Tuesday, November 30, 2010

INDONESIA: Gunung Bromo terus keluar asap tebal



Gambar yang diambil daripada pesawat Tentera Udara Indonesia merakamkan gunung berapi Bromo menghambur asap tebal dan bahan volkanik ke udara, semalam. - AP


JAKARTA 29 Nov. - Gunung berapi Bromo di Jawa Tengah terus mengeluar kepulan asap tebal sehingga memaksa lapangan terbang di Malang ditutup hari ini.

Lapangan terbang tersebut, yang terletak di sebuah bandar sejauh 25 kilometer di sebelah barat gunung berapi tersebut akan ditutup sehingga 4 Disember ini, kata jurucakap kementerian pengangkutan, Bambang Ervan.

Gunung berapi setinggi 2,329 meter tersebut kembali aktif minggu lepas mengeluarkan serpihan volkanik. Kali terakhir ia meletus ialah pada 2004, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Letusan Bromo paling besar dicatatkan adalah pada 1974.

Ahli vulkanologi kebangsaan, Surono memberi amaran kemungkinan letusan besar akan berlaku selepas ini. - AP

Sumber

MESIR: Penyokong Ikhwanul Muslimin anjur protes



Anggota polis Mesir menembak gas pemedih mata ke arah penyokong calon ikhwanul muslimin yang mengadakan tunjuk perasaan di Kaherah sebagai membantah pilihan raya parlimen mesir, kelmarin. - AP


KAHERAH 29 Nov. - Beratus- ratus penyokong Ikhwanul Muslimin mengadakan bantahan di luar pusat-pusat pengiraan undi di beberapa bandar utama, bergelut dengan polis dan mengecam apa yang mereka dakwa sebagai penipuan meluas dalam pilihan raya Parlimen di Mesir, ketika kerajaan dilihat mengukuhkan lagi penguasaan ke atas perundangan.

Bantahan di Kaherah dan Iskandariah, bandar pesisiran Laut Mediterranean, menutup hari pengundian dengan ramai pemantau bebas dilarang memasuki pusat pengundian ketika timbul laporan mendakwa berlaku penipuan dan pembelian undi.

Di beberapa tempat lain, calon kerajaan secara terang-terangan memberi wang dan makanan kepada pengundi berhampiran pusat pengundian.

Pilihan raya Parlimen, semalam menimbulkan persoalan mengenai pemilihan Presiden yang dijadual diadakan pada tahun depan, yang telah berlarutan hampir 30 tahun lalu.

Presiden Hosni Mubarak, 82, mengalami masalah kesihatan dan menjalani pembedahan awal tahun ini tetapi parti beliau menyatakan beliau akan bertanding untuk satu lagi penggal selama enam tahun.

Rakyat Mesir semakin lantang menyuarakan rasa kurang senang dengan kenaikan harga barangan, gaji yang rendah dan masalah pengangguran serta kemiskinan ketika perkembangan ekonomi hanya menguntungkan golongan rakyat kelas atasan.

Kira-kira 1,200 penyokong Ikhwanul Muslimin ditangkap menjelang penundian semalam dan menyaksikan perarakan kempen pembangkang diganggu pasukan keselamatan. - AP

Sumber

Monday, November 29, 2010

Tahanan Wanita PALESTIN Diseksa

Seorang tahanan wanita Palestin brnama Sumoud Karrajeh, 22 tahun, mengatakan dirinya mengalami penyerangan dan siksaan hingga menderita luka parah oleh pasukan Israel dari unit penjara Nahason selama pemindahannya dari penjara ke pengadilan militer awal bulan ini.

Karrajeh mengatakan kepada sebuah organisasi hak asasi manusia bahwa dirinya dipindahkan oleh tentera Nahason pada 8 November lalu dari penjara Damon ke penjara Ramle untuk diadili di pengadilan militer, namun selama pemindahan tersebut, tentara Israel yang terdiri dari laki-laki dan wanita, menyita barang miliknya dan ingin dirinya telanjang.

Dia menambahkan bahawa ketika itu dia sangat menolak pemeriksaan tubuhnya yang memerlukan bajunya dilucutkan, para perajurit dan sipir wanita mulai dengan keras memukulnya di seluruh tubuhnya dan menariknya ke atas dengan memborgolnya berkali-kali yang menyebabkan rasa sakit yang mengerikan dan memar di berbagai bahagian tubuhnya, menambahkan mereka terus melakukan hal itu sampai dia hampir pengsan.

Wanita muda Palestin ini mencatat bahawa salah seorang askar, yang namanya "Sahar", menarik jilbab dari kepalanya, terus mencekeknya di lehernya, memukul dan mendorongnya ke lantai, meludahi dirinya dan menyeretnya dengan kasar.

Tahanan itu menambahkan bahawa setelah adanya serangan fizik, dia dikurung di sel kecil yang kotor penuh dengan kecoak dan menderita kesakitan tergeletak di lantai tanpa selimut atau kasur.

Dalam konteks ini, komite nasional yang lebih tinggi untuk mendukung tahanan sangat mengutuk serangan fisik terhadap Karrajeh, mengatakan tindakan ini membuktikan tingkat kekerasan dan kekejaman yang digunakan oleh tentara Israel terhadap tahanan Palestin.

Komite ini menekankan bahzwa telah ada kesepakatan autoriti pendudukan Israel dengan tahanan wanita untuk menghormati privasi mereka, namun hal itu dilanggar, menambahkan bahwa insiden ini bukan yang pertama dari jenisnya, di mana banyak wanita Palestin di penjara-penjara Israel dipukuli dan diseksa seperti yang terjadi sebelumnya dengan tahanan Abeer Odeh di penjara Ramle.

Komite mencatat bahawa unit sipir penjara Israel sering melakukan serangan-serangan terhadap tahanan wanita, tetapi hanya beberapa insiden yang dilaporkan oleh media. (fq/pic)

sumber

2 Pakar Nuklear IRAN Terbunuh

Seorang ilmuwan nuklear Iran maut, dan seorang lagi mengalami luka parah, akibat sebuah bom yang ditanamkan di kereta yang ditumpangi secara terpisah. Peristiwa hari Isnin ini, berlangsung di ibukota Teheran, Iran, demikian laporan media tempatan.

Fars telivisyen telah menuduh AS dan Israel, disebalik pembunuhannya seorang ilmuwan nuklear Iran, dan seorang lainnya yang mengalami luka-luka. Media telivisyen itu menuduh agen AS dan Israel dengan menggunakan motor menyerang kedua ilmuwan di Teheran. Dua orang ilmuwan nuklear itu, yang terbunuh adalah Majid Shahriari, dan yang mengalami luka-luka adalah Fereydoun Abbasi, keduanya profesor di Universiti Behesti Teheran. Sementara itu, Abbasi bersama mengalami luka-luka dan dirawat sakit di Teheran.

Sebuah website yang pro-pemerintah Iran, menyatakan, bahawa Abbasi mempunyai Phd dibidang nuklear, dan menjadi ahli di kementerian pertahanan Iran. Keduanya merupakan ilmuwan yang paling top di Iran dibidang nuklear. Keduanya dengan keahlian berhasil memisahkan nuklear isotop.

Abbasi merupakan anggota Garda Revolusi, yang sangat masyhur di Iran, yang memiliki kekuatan militer yang hebat, dan Abbasi juga memberikan kuliah di Universiti Imam Husien, yang merupakan bagian dari kementerian pertahanan Iran.

Januari 2010, seorang ilmuwan nuklear Iran juga terbunuh. Profesor Massoud Ali-Mohammad terbunuh. Ali Mohammad terbunuh dengan bom yang menggunakan remote kontrol yang diletakkan di sebuah motor.

Februari 2000i, koran Daily Telegraph, yang terbit di Britain, melaporkan bahawa Israel melakukan pembunuhan terhadap ilmuwan nuklear Iran, kerana dianggap menjadi ancaman serius. Agen-agen Mossad juga berada dibalik kematian Ardeshire Hassanpour, seorang ilmuwan yang paling terkemuka Iran dibidang nuklear. (m/hrtz)

sumber

MALAYSIA - Pengikut Islam Jamaah Ditahan

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mendakwa 21 individu pengikut ajaran sesat Islam Jamaah (IJ) termasuk enam warganegara Indonesia dan dua rakyat Bangladesh yang ditahan di sebuah surau di Sungai Tangkas, Kajang Jumaat lalu.

NONEPengarah JAIS Datuk Mohamed Kushrin Munawi berkata semua mereka akan didakwa di Mahkamah Syariah Kajang esok kerana kesalahan menunaikan solat Jumaat tanpa kebenaran serta mengikut imam yang tidak mendapat tauliah dari jabatan agama Islam negeri itu.

"Semua mereka berumur antara 29 dan 50 tahun menunaikan solat Jumaat tidak cukup jemaah iaitu kurang daripada 40 orang selain membaca khutbah dalam Bahasa Arab yang dipetik daripada koleksi buku terbitan mereka sendiri bukan mengikut teks daripada Jais," katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata mereka akan didakwa mengikut Seksyen 12 (c) dan 13 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana melanggar fatwa Jabatan Fatwa Selangor dan bagi setiap kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan menggunakan bangunan bagi perkara yang hanya boleh digunakan di masjid, mereka dituduh mengikut Seksyen 97 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) di mana boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

jais jabatan agama islam selangor 271106Sementara itu, Kushrin berkata ketua ajaran itu Abdul Wahab Jantan, 41, masih diburu JAIS kerana beliau dipercayai berada di Solo, Indonesia bagi tujuan mendalami ajaran berkenaan semasa serbuan dilakukan.

Beliau berkata JAIS telah melakukan pemerhatian terhadap gerakan ajaran sesat itu sejak setahun lepas dan menunggu masa serta bukti yang sesuai untuk melakukan serbuan.

Katanya, beberapa barang bukti dirampas untuk tujuan pendakwaan seperti teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan sendiri IJ, mimbar, set pembesar suara, risalah Islam Jemaah serta 15 keping surat pernyataan taubat yang dibuat dalam upacara "taubat".

Selain itu, ajaran berkenaan turut dipercayai menjadi sindiket ejen nikah tidak sah berikutan penemuan beberapa dokumen mengenai pasangan yang mahu dinikahkan oleh pemimpin kumpulan berkenaan.

"Kita percaya terdapat kira-kira 1,000 pengikut ajaran IJ yang masih aktif di negeri ini yang dipercayai beroperasi di Sungai Tangkas, Kajang, Padang Jawa dan Sungai Udang, Klang, Bagan Hailam, Pelabuhan Klang dan Bandar Baru Hicom, Shah Alam," katanya.

Dipercayai ajaran IJ diperkenalkan di Jawa Timur, Indonesia pada tahun 1941 oleh pengasasnya yang dikenali sebagai Haji Nurhasan al-Ubaidah atau nama sebenarnya, Mohd Madigol Ab Aziz.

Antara ciri-ciri ajaran sesat ini adalah pengikut IJ adalah orang Islam sebenar dan orang lain dianggap kafir, najis mughallazah seperti najis anjing tidak perlu disamak, binatang yang mati dalam kawasan kampung orang Islam tidak perlu disembelih dan halal dimakan dan tulang babi tidak haram.

Ajaran itu juga percaya dosa boleh diampunkan dengan mengisi borang tebus dosa yang disahkan oleh pemimpin.

- Bernama

sumber

Pilihan raya Parlimen di MESIR

KAHERAH 28 Nov. - Rakyat Mesir mula mengundi hari ini dalam pilihan raya Parlimen yang dicemari dengan tindakan keras ke atas pembangkang utama dan media bebas serta ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung keengganan kerajaan membenarkan kemasukan pemantau antarabangsa.

Parti pimpinan Presiden Hosni Mubarak, Parti Demokratik Kebangsaan dijangka kekal menguasai dewan yang mempunyai 508 kerusi.

Lebih 1,000 penyokong Ikhwanul Muslimin ditahan sepanjang kempen, tindakan paling keras pernah dilakukan untuk menutup mulut pengkritik sejak Mubarak mula berkuasa 30 tahun lalu.

Polis dan kumpulan bersenjata mengganggu kempen pergerakan itu malah menyerang anggota Parlimennya, dalam apa yang dilihat sebagai usaha kerajaan memusnahkan pembangkang.

Pilihan raya Parlimen terakhir Mesir yang diadakan pada 2005 turut dicemari keganasan yang meragut 10 nyawa, ekoran kumpulan yang mengamuk kerana cuba memasuki pusat pengundian yang ditutup polis bagi menghalang pengundi pembangkang. - AP

Sumber

PAKISTAN: Pesawat kargo terhempas



pasukan bomba Pakistan bertungkus lumus memadamkan kebakaran setelah sebuah pesawat kargo buatan Rusia terhempas dekat Lapangan Terbang Karachi sebaik-baik ia berlepas, semalam. - AFP


KARACHI 28 Nov. - Sebuah pesawat kargo membawa lapan orang terhempas di kawasan perumahan di Karachi hari ini, bagaimanapun angka korban belum dapat dipastikan.

Ketua polis Karachi Fayyaz Leghari berkata, lapan orang dipercayai terbunuh, sementara perkhidmatan ambulans memberitahu tiada mangsa yang terselamat.

Televisyen Express 24/7 pula melaporkan seramai 10 orang terbunuh.

Menurut jurucakap pihak berkuasa Penerbangan Awam, Pervez George, pesawat itu terhempas selepas baru seminit berlepas dari lapangan terbang Karachi.

George berkata, pesawat kargo milik Rusia itu dalam penerbangan ke ibu negara Sudan, Khartoum dan kesemua anak kapalnya adalah warga negara Rusia.

Pesawat itu melanggar sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di kompleks perumahan tentera laut dan menyebabkan beberapa bangunan berhampiran yang tidak dihuni terbakar.

Pasukan penyelamat bagaimanapun berjaya mengawal kebakaran itu.

"Pada mulanya kami menyangka ia satu kebakaran, tetapi sebaik-baik sahaja tiba di tempat kejadian, baru kami menyedari ia adalah nahas pesawat," kata seorang penduduk tempatan, Nisar Ali. - REUTERS

Sumber

Pesawat Zionis Serang Utara Gaza

Pesawat-pesawat tempur Israel telah dilaporkan menyerang bahagian utara Jalur Gaza, yang telah berada di bawah sekatan Tel Aviv yang melumpuhkan sejak 2007.

Pasukan Israel juga melancarkan serangan darat di Jalur Gaza dengan kereta kebal dan buldozer, seorang koresponden Press TV melaporkan pada hari Khamis lalu (25/11).

Minggu lalu, pesawat tempur Israel melakukan serangan udara terhadap terowongan bawah tanah Rafah di bagian selatan Jalur Gaza.

Para pejabat Palestina mengatakan jet tempur Israel menghancurkan dua terowongan yang menghubungkan kota Rafah ke negara tetangga Mesir dalam sebuah serangan udara.

sumber

ALGERIA Kempen Larang Buku2 Salafi Wahhabi

Menurut informasi dari pegawai dan lembaga yang mengurus industri buku di Algeria, mereka telah melancarkan kempen pelarangan terhadap buku-buku yang berasal dari luar negeri yang menyerukan idea-idea 'fundametalis' Islam, dalam langkah yang dirancang untuk mengekang ideologi tersebut berkembang.

Menurut kantor berita Reuters, gerakan Islam Salafi Wahhabi yang berakar dari Arab Saudi, mengharamkan muzik dan mengikuti tradisi barat dan juga lebih memilih untuk menjauh dari mengambil bahagian dalam politik.

Algeria selama bertahun-tahun tidak memperdulikan gerakan Wahhabi, namun pihak berkuasa telah memusatkan perhatian mereka pada trend perkembangan Salafi Wahhabi baru-baru ini, termasuk penolakan dari beberapa ulama Salafi Wahhabi untuk berdiri sewaktu lagu kebangsaan Algeria dikumandangkan.

Instruksi pelarangan masuknya buku-buku Salafi Wahhabi telah dikeluarkan oleh Kementerian Agama dan Wakaf serta kementerian kebudayaan yang telah ditujukan kepada petugas bea cukai.

Petugas bea cukai dalam menerapkan larangan tersebut, telah melakukan aksi swiping dengan mencari buku-buku Salafi Wahhabi yang dijual dalam pameran-pameran buku. Selain itu banyak aktivis Salafi yang mengenakan baju khas dan berjanggut yang menghadiri pameran buku internasional tahunan di Algeria, turut diinterogasi oleh petugas.(fq/imo)

sumber

MESIR Makin Gawat Menjelang Pilihan Raya

Menjelang pilihanraya parlimen Mesir hari Minggu ini (28/11), tindakan keras meluas pada kelompok-kelompok pembangkang utama terus berlanjut, laporan mengatakan.

Pada hari Jumaat lalu pengadilan Alexandria menghukum 11 anggota kelompok oposisi selama dua tahun penjara untuk kempen pilihanraya, AFP melaporkan.

Pegawai pengadilan mengatakan para aktivis yang divonis semuanya anggota kelompok Ikhwanul Muslimin.

Tokoh senior Ikhwan sangat mengutuk tindakan represif pemerintah terhadap kelompok oposisi.

sumber

TAJIKISTAN Tutup 28 Masjid

Pihak berkuasa di Tajikistan telah menutup 28 masjid yang dianggap beroperasi secara ilegal.

Masjid, yang semuanya berada di wilayah Darvaz wilayah Gorno-Badakhshan di pusat negeri itu, ditutup kerana tidak mendaftar semula di bawah undang-undang baru tentang organisasi keagamaan.

Tempat-tempat ibadah Muslim yang berlokasi di kota-kota dan desa-desa di seluruh kawasanini akan tetap ditutup sampai mereka memenuhi persyaratan undang-undang baru, pejabat berita Ferghana.ru melaporkan pada hari Jumaat lalu.

Pegawai pemerintah juga membahagi-bagikan kepada penduduk 400 CD percuma yang menunjukkan sebuah filem dokumentari buatan negara yang mendakwa bahawa anak muda Tajik yang menghadiri madrasah (sekolah agama) yang berubah menjadi 'teroris'.

sumber

Saturday, November 27, 2010

Hamas : Usaha Obama Hanya Buang Masa

Pegawai Tinggi Hamas menilai usaha Presiden AS Barack Obama menjambatani pembicaraan damai baru terkait konflik Israel-Palestina cuma buang-buang waktu. Kerana faktanya, pemerintahan Obama tidak berani mengambil tindakan tegas untuk menghentikan pembangunan pemukiman ilegal Yahudi yang dilakukan Israel di wilayah Palestin.

"Waktu kita terbuang percuma oleh Obama yang mencuba meyakinkan bahwa proses negosiasi itu akan membuahkan hasil," kata Juru Bicara Hamas Mahmud Zahar.

Ia menegaskan bahawa penentangan bersenjata adalah satu-satunya cara yang paling efektif bagi Palestin untuk mengusir Israel dari wilayah pendudukan di Tebing Barat. "Jika ada perlawanan yang nyata terhadap Israel, maka Israel akan angkat kaki," tukas Zahar.

Ia mencontohkan mundurnya militer Israel dan angkat kakinya orang-orang Yahudi dari pemukiman mereka di Gaza tahun 2005. "Itu bukan kerana keinginan mereka sendiri tapi karena adanya perlawanan yang militan dari para pejuang Palestin di Gaza," tandasnya.

Presiden AS Barack Obama berusaha melakukan pendekatan terhadap Israel dan Pihak Berkuasa Palestin agar keduanya mau kembali ke meja perundingan. Mereka sepakat untuk mencapai kesepakatan dalam satu tahun ini. Tapi rencana itu gagal akibat ulah Israel yang lagi-lagi berkhianat dengan melanjutkan projek pembangunan ilegalnya di wilayah Palestin di Tepi Barat.

sumber

PALESTIN - Masjid di Yazra Diratakan

NABLUS, 26 Nov: Agensi Berita Palestin, Ma’an, semalam (25 November) melaporkan jentolak (bulldozer) Israel telah meratakan sebuah masjid di persekitaran Yazra di bahagian timur pusat bandar Tebing Barat Tuba.

Tentera Israel mendakwa bahawa masjid itu dibina tanpa mendapat keizinan pihak berkuasa, lapor laman web Haluan Palestin.

Tuba adalah sebuah bandar kecil Palestin di Tebing Barat timur laut, terletak hanya 21 kilometer (13 batu) timur laut Nablus, beberapa kilometer barat Sungai Jordan.

Ahmad As’ad, seorang pegawai Palestin, menyatakan bahawa tentera Israel menyerang kawasan yang dianggap sebagai lapangan latihan ketenteraan, dan mereka menyatakan bahawa kawasan ditutup kerana ianya kini zon tentera.

Kemudian mereka telah menghancurkan satu-satunya masjid yang ada di kawasan itu.

Masjid tersebut dibina pada tahun 1967 dan warga penduduk telah memperbesarkan kawasan masjid itu dengan dua bilik tambahan.

As’ad menambah bahawa warga penduduk memiliki surat-surat rasmi yang membuktikan kebenaran untuk pembangunan masjid di kawasan tersebut pada tahun 1967, dan kedua-dua bilik itu ditambah kerana peningkatan jumlah penduduk yang hadir ke masjid tersebut.

sumber

Friday, November 26, 2010

300,000 haji sudah pulang

JEDDAH: Bilangan jemaah asing yang sudah pulang ke negara mereka setakat ini ialah 300,000 orang, menurut laporan pegawai daripada Kementerian Haji.

“Lebih 1.2 juta jemaah masih berada di Makkah dan 180,000 lagi berada di Madinah menziarahi Masjid Nabawi. Semua jemaah asing akan meninggalkan Arab Saudi mengikut jadual yang ditetapkan,” kata Setiausaha Rendah Hal-Ehwal Haji di kementerian terbabit, Hatim Qadi, semalam. Hatim berkata, kementerian berpuas hati dengan pengurusan haji tahun ini.


“Prestasi pengendalian pihak kerajaan yang terbabit dengan urusan haji musim ini jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya,”kata Hatim. Menurutnya, proses menghantar jemaah ke Madinah dan kemudian dibawa pulang turut berjalan lancar.

Pejabat Ejen Kesatuan yang bertanggungjawab menyediakan pengangkutan jemaah ke lapangan terbang menjangkakan pertambahan jumlah bagasi ketika jemaah pulang, lapor sumber pejabat itu. - Agensi

Sumber

PALESTIN - Tembok Ratapan Bukan Milik Yahudi

Seorang pegawai tinggi Autoriti Palestin telah menerbitkan sebuah laporan yang mengatakan bahawa Tembok Barat di Kota Tua Jerusalem tidak memiliki arti keagamaan tertentu untuk orang Yahudi dan pada kenyataannya, tembok tersebut masuk dalam warisan properti umat Muslim.

Selama beberapa Dasawarsa arkeolog Yahudi mendakwa bahwa Tembok Barat, tempat suci di mana orang Yahudi dapat berdoa, adalah tembok penahan dari kuil yang didakwa Yahudi berdiri 20 abad yang lalu. Termasuk kompleks masjid Al-Aqsha dibangun di atas reruntuhan kuil itu.

Dakwaan terbaru tentang Kuil, semakin menggema posisi yang diambil di masa lalu oleh para pemimpin Palestin termasuk Yasser Arafat akan dakwaan pemilikan tembok yang dianggap suci oleh yahudi tersebut.

sumber

Muslim Sunni di IRAQ Hanya Pencuci Tandas

Iraq sudah hampir tidak beza lagi dengan Iran sekarang. Demonstrasi sedikit saja, hukumannya penjara. Atau tidak mustahil, hukuman mati. Namun ini hanya berlaku untuk orang non-Syiah saja. Seperti yang terjadi pada Tariq Aziz, Saadoun Shakir, Dan Abid Hamoud.

Ketiga orang ini melakukan demonstrasi, protes frontal terhadap pemerintahan Iraq sekarang ini yang dikuasai oleh Syiah sepenuhnya. Tariq Aziz beragama Kristian sedangkan dua yang lainnya merupakan Islam Sunni—musuh besar Syiah.

Jurubicara pengadilan, Abdul Saheb yang merupakan Syiah sejati mengatakan bahawa “aksi mereka itu untuk menghancurkan Syiah selama tahun 1980-an.”

Setelah invasi AS ke Iraq tahun 2003, Syiah automatik mengambil alih semua subjek kehidupan bernegara, mulai dari polis, tentera, bank, sekolah, birokrasi, pemerintahan, dan yang paling utama—sistem peradilan dan undang-undang. Warga Sunni Iraq diberitakan menjadi pembersih toilet di pengadilan.

Padahal di zaman Saddam Hussein, walaupun tak diperlakukan dengan cukup baik, warga Syiah di Iraq hampir tak pernah diganggu hak-hak dan keperluannya. (sa/yahoonews)

sumber

Nenek Obama Doakannya Masuk Islam

Nenek kepada presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata beliau memanjatkan doa supaya pemimpin negara itu memeluk Islam, lapor sebuah akhbar hari ini.

"Saya berdoa supaya cucu saya Barack memeluk Islam," kata Sarah Omar, 88, dalam satu temuramah dengan akhbar harian Al-Watan Saudi di Jeddah selepas beliau menunaikan ibadat haji.

Akhbar itu melaporkan bahawa Sarah berada di Arab Saudi untuk menunaikan haji bersama anaknya yang juga bapa saudara kepada Obama, Saeed Hussein Obama, serta empat lagi cucunya.

Sarah memberitahu akhbar itu bahawa beliau hanya dapat mengulas mengenai perkara melibatkan ibadah haji dan memberi komen berkaitan politik Obama.

Keluarga berkenaan menjalankan ibadah berkenaan dengan ehsan kerajaan Arab Saudi. Saeed berterima kasih kepada pemerintah Arah Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz atas "layanan mesra" itu, laporan akhbar berkenaan.

Pungutan pendapat awam di AS pada Ogos mendedahkan bahawa satu daripada lima orang warganya percaya bahawa Obama merupakan seorang muslim.

Pandangan itu dinafikan keras oleh White House yang menegaskan bahawa Obama merupakan seorang kristian yang "komited."

- AFP

sumber

HAITI perlu lebih ramai doktor



Beberapa orang penduduk yang diserang taun dirawat di hospital Charles Colimon di Petite Riviere. - AFP


PORT-AU-PRINCE 25 Nov. - Haiti memerlukan lebih banyak jururawat dan doktor asing untuk membantu mengurangkan kematian akibat wabak taun yang kini sukar dikawal.

Kira-kira 1,000 jururawat terlatih dan sekurang-kurangnya 100 lagi doktor diperlukan segera bagi membendung wabak tersebut yang melanda negara miskin ini hampir setahun selepas digegarkan oleh satu gempa bumi kuat Januari lalu.

Wabak itu telah membunuh lebih 1,400 penduduk Haiti dalam tempoh lima minggu dan angka kematian meningkat berpuluh-puluh orang setiap hari.

Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hal-Ehwal Kemanusiaan, Valerie Amos berkata, semua pihak ternyata perlu memperhebatkan usaha, tetapi ini bukan soal kewangan sahaja.

"Tidak kurang penting ialah tenaga manusia daripada segi mendapatkan khidmat lebih ramai doktor dan jururawat, serta mereka yang dapat membantu usaha meningkatkan kesedaran dan menyebarkan maklumat," katanya semasa lawatan ke sini untuk meningkatkan kempen membasmi taun.

Angka kematian sebenar mungkin mencecah 2,000 orang, kata pegawai PBB.

Beratus-ratus ribu penduduk Haiti dijangka dijangkiti penyakit itu dan wabak mungkin berlarutan selama setahun, sekali gus merumitkan lagi usaha pemulihan berikutan gempa bumi pada 12 Januari lalu.

Amos berkata, PBB akan menghubungi negara dan pertubuhan bantuan yang boleh menghantar kakitangan perubatan dengan segera, misalnya Cuba yang sudah pun menempatkan kira-kira 400 doktor dan kakitangan kesihatan lain di Haiti.

Walaupun menghadapi krisis kesihatan, Haiti akan meneruskan pilihan raya Presiden dan Parlimen mengikut jadual pada Ahad ini, sementara PBB dan pertubuhan bantuan bertungkus-lumus cuba mendapatkan lebih banyak dana dan bantuan antarabangsa bagi memerangi wabak itu.

Hospital dan pusat rawatan di seluruh negara ini penuh sesak dengan pesakit taun dan ramai pesakit dirawat di pekarangan bangunan dan di dalam khemah. - Reuters

Sumber

Thursday, November 25, 2010

Al-Quran dari SAUDI Ada Kesalahan

JEDDAH: Kementerian Hal-Ehwal Islam memberi amaran mengenai kehadiran naskhah al-Quran dari luar negara yang mengandungi kesalahan yang tidak disengajakan mahupun disengajakan di Arab Saudi, lapor akhbar bahasa Arab Al-Hayat, semalam.

Kementerian dilaporkan mengeluarkan surat pekeliling kepada pihak kastam mengatakan Kompleks Raja Fahd yang mencetak al-Quran sudah meneliti bahawa naskhah al-Quran yang dicetak di luar negara dan diedarkan syarikat penerbitan Saudi mengandungi kesilapan kerana sesetengah surah dicetak berulang kali dan ada juga yang tiada.


Pihak berkuasa di lapangan terbang, pelabuhan dan pusat imigresen di sempadan diarahkan untuk menghalang naskhah kitab suci itu dibawa masuk ke Arab Saudi.

Pegawai cawangan kementerian terbabit di Al-Baha, Nasser Al-Badran memberitahu Al-Hayat pengharaman itu dibuat ekoran penemuan kesilapan yang disengajakan mahupun tidak disengajakan dalam naskhah al-Quran dari luar negara. “Sesetengah individu sengaja meletakkannya di dalam masjid walaupun tahu ia mempunyai kesilapan,” kata Nasser.


“Terdapat kesilapan dalam percetakan yang membawa maksud berbeza dan kesalahan ejaan hingga makna satu-satu surah itu salah,” tambah Nasser. - Agensi

sumber

3 Ditembak Mati di SELATAN THAI

Seorang guru agama dan dua ahli politik Muslim di wilayah Narathiwat, Thailand Selatan maut ditembak sekelompok orang bersenjata yang menyergap kenderaan mereka dalam perjalanan usai melakukan pertemuan rutin dengan dengan para pegawai militer Thailand.

Polisi di Narathiwat Mayor Kolonel Chaitat Intanoojit mengatakan, ketiga Muslim itu baru saja meninggalkan basis militer Thailand--tempat pertemuan berlangsung--ketika van mereka disergap dan ketiganya ditembak hingga mati. Ia menuding kelompok pemberontak Islamis yang melakukan serangan tersebut, meski belum ada pihak yang mendakwa bertanggung jawab atas peristiwa itu.

Provinsi Narathiwat, Yala dan Pattani yang kaya akan sumber alam ini adalah tiga provinsi di Thailand Selatan yang majoriti penduduknya Muslim. Sejak enam tahun lalu situasi keamanan di provinsi ini tidak stabil akibat konflik antara pasukan militer Thailand dengan kelompok separatis di wilayah itu. Lebih dari 4.300 orang baik dari kalangan Muslim dan Budha terbunuh akibat konflik tersebut.

Pengerahan tentera dan polisi serta pemberlakukan aturan keamanan yang ketat oleh pemerintah Thailand tidak mampu meredakan aksi-aksi kekerasan di wilayah itu, mulai dari penembakan, serangan bom, pemenggalan kepala yang sasarannya orang-orang Buddha dan Muslim yang dianggap bersekutu dengan pemerintah Thailanf. Polisi, tentera, pegawai pemerintah dan guru, kerap menjadi korban serangan kelompok bersenjata di ketiga provinsi Muslim di Thailand Selatan itu.

Ironisnya, aksi penembakan yang mengorbankan tiga Muslim Narathiwat pada Rabu (24/11) terjadi hanya sehari setelah militer Thailand mengumumkan akan mengurangi pasukannya di Narathiwat kerana aksi-aksi kekerasan di sana dinilai sudah mereda. (ln/rts)

sumber


SATU UMAT : Siapa yang membunuh mereka sebenarnya?...

Ikhwan JORDAN Bantah Penggambaran Bogel di Laut Mati

Kelompok Islam Ikhwanul Muslimin Jordan mengutuk keras kegiatan penggambaran sebuah produk iklan minuman energi di wilayah Laut Mati, di mana dalam iklan itu ditampilkan gadis-gadis muda berpakaian 'minim' serta adegan yang menjurus ke perbuatan seks.

Jurucakap Ikhwan Jordan, Jamil Abu Bakar menggambarkan kegiatan penggambaran iklan ini merupakan tindakan kejahatan dan meminta pemerintah Jordan untuk menghentikan kegiatan itu dan meminta pertanggungjawaban kepada mereka yang melakukan penggambaran dan yang mengizinkannya.

Dalam sebuah pernyataan kepada akhbar "Iris" Jordan, Abu Bakar mengatakan: "Tindakan ini bertentangan dengan Konstitusi Jordan, yang menyatakan bahawa agama negara adalah Islam yang mesti dihormati oleh seluruh rakyat, dan kegiatan pembuatan iklan di Laut Mati bertentangan dengan konstitusi Jordan sendiri," katanya.

Laporan media Jordan menyebutkan bahawa perusahaan yang beroperasi di bidang periklanan telah menggunakan gadis-gadis telanjang dalam pembuatan iklan propaganda mereka untuk produk komersial di wilayah Laut Mati - yang merupakan tempat pelancongan paling terkenal di Jordan - dan kegiatan pembuatan iklan itu telah menarik kritik dari warga Jordan kerana faktanya bahawa apa yang terjadi dalam proses pembuatan iklan tersebut justru "tidak terjadi di negara-negara Barat."

Seorang pegawai senior di sebuah hotel di Laut Mati ke pada laman "Jafra News," mengatakan bahawa dalam undang-undang di beberapa negara-negara Barat malah melarang praktek-praktek seperti itu terjadi dalam fasiliti umum."

Pegawai itu menekankan bahawa "sekelompok orang bertelanjang sedang melakukan penggambaran adegan pornografi," sedangkan penggambaran adegan tersebut "terjadi di ruangan yang terbuka" dalam usaha untuk mempromosikan beberapa produk minuman energi.(fq/imo)

sumber

Penganut Kristian MESIR Mengamuk

KAHERAH 24 Nov. - Seorang terbunuh apabila lebih 200 penganut Kristian Qibti melontar batu ke arah polis, merosakkan kereta dan memecahkan tingkap sebagai membantah keengganan pihak berkuasa Mesir membenarkan mereka menyiapkan pembinaan gereja baru, hari ini.

Sumber keselamatan berkata, mangsa yang maut adalah seorang daripada penunjuk perasaan, namun tidak menyatakan bagaimana kejadian berlaku.

Katanya, seramai 25 orang cedera dan 85 daripada mereka ditahan dalam pertempuran di bandar Giza, berdekatan dengan piramid selepas pihak berkuasa menghalang pembinaan gereja yang dilakukan tanpa permit.

Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan demonstrasi.

Penganut Kristian Qibti merupakan 10 peratus daripada 79 juta penduduk Mesir dan permit gereja kerap menjadi punca ketegangan kerana mereka mendakwa tidak diberi kebebasan untuk membina tempat ibadat.

Akhbar Mesir menyatakan pihak berkuasa menghalang kerja pembinaan kerana gereja itu tidak mempunyai permit tetapi penganut Koptik menyatakan kebenaran telah diberikan dan kerja disambung semula tanpa sebarang peralatan mesin yang dihalang daripada memasuki tapak itu. - REUTERS

sumber

Tuesday, November 23, 2010

Masjid Tertua JERMAN Dilontar Molotov

Masjid tertua di Jerman pada Jumaat (19/11) mengalami serangan yang mengakibatkan kebakaran dan kerosakan material sbernilai € 60.000.

Serangan itu terjadi ketika sejumlah orang tak dikenal melemparkan bom molotov ke dalam masjid Citeleyk di pinggiran ibukota Jerman Berlin sehingga menyebabkan kebakaran kecil dan menghancurkan masjid dan kerugian material diperkirakan hingga 60 ribu euro.

Mengomentari serangan ini, Menteri Urusan Politik di Internal Pemerintah Daerah Berlin "Aerhardt Corting" mengungkapkan penyesalannya, menekankan bahawa tidak ada kompromi dengan para penyerang masjid dan polis akan melakukan yang terbaik untuk menangkap para penyerang sesegera mungkin .

Masjid "Citeleyk" yang merupakan masjid tertua di Berlin dan Jerman dibangun oleh Kekhalifahan Utsmani pada masa pemerintahan Khalifah al-Aziz II tahun 1760 -. Sebelumnya Kaisar Jerman Friedrich 1712 1785 telah membangun masjid ini, yang semula untuk tamu negara warga Prusia yang mereka adalah Muslim dan masjidnya dibangun dari kayu, kemudian oleh Khalifah Utsmani Sultan Abdul memerintahkan pembangunan masjid dengan batu bata dan diiringi oleh dua menara.

sumber

PALESTIN - Petani Dipukul Askar Zionis

Seorang petani Palestin mengatakan dia dipukul oleh tentara Israel pada Jumaat pagi lalu, setelahd ia meminta mereka untuk membuka pintu gerbang pertanian dan memungkinkan dia masuk ke tanah pertanian di desa Tebing Barat utara Az-Zawiya, sebelah barat dari Salfit.

Mu'taz Ribhi Abu Nab'a, 22 tahun, mengatakan insiden tersebut terjadi jam 11:30, saat dia menunggu untuk menyeberangi gerbang menuju ke tanah pertaniannya, di sisi yang jauh dari tembok pemisah.

Sekelompok pasukan Israel yang terdiri dari lelaki dan wanita menolak untuk membiarkan dia melewati gerbang. Sebaliknya, kata dia, tentera malah memukulnya, menggeledahnya dan kemudian mengikat tangannya sebelum akhirnya mengirim dia ke sebuah pangkalan militer.

sumber

Sejadah Bercorak Babi. Kebetulan?

Sejadah corak babi


pix_middle

SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.

Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.

“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.


“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.

“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.

sumber

Monday, November 22, 2010

Abbas tolak pembekuan ketepi pembinaan haram di Baitulmaqdis

KAHERAH 21 Nov. - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas terus berkeras untuk tidak menyertai sebarang rundingan damai dengan Israel jika pembinaan haram Yahudi tidak dihentikan, termasuk projek penempatan sedemikian di Baitulmaqdis Timur.

Pemimpin Palestin itu turut mengutuk Amerika Syarikat (AS) yang cuba memujuk Israel untuk membekukan lebih banyak projek penempatan haram di Tebing Barat dengan pulangan faedah politik dan keselamatan.

Abbas menegaskan yang beliau tidak mahu mempunyai kaitan dengan perjanjian sebegitu,

"Kami tidak akan menerima sebarang projek penempatan haram di seluruh wilayah Palestin termasuk di Baitulmaqdis," kata beliau kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Rundingan damai langsung antara Israel dan Palestin bersambung semula pada 2 September lalu, tetapi menemui jalan buntu selepas tiga minggu kerana tamatnya pembekuan 10 bulan projek penempatan penduduk Yahudi di Tebing Barat.

Walaupun perjanjian itu tidak termasuk perumahan haram di Baitulmaqdis Timur, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan agar ia dilakukan secara rahsia bagi mengelak dari kekacauan politik.

Tindakan Netanyahu itu bagaimanapun menerima tentangan daripada pemimpin pembangkang.

Dalam perbincangan dengan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton minggu lalu, beliau mencadangkan agar Netanyahu bersetuju menghentikan projek penempatan itu selama 90 hari.

Sebagai balasan, AS akan memberi 20 buah jet pejuang F-35 bernilai AS$3 bilion (RM9.3 bilion) kepada Israel.

Bagaimanapun, Abbas mengutuk usaha AS berdiplomasi dalam hal ini.

"AS telah dimaklumkan yang kami tidak mahu mereka menawarkan apa sahaja kepada Israel supaya mereka bersetuju dengan perbincangan ini," kata Abbas lagi. - AFP

Sumber

FILIPINA: Bulusan hambur debu kali keenam



PENDUDUK memerhatikan hamburan debu Gunung Bulusan yang terletak di wilayah Sorsogon, tengah Filipina, semalam. - REUTERS


MANILA 21 Nov. - Beratus-ratus penduduk terpaksa melarikan diri selepas gunung berapi Bulusan di Filipina hari ini menghamburkan debu yang menghujani kampung-kampung di sekitarnya.

Penduduk di dua kampung dekat Gunung Bulusan meninggalkan rumah mereka selepas kepulan abu menjulang kira-kira dua kilometer ke udara dari gunung setinggi 1,565 meter itu.

Ia merupakan letusan debu keenam sejak beberapa minggu kebelakangan ini namun tidak ada bahaya letusan besar, kata pakar gunung berapi kerajaan.

"Penduduk yang dipindahkan adalah mereka yang paling terdedah kepada ancaman abu seperti kanak-kanak, golongan tua, wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak," kata ketua kawalan bencana, Jose Lopez kepada televisyen ABS-CBN.

Mangsa dibawa ke sekolah-sekolah kerajaan yang digunakan sebagai pusat penempatan sementara, katanya.

Lebih 750 penduduk telah meninggalkan rumah masing-masing sejak Gunung Bulusan mula menghamburkan abu pada 6 November lalu.

Seorang lelaki yang menghidap asma meninggal dunia akibat abu dari gunung itu pada 11 November lalu. - AFP

Sumber

Lapangan terbang Jeddah sesak

JEDDAH 21 Nov. - Pegawai tinggi Saudi Arabian Airlines menyalahkan kesesakan sepanjang dua hari lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz (KAIA) ke atas penyedia perkhidmatan haji yang tidak membuat perancangan rapi untuk membawa penumpang dari Mekah ke lapangan terbang.

"Kesesakan dan pertambahan jemaah haji untuk kembali ke negara-negara Teluk dan destinasi domestik di KAIA semalam dan kelmarin disebabkan kesilapan jadual membawa jemaah yang mahu berlepas ke lapangan terbang.

"Akibat kesilapan penyedia perkhidmatan haji itu, Saudi Arabian Airlines terpaksa merombak jadual penerbangan dan menyediakan penerbangan lain," kata penolong ketua pengarah syarikat penerbangan itu, Abdullah al-Ajhar.

Abdullah turut menafikan laporan beberapa laman web yang mengatakan Kuwait menghantar sebuah pesawat untuk membawa rakyatnya pulang dan menyifatkannya tidak berasas.

"Jemaah haji Kuwait dan beberapa jemaah lain pulang ke negara asal menggunakan penerbangan alternatif yang dikendalikan oleh Arab Saudi.

"Tidak ada sebarang penerbangan dari negara Teluk tiba di sini untuk membawa pulang jemaah haji yang telah menunggu di KAIA selama 20 jam," katanya lagi.

Beliau dalam pada itu berkata enggan mengulas berkenaan laporan palsu.

"Kami menguruskan penerbangan domestik dan antarabangsa untuk lebih setengah juta jemaah haji. Saya tidak menolak akan berlaku sebarang kesilapan, tetapi kami akan akan cuba sebaik mungkin untuk memperbetulkan kesilapan yang timbul dan menyelesaikan masalah pada peringkat awal." tegas Abdullah.

Beberapa laman web melaporkan Kuwait dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) membawa pulang rakyat masing-masing selepas jemaah haji dibiarkan menunggu di lapangan terbang Jeddah selama 15 jam. - AGENSI

Sumber

Sunday, November 21, 2010

Sejarah Kekejaman Ariel Sharon

Volkskrant, akhbar ketiga terbesar di Belanda telah melaporkan kesaksian dari seorang sutradara Yahudi-Belanda yang terkenal, George Sluizer.

Dalam kesaksiannya tersebut Sluizer (yang saat ini berusia 78 tahun) menyatakan bahawa dia menyaksikan dengan mata kepala sendiri dua warga Palestia ditembak mati dengan pistol dari jarak dekat oleh Ariel Sharon pada tahun 1982 di dekat kem pelarian Sabra-Shatilla.

"Saya bertemu dengan Sharon dan melihat dia membunuh dua anak dalam jarak hanya 10 meter di depan mata saya," katanya.

Sluizer mengingati kejadian ini terjadi pada bulan November tahun 1982, ketika Sharon menjadi menteri pertahanan Israel.

Sebelum menduduki pos menteri, Sharon juga komandan di Angkatan Darat Israel sejak awal negara Yahudi berdiri pada tahun 1948.

Sluizer mengatakan kepada akhbar Israel Haaretz, bahawa juru kameranya Fred van Kuyk, yang meninggal beberapa tahun yang lalu, juga menyaksikan penembakan sadis yang dilakukan Sharon tersebut.

Pada tahun 1983, Sluizer sempat mengajukan dua gugatan terhadap Sharon, satu gugatan ke Mahkamah Internasional di Den Haag dan yang lainnya ke Pengadilan Eropah tentang Hak Asasi Manusia di Strasbourg.

Yossef Levy, juru cakap senior Kementerian Luar Negeri Israel, menyebut tuduhan Sluizer adalah bohong dan memalukan. "Hal ini sulit untuk dipercaya bahawa setiap orang yang waras akan menganggap tuduhan serius semacam ini hanyalah fitnah modern berdarah, yang tidak didukung oleh bukti yang kuat," bantah Levy.

Sharon menjadi perdana menteri Israel pada tahun 2001, 18 tahun setelah Sluizer mengatakan dia mengajukan tindakan undang-undang terhadapnya.

Sluizer telah membuat beberapa dokumentari tentang konflik Israel-Palestin, dan ia terkenal setelah menyutradarai filem bertajuk The Vanishing dengan Jeff Bridges dan Kiefer Sutherland pada tahun 1992.

Sebagai akibat kekejaman Sharon pada masa lalu, sebagai hukuman dari Allah, Sharon saat ini antara hidup dan mati alias menjadi mayat hidup dan mengalami kondisi koma selama lima tahun.(fq/aby)

sumber

Thursday, November 18, 2010

Makam Harry Porter di Israel!

Apa dan siapa Harry Potter? Di Israel, ternyata terdapat sebuah makam dengan bernisan nama Harry Potter. Ia adalah seorang seorang askar Inggeris yang mati pada tahun 1939, namun yang menarik, makamnya itu menarik para pelancong ke kota terpencil Israel itu, Ramle.

Makam itu ternyata menarik banyak pelancong. Seperti yang diketahui, novel Harry Potter yang ditulis oleh JK Rowling menarik perhatian dunia. Tidak hairan, jika makam perajurit yang bernama sama ini menjadi pusat perhatian sekarang ini, disebabkan apalagi kalau bukan kerana petunjuk terhadap Israelnya itu.

"Tidak ada hubungan dengan Harry Potter dari literatur, tapi nama itu memang menjual," kata Ron Peled, pemandu pelancong yang mengatakan dia telah membawa banyak orang untuk berziarah ke kuburan itu.

Perajurit Harry Potter lahir di Birmingham, England, dan menyertai militer Inggeris pada tahun 1938. Menurut laman resimennya, dia datang ke Palestin akhir tahun itu, dan dia terbunuh dalam pertempuran dengan kelompok bersenjata pada tahun 1939. Dia saat itu berusia 18 tahun.

Pada suatu petang baru-baru ini, sekelompok pengunjung Israel, dipimpin oleh seorang pemandu pelancong yang memegang mikrofon, menjelajahi makam itu. Begitu mereka menemukannya di antara 4.500 kuburan yang lain, mereka berkerumun di belakangnya dan mengambil foto.

"Ini adalah jenis ziarah untuk beberapa orang yang namanya bersuara di dunia. Jika anda tidak mengatakan bahawa Harry Potter dikuburkan di sini, tidak ada yang datang ke sini," kata Josef Peretz, 76, dari Tel Aviv.

Setiap tahun sekarang, ribuan pelancong mengunjungi Ramle, sebuah kota kelas pekerja di Israel tengah. Kebetulan, di kota itu terdapat banyak reruntuhan arkeologi dan lokasi yang indah, sama seperti setting yang digambarkan oleh Rowling dalam novelnya. (sa/haaretz)

sumber

Israel Bunuh 2 Beradik Pada Aidil Adha

GAZA CITY 18 Nov. - Tentera rejim zionis Israel melancarkan serangan udara dan membunuh dua beradik di Gaza City ketika umat Islam Palestin sedang menyambut Hari Raya Korban semalam, kata sumber perubatan dan jurugambar AFP.

“Mohammed Yassin terbunuh manakala adiknya, Islam yang parah mati tidak lama kemudian, apabila tentera rejim penjajah melancarkan serangan ke atas sebuah kereta di Samer dalam kawasan Gaza City,” kata jurucakap perkhidmatan kecemasan, Adham Abu Selmiya kepada AFP yang melihat mangsa di hospital Shifa.

Para saksi memberitahu, mereka nampak pesawat perang rejim penjajah Israel menembak ke arah sebuah kereta putih di mana kedua beradik itu berada, di pusat bandar berkenaan.

Minggu lalu di kawasan yang sama, pesawat perang rejim penjajah itu telah melancarkan serangan ke atas sebuah kereta dan membunuh pejuang kanan tentera Islam, Mohammed Al-Nemnem. - AFP

sumber

SOMALIA - 17 Maut 45 Cedera

MOGADISHU 18 Nov. - Sekurang-kurangnya 17 orang mati dan 45 lagi cedera dalam pertempuran antara pemberontak Islam dengan pasukan pengaman Kesatuan Afrika (AU) di ibu kota Mogadishu, Somalia semalam.

Para pegawai dan pemerhati berkata, puak pemberontak melakukan serangan pengeboman besar-besaran diikuti tembakan bertali arus ke atas kem pasukan pengaman AU dan membunuh orang-orang awam, “Kami telah mengangkat 17 mayat dan 45 orang awam yang cedera,” kata Ali Muse Sheikh, ketua perkhidmatan ambulans Mogadishu kepada agensi berita dpa Jerman.

Sebahagian besar serangan berlaku di dua buah pasar utama di Mogadishu. Lapan orang awam terbunuh bila serangan pasukan AU menghujani kawasan pasar Bakara yang sibuk, kata salah seorang saksi kepada dpa.

Kumpulan pemberontak Al-Shabaab sedang berjuang untuk menggulingkan pemerintahan kerajaan yang lemah dan dilindungi oleh AU. - Agensi

sumber

Wednesday, November 17, 2010

Solat Raya di GREECE Dikelilingi Poster Babi

Puluhan aktivis kanan-jauh dan penduduk tempatan melemparkan telur dan mengejek ratusan imigran Muslim yang tengah berkumpul untuk melaksanakan solat Aidil Adha di sebuah lapangan pusat yang dikelilingi oleh pelindung dengan penjagaan polis anti huru-hara.

Komuniti Muslim Athen tidak memiliki masjid rasmi dan oalat biasanya diadakan di pusat-pusat budaya atau balai masyarakat atau apartemen peribadi di seluruh kota.Komuniti Muslim di Yunani diperkirakan sekitar 1 juta orang, di negara di mana kebanyakan penduduknya adalah penganut Kristian Ortodoks Yunani.

Sementara umat Islam solat, beberapa penduduk setempat berteriak dengan kata-kata kotor dari balkon dan melambaikan bendera Greece. Leaflet yang menggambarkan seekor babi, yang merupakan binatang najis dan haram dalam Islam - tersebar di seluruh alun-alun.

"Ada sebuah masjid (rasmi) di dekat sini, tapi kami takut untuk pergi ke sana," kata seorang lelaki 30 tahun migran dari Bangladesh, yang meyebut namanya sebagai Shamasul. "Kadang-kadang orang Greece di lingkungan ini mengancam untuk membunuh kami."

Di lain tempat, lapangan sentral di depan universiti Athen, sekitar 2.000 Muslim lelaki dan wanita oalat dengan tenang di depan universiti neo-klasik dan di depan patung Yunani kuno.

Di masa lalu, usaha untuk membangun sebuah masjid di ibukota telah bertemu dengan oposisi dari penduduk setempat dan beberapa pastor dari gereja ortodoks Greece.

Namun, Uskup Agung saat ini mendukung pembangunan masjid dan pemerintah sosialis telah menyisihkan situs dekat dengan pusat kota, meskipun bangunan belum dimulai.

Masjid hanya di Yunani berada di wilayah timur laut Xanthi dekat perbatasan Turki, rumah bagi minoritas Muslim yang besar. (fq/reu)

sumber

MESIR Tangkap 600 Anggota Ikhwanul Muslmin

Seorang pegawai tinggi Ikhwanul Muslim mengatakan pasukan keamanan Mesir telah menangkap lebih dari 600 anggotanya menjelang pemilihan parlimen bulan ini.

Muhamad Mursi mengatakan polis melancarkan tindakan keras terhadap anggota kelompok Ikhwan setelah Ikhwan mengumumkan rencana untuk berperanan dalam pilihanraya.

Dia menambahkan bahawa sekitar 250 anggota Ikhwan masih ditahan.

"Penangkapan masih dilakukan. Seseorang pergi keluar untuk berkempen, ia mendapat pelecehkan dan ditangkap dan kemudian dibebaskan dalam beberapa hari," kata Mursi, yang memimpin kempen pemilihan kelompok Ikhwan.

Ikhwanul Muslimin - gerakan pembangkang terbesar di negara itu - membawa 134 calon untuk pemilihan pada 28 November mendatang.

Gerakan ini mendaftarkan mereka sebagai calon bebas untuk maju dalam pilihanraya setelah parti-parai keagamaan dilarang mengambil bahagian.

Kelompokpembangkang terbesar Mesir saat ini memegang seperlima dari kerusi di parlimen.

Pemerintah menuduh kelompok tersebut berusaha mengambil alih negara dan pemerintah telah melewati serangkaian perubahan konstitusi dalam upaya untuk mengurangi kemampuan Ikhwan untuk berpartisipasi dalam politik.

Organisasi keagamaan-politik ini (Ikhwan) dilarang pada tahun 1954 - 26 tahun setelah berdirinya - namun terus memainkan peranan penting dalam arena politik Mesir.

Dalam reaksi terhadap perkembangan terakhir di negara, tokoh pembangkang terkemuka Mesir dan mantan ketua nuklear PBB Mohamed ElBaradei mengatakan bahawa Kaherah tidak akan mampu mempertahankan aturan 'otoriter' nya.

"Rejim ini menjadi semakin tidak populer, semakin menyadari betapa banyak hal yang dibenci, yang paling otoriter menjadi dibenci," dikutip AFP ElBaradei mengatakan pada 30 Oktober 2010 lalu.

"Hal itu tidak boleh dipertahankan dalam jangka panjang, perubahan akan datang," tambahnya.

Pihak-pihak pembangkang mengatakan mereka ingin reformasi demokrasi di Mesir, di mana Presiden Husni Mubarak telah menguasai selama seperempat abad pemerintahan otoriter.

Sebuah koalisi kelompok hak asasi di Mesir mengatakan tindakan keras pemerintah terhadap calon oposisi akan mencegah pemungutan suara yang adil.(fq/prtv)

sumber

Kiswa Kaabah Ditukar

Kain penutup Kaabah yang dikenali sebagai 'Kiswa' diganti baru dalam satu majlis tahunan di Makkah yang disiarkan secara langsung oleh televisyen tempatan.

Menurut sebuah akhbar tempatan di Makkah, Saudi Gazette, majlis pemasangan Kiswa yang baru itu disempurnakan oleh para petugas dari Majlis Agung yang menjaga Hal Ehwal Dua Masjid Suci.

Kiswa baru berharga SR20 juta (100 Saudi Riyal bernilai kira-kira USD26.67) setinggi 14 meter yang diperbuat dari sutera serta bersulam benang emas itu dihasilkan di sebuah kilang khas.

Ia turut merangkumi satu langsir di bahagian pintu Kaabah yang diperbuat daripada sutera khas, enam setengah meter tinggi dan tiga meter lebar, yang dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang disulam indah dengan benang diperbuat daripada emas dan perak.

- Bernama

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1431 Hijrah

Assalamualaikum w.b.t.

Warga kerja laman info dan sejarah SATU UMAT mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1431 Hijrah kepada semua. Semoga berbahagia di sepanjang sambutan perayaan terbesar umat Islam ini.

Tuesday, November 16, 2010

PALESTIN - Israel Akui Roket Hamas Mampu Capai Tel Aviv

Seorang pegawai intelijen senior Israel hari Ahad kemarin (14/11) memperingatkan bahawa penguasa Hamas di Jalur Gaza telah memiliki roket yang dapat melakukan perjalanan hingga 80 km (50 mil) - jangkauan yang lebih jauh daripada yang dilaporkan sebelumnya (laporan sebelumnya menyebutkan hanya 60 km), yang akan menempatkan kota metropolis pesisir Tel Aviv dalam jangkauan roket tersebut.

Pegawai itu menyalahkan Mesir, dan mengatakan Mesir tidak melakukan cukup usaha untuk membendung penyeludupan senjata melalui jaringan terowongan di sepanjang perbatasan yang relatif singkat antara padang gurun Sinai dan wilayah Palestin. Namun seorang pegawai keamanan Mesir yang dihubungi menyatakan bahawa Mesir telah berhasil memerangi penyeludupan senjata ke Gaza.

Pegawai intelijen Israel itu mengatakan bahawa Hamas, yang menguasai Gaza pada tahun 2007, telah "melakukan usaha sangat besar untuk membangun kemampuan militer mereka ... membangun kemampuan roket mereka di Jalur Gaza, dan semua ini terjadi kerana satu hal yang penting yaitu: penyeludupan senjata melalui Mesir ke Jalur Gaza."

Mesir bersama dengan Israel, telah mengenakan embargo terhadap Gaza pada Jun 2007 setelah Hamas mengambil alih daerah tersebut, tetapi Israel dan Amerika Serikat telah berulang kali mendesak Mesir untuk berbuat lebih banyak untuk mencegah penyeludupan senjata ke wilayah itu.

"Sebahagian besar terowongan yang digunakan untuk menyeludupkan roket-roket dan bahan peledak dan senjata lainnya dalam area seluas tiga sampai empat kilometer, atau hingga 2,5 kilometer," kata pegawai, yang mengetahui rahsia informasi intelijen tingkat tinggi dan tidak mahu diidentifikasi namanya.

Meskipun Hamas 'sedikit' menghentikan serangan roket mereka sejak serangan militer Israel sengit di awal tahun 2009, para pegawai keamanan Israel mengatakan tujuan roket Hamas tetap untuk menyerang kota-kota Israel.

"Hari ini ada roket Hamas yang mampu mencapai 70 hingga 80 kilometer (45 sampai 50 mil) dari Jalur Gaza ... jadi itu bererti bahawa kita sedang duduk di sini dan bicara dan tiba-tiba roket jatuh di kepala kita dalam waktu lima minit," kata pegawai tersebut.

Kisaran Itu bererti bahawa roket Hamas boleh mencapai Tel Aviv, pusat perdagangan dan budaya Israel. Sekitar 2 juta orang tinggal di daerah Tel Aviv, yang dulu pernah disasarkan oleh Saddam Hussein Iraq dengan rudal Scud selama Perang Teluk 1991.

Hasil pengkajian menunjukkan bahawa Hamas telah meningkatkan kemampuan militer mereka dalam beberapa bulan terakhir. Penilaian terdahulu tersebut menyebutkan bahawa kemampuan jangkauan roket Hamas berkisar hanya 60 atau 70 kilometer, atau sekitar 40 sampai 45 mil.

Pejabat itu menambahkan bahawa intelijen Israel percaya bahawa tetap menjadi tujuan jangka panjang dari Hamas untuk menghancurkan Israel dan untuk mendirikan khalifah Islam, tidak hanya di Timur Tengah tetapi di Eropa juga.(fq/hrzt)

sumber

Pendidikan Seks di Sekolah2 MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 16 Nov: PAS mendakwa cadangan kerajaan mahu melaksanakan pendidikan seks bermula sekolah rendah pada tahun hadapan, tidak lebih untuk kepentingan kroni Umno BN dan bukan ikhlas mahu mengatasi masalah pembuangan bayi.

Bagi PAS, cadangan itu bukan satu penyelesaian konkrit malah dilihat peluang untuk kroni Umno merebut projek mencetak buku dan alat bantu mengajar sahaja.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad dalam satu kenyataan berkata, PAS merasa pelik tindakan kerajaan yang memperkenalkan pendidikan seks dalam usia yang begitu muda iaitu sejak sekolah rendah.

Sedangkan, seks adalah naluri yang Allah anugerahkan kepada semua manusia yang hidup di atas muka bumi ini dan apa yang perlu diterapkan ialah bagaimana cara mengawal diri, adab pergaulan lelaki dan perempuan, akhlak dan cara berpakaian.

"Sepatutnya kerajaan perlu bertindak bagi mengawal gejala pembuangan bayi dengan menyekat punca berlaku perzinaan seperti mengawal penyiaran televisyen, iklan, filem, majalah lucah yang menjadi penyumbang kepada gejala perzinaan.

"PAS berpadangan ia lebih kepada orientasi perniagaan. Bukankah pemimpin umno BN adalah orang yang pakar menyamun harta rakyat dengan cara terhormat dan terlepas daripada undang-undang," katanya.

Tambahnya lagi, seketika dahulu heboh mengenai remaja lepak, rempit, maka di kemukakan Program Rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang memberi projek segera kepada kroni Umno.

Kemudian, Umno katanya 'buat-buat bising' mengenai pencapaian pelajar dalam Bahasa Inggeris, sehingga mngemukakan cadangan agar pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris.

Namun projek-projek tersebut akhirnya hanya merugikan wang rakyat namun tiada kesan besar yang boleh dibanggakan.

"Lesap wang rakyat kepada kroni untuk LCD dan note book hampir RM6 bilion.

"Sekarang heboh pula buang bayi maka dikemukakan mata pelajaran seks. Sudah pastilah syarikat kroni sedang menunggu mangsa untuk membaham pula," katanya lagi.

Beliau turut mempersoal sikap pemimpin Umno yang dilihat seperti perihatin terhadap akhlak dan moral masyarakat, sedangkan katanya, Umno jugalah yang menjadi penaja besar kepada program penyumbang keruntuhan akhlak.

Umno juga katanya seperti lebih senang jika rakyat rosak akhlak, kerana mereka tidak peduli kepada permasalahan negara dan penyelewengan dalam pentadbiran.

"Kementerian Pelajaran hendak mencadangkan pendidikan seks di sekolah rendah, seiring dengan cadangan untuk mengadakan hub hiburan malam, bukankah ini idea Pak Pandir namanya.

"Ibarat tangan kanan meletak baja manakala tangan kiri meletak racun," katanya.

SUMBER

MALAYSIA - Isu Murtad Bapa Murid

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Kerajaan perlu bersikap lebih tegas dalam menangani isu murtad termasuk yang terbaru melibatkan Beginda Minda atau nama Islamnya, Nor Azman Abdullah bagi memastikan kesucian agama terpelihara.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Md. Salleh Ahmad berkata, kelonggaran daripada aspek penguatkuasaan dikhuatiri menyebabkan kemunculan individu-individu yang secara terang-terangan mengaku murtad.

Jelasnya, keadaan itu memperlihatkan agama Islam tidak diberi pembelaan yang sewajarnya sehingga begitu mudah diperlekehkan pihak tidak bertanggungjawab.

"Di Malaysia kita tidak pernah menjalankan undang-undang Islam yang sebenarnya kepada mereka yang murtad.

"Kebanyakan mereka terlepas begitu sahaja dan ini menunjukkan kelemahan penguatkuasaan perundangan Islam di negara ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas status agama bapa kepada murid berusia 10 tahun yang mendakwa dirotan pihak sekolah kerana membawa nasi goreng berlaukkan sosej babi ke Sekolah Kebangsaan St. Thomas, Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Nor Azman yang membuat pengakuan secara terbuka memberitahu dia telah murtad dan menukar nama kepada Beginda Minda sejak 1999.

Bagaimanapun, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan bahawa Beginda masih beragama Islam kerana ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pernah memeluk agama itu.

Pendakwah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah pula berkata, Jakim perlu memainkan peranan penting dalam mengenal pasti punca ahli PKR itu mendakwa dirinya telah keluar daripada Islam.

Katanya, siasatan secara terperinci akan memberi gambaran yang lebih jelas berhubung tindakannya sama ada dilakukan secara sukarela atau terpaksa.

"Jika dia mengisytiharkan dirinya bukan lagi beragama Islam, kita perlu mengetahui mengapa dia mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Dia perlu diberi nasihat dan bimbingan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Sekiranya dia masih lagi bertegas dengan kenyataannya, maka tindakan tegas perlu diambil agar tiada pihak yang berani mempersendakan agama Islam selepas ini," katanya.

Dalam pada itu Timbalan Dekan Institut Pemikiran Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, berkata, langkah memberi nasihat dan bimbingan kepada Beginda lebih sesuai dijalankan berbanding mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Jelasnya, sebagai saudara baru, Nor Azman berkemungkinan menghadapi kekeliruan sehingga dia bertindak mengeluarkan kenyataan tidak lagi beragama Islam dan masalah itu sewajarnya diberi perhatian oleh semua pihak.

"Jangan terus guna tindakan undang-undang tetapi gunakan kebijaksanaan dalam mengatasi masalah ini. Oleh itu dia perlu diberi nasihat dan nasihat itu wajar diberikan oleh mereka yang diyakininya," katanya.

sumber

Korban taun di HAITI kini 917 orang


PORT-AU-PRINCE 15 Nov. - Angka korban akibat wabak taun di Haiti meningkat kepada lebih 900 termasuk kematian di ibu negara ini yang sesak, ketika penularan penyakit berjangkit itu tidak menunjukkan tanda-tanda reda, kira-kira dua minggu menjelang pilihan raya Presiden.

Pegawai Kementerian Kesihatan melaporkan lebih 120 kematian baru sejak angka korban terakhir dikeluarkan sebelum ini, manakala pihak berkuasa dan agensi bantuan antarabangsa berusaha mengawal krisis terbaru yang melanda negara Caribbean miskin ini.

Hampir sebulan selepas wabak taun dilapor berlaku, angka korban rasmi meningkat kepada 917 semalam, meningkat 121 berbanding 796 Jumaat lalu.

Pertambahan jumlah kematian itu agak mendatar dan bukan mendadak, tetapi ia membayangkan kesukaran untuk mengawal penularan wabak berkenaan di sebuah negara yang terdesak mendapatkan kemudahan serta perkhidmatan kesihatan yang lebih baik.

Ketika kebimbangan cabaran kesihatan berikutan bencana gempa bumi yang berlaku hampir setahun lalu semakin meningkat, Haiti turut berhadapan kesukaran menjelang pilihan raya dua minggu lagi di tengah-tengah siri bencana yang berlaku.

Menurut Kementerian Kesihatan, enam daripada 10 wilayah di Haiti dilanda wabak taun dengan seramai 14,642 pesakit kini dirawat di hospital, pertambahan lebih 2,300 berbanding Jumaat lalu.

Sekurang-kurangnya 27 kematian dicatat di ibu negara termasuk di kawasan setinggan terbesar Cite Soleil dan pekan-pekan.

Kebanyakan pesakit yang dirawat telah dibenarkan pulang, namun satu gelombang baru jangkitan mula menyesakkan hospital serta klinik-klinik yang kekurangan kakitangan di seluruh negara.

Pegawai bimbang, skala wabak taun boleh naik mendadak sekiranya penyakit tersebut menjangkiti penduduk yang berada di kem-kem di Port-au-Prince, yang menempatkan beratus-ratus ribu mangsa gempa bumi yang tinggal dalam keadaan sesak dan kotor. - AFP

Sumber

INDONESIA: Penduduk tidak endahkan Merapi



GUNUNG Merapi jelas masih memuntahkan asap ketika seorang penduduk memungut barangan keperluan daripada runtuhan rumahnya di Kampung Kali Tengah di Sleman, dekat Yogyakarta, semalam. - REUTERS


YOGYAKARTA 15 Nov. - Beribu-ribu keluarga yang tinggal berhampiran dengan Gunung Merapi di Jawa Tengah, Indonesia hari ini kembali ke kampung mereka walaupun saintis memberi amaran gunung berapi itu masih merbahaya, ketika lebih banyak mayat ditemui.

Dengan membawa barangan milik mereka menggunakan motosikal dan trak pikap, lebih 30,000 orang meninggalkan pusat perlindungan kecemasan selepas kerajaan mengurangkan kawasan larangan 20 kilometer yang melibatkan lebih separuh daripada daerah yang dikenakan larangan sebelum ini.

Pegawai-pegawai bagaimanapun berkata, gunung berapi paling aktif di Indonesia itu masih merbahaya, ketika pasukan penyelamat menemui 17 lagi mayat dari debu yang membaluti daerah di Jawa Tengah itu.

"Proses letupan masih berterusan tetapi kekuatannya telah berkurang. Merapi masih diletakkan pada tahap berjaga-jaga," kata pakar gunung berapi, Subandrio kepada AFP.

Jurucakap Pengurusan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, seramai 367,548 orang masih menetap di pusat perlindungan hari ini iaitu berkurangan kira-kira 30,000 berbanding semalam.

Kebanyakan mereka yang pulang ialah dari daerah Boyolali, Klaten dan Magelang, di mana zon bahaya telah dikurangkan.

"Kami menjangkakan lebih ramai lagi yang akan pulang hari ini," kata Sutopo.

Angka korban akibat letupan Gunung Merapi dilaporkan meningkat kepada 259 hari ini sejak ia meletup pada 26 Oktober lalu.

Jumlah itu meningkat selepas pasukan mencari memasuki kawasan bahaya dan menemui banyak mayat.

Kebanyakan mangsa yang ditemui terbunuh ketika letupan pada 5 November lalu, letupan Gunung Merapi yang terkuat dalam tempoh seabad. - AFP

Sumber

2.5 juta jemaah haji wukuf di Arafah



Kira-kira 2.5 juta jemaah haji berhimpun di Arafah dekat Mekah, pada hari kemuncak ibadah haji semalam. - AFP


PADANG ARAFAH 15 Nov. - Kira-kira 2.5 juta umat Islam berhimpun di sini hari ini pada hari yang merupakan kemuncak haji iaitu wukuf di Arafah.

Puluhan ribu jemaah telah pun bergerak mulai 5 pagi (10 pagi waktu Malaysia) dari khemah mereka di Mina, kira-kira 10 kilometer ke barat laut Arafah. Ramai antaranya mengerjakan solat subuh di Masjid Namira atau semasa dalam perjalanan.

Kebanyakan jemaah yang lain di bawa ke Arafah dengan bas menjelang tengah hari.

Perhimpunan di Arafah melambangkan kemuncak haji yang bermula semalam, dengan lebih dua juta jemaah bergerak dari kota suci Mekah atau terus dari Mina, sebuah bandar khemah yang hidup hanya semasa tempoh mengerjakan haji.

Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Nayef bin Abdul Aziz semalam berkata, bilangan jemaah dari luar negara mencecah 1.8 juta orang iaitu tertinggi dalam sejarah, manakala kira-kira 200,000 permit dikeluarkan untuk jemaah tempatan termasuk warga Saudi dan negara Arab Teluk.

Namun puluhan ribu jemaah tanpa permit turut membanjiri Mina mulai semalam, dengan memintas sekatan jalan raya yang didirikan oleh pihak berkuasa bagi menguatkuasakan peraturan 'tiada permit, tiada haji'.

Ramai antara jemaah tanpa permit itu sudah pun berada di Arafah malam tadi sebagai persiapan untuk wukuf.

Menjelang terbit matahari, tempat tertinggi di Arafah, Jabal Rahmah dipenuhi sebilangan jemaah berpakaian ihram yang mendaki ke puncak untuk mengambil kedudukan dan menghabiskan masa dengan berdoa dan berzikir.

Selepas Maghrib, jemaah bergerak ke Muzdalifah, separuh perjalanan di antara Arafah dan Mina, untuk bermalam (mabit) dan mengutip anak batu bagi tujuan melontar jamrah.

Mereka kembali ke Mina selepas solat subuh esok untuk mula melontar jamrah dan melakukan ibadat korban.

Perjalanan haji tahun ini bebas daripada sebarang insiden tidak diingini sejak jemaah mula berhimpun di Mekah. Masjidil Haram dibanjiri kira-kira 1.7 juta jemaah yang mengerjakan solat Jumaat minggu lepas. - AFP

Sumber

Monday, November 15, 2010

Hams-Fatah Sambung Rundingan Lepas Aidil Adha

pIHAK saling bersaing Palestin faksi Fatah dan Hamas sepakat untuk melanjutkan pembicaraan rekonsiliasi setelah hari RAYA Idul Adha minggu depan, kata pegawai dari kedua belah pihak yang mengatakan hal itu Rabu lalu (10/11).

"Kami sepakat untuk melanjutkan dialog setelah Idul Al-Adha," yang dimulai pada pertengahan minggu depan kata pegawai Hamas Mussa Abu Marzuq kepada AFP.

"Setelah Ied, kami akan memperbaiki dialog kami," kata Abu Marzuq, yang memimpin putaran terakhir pembicaraan dengan wakil Fatah Azzam al-Ahmad, yang dimulai Selasa malam lalu di ibukota Syria - Damsyik.

"Kami menggarisbawahi pertanyaan yang kita setujui, tetapi isu-isu yang beredar tetap atas pertanyaan masalah keamanan, yang mesti kita periksa," tambahnya, tanpa memberikan rincian.

Di Gaza City, pemimpin Hamas Ayman Taha menegaskan laporan, yang mengatakan bahawa suasana keseluruhan pertemuan berlangsung positif, dan pertemuan akan kembali ke proses dialog setelah liburan Idul Adha.

SUMBER

Pendatang yahudi Serang Kanak2 PALESTIN

Dua orang gadis cilik, berusia 10 dan 11 tahun dan seorang wanita tua Palestin terluka di selatan kota Betlehem pada Khamis pagi kemarin (11/11) ketika seorang pemukim Yahudi bersenjata dari pemukiman Tekoa dengan kejam melemparkan batu pada mereka.

Saksi mata mengatakan bahawa pemukim Yahudi itu bersenjata lengkap dan dalam aksinya tersebut ia juga mengutuk orang-orang Arab dan umat Muslim.

Pada bhaagian lain, sumber-sumber tempatan lain melaporkan bahawa sejumlah besar pasukan penjaga perbatasan Israel telah menyerbu desa Al-Lawziya di kota Betlehem pada hari yang sama dan bertempur dengan para siswa sekolah di sana.

Sejumlah siswa mengalami sesak nafas akibat gas air mata dan beberapa dari mereka pingsan ketika tentera menyerang dengan menembakkan granat gas air mata dan peluru kapur kepada mereka.

Pasukan pendudukan Israel (IOF) juga menyerbu kota Al-Shiyukh pada Khamis subuh, di timur kota Al-Khalil dan menculik seorang mahasiswa yang bernama Ahmad Halaiqa dari rumahnya.

Keluarganya mengatakan kepada pusat informasi Palestin (PIC) bahawa sejumlah tentera Israel memaksa masuk ke dalam rumah dan mengobrak-abrik rumah sebelum menculik anak itu untuk suatu tujuan yang tidak diketahui.

Keluarga menambahkan bahawa anak tersebut adalah mahasiswa jurusan hukum Islam di universitas Al-Quds di kota Abu Dis di mana ia tinggal dan ia kembali pada hari Rabu lalu untuk menghabiskan akhir minggu bersama keluarganya.(fq/pic)

sumber

Berbasikal tunai haji



IMTIYAZ (kiri) dan Nathim bergambar bersama basikal yang mereka naiki dari Cape Town semasa tiba Mekah. - Agensi


JEDDAH 14 Nov. - Imtiyaz Ahmad Haron dan Nathim Cairncross meninggalkan Cape Town, Afrika Selatan pada Februari lalu dan tiba di Mekah untuk menunaikan haji selepas berbasikal ke kota suci ini selama sembilan bulan.

Kedua-dua mereka menempuh 12 negara dalam perjalanan sejauh beribu-ribu kilometer sebelum tiba di sempadan Arab Saudi pada penghujung bulan lalu, tiga minggu lebih awal sebelum ibadat haji bermula.

Imtiyaz, 25, dan Nathim, 28, merancang pengembaraan haji mereka ini sejak Disember tahun lalu tidak lama selepas mendapat inspirasi daripada cerita perjalanan jemaah-jemaah haji sebelum mereka.

"Jika saya bekerja keras untuk mencapai sesuatu, di penghujungnya ia adalah lebih manis dan lebih dihargai. Selepas sembilan bulan berbasikal merentasi Afrika dan Asia Barat, saya sangat menghargai pengalaman ini," kata Nathim kepada wartawan Al-Jazeera.

Perjalanan mereka bermula pada pagi 7 Februari sewaktu hari hujan dari sebuah masjid Cape Town, di mana hampir 500 orang berkumpul untuk mengadakan majlis doa selamat buat mereka.

Katanya, mereka bukan pengayuh basikal profesional, namun menjalani latihan fizikal dengan meningkatkan senaman iaitu mendaki gunung, berlari di pantai dan berenang kira-kira dua bulan sebelum bertolak.

Imtiyaz berkata, rakan-rakan mereka yang lain membantu merancang perjalanan mereka dan khidmat jabatan lalu lintas Afrika Selatan, menyelidik keperluan visa.

Doktor mendiagnosnya dan Nathim sebagai 'gila', katanya.

''Seolah-olah satu rahmat apabila menjejakkan kaki di Mekah dan tawaf mengelilingi Kaabah dengan ihram yang basah akibat hujan.'' tambahnya. - AGENSI

Sumber

Saturday, November 13, 2010

2 Warga Israel Diburu Interpol, Dagang Organ Manusia

Interpol telah mengeluarkan surat perintah penangkapan untuk dua orang warga Israel yang terlibat dalam perdagangan organ manusia melalui Poliklinik Medicus di ibukota Kosovo, Pristina.

Dakwaan itu adalah hasil penyidikan dari tingkat kejahatan terancang di negara itu sejak negara itu menyatakan kemerdekaan pada tahun 2008.

Jaksa Uni Eropa juga menuduh setidaknya tujuh orang melakukan perdagangan ginjal pmelalui sebuah klinik di Kosovo.

Seorang mantan pegawai senior Kementerian Kesehatan Kosovo dan sejumlah doktor dilaporkan terlibat dalam aksi perdagangan organ manusia tersebut. Jaksa mengatakan jaringan ini menjanjikan pembayaran bagi warga miskin yang mahu menjual ginjal mereka.

Para korban dijanjikan sampai dengan € 14.500 (sekitar $ 20.000), sedangkan pedagang kemudian menjual organ seharga 100.000 euro ($ 137.000) masing-masing, menurut sebuah surat dakwaan yang diperoleh Associated Press pada hari Khamis lalu.

Kelompok penjenayah terancang telah memperdagangkan orang dari Moldova, Kazakhstan, Rusia, dan Turki ke Kosovo untuk tujuan menghilangkan organ tubuh mereka untuk ditransplantasi.

Kristiina Herodes, juru bicara Keadilan bagi Peraturan Hukum Misi Uni Eropah, mengatakan bahawa terdakwa telah didakwa dengan tuduhan melakukan "perdagangan organ, kejahatan terancang dan menyalahgunakan jawatan."

"Saat ini kita boleh mengatakan bahwa ada penderma organ yang disebut dalam kes itu, dan juga orang yang menerima organ dari kebangsaan yang berbeza," tambahnya.

Sekitar 20 warga asing tertarik dengan janji-janji palsu akan pembayaran yang besar dalam bisnis perdagangan organ manusia ini pada tahun 2008, ia menjelaskan.

Namun tak satu pun dari tersangka berada dalam tahanan.

Nama dan rincian lain dari kes ini akan dipublikasikan ke masyarakat pada akhir bulan ini. (fq/prtv)

sumber

Friday, November 12, 2010

PALESTIN - Video Israel Hancurkan Gaza Disiarkan

Seorang aktivis Israel telah menerbitkan video terbaru yang menunjukkan tentera Israel bergembira kerana telah menghancurkan rumah-rumah warga Palestin dalam serangan terhadap Jalur Gaza.

Video itu, dipost di internet pada Khamis semalam (11/11), menunjukkan askar Israel tertawa dan berteriak girang kerana mereka menyaksikan serangkaian ledakan yang menghancurkan tiga rumah warga Palestin, kantor berita Maan melaporkan.

Setelah dua rumah pertama meledak, salah seorang tentera Israel itu terdengar mengatakan, sesuai dengan subtitle berbahasa Inggeris, "Ini semua didokumentasikan. Ini semua ada kamera. Bagaimana dengan rumah ketiga? Tolong beri aku rumah ketiga [tertawa]."

Setelah ledakan ketiga, perajurit yang sama terdengar berkata, "Tidak ada yang seperti ini Bye, Gaza, bye. [Tertawa.] Wow, dude, apa itu!"

"Seberapa kecil kita. Kita begitu kecil dibandingkan dengan ini," katanya, pada saat kamera menampilkan perajurit yang berpura-pura tergeletak di tanah menjadi saksi kehancuran.

Aktivis Israel Assaf Kintzer mengatakan bahawa dia mendapatkan video itu dari seorang askar yang ditempatkan di Gaza selama serangan tersebut.

Militer Israel melancarkan serangan mematikan di Jalur Gaza pada pergantian tahun 2009, mengorbankan sekurang-kurangnya 1,400 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.(fq/mna)

LIBYA - Kapal ke Gaza Ditahan

Tujuh pekerja bantuan Britain telah ditahan di laut Libya di atas kapal perahu yang akan memberikan bantuan ke Gaza, kata jurucakap Luar Negeri disahkanKhamis semalam (11/11).

"Kami menyedari insiden di Derna Pelabuhan di Libya dan kami telah melakukan hubungan dengan pihak penyelenggara," kata jurucakap itu.

"Kami memahami bahawa kapal itu sekarang menuju perairan Greek" tambah mereka.

Jurucakap itu tidak dapat mengesahkan laporan bahawa kapal Strofades IV dikelilingi oleh kapal-kapal angkatan laut dan jet tempur Libya.

Ellie Merton, penghubung dari London ke pihak penyelenggara, Road to Hope, mengatakan bahawa dia fikir kelompok pekerja kemanusiaan tersebut saat ini sedang ditahan oleh kapten kapal Greek setelah masalah wang.

sumber

Thursday, November 11, 2010

PALESTIN: Hamas, Fatah kembali berunding

DAMSYIK 10 Nov. - Wakil dua puak Palestin yang bertelagah, Hamas dan Fatah bertemu di ibu negara Syria ini, semalam dalam rundingan pusingan kedua bertujuan merapatkan jurang perselisihan yang telah menjejaskan perjuangan Palestin.

Pegawai berkata, rundingan kedua sejak September lalu itu tertumpu kepada isu sukar berhubung kawalan ke atas jentera keselamatan Palestin, yang berpecah antara Hamas, yang menguasai Genting Gaza dan Fatah yang memerintah Tebing Barat.

Fatah setia kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas yang disokong Amerika Syarikat (AS) yang menghadapi hubungan bermasalah dengan pemerintah Syria.

"Kami menyedari perdamaian adalah untuk kepentingan nasional Palestin," kata seorang pegawai Fatah yang menafikan tuduhan Hamas kononnya tindak-tanduk Fatah ditentukan oleh Washington.

Delegasi Fatah termasuk pegawai perisikan kanan Majid Farah, manakala timbalan pemimpin Hamas, Moussa Abu Marzouk mengetuai delegasi pergerakan itu.

Rundingan mengenai kerjasama keselamatan itu pada mulanya dijadualkan pada bulan lepas tetapi dibatalkan selepas Abbas dan Presiden Syria, Bashar al-Assad bertikam lidah pada satu sidang kemuncak Arab berhubung 'perjuangan bersenjata' menentang Israel.

Syria yang memperjuangkan konsep perjuangan bersenjata memberi perlindungan kepada para pemimpin Hamas yang hidup dalam buangan, tetapi Damsyik juga mahu mendapat balik Bukit Golan yang diduduki oleh Israel menerusi rundingan damai dengan rejim Zionis itu.

Anggota politburo Hamas, Izzat al-Rishq pada minggu lepas berkata, rundingan mengenai kerjasama keselamatan dengan Fatah boleh merapatkan jurang perselisihan antara Palestin tetapi perdamaian sebenar adalah proses yang rumit dan memakan masa.

Pertikaian antara Hamas yang berhaluan Islam dengan Fatah yang berfahaman sekular menyebabkan kuasa luar iaitu Syria, Iran, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) memainkan pengaruh luar biasa ke atas politik Palestin.

Pengulas politik Palestin, Ali Badwan berkata, sungguhpun Mesir membenarkan rundingan diadakan di Damsyik ketika hubungannya dengan Syria keruh, Kaherah masih memainkan pengaruh besar berhubung keputusan rundingan menerusi sokongannya kepada Abbas. - Reuters

Sumber

PALESTIN perlu diisytihar sebagai negara


BAITULMAQDIS 10 Nov. - Rancangan Israel untuk membina penempatan baru di wilayah yang mereka jajah di timur Baitulmaqdis perlu dibalas dengan pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara oleh masyarakat antarabangsa, kata ketua perunding Palestin, Saeb Erekat.

Dengan merujuk kebuntuan rundingan damai tajaan Amerika Syarikat (AS), Saeb Erekat berkata, Israel jelas mahukan penempatan, bukan keamanan dengan mengumumkan pembinaan penempatan baru di wilayah itu.

"Pengumuman satu pihak oleh Israel itu menunjukkan perlunya pengiktirafan segera Palestin sebagai sebuah negara oleh masyarakat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ekoran itu, AS tangkas mengulangi tentangannya ke atas sebarang tindakan pengisytiharan sebelah pihak untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

"Kedua-dua pihak perlu mengelak daripada mengambil tindakan pengisytiharan sebelah pihak yang akan meracuni dan menghalang proses rundingan," kata jurucakap Jabatan Negara AS, P.J. Crowley.

Dunia memberi sedikit tumpuan ketika bekas Presiden Yasser Arafat mengisytiharkan Palestin sebagai sebuah negara pada 1988, tetapi gelombang politik dengan pantas berubah dan Israel kini sangat bimbang Presiden Mahmoud Abbas akan memperolehi pengiktirafan itu.

Abbas telah menyuarakan untuk membawa idea itu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pilihan jika rundingan damai gagal, tetapi hanya selepas memperolehi sokongan daripada Washington.

Israel kelmarin mengumumkan rancangannya untuk membina 1,300 rumah baru lagi di wilayah Palestin di timur Baitulmaqdis.

Sementara itu, laporan berita semalam menyebut sejumlah 800 unit lagi dirancang dibina di kawasan penempatan besar di Ariel, utara Tebing Barat. - Reuters

Sumber

FILIPINA: Gunung berapi Bulusan meletus dua kali



Petani sedang menuai padi di kaki gunung berapi Bulusan di wilayah Sorsogon, tengah Filipina. Gunung itu telah mengeluarkan dua kali letusan dan pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran tahap satu kepada penerbangan dan penduduk yang tinggal di sekitar gunung tersebut. - REUTERS


MANILA 10 Nov. - Pihak berkuasa Filipina hari ini mengeluarkan amaran penerbangan dan peringatan kepada penduduk yang tinggal berhampiran terhadap kemungkinan letusan gunung berapi Bulusan, yang ketika ini sedang aktif mengeluarkan debu.

Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina berkata, gunung berapi Bulusan telah mengeluarkan dua letusan dan menghamburkan abu setinggi 1.565 meter semalam, menyebabkan masyarakat sekitarnya bermandikan debu.

Pihak berkuasa penerbangan perlu menasihati juruterbang bagi mengelak melakukan penerbangan berhampiran puncak gunung berapi itu, yang sedang mengeluarkan debu dan serpihan volkanik akibat letusan, yang boleh menimbulkan bahaya," katanya.

Gunung berapi Bulusan 250 kilometer di tenggara ibu negara Manila di pulau utama Luzon, adalah salah satu daripada 23 gunung berapi aktif di Filipina.

Penduduk yang tinggal berhampiran sungai dan lembah-lembah di daerah itu diberi amaran bahawa banjir lumpur debu gunung berapi tersebut boleh tercetus jika berlaku hujan lebat.

Kerajaan masih tidak mengeluarkan perintah pemindahan, namun berkata 75,000 penduduk bandar berhampiran iaitu Irosin dan Juban menghadapi risiko sekiranya gunung tersebut terus meletus.

Gunung berapi Bulusan telah meletus sebanyak 16 kali dalam sejarahnya dan kali terakhir ia meletus ialah pada 2006. Kini, ia sekali lagi meletus sejak 6 November lalu. - AFP

Sumber

INDONESIA: Lebih banyak penerbangan dibatal



Gunung Merapi terus menghamburkan debu di udara menyebabkan banyak syarikat penerbangan terpaksa membatal sementara penerbangan. - REUTERS


JAKARTA 10 Nov. - Lebih banyak penerbangan dibatalkan hari ini ekoran debu daripada letupan gunung berapi paling aktif di Indonesia terus menyelubungi ruang udara negara ini.

Seorang pakar gunung berapi kerajaan berkata, letupan Gunung Merapi di Jawa Tengah semakin perlahan tetapi disebabkan abu gunung berapi yang menyelubungi ruang udara, syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific dan Australia, Qantas telah membatalkan penerbangan mereka.

Abu gunung berapi menjadi punca utama gangguan penerbangan di dalam dan luar Indonesia hujung minggu lalu serta memaksa Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memendekkan lawatannya ke negara ini.

Menurut Cathay, mereka membatalkan penerbangan dari dan ke Jakarta hari ini dan esok, sementara Qantas membatalkan pernerbangan Sydney-Jakarta hari ini.

"Cathay Pacific akan memantau dan menilai situasi serta kemungkinan menyambung semula penerbangan," kata syarikat penerbangan itu di dalam laman webnya, hari ini.

Jetstar, syarikat penerbangan tambang murah Qantas, turut mengubah jadual penerbangan mereka untuk penerbangan ke dan dari Bali.

Ekoran kebimbangan debu gunung berapi, lapangan terbang Yogyakarta yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Gunung Merapi mungkin terus ditutup hingga Isnin ini, menurut pegawai kerajaan.

Sementara itu, angka korban akibat letupan Gunung Merapi yang meletus sejak akhir bulan lalu dilaporkan meningkat kepada 191 orang hari ini dengan lebih 340,000 lagi terpaksa dipindahkan ke kem-kem sementara. - AFP

Sumber

Wednesday, November 10, 2010

INDONESIA: 1,000 kanak-kanak terpisah



ANGGOTA tentera Indonesia mengangkat mayat seorang mangsa gunung berapi yang ditemui di Cangkringan, Yogyakarta, Indonesia, semalam. - AP


YOGYAKARTA 9 Nov. - Pasukan penyelamat di Indonesia kini bimbang dengan masalah kanak-kanak hilang ketika keadaan kelam-kabut apabila gunung berapi paling berbahaya di negara ini meletus beberapa kali.

Angka kematian akibat beberapa letusan Gunung Merapi dalam tempoh dua minggu lalu meningkat kepada 153 hari ini selepas tujuh mayat dibawa keluar dari sebuah kampung yang musnah, manakala lima mangsa meninggal dunia kerana luka kebakaran yang mereka alami.

Kira-kira 320,000 orang kini tinggal di tempat perlindungan yang padat selepas diarah untuk meninggalkan kampung mereka yang terletak 20 kilometer di sekitar Gunung Merapi yang menghamburkan debu dan membentuk awan panas sejak penghujung bulan lalu.

"Kami bimbang dengan kanak-kanak yang masih belum dapat disatukan dengan ibu bapa mereka," kata Koordinator Sukarelawan, Makbul Mubarak.

Katanya, letusan terburuk sejak tahun 1870 yang berlaku Jumaat lalu, menyebabkan penduduk terpaksa meninggalkan tempat tinggal mereka di kepulauan Jawa itu dalam keadaan panik dan kelam-kabut.

Kata Makbul, kira-kira 1,000 kanak-kanak kini terpisah dari ibu bapa masing-masing.

Kebanyakan mangsa yang terkorban sejak Gunung Merapi mula meletus pada 26 Oktober lalu ditemui tertimbus dalam debu panas yang menyebabkan seluruh kampung terbakar.

Sementara itu, ahli vulkanologi, Surono berkata, gunung berapi berkenaan masih menghasilkan awan yang panas tetapi ia tidak teruk seperti sebelum ini.

"Kepanasan suhu akibat beberapa letusan sebelum ini semakin berkurangan walaupun gunung berapi berkenaan masih lagi aktif dan orang ramai dinasihat untuk berhati-hati," katanya.

Jurucakap agensi pengurusan bencana, Sutopo Purwo Nugroho menafikan khabar angin yang mengatakan penduduk kini mula membanjiri Yogyakarta yang terletak 26 kilometer dari selatan gunung berapi itu.

"Kami tidak nampak jumlah penduduk yang ramai meninggalkan kampung masing-masing dan membanjiri Yogyakarta setakat ini," katanya. - AFP

Sumber