Tuesday, January 25, 2011

PALESTIN - Hamas Sekat 2 Buah Buku

Hamas dilaporkan melarang penyebaran dua buku yang ditulis oleh penulis Arab kerana "bertentangan" dengan Islam.

Ini adalah langkah terbaru oleh Hamas dalam menerapkan Islam di Gaza. Sejak merebut kekuasaan tahun 2007, Hamas juga melarang perempuan merokok atau naik motosikal.

Jurucakap Kementerian Kebudayaan Hamas, Ehab Senwar mengatakan hari Isnin kelmarin bahawa buku-buku itu dilarang setelah warga mengeluh tentang isinya. Dia mengatakan buku-buku tidak akan dijual hingga Hamas meneliti isinya.

Salah satu buku yang ditulis oleh penulis Mesir, Alaa al-Aswany berjudul "Chicago," menggambarkan kehidupan imigran Mesir di Amerika Syarikat. Dalam buku ini digambarkan hubungan romantis dua orang yang belum menikah.

Yang lain, buku yang ditulis oleh penulis berusia 18 tahun asal Syria, Haidar Haidar berjudul "A Banquet for Seaweed,"dianggap menghujat di beberapa bahagian dunia Islam kerana mengandung frase yang menggambarkan Tuhan sebagai "seniman gagal"dan Nabi Muhammad sebagai seorang casanova.

Buku-buku ditarik dari toko-toko hari Minggu. (sa/ynet)

0 comments: