Jurucakap keluarga para tahanan Imad Assayid mengatakan kepada wartawan dari pusat informasi Palestin (PIC) bahawa empat tahanan dari Hamas tiba di Gaza menyusul kedatangan tahanan Hassan Wishah.
Wishah dalam kedatangannya ke Gaza menyatakan bahawa banyak tahanan di penjara Mesir Abu Zaabal, timur laut Kaherahiro, dibunuh oleh orang-orang dari pihak keamanan, menambahkan bahawa dia berhari-hari melihat penderitaan dan penyiksaan selama penahanannya tiga tahun. Ia dijatuhi hukuman oleh pemerintah Mesir untuk 10 tahun penjara.
Wishah juga mengeluh dalam sidang media kepada wartawan PIC bahawa askar Mesir dan warden penjara Abu Zaabal memperlakukannya dan para tahanan Palestin lainnya seperti penjahat dari hari pertama penahanan mereka.
Dia mencatat semua masyarakat Arab dan kedutaan negara asing secara teratur mengunjungi rakan-rakan mereka di penjara ini, kecuali kedutaan Palestin yang tidak mendelegasikan orang untuk melihat mereka.
"Saya tidak percaya bahawa orang seperti saya akhirnya boleh berada di antara di kem pelarian Ashati bersama tetangga, keluarga saya dan teman-teman setelah hilang selama tujuh tahun," kata Mutasim Quqa, salah satu tahanan yang dibebaskan, setelah kedatangannya di Gaza.
Quqa dan lapan tahanan Palestin dari Hamas dan Jihad Islam ditahan di penjara Abu Zaabal dan mampu menemukan jalan keluar dari penjara setelah penunjuk perasaan yang marah menyerang penjara dan bertempur dengan polis dan warden penjara.
Semua tahanan baik yang ditahan di lapangan terbang atau perbatasan Rafah tanpa alasan yang jelas kecuali akibat afiliasi mereka dengan organisasi-organisasi perlawanan Palestin yang dilarang oleh rjzim Mesir. (fq/pic)
0 comments:
Post a Comment