FREIBURG, Jerman 29 Dis. – Ketua Persidangan Biskop Katolik Jerman, Robert Zollitsch semalam mempertahankan penganut Islam dan meminta penganut Kristian menjauhi pihak yang sengaja menghasut kebencian.
Beliau memberitahu Agensi Berita Jerman DPA bahawa gerejanya mahu mengadakan lebih banyak dialog dengan masyarakat Islam.
Ketika ditanya adakah amaran antikeganasan masa kini akan membawa kepada perbalahan antara Kristian dan Islam, beliau berkata, sehingga ini tiada tanda-tanda perkara itu akan berlaku.
“Penganut Kristian serta pihak yang tidak mempercayai agama di negara ini boleh membezakan antara pengganas, ideologi yang mereka ikuti dan jiran Islam mereka,” katanya.
Zollitsch berkata, penduduk Islam Jerman turut terdedah kepada ancaman keganasan sama seperti semua penduduk lain.
“Mereka juga mempunyai kepentingan yang sama dalam polisi negara seperti penghuni lain dalam masyarakat,” ujarnya.
Ketua biskop itu berkata, satu langkah penting bagi mengekalkan hubungan baik antara Kristian dan Islam di Jerman adalah dengan menghalang pihak yang suka mencetuskan masalah politik daripada mengeksploitasi ketakutan dan membangkitkan kebencian antara satu sama lain.
“Sehingga hari ini, masyarakat kita berjaya menjauhi golongan seperti itu. Kita perlu teruskannya,” kata beliau. – DPA
Polis Israel melaporkan bahawa tujuh anak muda Israel, berusia 14-17 tahun, dan dua pemukim, berusia 24 dan 26 tahun, ditangkap di Jerusalem atas tuduhan melakukan serangan terhadap pemuda Arab dengan terlebih dahulu mengumpan seorang gadis Yahudi remaja untuk menggoda pemuda Arab, dan kemudian membawa para pemuda Arab ke tempat terpencil untuk diseksa ".
Tentera Israel menembak mati dua anggota Jihad Islam di Jalur Gaza Ahad pagi kemarin (26/12), lapor sumber-sumber Palestin dan Israel.
Pasukan Israel telah membunuh seorang lelaki Palestin dan mencederakan lima orang lainnya dalam serangan kereta kebal dan tembakan di Khan Yunis di Jalur Gaza.


Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah melancarkan sebuah pohon Natal berharga 11 juta dolar di sebuah hotel di ibukota Abu Dhabi menjelang Tahun Baru Kristian 2011.
Dua orang mualaf kulit putih Britain yang bergabung dengan al-Qaidah syahid (insyaAllah) dalam serangan pesawat drone di wilayah pegunungan Pakistan, menurut laporan.
Al-Qaidah sedang merencanakan serangan di Amerika Syarikat, Britain dan Eropah pada cuti Hari Natal, satu tahun setelah usaha yang gagal untuk mengebom sebuah pesawat penumpang AS, kata seorang pegawai tinggi Iraq Khamis lalu (16/12).

Gain Peace, sebuah organisasi dakwah di Chicago yang berdakwah dengan menggunakan papan iklan seperti berdakwah dengan cara memasang iklan di badan bas. Kegiatan yang mereka lakukan ternyata membuahkan hasil, bukan hanya mampu meluaskan pandangan masyarakat Barat yang bersifat negatif kepada Islam tapi setelah melihat iklan di badan bas tersebut, 17 orang yang menyatakan ingin memeluk 


Menegaskan bahawa pengasa Wikileaks, Julian Assange telah "melemahkan organisasi," sebuah organisasi baru yang bakal menjadi saingan laman terkenal Wikileaks kerana berani membocorkan dokumen rahsia, secara rasmi akan dilancarkan hari Isnin ini (13/12).
Parti Front Amal Islam, sayap politik Ikhwanul Muslimin Jordan dalam keputusannya mengatakan bahawa tidak diperbolehkan negara-negara muslim mengirimkan pasukan mereka ke Afghanistan untuk membantu pasukan pendudukan AS yang telah menyerang negara Asia Tengah selatan tersebut pada akhir tahun 2001.
Anggota parlimen Hamas, Muhammed Abu Tir telah menegaskan bahawa dia akan kembali ke kampung halamannya di Jerusalem yang diduduki dengan cara apa pun.
Israel telah memerintahkan penghancuran infrastruktur elektrik di dua desa Palestin di Tebing Barat, namun penduduk desa mengatakan bahawa mereka tidak akan membiarkan langkah tersebut dilaksanakan.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) semakin prihatin tentang peningkatan dalam insiden di perbatasan Gaza, khususnya adanya peningkatan kemampuan nyata pejuang Palestin dalam hal senjata anti-tank.
Sebuah bancian yang dilakukan oleh Lembaga "Iesfo" Itali di Rom menyatakan bahawa kebanyakan warga Itali memadang secara pasif terhadap Israel, dan warga Itali adalah di antara bangsa-bangsa dunia yang membenci orang Yahudi.
"Lebih baik saya beri perhatian kepada agenda pembangunan 



Angkatan Udara Israel telah menyerang Jalur Gaza selatan, menggunakan pesawat militer dan pesawat mata-mata tanpa pemandu, laporan mengatakan.
Tadamun, sebuah yayasan bagi hak asasi manusia antarabangsal, mengatakan bahawa pengadilan militer Israel di Salem mengeluarkan hukuman penjara 20 bulan terhadap tahanan wanita Palestin dari kota Nablus, Nelly Al-Safadi, 34. Pengadilan Israel juga memerintahkan perempuan itu untuk membayar denda 2, 000 shekel.
Menurut Nazri, kerajaan tiada rancangan untuk meminda undang-undang yang membenarkan perkahwinan bawah umur itu kerana amalan itu dibenarkan mengikut Islam.
Seorang ahli politik Belanda pada hari Ahad lalu (5/12) menyerukan Israel untuk membangun pemukiman yang lebih banyak lagi di Tebing Barat dan menolak tuntutan dunia internasional untuk membekukan pembinaan.
Glenn Beck seorang pengacara televisyen dan radio terkenal AS, pada Isnin (6/12) menyatakan bahawa 10% dari semua Muslim di dunia adalah teroris. Jika Beck meyakini hal tersebut, maka akan ada 157 juta Muslim yang dituduh teroris di seluruh dunia. Angka itu kira-kira setengah dari penduduk Amerika Syarikat.
Para jemaah Palestin mengadakan ritual solat meminta untuk turunnya hujan, pada hari Ahad (5/12) di Gaza City, dalam sebuah acara yang dihadiri oleh tokoh-tokoh pemerintah setempat, pejabat berita Palestin mengatakan.
Perdana menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniyah mengatakan hari Ahad (5/12) bahawa kebakaran hutan besar-besaran yang terjadi di Israel utara merupakan "hukuman dari Allah."
Laman akhbar Washington Post melaporkan bahawa ketegangan antara muslim California dan biro investigasi Federal (FBI) semakin meningkat drastik dalam beberapa waktu terakhir.