ruang udara di bandar Quetta selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerang lalu membakar 10 tangki minyak NATO di Quetta, semalam. – AFP


QUETTA 6 Okt. – Seorang terbunuh apabila sekurang-kurangnya 10 lori tangki minyak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dibakar di bandar Quetta, barat daya Pakistan hari ini, serangan keempat seumpamanya dalam masa enam hari.

Pegawai kanan polis, Hamid Shakeel berkata, sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali menyerang terminal di mana 40 lori tangki diletakkan dan melepaskan tembakan.

“Terdapat sekurang-kurangnya 10 lori tangki terbakar. Seorang daripada kakitangan terminal maut akibat terkena tembakan,” katanya.

Seorang lagi pegawai kanan polis, Shah Nawaz, mengesahkan insiden yang berlaku di pinggir sebelah barat bandar berkenaan.

Laluan utama bekalan NATO merentasi sempadan Pakistan ke Afghanistan ditutup untuk hari ketujuh berturut-turut, selepas serangan helikopter NATO membunuh tiga askar Pakistan.

NATO menyatakan bahawa tembakan dilepaskan untuk mempertahankan diri.

Setiausaha Agung NATO, Anders Fogh Rasmussen mendesak Pakistan membuka semula laluan penting itu secepat mungkin.

Sejak laluan berkenaan ditutup, anggota Taliban tempatan mengaku bertanggungjawab terhadap dua serangan yang menyebabkan hampir 60 trak dibakar, malah mereka bertekad melakukan lebih banyak serangan.

Dalam satu insiden sebelum ini, tiga terbunuh apabila kira-kira 20 lori tangki NATO dibakar dengan koktel Molotov dekat Islamabad.

Insiden serupa berlaku di selatan bandar itu Jumaat lalu apabila kumpulan lelaki bersenjata berat membakar lebih 20 trak dan lori tangki membawa bahan api untuk pasukan tentera asing yang menentang pemberontakan Taliban di Afghanistan.

Dua trak NATO turut dibakar oleh penyerang tidak dikenali di daerah Qalat, Baluchistan dua hari lalu.

Serang hendap ke atas konvoi NATO bukan perkara luar biasa, namun kerap berlaku di kubu kuat militan di barat laut Pakistan.

Taliban berkata, serangan dibuat sebagai balas dendam terhadap bedilan pesawat tanpa juruterbang Amerika Syarikat di sempadan negara ini bagi memburu militan al-Qaeda dan Taliban. – AFP

Sumber

Wednesday, October 6, 2010

Pesawat AS serang PAKISTAN, 8 maut

PESHAWAR 5 Okt. - Sebuah pesawat penyerang tanpa juruterbang milik Amerika Syarikat (AS) menembak mati lapan militan termasuk lima rakyat Jerman di wilayah kabilah berhampiran sempadan Afghanistan, semalam.

"Lima rakyat Jerman berasal dari Turki dan tiga militan tempatan maut dalam serangan tersebut," kata seorang pegawai keselamatan, sambil menambah kata bahawa pihaknya sedang mendapatkan butiran lanjut tentang militan terlibat serta kumpulan mereka.

Kejadian tersebut turut disahkan dua pegawai keselamatan lain.

Serangan itu berlaku di bazar Mir Ali, kira-kira 20 kilometer dari timur Miranshah, sebuah bandar utama di daerah kabailah di Waziristan Utara, barat laut Pakistan.

Waziristan Utara merupakan lokasi persembunyian Taliban dan militan yang mempunyai hubungan dengan al-Qaeda.

Serangan tersebut berlaku beberapa jam selepas Jepun dan Sweden mengeluarkan satu amaran tentang 'kemungkinan serangan pengganas' oleh al-Qaeda ke atas rakyat negara mereka yang ke Eropah.

Saluran Fox News memetik pegawai risikan yang enggan dikenali sebagai berkata, militan mempunyai senarai lokasi yang disasarkan di Perancis dan Jerman seperti menara Eiffel dan Notre Dame Cathedral, Brandenburg Gate di Berlin, stesen kereta api di pusat bandar serta menara Alexanderplatz TV.

Fox turut memetik seorang pegawai risikan veteran Barat sebagai berkata, maklumat tentang lokasi sasaran itu diperoleh dari seorang rakyat Jerman-Pakistan yang disoal siasat di Pangkalan Tentera Udara Bagram, Afghanistan.

Pegawai Pakistan sebelum ini melaporkan, sekurang-kurangnya 21 serangan pesawat tanpa juruterbang AS pada bulan lalu mengorbankan kira-kira 120 orang, jumlah tertinggi serangan dalam masa sebulan.

Serangan misil, baru-baru ini sebahagian besarnya menjadikan militan yang mempunyai kaitan dengan rangkaian Haqqani yang berpangkalan di Waziristan Utara sebagai sasaran. - AFP

Sumber

INDONESIA: 56 maut banjir di wilayah Papua



Penduduk Kampung Wasior melihat keadaan rumah mereka yang ranap akibat tanah runtuh berikutan banjir di wilayah Papua, Indonesia, semalam. – AP


WONDAMA 5 Okt. – Hujan lebat selama beberapa hari di wilayah Barat Papua, Indonesia mencetuskan kejadian tanah runtuh dan banjir kilat mengakibatkan sekurang-kurangnya 56 orang terbunuh dan lebih beratus-ratus kediaman rosak.

Penduduk di Wasior, sebuah perkampungan di tepi bukit wilayah Barat Papua menggali runtuhan tanah bagi mencari kaum keluarga mereka yang tertimbus menggunakan tangan.

“Saya terdengar bunyi kuat dan air sungai di tepi rumah saya naik mendadak. Air sungai itu bercampur dengan batu, lumpur dan kayu-kayu balak.

“Ramai yang tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Wanoni yang menyatakan bahawa banjir itu berlaku awal, semalam.

Ketua Agensi Pengurusan Bencana tempatan, Decky Amnir berkata, sekurang-kurangnya 56 orang terbunuh manakala lebih 60 lagi cedera dan dihantar ke hospital berdekatan.

“Beberapa penduduk dipindahkan menggunakan helikopter,” katanya kepada wartawan di daerah Wondama sambil menambah kata bahawa lapangan terbang tempatan turut mengalami kerosakan.

Sekurang-kurangnya 30 kediaman musnah dan beribu-ribu orang telah dipindahkan dari kawasan itu.

“Kami memerlukan khemah-khemah untuk menempatkan penduduk yang dipindahkan serta bekalan perubatan,” jelas Decky. – AP

Sumber

Lelaki bakar al-Quran disiasat

STRASBOURG 5 Okt. – Polis menyoal siasat seorang lelaki di sini hari ini, ekoran rakaman video yang diedarkan secara meluas di Internet yang merakamkan dia sedang membakar satu muka surat daripada naskhah al-Quran dan kencing di atas abu kitab suci itu.

Beberapa pemimpin Islam Perancis berang dengan tindakan lelaki itu dan mendakwa lelaki berusia 30 tahun itu sebagai biadap dan tidak berperikemanusiaan.

Pengarah Masjid Strasbourg, Abdeaziz Choukri berkata, beliau sudah membuat aduan kepada pihak berkuasa dan telah mengadakan pertemuan dengan pengeluar video itu yang mendakwa dia melakukannya ‘atas nama kebebasan’.

“Jika tidak bertindak segera, bermakna kita membenarkan orang ramai membakar mana-mana kitab suci selepas ini.

“Lelaki berkenaan seolah-olah tidak tahu kesan buruk yang akan berlaku atas tindakan biadapnya itu,” katanya kepada pemberita.

Selain itu, Choukri berkata, lelaki berkenaan turut mengeluarkan rakaman video yang menghina agama Yahudi dan kaum pendatang di negara ini.

Katanya, pemimpin Islam di Perancis akan mendesak pihak berkuasa agar mendakwa pengeluar video itu kerana menghasut dan menyemai kebencian orang ramai terhadap setiap kaum serta agama.

Pada bulan lalu, seorang Pastor di Florida mencetuskan kontroversi serta dikritik kerajaan Amerika Syarikat (AS) kerana tindakannya yang mengancam untuk membakar sejumlah kitab suci al-Quran sempena ulang tahun kesembilan serangan 11 September 2001, baru-baru ini. – AFP

Sumber

Tuesday, October 5, 2010

PAKISTAN: Taliban mengaku serang bekalan NATO

MIRANSHAH, Pakistan 4 Okt. - Taliban Pakistan mengaku bertanggungjawab melakukan dua serangan ke atas konvoi bekalan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di negara ini dan mengancam akan melakukan lebih banyak serangan.

Jurucakap Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP), Azam Tariq berkata, mereka mengaku bertanggungjawab atas serangan terhadap konvoi pembekal NATO di Sindh dan Islamabad.

"Kami akan melakukan lebih banyak serangan dan tidak akan membenarkan mereka menggunakan negara ini sebagai laluan membawa bekalan untuk tentera NATO yang berpangkalan di Afghanistan.

"Ini juga adalah sebagai tindakan balas terhadap serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh NATO," kata Azam.

Menurut polis, sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh apabila 20 trak yang membawa bekalan minyak untuk tentera NATO di Afghanistan diserang dan dibakar berhampiran ibu negara Pakistan, awal pagi tadi.

Serangan dilancarkan ketika pihak berkuasa Pakistan terus menutup jalan darat utama bagi mengangkut bekalan NATO buat hari kelima berturut-turut, selepas Islamabad menuduh helikopter perikatan itu membunuh tiga askar Pakistan di daerah Kurram, pada Khamis lalu.

Dalam kejadian sama Jumaat lalu di selatan Pakistan, sekumpulan lelaki bersenjata berat membakar berpuluh-puluh trak dan lori tangki yang membawa minyak untuk keperluan 152,000 tentera NATO yang memerangi pemberontak Taliban.

"Tiga orang terbunuh dan lapan lagi cedera. Kebanyakan yang cedera akibat terkena tembakan dan merupakan pemandu dan pembantu," kata pegawai polis kecemasan, Mohammad Ahad kepada AFP. - AFP

Sumber

PALESTIN: Yahudi bakar al-Quran, masjid



SEORANG penduduk menunjukkan salinan al-Quran yang dibakar di masjid perkampungan Beit Fajar di selatan Baitullaham, Tebing Barat, semalam. - AFP


RAMALLAH 4 Okt. - Pihak tidak bertanggungjawab membakar masjid di sebuah perkampungan Palestin di Tebing Barat hari ini, menconteng dinding dengan perkataan 'dendam' dalam bahasa Ibrani serta membakar salinan kitab suci al-Quran akan mencetuskan ketegangan baru setelah usaha perdamaian Asia Barat menemui jalan buntu.

Penduduk Palestin mengesyaki pelampau pendatang-pendatang Yahudi melakukan kebakaran di perkampungan Beit Fajjar tersebut yang mana 15 salinan al-Quran dan permaidani masjid itu dibakar, kata pegawai majlis perbandaran, Ali Thawabti.

Jelasnya, penduduk bagaimanapun berjaya memadamkan kebakaran dan 'pendatang Yahudi melarikan diri menggunakan kereta Peugeot putih'.

Ini merupakan kali keempat sebuah masjid di Tebing Barat mengalami vandalisme yang didakwa dilakukan pendatang Yahudi.

Ketua perunding Palestin berkata, kebakaran tersebut mencerminkan peranan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat dalam konflik Israel-Palestin.

Usaha perdamaian tertunggak selepas sebulan siri rundingan dilakukan di Washington.

Pihak Palestin menegaskan, mereka tidak akan meneruskan rundingan damai tersebut sekiranya pembinaan penempatan haram diteruskan.

Namun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang berdepan tekanan dalam kerajaan campuran yang menyokong penempatan haram, menolak untuk melanjutkan larangan pembinaan.

Wakil khas White House, George Mitchell berada di rantau ini sejak minggu lalu bagi mencari jalan penyelesaian namun masih gagal berbuat demikian.

Netanyahu juga turut memberitahu sekutu-sekutu politiknya tentang kemungkinan memperbaharui larangn pembinaan untuk memuaskan hati AS.

Pada awal sidang Kabinet hari ini, Netanyahu berkata Israel 'dalam rundingan diplomatik bersama pentadbiran AS bagi mencari satu penyelesaian untuk meneruskan proses rundingan damai' namun tidak meletakkan harapan terhadap kemungkinan beberapa manfaat dari AS. - AP/REUTERS

Sumber

Monday, October 4, 2010

Mari Tengok Gambar Masjid Ground Zero

Kelompok yang berada di sebalik rancangana pembangunan pusat kebudayaan Islam yang diusulkan di lokasi Ground Zero New York telah menyiarkan apa yang mereka sebut sebagai gambar rasmi pertama dari pusat kebudayaan Islam tersebut.

Laman untuk projek ini, yang dikenal sebagai Park51 Community Center, mengatakan bahawa "gambar-gambar baru yang menampilkan eksterior yang diperbarui dan memberikan tampilan yang pertama terkait interior Park51 dan memberikan beberapa wawasan tentang bagaimana kita membayangkan projek ini," seperti tertulis dalam posting di Facebook mereka Selasa lalu.

Rencana pembangunan akan menelan biaya sebesar 100 juta dolar, termasuk auditorium dengan 500 kerusi, ruang kelas dan ruang konferensi, ruang untuk kegiatan sosial, ruang peringatan 9/ 1, kolam renang, pusat kebugaran dan masjid.

Sebelumnya sebagian umat Muslim New York sudah menggunakan laman Manhattan Lower sebagai masjid .

Gambar-gambar dari projek ini dihasilkan oleh SOMA Architects, yang menurut laman Park51's sebagai konsultan arkitektur projek desain.(fq/cnn)

sumber

PALESTIN - Mercy Malaysia Akan ke Rafah

KOTA BHARU 3 Okt. - Mercy Malaysia sedang berusaha memasuki semula Rafah untuk meninjau perkembangan di wilayah itu bagi membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan disalurkan.

Presidennya, Datuk Dr. Ahmad Faizal Perdaus berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan daripada kerajaan Mesir yang merupakan satu-satunya pintu masuk alternatif ke wilayah berkenaan.

Beliau berkata, empat lagi pintu masuk ke wilayah itu dikuasai Israel yang tidak membenarkan mana-mana pihak memasuki Rafah.

Katanya, sebelum ini, Mercy pernah menghantar misi keamanan melibatkan 20 orang bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan termasuk ubat-ubatan sumbangan pelbagai pihak di negara ini, berjumlah RM13 juta.

Bagaimanapun katanya, anggota misi terpaksa meninggalkan Rafah sejurus bantuan diberikan.

"Sekarang, semua program misi kemanusiaan di wilayah terbabit dikendalikan oleh rakyat Palestin," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Mercy Malaysia, di sini hari ini.

Sempena perjanjian itu, Mercy Malaysia akan bekerjasama dengan USM dalam program bantuan kemanusiaan melibatkan pembedahan bibir sumbing dan lelangit di Sri Lanka tidak lama lagi.

Hadir sama, Pengarah USM Kampus Kesihatan, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed dan Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Prof. Dr. Abdul Aziz Baba.

SUMBER

SIAM - 3 Askar Maut

BANGKOK 4 Okt. – Tiga anggota tentera Thailand terbunuh apabila mereka dipercayai diserang hendap oleh puak pemisah Muslim ketika membuat rondaan di kawasan selatan negara itu semalam, kata polis.

Ketika kejadian, anggota tentera itu sedang membuat rondaan di sebatang jalan di wilayah Yala yang bersempadankan Malaysia, bila lelaki bersenjata melepaskan tembakan dekat sebuah bukit, kata kolonel polis, Pupetch Pipatpetchpoom.

Sejak berlaku rusuhan puak pemisah enam tahun lalu, lebih 4,000 orang terbunuh di wilayah dikuasai penduduk Muslim yang menjadi kawasan pengeluar utama getah di selatan negara yang diperintah oleh penganut Buddha itu.

Wilayah selatan Thailand yang meliputi Pattani, Yala dan Narathiwat adalah sebahagian daripada kawasan jajahan kesultanan Islam yang dijajah oleh Thailand seabad lalu.

Kira-kira 80 peratus daripada penduduk di wilayah berkenaan adalah penganut agama Islam dan bercakap bahasa Melayu.

Kerahan puluhan ribu anggota polis dan pasukan keselamatan sokongan melalui perlaksanaan undang-undang yang keras menyebabkan keganasan dan penentangan di wilayah itu berterusan. – RUTERS

sumber

PALESTIN, Israel perlu terus rundingan

KAHERAH 3 Okt. - Utusan damai Amerika Syarikat (AS) ke Asia Barat, George Mitchell berharap, Palestin akan meneruskan rundingan damai dengan Israel, walaupun Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) semalam menggesa Presiden Mahmoud Abbas menarik diri daripada rundingan, kata

"Di sebalik wujud perbezaan, kedua-dua pihak (Israel-Palestin) diharap dapat meneruskan perbincangan dalam usaha mengukuhkan keadaan agar mereka boleh meneruskan rundingan langsung," katanya kepada pemberita selepas bertemu Presiden Mesir, Hosni Mubarak, di sini hari ini.

Mitchell tiba di Kaherah, semalam sebagai sebahagian kunjungan ke Asia Barat bagi menyelamatkan proses rundingan damai berkenaan.

Rundingan yang diusahakan AS itu bermula pada 2 September lalu, namun berada di ambang kegagalan selepas Israel enggan melanjutkan tempoh pembekuan selama 10 bulan ke atas pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat yang berakhir minggu lalu.

PLO semalam menggesa Abbas menarik diri daripada rundingan damai itu berikutan tindakan Israel yang tetap meneruskan aktiviti pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin.

Dalam usaha memecah kebuntuan, Mitchell bertemu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Baitulmaqdis kelmarin, diikuti Abbas di Ramallah pada hari yang sama, sebelum melakukan kunjungan ke negara-negara Arab dengan harapan pemimpin rantau itu dapat meyakinkan pemimpin Palestin untuk meneruskan rundingan damai dengan Israel.

Kunjungannya dimulakan dengan melawat Qatar disusuli Mesir sebelum dijangka bertemu Raja Abdullah di Jordan, hari ini.

Semalam, jurucakap Abbas - Nabil Abu Rudeina berkata, pihaknya tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan langsung dengan Israel jika ia meneruskan pembinaan penempatan haram di atas tanah Palestin yang dijajah, yang juga lokasi di mana penduduk Palestin mahu menubuhkan negara Palestin.

Rudeina berkata demikian selepas selesai pertemuan dengan jawatankuasa eksekutif PLO di Ramallah.

Abbas menegaskan bahawa beliau akan menarik diri daripada rundingan itu jika pembekuan pembinaan penempatan haram Yahudi tidak dilanjutkan, tetapi Netanyahu bertegas rundingan perlu diteruskan.

Penduduk Palestin berkata, perkembangan pembinaan penempatan haram di kawasan Palestin yang dijajah Israel sejak 1967, akan membuatkan penubuhan negara Palestin menjadi mustahil.

Kira-kira 500,000 orang Yahudi tinggal di kawasan tersebut yang dituntut sebagai negara Palestin dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin. - AFP

Sumber

AMERIKA: Pusat Islam New York berciri moden



Lakaran pusat Islam yang dikeluarkan oleh SOMA Architects kelmarin bercirikan reka bentuk moden merakamkan pemandangan luaran pusat tersebut yang dirancang dibina dekat Ground Zero di New York. - AP


NEW YORK 3 Okt. - Lakaran pusat Islam yang dirancang pembinaannya dekat Ground Zero di sini menggambarkan ia mempunyai ciri-ciri reka bentuk moden yang lebih futuristik dan menarik.

Gambar lakaran yang dipamerkan di laman web rasmi projek tersebut masih di peringkat cadangan, tetapi pemajunya telah menyatakan hasrat untuk menggunakan reka bentuk yang santai dan kosmopolitan di tapak kontroversi itu.

"Kami mahu ia menggabungkan ciri-ciri reka bentuk Islam dan moden bandar New York, selain mengekalkan konsep kehijauan yang menenangkan.

"Saya yakin selepas ia siap sepenuhnya, tidak ada mana-mana pihak yang akan menganjurkan piket untuk membantah pembinaannya kerana reka bentuknya yang moden," kata pemajunya, Sharif El-Gamal.

Kata Sharif, upacara pecah tanah projek itu mungkin diadakan dua atau tiga tahun lagi, tetapi beliau berharap, ia dapat dilakukan secepat mungkin.

Empat tingkat daripada pusat Islam setinggi 16 tingkat itu, akan dilengkapi dengan pusat sukan, jimnasium dan kolam renang, manakala satu tingkat lagi akan dijadikan pusat penjagaan dan tempat permainan kanak-kanak.

Bangunan berkenaan juga akan dilengkapi beberapa buah restoran, kelas memasak, studio rakaman, pusat pameran dan auditorium yang disediakan untuk penganjuran upacara kebudayaan.

Menurut Sharif, pihaknya merancang untuk menyediakan kemudahan yang membolehkan masyarakat setempat melakukan pelbagai aktiviti termasuk melakukan senaman harian serta tempat untuk pasangan muda beragama Islam mengadakan temu janji makan malam.

Dewan solat dua tingkat pula akan dibina terletak di tingkat bawah pusat Islam itu.

Di tingkat 12 bangunan itu pula akan menempatkan memorial bagi memperingati mangsa yang terkorban dalam serangan 11 September dan ia akan dibuka kepada semua pelawat dari pelbagai agama. - AP

Sumber

IINDONESIA siasat punca kemalangan kereta api

JAKARTA 3 Okt. - Polis Indonesia dan pegawai pengangkutan hari ini melancarkan siasatan bersama berhubung insiden perlanggaran kereta api di Jawa Tengah, semalam yang mengorbankan 36 nyawa dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.

"Polis dan suruhanjaya keselamatan pengangkutan sedang menyiasat sekiranya terdapat faktor kecuaian dalam kejadian tersebut.

"Kita akan menyiasat punca kejadian sama ada ia disebabkan individu yang mengawal kereta api tersebut atau pihak yang bertanggungjawab menetapkan laluan perjalanan. Siasatan akan mengambil masa kira-kira seminggu," kata jurucakap polis kebangsaan, Marwoto Soeto kepada AFP.

Bagaimanapun, Pengerusi Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT), Tatang Kurniadi berkata, siasatan menyeluruh hanya akan disiapkan dalam masa antara tiga hingga empat bulan.

"Kita perlu mengambil kira semua aspek, faktor manusia dan mekanikal. Kita juga perlu menyiasat keseluruhan sistem sebelum membuat kesimpulan sama ada insiden itu melibatkan kecuaian manusia atau faktor lain," katanya.

Polis melaporkan, seramai 36 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera teruk selepas sebuah kereta api merempuh bahagian belakang sebuah lagi kereta api yang berhenti di Stesen Petarukan Pemalang, Jawa Tengah awal pagi semalam.

Insiden tersebut berlaku ketika kebanyakan penumpang sedang tidur di dalam sebuah kereta api yang berhenti di stesen tersebut sebelum sebuah lagi kereta api dari Jakarta tiba-tiba melanggarnya pada pukul 3 pagi waktu Indonesia (pukul empat pagi waktu Malaysia).

Akibat perlanggaran tersebut, kereta api yang terlibat remuk dan rosak teruk dan serpihannya bertaburan di tempat kejadian.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono turut mengarahkan satu siasatan menyeluruh dijalankan dan berkata, hukuman akan dikenakakan sekiranya insiden itu didapati berpunca daripada kecuaian. - AFP

Sumber

Saturday, October 2, 2010

Yasir Habib, Si Syiah Penghina Sahabat

Dalam beberapa waktu terakhir ini, umat Islam terpaksa mengalami berbagai tragedi dan goncangan hebat akibat serangkaian aksi berupa sikap atau pernyataan yang menghina Islam dan umat Islam. Setidaknya dalam bulan September lalu, goncangan itu datang dari dua orang iaitu pastor Terry Jones yang menyerukan hari pembakaran Al-Quran pada peringatan kesembilan peristiwa 9/11 dan dari Yasir Habib seorang da'i dan ulama Syi'ah kondang yang sekarang bermukim di London.

Kita tidak akan cuba membongkar siapa itu Terry Jones, kerana sosoknya telah terkenal di mana-mana setelah aksi dan idea gilanya yang menyerang Islam secara terang-terangan.

Mengenal sosok Yasir Habib

Lelaki kelahiran Kuwait tahun 1979 ini, menjadi semakin terkenal setelah ceramah-ceramahnya di London secara terang-terangan menghina Ummul mukminin Aisyah. Sosok Ummul Mukminin Sayyidah Aisyah, RA ia tuduh dengan tuduhan yang "tidak-tidak". Dalam tuduhannya itu, Habib bahkan telah melanggar batas-batas etika.

Yasir Habib adalah seorang da'i dan ulama muda Syi'ah yang berasal dari Kuwait. Pada bulan Disember tahun 2004, dirinya bermigrasi ke London. Sebelumnya pada bulan November tahun 2003, dia pernah ditangkap dan dipenjara selama satu tahun oleh pemerintah Kuwait atas tuduhan 'mengutuk' sahabat terkemuka dan isteri Rasulullah, Abu Bakar, Umar dan Aisyah Radiallahuanhum, sehubungan dengan rakaman ceramah tertutup peribadinya.

Pada bulan Februari 2004 dia dibebaskan di bawah pengampunan tahunan yang diumumkan oleh Amir Kuwait pada kesempatan Hari Nasional negara, tetapi kemudian ditangkap kembali beberapa hari kemudian. Yasir al-Habib kemudian 'melarikan diri' dari Kuwait sebelum dia dijatuhi hukuman in absentia untuk hukuman 25 tahun penjara.

Menjelang akhir September, pemerintah Kuwait mencabut hak kewarganegaraan Yasir Habib selain alasan penghinaan terhadap para sahabat dan isteri Rasulullah, dia juga memiliki kewarganegaraan berganda Kuwait-Britain yang menurut aturan pemerintah Kuwait hal tersebut dilarang.

Masih menjelang akhir September, pemerintah Kuwait telah meminta pihak interpol untuk menangkap Yasir Habib dan menyerahkannya ke Kuwait untuk diadili. "Kami terpaksa meminta interpol bertindak berdasarkan permintaan dari jaksa penuntut umum Kuwait untuk membawa Habib ke pengadilan di Kuwait," kata menteri dalam negeri Kuwait Syaikh Jabir Al-Khalid pada waktu itu.

Namun ada yang menarik dari kes Yasir Habib ini, para ibu di Morocco banyak memberikan nama anak perempuan mereka yang baru lahir dan akan lahir dengan nama Aisyah, merujuk kepada nama isteri Rasulullah yang telah dinistakan oleh Yasir Habib. Para ibu tersebut menyatakan bahawa tindakan mereka ini sebagai jawaban sederhana atas penghinaan Habib terhadap ummul mukminin Aisyah, Ra.

Bahkan laman Mafkarah Islam, memuat sebuah tulisan yang berjudul Yasir Habib: Salman Rushdi Baru. Penulis artikel tersebut terang-terangan menyamakan Yasir Habib dengan Salman Rushdi sang penghina Islam tersebut. Menurut penulis, tujuan utama dari penyerangan Habib terhadap citra dan sosok Sayyidah Aisyah, Ra itu sendiri salah satunya adalah untuk menjungkirkan kredibiliti Alqur'an yang diimani umat Muslim sebagai kitab suci dan petunjuk mereka. Tentu saja, perlakuan semacam ini hanya akan dilakukan oleh orang-orang yang tidak mengimani dengan apa yang telah Allah turunkan dalam kitab suci tersebut, juga oleh orang-orang non-Muslim.

Namun ada fenomena yang menarik dari tragedi penghinaan Yasir Habib terhadap ummul mukminin Aisyah, Ra. Jika pada kes pastor Terry Jones yang berencana hendak membakar kitab suci umat Islam Al-Quran mendapat banyak kecaman dari seluruh kalangan umat di dunia bahkan dari Vatikan dan dewan gereja Amerika, namun kes penyerangan terhadap sosok Sayyidah Aisyah yang dilakukan oleh Habib justru tidak mendapat reaksi apa-apa dari para petinggi Syi'ah.

Hal tersebut menunjukkan jika para petinggi Syiah sebenarnya merasa redha dan setuju atas apa yang dikatakan oleh Habib. Jika tidak, maka dengan apa lantas kita boleh menafsirkan sikap diam mereka? Dan dengan demikian pula, lalu apa bezanya antara Yasir Habib dengan Salman Rushdi? Mereka berdua sama-sama telah melecehkan Islam.

Banyak fakta yang menyebutkan bahwa kalangan Syi'ah sangat membenci sahabat-sahabat utama Rasulullah seperti Abu Bakar, Umar dan yang lainnya berikut penghinaan mereka terhadap ummul mukminin Aisyah, Ra. Namun hairannya masih banyak orang di kalangan umat ini yang masih 'berbaik sangka' dengan Syi'ah setelah apa yang telah mereka lakukan terhadap tokoh-tokoh yang terhormat di mata umat Islam ini.

Bahkan mereka bisa sangat tersinggung dan murka apabila 'tokoh-tokoh' Syi'ah dilecehkan namun di sisi lain mereka tenang-tenang saja mendengar dan membaca serta mengetahui jika kalangan Syi'ah dengan tanpa perasaan menyebut ummul mukminin Aisyah sebagai pelacur, atau menyebut Abu Bakar dan Umar sebagai penjahat dan sebagainya.

Untuk hal ini ada beberapa kemungkinan yang bisa kita simpulkan, kemungkinan pertama karena jahil (bodoh) tentang ajaran agama Islam, kemungkinan kedua mereka bukan Islam dan kemungkinan terakhir adalah mereka adalah pengikut Syi'ah itu sendiri! Wallahu a'lam.(fq/ags/imo/aby/wiki)

sumber

ACHEH - 2 Wanita Dihukum Sebat


TUKANG sebat wanita melibaskan rotan terhadap Murni di luar sebuah masjid di Jantho, Aceh, semalam. - AFP


BANDA ACEH 1 Okt. - Dua wanita di wilayah Aceh menjalani hukuman sebat hari ini kerana kesalahan menjual makanan pada waktu berpuasa bulan Ramadan lalu.

Beratus-ratus penduduk berhimpun untuk menyaksikan Murni Amris, 27, dikenakan tiga sebatan dan Rukiah Abdullah, 22, menerima dua sebatan di sebuah masjid di bandar Jantho, ke tenggara ibu kota, Banda Aceh.

"Kedua-dua wanita didapati menjual nasi di sebuah gerai pada waktu tengah hari pada bulan Ramadan. Syariah melarang penjualan makanan pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadan," kata ketua polis Syariah Aceh, Marzuki Abdullah.

Murni memiliki gerai tersebut dan Rukiah dipercayai pekerjanya.

Aceh di utara Sumatera adalah antara beberapa kawasan di Indonesia yang melaksanakan undang-undang Islam. - AFP

sumber

INDONESIA Kecam Festival Homoseksual

JAKARTA 1 Okt. - Majlis Ulama Indonesia hari ini menyifatkan homoseksual sebagai mencabuli hak asasi manusia dan menggesa kerajaan mengharamkan festival homoseks dan lesbian yang sedang berlangsung di negara ini.

Majlis itu dalam satu kenyataan berkata, hak manusia yang diberikan oleh Allah ialah berkahwin antara lelaki dan wanita sementara berkahwin sesama jenis adalah haram.

Badan tertinggi Islam di negara ini turut mengecam pusat budaya asing kerana menayangkan filem-filem berunsur homoseksual di kawasan persendirian, tiga hari selepas berpuluh-puluh pertubuhan Islam mengadakan protes di luar kawasan festival itu diadakan.

"Kami menolak penayangan filem-filem yang mengandungi kehidupan homoseksual kerana bertentangan dengan nilai-nilai budaya Islam dan Indonesia.

"Wakil-wakil asing termasuk pusat budaya Jerman dan Perancis perlu menunjukkan rasa hormat kepada kedaulatan negara ini. Mereka tidak sepatutnya membawa budaya yang bertentangan dengan nilai-nilai tempatan," kata pengerusi Majlis Ulama Indonesia, Ma'ruf Amin.

Institut Goethe Jerman, Yayasan Jepun, Erasmus House of The Netherland dan Pusat Budaya Perancis sedang menayangkan filem-filem berunsur homoseksual, sementara festival itu dianjurkan oleh penduduk tempatan terbabit.

Festival Q! ini merupakan edisi keenam dan menjadi festival terbesar seumpamanya di Asia dan satu-satunya di dunia Islam, menunjukkan Indonesia sebagai negara yang secara umum mempunyai fahaman sederhana dan bertoleransi.

Bagaimanapun konservatisme semakin kuat dan lantang.

Menteri Komunikasi, Tifatul Sembiring kelmarin meletakkan komennya dalam laman web Twitter menuduh 'kegiatan seks sumbang ini' sebagai punca penyebaran penyakit AIDS dan memetik ayat al-Quran yang membaling batu kepada kaum ini.

Kira-kira 150 filem dari lebih 20 negara termasuk Perancis, Jepun dan Filipina akan ditayangkan pada festival selama sebulan ini, yang bermula Jumaat lalu. - AFP

sumber

Friday, October 1, 2010

Israel Culik 500 Anak2 PALESTIN Setahun

Ansar Al-Asra, sebuah organisasi hak asasi manusia, melaporkan Khamis (30/9) bahwa Israel menculik sekitar 500 tahanan Palestin di bawah usia 18 tahun setiap tahunnya dan masih ada sekitar 310 dari mereka di penjara-penjara Israel.

Organisasi ini menegaskan bahawa Israel telah menciptakan undang-undang militer rasis yang memungkinkan untuk melakukan penangkapan dan penyiksaan terhadap tahanan Palestin, menambahkan bahwa pengutukan antarabangsa berulang kali tidak menghalangi Israel dari melakukan pelanggaran tersebut.

Ansar Al-Asra mencatat bahawa Israel mengidentifikasi anak-anak Palestin sebagai mereka yang di bawah usia 16, sementara anak-anak Israel sebagai orang-orang di bawah usia 18 tahun dan menggunakan nomor hukum 132 untuk membenarkan penangkapan dan penuntutan anak-anak Palestin.

Beberapa pelanggaran Israel disebutkan dalam laporannya mengatakan bahawa anak-anak Palestin di penjara-penjara Israel terancam jika mereka tidak bekerja sama mereka akan diperkosa dan dibunuh atau keluarga mereka akan dirugikan, dan kadang-kadang mereka ditempatkan di ruangan khusus dengan penjahat dewasa yang menekan mereka. (fq/pic)

sumber