BAITULMAQDIS 4 Jan. - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata semalam bahawa para pegawai Amerika Syarikat (AS) akan kembali ke Asia Barat minggu ini bagi memperbaharui rundingan damai antara Israel dan Palestin.
Rundingan damai antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin yang dilakukan pada akhir tahun lalu gagal selepas pembekuan pembinaan penempatan haram Yahudi tamat.
Palestin berkata, mereka tidak akan melakukan sebarang rundingan selagi Israel membina rumah-rumah untuk penduduk Yahudi di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis, yang dituntut oleh pihak Palestin untuk dijadikan sebahagian negara Palestin. - Reuters
0 comments:
Post a Comment