Sunday, January 30, 2011

Ikhwan BRITAIN Bicara Soal MESIR

Seorang perwakilan Ikhwanul Muslimin Britain mengatakan bahawa rakyat Mesir tidak akan menyerah sampai Hosni Mubarak dibawa ke pengadilan.

Muhammad Ghanim mengatakan dalam sebuah wawancara dengan Press TV bahawa prioriti utama rakyat Mesir adalah, "menebus kembali keinginan untuk menentukan nasib mereka sendiri yang telah dicuri dari mereka untuk waktu yang cukup lama."

Dia melanjutkan dengan mengatakan "dalam 30 tahun terakhir, waktu berkuasanya Mubarak, ia telah menyalahgunakan orang-orang Mesir, ia telah mencuri hak mereka."

Dia menekankan bahawa keinginan rakyat Mesir adalah untuk melihat Mubarak dihapus dari kekuasaannya, dan bukan hanya untuk menyaksikan perubahan "wajah" atau reshuffle kabinet.

Ghanem juga menunjukkan bahawa penjarahan wang telah terjadi dan semua jenayah itu kerana ada "satu orang jahat dan keluarganya."

Di sisi barat, ia berkata "Orang-orang Mesir seperti warga Amerika dan memiliki hubungan baik dengan orang-orang Amerika. Tetapi jika kekuatan politik mencuba untuk menentukan nasib rakyat Mesir, kami tidak akan pernah menerima itu. "

Lebih lanjut ia menambahkan bahawa rakyat Amerika mesti mendasarkan hubungan mereka dengan dunia pada kepentingan bersama, bukan untuk menentukan nasib negara tertentu untuk kepentingan mereka sendiri."(fq/prtv)

sumber

0 comments: