Sunday, February 6, 2011

762 Pelajar MALAYSIA Pulang Malam Ini

JEDDAH 6 Feb. - Seramai 762 pelajar Malaysia yang ditempatkan di Pusat Transit Haji, Madinatul Hujjaj, di sini, akan menjadi kumpulan pertama berlepas pulang ke tanah air dengan penerbangan pertama dijadual pukul 6.30 petang ini waktu tempatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, seramai 320 orang akan menaiki penerbangan AirAsia itu, diikuti 442 lagi yang menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dijadual berlepas pukul 8 malam (waktu tempatan).

Kedua-dua penerbangan ini dijangka tiba serentak di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 9.30 pagi, katanya, kepada kumpulan pertama pelajar yang akan berlepas pulang, di sini pada Ahad.

Jamil Khir juga memberitahu kumpulan pelajar itu bahawa ketibaan mereka akan disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata, bagi pelajar yang tinggal di luar Kuala Lumpur, mereka boleh bermalam di Institut Latihan Islam Malaysia di Bangi dan Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya sebelum meneruskan perjalanan ke kampung halaman. - Bernama

sumber

0 comments: