Tuesday, January 4, 2011

TURKI - Erbakan Masuk Hospital

Necmettin Erbakan, pemimpin Saadat Partisi (SP) atau Partai Kebahgaiian yang merupakan parti Islam Turki, telah dirawat di hospital setelah menderita tromboflebitis berulang di kaki kirinya.

Mustafa Yilmaz, penasehat untuk Erbakan, bapa pendiri "Milli Görüş", sebuah gerakan yang mengakar dalam politik Islam di Turki, mengatakan bahawa pemimpin parti Islam berusia 85 tahun ini tidak memiliki masalah kesehatan yang membimbangkan, namun dia menderita tromboflebitis berulang.

Ketua Doktor Hospital Ankara Guven juga menjelaskan kepada wartawan terkait keadaan terakhir Erbakan.

"Erbakan dalam keadaan stabil dan bahagian-bahagian vital tubuhnya berjalan normal," katanya.

sumber

0 comments: